Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, January 16, 2020

Pesanan untuk si bujang telajak (untuk si bujang sahaja, he he he)




Tahun ini umur saya 50, dan saya masih bujang. Tidak terlintas di fikiran, bahawasanya saya akan hidup membujang selama itu.

Menuju 50, penuh cabaran. Masyarakat akan melebel dan menuduh dengan pelbagai tuduhan. Kesemua kesalahan akan dilemparkan ke atas kita. Terlalu memilih, tidak sedar diri, pondan, perangai hodoh, ada jin di badan, batu pel_r berlumut, dan lain-lain semuannya sudah saya hadap. Pada mulanya saya rasa marah, namun apabila saya makin berusia, saya tahu mereka semuanya manusia biasa.

Pada suatu masa dahulu, dalam keadaan tertentu, saya tidak selesa terutamanya pada hari raya atau dalam sesi pengenalan diri. Namun masa sedikit sebanyak menguatkan saya, melemahkan orang lain.


Mungkin ada si bujang sendiri merasai kehidupan seorang bujang adalah menyedihkan. Sunyi dan rasa terpinggir dari masyarakat. Martabatnya rendah...

Apa pendapat saya?

Pendapat saya sentiasa positif, saya bersyukur menjadi orang bujang dalam dunia modern ini . Saya berpendapat tekanannya tidaklah sehebat pada zaman dahulu. Di mana pada zaman dahulu si bujang tentu sepi dan rasa sunyi, tidak ada banyak perkara yang boleh dibuat untuk menghiburkan diri dan memberikan kekuatan diri. Namun zaman sudah berbeza, dengan ada kemajuan sains dan teknologi, ia tidaklah membuatkan si bujang rasa tertekan. Apatah lagi jika kita ada nama dan kedudukan, dan mempunyai perkerjaan yang bagus... tekanannya hanya minima sahaja.

Kita hanya harus positif dan percaya pada takdir tuhan.

Pada suatu titik dalam hidup kita, kita hendaklah akui mengenai beberapa perkara, sama ada perkara baik atau buruk yang berlaku dalam perjalanan hidup kita. Percayalah tiada suatu sen pun untung jika kita berfikiran negatif. Kita harus positif untuk menjadi manusia yang berhati baik dan menyumbangkan kebaikan pada masyarakat.

Bagi orang bujang duduk sendiri sudah menjadi suatu perkara yang biasa. Masak sendiri, makan sendiri, berjalan seorang diri, dan tidor sendiri. 

Saya tidak selesa apabila ada yang memberikan riaksi `terkejut dan amat kesian' kepada saya kerana `kesendirian' saya tersebut. Saya bukannya orang cacat dan saya bukan beban masyarakat. Orang bujang juga orang biasa. Orang bujang juga penyumbang kebaktiaan.

Kita harus bersikap positif, insyallah kita akan dapat kawan yang memahami. Saya berbesar hati dengan keikhlasan hati sahabat-sahabat yang menerima saya seadanya. Ada sahabat-sahabat saya selalu ingat akan kehidupan saya. Kadang-kadang mereka hantar makanan untuk saya. Saya gembira sangat sebab kadang-kadang saya malas nak masak atau keluar. Saya rasa ini normal walaupun kita berkeluarga.

Saya tidak tertarik lagi untuk bercinta. Proses mencintai dan mengenal hati budi sering membuatkan diri saya tidak selesa dan meloyakan saya. Mungkin sebab umur saya sudah 50. Dengan umur 50 ini, cintan cintun tidak lagi menjadi hambatan saya.

Seks cerita lain...he he he.

Tuhan maha kuasa, jangan terasa sedih apabila diri masih bujang, semua orang ada peranan dalam masyarakat... Yang penting jadikan kehidupan kita ini berguna untuk ibubapa, keluarga dan masyarakat. Agama, bangsa dan negara. Dan kita tidak semestinya perlu memenuhi syarat berkahwin untuk menghulur kebaktian kita tersebut.

Dan ia juga bukan syarat untuk ke syurga...tuhan mahaadil dan bijaksana.

Kepada para ibubapa pula. Jika anak perempuan atau anak lelaki kita tidak bertemu jodoh, terimalah hakikat jodoh di tangan Allah.Tidak berkahwin itu bukan rendah martabatnya, hanya orang Melayu sahaja yang menghukum sedemikian...

Ceria-cerialah selalu...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home