Kenapa ada organisasi yang sanggup berberbelanja ratusan ribu ringgit untuk pembangunan diri kakitangannya? Kenapa sejumlah besar wang akan diperuntukan secara tetap pada setiap tahun untuk bengkel/seminar dan kursus untuk kakitangannya?
Saya terpanggil untuk menulis sesuatu mengenai isu KWSP yang tular di media massa atas beberapa sebab.
Kalau difikirkan bagus juga perkara sebegini tular agar pihak atasan KWSP lebih peka dan lebih sedar apa yang berlaku pada perkhidmatan yang diberikan mereka. Lebih tahu apa yang berlaku pada barisan kakitangan bawahannya, terutama di kaunter. Kakitangan yang menghadap pelanggan secara langsung pada setiap hari.
Dan dalam masa yang sama orang atasan KWSP juga perlu jengok prosedur2 lama, belek-belek fail 'syarat dan ketetapan' untuk mencari ruang-ruang pada prosedur yang boleh diperbaiki untuk mencekapkan lagi pengurusan pelanggannya.
Sebelum ini saya ada terdengar bagaimana rumitnya mahu keluarkan duit dari KWSP. Namun saya tidak percaya kerana segala urusan saya dengan KWSP mendapat kerjasama yang sangat baik. Sama ada di kaunter atau melalui perbualan talipon, pihak KWSP sangat profesional.
Saya juga tahu KWSP diiktiraf antara badan pengurusan kewangan terbaik dan tercekap di dunia. Maka tidak bolehlah atas hanya satu dua isu kita mengecop KWSP secara keseluruhannya negatif. Atas kesalahan seorang kakitangan, kita mengecop semua kakitangan KWSP teruk. Mungkin sebelum ini banyak kes penipuan membabitkan pengeluaran duit KWSP. KWSP mahu objektif pengeluaran wang mesti bertepatan dengan objektif pencarum bagi menjaga kebajikan mereka.
Namun begitu insiden usung katil yang berlaku tersebut tidak boleh dianggap remeh dan berlalu begitu sahaja. Ia agak lucu tapi sadis...
Pihak KWSP sudah memohon maaf dan saya percaya KWSP sudah permudahkan segalanya, sesuai dengan tagline mereka.
Kesimpulannya usaha untuk memperbaiki/memudahkan prosedur mesti dijalankan dari masa ke semasa, dan pembangunan diri kakitangan atasan dan bawahan mesti diteruskan juga secara berterusan. Maklumlah manusia mudah lupa. Bengkel berbentuk motivasi diri, berbentuk agama dan moral boleh diperhebatkan... fikirlah sendiri.
Saya juga mengambil kesempatan berdoa agar keluarga terlibat cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
2 comments:
jadikan ikhtibar
Insyallah...
Post a Comment