Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, December 26, 2019

Adakah kerajaan PH seperti pembalut kertas hadiah?

Fikirlah sendiri...

kisah viper


Dua kali saya lalu di hadapan kedai tersebut. Saya tidak pasti adakah kedai tersebut menjual jual wiper atau tidak.
Setahu saya tidak ada kedai khas yang jual wiper. Wifer akan jadi barang sampingan sahaja yang dijual bersama dengan latan-alatan lain di kedai menjual alatan kereta. Contohnya kedai tayar, atau kedai tintek kereta mungkin ada juga menjual wiper.
“Tukar dah ke viper kereta tu Man? Tanya Suhardi.
Saya berpaling ke arm semasa kami sedang minum-minum.
“Tidak lagi nantilah dulu”
“Tidak boleh nanti-nanti, nanti lagi teruk”
“Tidak apalah masih nampak lagi, sudah biasa”.
“Kena tukar sudah tu, sudah hampir berapa tahun ye?
“Entah tapi sejak beli kereta, tidak tukar tukar lagi ni”
“Sudah dekat tujuh tahun sudah tu!”
Memandu dalam hujan patut kita elakkan. Maksud saya kalau kita boleh elak, kita elaklah. Namun jika pagi hujan, tidak kanlah kita  tak mahu ke tempat kerja. Dan bagaimana kalau waktu kita mahu pulang, ada hujan.
Saya teringat semasa beli kereta dahulu pada mulanya saya tidak pandai guna viper kereta. Hendak punya belajar, saya belajar guna dalam hujan…
Kelajuan viper kereta CCJ 8824 ini ada tiga tahap. Perlahan, sederhana dan laju. Bila hujan lebat pastilah kita guna yang laju. Bijak sungguh pereka viper ini.
saya masih dapat lihat kenderaan dengan jelas walaupun saya tidak tukar viper. Mungkin kekaburan di cermin itu yang sedikit demi sedikit bertambah dapat disesuaikan dengan mata saya sedikit demi sedikit. saya yakin saya boleh nampak. Cuma apabila ada orang menumpang, ada yang beruitahu sata patut tukar sudah viper tersebut.
Bagaimana nak tahu kita kena tukar wipoer atau tidak?

Katanya wiper ini ada dua jenis. jenis getah dan jenis silicon.
Yang jenis getah mudah jkoyak, report dan melekat kat cermin. manakala jenis silicon lebih mesra alam dan lebih tahan lama. saya rasa mungkin wiper saya jensi siliko kot sebab tahan lama. he he eh.
Ada kawan saya kata wiper harus ditukar bila wiper tersebut mengeluarkan bunyi. Bila berbunyi maknanya sudah rosak atau longgar. namun sehingga ke hari ini wiper saya tidak berbunyi langsung.
Namun dari sehari, tahun ke setahun saya masih tidak lagi tukar viper…


Saya semakin tua, dan juara lagu...

Juara Lagu dah hilang prestij. Kalau miss pun tak rugi, dulu best sanggup tunggu semua show....

Dulu yang hebat-hebat sahaja...

Hasil carian imej untuk ajl zaiton sameon
The best! AJL

Pokok Nako


Dalamnya kecewa

Hasil carian imej untuk motivasi hati yang kecewa

Harga barang keperluan sekolah semakin mahal...


Tuesday, December 24, 2019

Nyawa dari badan...

"Kasih sayang saya pada awak hanya allah yang tahu...tapi saya tidak mahu ada apa-apa hubungan lagi dengan awak di dunia ini. Kalau kita berjumpa lebih banyak buruk dari baiknya, terutama di pihak saya yang hancur ini...
....Hari-hari pahit yang saya lalui ini biarlah...kerana suatu hari terputus juga nyawa dari badan ini..., tidak selamanya saya akan terseksa..."
...saya anggap seksa ini sebagai hukuman saya kerana menyintai orang yang salah..."


Hasil carian imej untuk broken hurt image
Add caption

Kisah sebuah lukisan di Eng Lai Furnishings Sdn. Bhd, Kuantan.

