Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, December 13, 2019

Semuannya pinjaman tuhan...


Hasil carian imej untuk mother love


Saya tersenyum, dan kembali melihat emak saya. Emak saya kelihatan selesa duduk sebelah saya di dalam Myvi buruk saya. Emak merenung jauh ke hadapan.

Beberapa hari lalu emak sakit berat. Emak dimasukan ke hospital. Hati saya tidak tenteram untuk berkerja. Saya nampak awam mendung. Saya tidak boleh lihat TV dan dengar lagu. Cuma bila masuk kuliah saya tetap ceria untuk pelajar saya...

Mata saya kembali menumpukan perhatian pada jalanraya. Musim hujan begini saya harus lebih berhati-hati dalam memandu. Dan kembali pula saya berpaling sekejap melihat emak.

Emak masih lagi merenung ke hadapan. Mak tidak menyedari saya memerhatikannya... saya tidak tahu apa yang berligar di fikiran emak. Mungkin pasal ayah.

Dari pandangan sisi, saya lihat kedut di garis mata emak, kedut itu bertambah kasar, namun emak masih cantik seperti dulu...

Saya mahu menangis, saya mahu mengalirkan air mata. Tetapi saya tahan...

Saya teringat pada suatu masa dahulu apabila saya hilang keyakinan terhadap kehidupan, emak sayalah yang datang menemani saya. Menjadi kekuatan. Emak saya beritahu:

"Dalam dunia ini lebih banyak orang baik berbanding orang jahat..." Kata emak.

Sambil memandu saya berdoa tuhan ampunkan semua dosa-dosa emak saya. Saya seolah mahu tuhan faham emak saya manusia biasa tentulah ada dosa, dan saya mahu dosa-dosa  tersebut diampukan tuhan.

Sebenarnya hati saya sudah menangis, saya takut apabila menghadapi saat kehilangan emak. Namun emak selalu beritahu "Semuanya pinjaman tuhan..."

Ya allah ampunilah emak...

Ya allah berikanlah ketabahan...ya allah sembuhkanlah emak.

Saya diserang rasa sayu...

2 comments:

M said...

Saya pun rs sayu sekarang...seolah olah pinjaman Allah mcm dh tak lama lg tamat tempoh....semoga ibu ayah kita dipanjangkan umur dn diberikan kesihatan...setiap minit bersama amatlah rs beharga...

Jankaulu said...

saya harap kita tabah menghadapinya nanti, kata orang kehilangan orang tua seolah kehilangan sebahagian dari diri.
semoga ayah dan ibu kita diberi kesihatan yang baik amin.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home