Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, May 14, 2018

Perempuan bertudung dan anjing

Tidak ada cacat celanya. Gambar di FBnya tersebut sempurna. Namun segala penulisannya telah berubah. Kebencian menguasai dirinya.

Orang pantai timur mempunyai sebab mereka sendiri dalam memilih parti yang melekat di jiwa mereka. Lagipun ia hanyalah parti. Tidaklah boleh kita mencaci pilihan orang.

Saya cuba bersabar dengan beberapa posting, namun apabila dia melabelkan manusia sebagai anjing. Terus saya ungfolow FBnya. Saya tidak boleh setiap hari membaca kebencian. Ia suatu penyakit yang berjangkit jika jiwa kita kotor.

Bila menang bersyukurlah dan menarik orang ke arah kita, supaya pertubuhan kita kuat...bukan mencaci kerana mereka kalah. Bila kalah redhalah, jangan pula mencari salah orang, cari salah sendiri.

Jauh lagi kita hendak melangkah ke politik matang kerana asas politik matang ialah cerdik dan positif.

Saya ungfolow bukan kerana saya tidak matang tetapi saya lebih positif...cerdik tu taklah jugak, he he he.


Hasil carian imej untuk quotes about men's stupidity


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home