Saya dan lukisan yang saya minati.

Saya suka lukisan.

Jadi hujung minggu lepas saya berbesar hati menemani seorang kawan ke Eng Lai. Beliau bekerja di KL, namun mahu membeli lukisan untuk rumahnya di Kedah.

Beliau telah berkenan dengan sebuah lukisan namun tidak membelinya kerana lukisan itu tidak muat untuk di bawa ke Kedah menggunakan keretanya. 

Dia kelihatan hampa.




Saya pula berkenan dengan sebuah lukisan yang digantung. Cantik bagi pandangan mata saya. Cantik dan ringkas. Ada warna merah dan sedikit biru. Ralit saya menatapnya...

Kalau gantung di dinding, disuluh cahaya lampu tentu menarik. Saya tidak mampu kerana harganya beribu ringgit.

Saya rasa lukisan ini paling cantik di bangunan Eng lai tersebut. Bila saya melihatnya terus saya rasa jantung saya berdebar-debar. Jantung saya suka akan lukisan tersebut.

Tiga hari lalu saya ke klinik, saya jalani pemeriksaan ECG, kata doktor degup jantung saya perlahan...


Kalau perasan, ada warna biru sedikt di lukisan ini


Walau bagaimanapun saya berbesar hati kerana dapat ambil gambar lukisan yang cantik ini.

Sedih rasanya berpisah dengan sesuatu yang cantik, tetapi tentulah harga lukisan ini di luar kemampuan saya.

Saya hanya mampu menatap lukisan ini dan tersenyum. Semoga lukisan ini berjumpa dengan tuannya yang menghargainya, bukan hanya kerana mampu membelinya untuk diperlihatkan...

Monday, December 23, 2019

Tercalar: KWSP dan isu `usung katil'



Kenapa ada organisasi yang sanggup berberbelanja ratusan ribu ringgit untuk pembangunan diri kakitangannya? Kenapa sejumlah besar wang akan diperuntukan secara tetap pada setiap tahun untuk bengkel/seminar dan kursus untuk kakitangannya?

Saya terpanggil untuk menulis sesuatu mengenai isu KWSP yang tular di media massa atas beberapa sebab.

Kalau difikirkan bagus juga perkara sebegini tular agar pihak atasan KWSP lebih peka dan lebih sedar apa yang berlaku pada perkhidmatan yang diberikan mereka. Lebih tahu apa yang berlaku pada barisan kakitangan bawahannya, terutama di kaunter. Kakitangan yang menghadap pelanggan secara langsung pada setiap hari.

Dan dalam masa yang sama orang atasan KWSP juga perlu jengok prosedur2 lama, belek-belek fail 'syarat dan ketetapan' untuk mencari ruang-ruang pada prosedur yang boleh diperbaiki untuk mencekapkan lagi pengurusan pelanggannya.

Sebelum ini saya ada terdengar bagaimana rumitnya mahu keluarkan duit dari KWSP. Namun saya tidak percaya kerana segala urusan saya dengan KWSP mendapat kerjasama yang sangat baik. Sama ada di kaunter atau melalui perbualan talipon, pihak KWSP sangat profesional. 

Saya juga tahu KWSP diiktiraf antara badan pengurusan kewangan terbaik dan tercekap di dunia. Maka tidak bolehlah atas hanya satu dua isu kita mengecop KWSP secara keseluruhannya negatif.  Atas kesalahan seorang kakitangan, kita mengecop semua kakitangan KWSP teruk. Mungkin sebelum ini banyak kes penipuan membabitkan pengeluaran duit KWSP. KWSP mahu objektif pengeluaran wang mesti bertepatan dengan objektif pencarum bagi menjaga kebajikan mereka.

Namun begitu insiden usung katil yang berlaku tersebut tidak boleh dianggap remeh dan berlalu begitu sahaja. Ia agak lucu tapi sadis...

Pihak KWSP sudah memohon maaf dan saya percaya KWSP sudah permudahkan segalanya, sesuai dengan tagline mereka.

Kesimpulannya usaha untuk memperbaiki/memudahkan prosedur mesti dijalankan dari masa ke semasa, dan pembangunan diri kakitangan atasan dan bawahan mesti diteruskan juga secara berterusan. Maklumlah manusia mudah lupa. Bengkel berbentuk motivasi diri, berbentuk agama dan moral boleh diperhebatkan... fikirlah sendiri.

Saya juga mengambil kesempatan berdoa agar keluarga terlibat cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.




Friday, December 13, 2019

Semuannya pinjaman tuhan...


Hasil carian imej untuk mother love


Saya tersenyum, dan kembali melihat emak saya. Emak saya kelihatan selesa duduk sebelah saya di dalam Myvi buruk saya. Emak merenung jauh ke hadapan.

Beberapa hari lalu emak sakit berat. Emak dimasukan ke hospital. Hati saya tidak tenteram untuk berkerja. Saya nampak awam mendung. Saya tidak boleh lihat TV dan dengar lagu. Cuma bila masuk kuliah saya tetap ceria untuk pelajar saya...

Mata saya kembali menumpukan perhatian pada jalanraya. Musim hujan begini saya harus lebih berhati-hati dalam memandu. Dan kembali pula saya berpaling sekejap melihat emak.

Emak masih lagi merenung ke hadapan. Mak tidak menyedari saya memerhatikannya... saya tidak tahu apa yang berligar di fikiran emak. Mungkin pasal ayah.

Dari pandangan sisi, saya lihat kedut di garis mata emak, kedut itu bertambah kasar, namun emak masih cantik seperti dulu...

Saya mahu menangis, saya mahu mengalirkan air mata. Tetapi saya tahan...

Saya teringat pada suatu masa dahulu apabila saya hilang keyakinan terhadap kehidupan, emak sayalah yang datang menemani saya. Menjadi kekuatan. Emak saya beritahu:

"Dalam dunia ini lebih banyak orang baik berbanding orang jahat..." Kata emak.

Sambil memandu saya berdoa tuhan ampunkan semua dosa-dosa emak saya. Saya seolah mahu tuhan faham emak saya manusia biasa tentulah ada dosa, dan saya mahu dosa-dosa  tersebut diampukan tuhan.

Sebenarnya hati saya sudah menangis, saya takut apabila menghadapi saat kehilangan emak. Namun emak selalu beritahu "Semuanya pinjaman tuhan..."

Ya allah ampunilah emak...

Ya allah berikanlah ketabahan...ya allah sembuhkanlah emak.

Saya diserang rasa sayu...

Monday, December 9, 2019

Adnan orangnya serius...


Kawan seUM


Pusat membeli belah SOGO dan pencuci muka Eversoft



1. Pada tahun-tahun 90an, SOGO merupakan pusat belibelah yang terkenal. Terkenal di seluruh Malaysia.

2. Gambar saya bersama rakan tersebut kalau tidak silap dipukul pada tahun 1994, pada usia saya 24 tahun.


3. SOGO adalah syarikat Jepun yang pada masa itu berantaian di beberapa buah negara. Bayangkan bangunannya besar dan ada air terjun di dalamnya!. Luas giler.

4. "Minggu ni kita jalan-jalan ke SOGO nak?" itulah mungkin kata-kata yang terkerap diucapkan oleh kami para pelajar pada masa tersebut.

5. Dalam gambar tersebut saya memasukan baju saya dalam seluar. Zaman tersebut saya tidak miliki perut, jadi saya selalu masukan baju dalam seluar apabila ke bandar. Ramai juga begitu dulu... Sekarang perut saya buncit. Kalau letak baju di dalam seluar, kepala talipinggang pun tak nampak. He he. Ini lawak.


6. Saya tidak beli banyak barang pada masa itu kerana sebagai pelajar budget saya hanya RM10 sehari. Cuma saya ada la beli album Sharifah Aini di SOGO apabila dapat duit pinjaman. He he he. Terima kasih kepada kerajaan BN dan rakyat.

7. Dahulu duit pinjaman termasuk yuran pengajian, bayaran asrama, dan duit saku lagi. Sekarang dah sangat lain, pinjaman yuran pengajian pun tak dapat 100%.

8. Kawan saya yang tinggal di KL beritahu SOGO masih lagi beroperasi. Maka beberapa bulan lepas saya telah pergi SOGO untuk membeli minyak wangi Dunhill dan lain-lain.

9. Teringat pula kenangan zaman pelajar, nak beli pencuci muka eversof yang berharga RM9.90 pun fikir 10 kali.

10. Saya berterima kasih kepada tuhan, keluarga dan saya sendiri. Memang tepat kata-kata bidalang, berakit-rakitlah dahulu, bersusah-susahlah dahulu...


Thursday, December 5, 2019

Manggis luruh 3 biji! (posting lama)




Apabila balik rumah, saya tengok ada manggis luruh. saya terus kutip. Semuanya 3 biji sahaja.

Pada mulanya saya bimbang manggis tersebut sudah busuk

Tapi tidak!






Nanti saya tua, bolehlah saya jual manggis ini untuk sara hidup saya...

Wednesday, December 4, 2019

Jins Shamsuddin kita nak panggil apa?


Hasil carian imej untuk bukit kepong filem
Jins

Bukit Kepong (1981)

This patriotic film is based on the true events revolving around an attack by the communists in the year 1950, which reached a climax with a battle at the police station in Bukit Kepong, Johor. Eighteen police officers stood against 180 communists that day. Bukit Kepong was an expensive production that featured an extensive combat sequence.


Hasil carian imej untuk bukit kepong filem



"Kalau komunis kita panggil pejuang, tentera dan polis kita nak panggil apa?"

Sudah seminggu sahabat Adnan tanya saya soalan itu. Saya tidak jawab, saya hanya tanya balik `Jins Shamsudin kita nak panggil apa? Saya rujuk kepada filem Bukit Kepong.

Dalam filem Bukit Kepong kita dapat lihat kegigihan anggota polis mempertahankan balai mereka, dan negara mereka.

Saya menangis setiap kali lihat cerita itu, wah besarnya pengorbanan orang dudu-dulu...dan senangnya kita menjual bangsa dan negara kerana politik...

Sekarang isu abu Cheng ping pula timbul. Kenapa harus dikenang orang yang dicop sebagai pengkhianat negara? Lagipun dikhabarkan beliau tidak pernah mahu meninggalkan ideologi komunisnya.

Dan lebih mengharukan pula, kerajaan seolah-olah tidak lakukan apa-apa terhadap isu yang besar ini. Maksud saya isu besar dari segi simbolik membawa atau menghidupkan semula ideologi komunis.

Semua pihak berkuasa dan ada kuasa berdiam diri.

Wednesday, November 27, 2019

Ulasan buku: Bukan Doktor Gugel, Shazeli Abdullah, etal


Tajuk: Bukan Doktor Gugel
Pengarang: Suhazeli Abdullah, etal. 
Penerbit: KATA PILAR
ISBN: 9789672014201
Tahun: 2017 (cetakan pertama)
Harga: RM
Bil Mukasurat: 300
Lokasi dibeli: Megamall, Kuantan.(30/9/17)



Saya beli buku ini pada tahun 2017. Dan sudah beberapa kali saya membacanya. Cuma saya tidak suka sebab buku ini kertasnya murah. Jadi kuning dimakan masa.


Ramai orang yang beritahu saya dengan pengambilan ubat darah tinggi yang berterusan boleh membuatkan buah pinggan saya rosak. Buku ini telah menjelaskan sebaliknya. Dan yang lebih penting ia ditulis oleh doktor-doktor yang bertauliah. 

Walaupun begitu saya ucap terima kasih kepada kawan-kawan saya yang perihatin atas kesihatan saya.

Saban hari banyak yang kita dengar berita kesihatan yang bersifat `urban legend' ni. Kita percaya bulat-bulat jea sebab orang yang beritahu kepada kita lebih berusia, jadi kolerasinya mereka lebih tahu, lebih betul. Tapi itu silaplah...

Dan dalam google juga macam-macam nasihat karut marut yang kita terima. Kita kena pergi pada pautan yang akademik dan disahkan. Namun ia merumitkan. Jadi buku ini amat berharga sekali sebab memberikan hanya kebenaran dan sambil duduk terlentang pun kita boleh baca.





Buku ini setebal 300 muka surat dan dibahagikan kepada 10 bab:

Bab1
salah faham berkenaan perkhidmatan kesihatan di klinik dan hospital

Bab 2
Salah faham dan mitos berkenaan pelbagai penyakit umum.

Bab 3
Salah faham dan mitos berkenaan penyakit kronik (Diabetes, hipertensi dan hiperkolestrol)

Bab 4
Salah faham dan mitos berkenaan kesihatan wanita dan isu penyusuan bayi dan kanak-kanak

Bab 5.
Salah faham dan mitos berkenaan psikiatri dan kesihatan mental

Bab 6
Salah faham dan mitos berkenaan kesihatan pergigian

Bab 7
Salah faham dan mitos berkenaan diet dan pemakanan

Bab 8
Salah faham dan mitos berkenaan kesihatan dan ibadat

Bab 9
Salah faham dan mitos tentang ubatan dan isu semasa

Bab 10
Salah faham dan mitos tentang vaksinisasi


Saya sarankan, dapatkanlah buku ini sebagai panduan kita sekeluarga. Duduk saja-saja pada main handpone tu baiklah lebih bagus kita baca buku ini. tidaklah kita dalam kesesatan.

Ia disampaikan secara menarik, (secara soal jawab macam sesetengah buku agama). Ada gambar karikatur yang menarik juga.

Tak rugi membeli dan membacanya.


Bintang: ****

Monday, November 25, 2019

Ulasan Buku: Politik Perkauman dan Prospek Keharmonian di Malaysia - Profesor Wong Tai-Chee






Tajuk: Politik Perkauman dan Prospek Keharmonian di Malaysia
Pengarang: Profesor Wong Tai-Chee
Penerbit: Gerak Budaya
ISBN: 9789670311395
Tahun: 2019
Harga: RM10
Bil Mukasurat: 79
Lokasi dibeli: Megamall, Kuantan.


Pada beberapa hujung minggu lepas saya ke Megamoll. Saya beli tiga buah buku. Salah satunya adalah buku di atas (rujuk gambar). Antara sebab (selain murah) mengapa saya membelinya kerana ia ditulis dalam bahasa Melayu. 

Sukar jumpa buku sebegini dalam bahasa Melayu. Rugi jika tidak membelinya.

Buku ini mengandungi 17 topik yang diambil dari  akhbar Sin Chew Daily. Akhbar ini terkenal bagi masyarakat Cina di Malaysia. Edarannya pada suatu masa dahulu (sebelum dikuasai media massa elektronik) adalah sekitar 400,000 sehari.







Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian:

Pertama: Politik Perkauman di Malaysia (6 topik)

Kedua: Isu-isu masyarakat dan Ekonomi Malaysia (7 topik)


Ketiga: Isu-isu kaum cina Malaysia. (4 topik)




Profesor Wong Tai-Chee menulisnya dengan mudah dan ringkas. Sesuai untuk bacaan khalayak separa akademik. Orang kampung, orang bandar, orang laut, orang darat semua boleh membacanya.

Buku ini tidaklah memuatkan atau mencerminkan 100% apa yang telah berlaku dalam masyarakat kita kerana buku ini hanya memuatkan beberapa isu yang berkaitan sahaja. Contohnya hanya 4 topik sahaja pada bahagian 3 yang mengetengahkan isu-isu kaum cina di Malaysia.



Artikel yang dipilih dari akhbar tersebut telah diterjemahkan kepada bahasa Melayu, maka dapatlah masyarakat dan kaum Melayu khususnya sedikit sebanyak memahami, mengetahui suara hati rakan Cina kita.

Buku murah ini `mahal' harganya jika dilihat kepada isu-isu yang dimuatkan sangat releven pada masa kini, yang membentuk masa hadapan perpaduan negara.

Dan buku yang nipis ini sebenarnya `tebal' dengan pengertian-pengertian, saranan dan harapan-harapan yang tersirat...

Bintang: ***


Bodekologi

Hasil carian imej untuk bodek



Ramai manusia suka membodek. Makin tak rasa malu (muka) seseorang itu makin tinggilah darjah kebodekkannya. Itulah yang saya perhatikan. Saya suka melihat tingkah-laku manusia, antara jenis haiwan yang kita tidak perlu ke zoo untuk melihatnya.

Kadang-kala bodek ini memualkan orang yang melihatnya. Orang yang melihatnya hanya akan berkata-kata dalam hati, namun awas lain pula di belakangnya. di belakang orang akan mengata dengan teruknya.

Namun bagi si pembodek, kata-kata buruk di belakang hanyalah lalat hijau baginya. Dan kata-kata tersebut bukanlah kudis baginya.

Namun saya tetap jengkel melihat telatahnya, barulah saya sedar benar kata-kata orang terhadapnya sebelum ini.

Saya semakin tidak menghormatinya...






Sesuatu tentang Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

Hasil carian imej untuk datuk seri najib dan rakyat tanjung pia


Dalam dunia politik, kadang-kala personaliti diri seseorang adalah senjata terbaik. Personaliti diri atau keperibadian dapat mengumpul pengaruh, menambah pengaruh dan memperkuatkan pengaruh yang sedia ada.

Dalam hentaman tuduhan-tuduhan yang menerpa, DSN masih lagi boleh kelihatan tenang dan meneruskan khidmat kepada masyarakat. Secara teorinya tidak banyak yang boleh beliau lakukan untuk rakyat kerana keputusan ekonomi dan politik sudah tidak ditangan beliau. Tetapi DSN kelihatan tetap melakukan apa yang mampu.

Semakin hari, sokongan semakin kuat. Tanpa meloncat atau berbaring (atau tidur) di jalanraya. Tanpa mencaci dan mengutuk di pentas ceramah, DSN tetap berpengaruh dan semakin berpengaruh.

Saya selalu melihat lawatan-lawatan yang beliau lakukan. Saya melihat di FBnya. Ramai yang gembira berjumpa DSN. Seolah DSN ada aura yang magik. Yang tiada pada kebanyakan pemimpin lain. 

Ada pemimpin yang kita tengok muka dia pun dah kusut masai, keruh di muara...He he he.

Dan saya dapati respon warganegara adalah terbahagi kepada dua.

Ramai yang memuji kerana beliau tetap berkhidmat, dan ada yang mengatakan `bila jatuh baru nak jumpa rakyat!'.

Kita boleh berfikir positif atau negatif tetapi DSN tetap begitu juga...tetap semakin berpengaruh...




Saya dan hati saya...

Saya biasa tidak menurut kata hati saya.

Jika hati saya terdetik letih atau malas, saya teruskan juga melawan perasaan...

Namun kata hati saya yang masih mengingatinya, saya gagal melawan...

setiap hari saya mencuba, tahun demi tahun...

Tuesday, November 19, 2019

Pokok di tepi pantai...





Pokok yang tumbuh ditepi pantai akarnya lebih kuat, lebih besar dan lebih berceranggah.

Manusia yang selalu dalam kesusahan dan cubaan akan lebih kuat dalam menjalani kehidupan. Kesusahan besar bagi orang lain, tentu jadi kesusahan kecil sahaja baginya.

Saya beritahu kawan saya saya tidak boleh bekerja kerana saya lapar. Kawan saya beritahu dia sudah biasa lapar, dia tetap boleh buat kerja walaupun dia lapar, malah dalam keadaan lapar mungkin kerjanya lebih cemerlang. Katanya...

Saya cuba fahami falsafah ini.


Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home