Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, May 14, 2018

Bicara seks dan bicara politik...

Melihat perdebatan yang tidak habis-habis di wasap group saya, saya mengambil keputusan untuk keluar begitu sahaja dari kumpulan wasap saya. 

Saya tidak terkilan dengan tindakan saya tetapi terkilan dengan sikap mereka.

Dulu saya tidak dijemput/ditanya untuk masuk, maka saya keluar juga tidak saya maklumkan terlebih dahulu. Saya keluar begitu sahaja.

Sebelum isu politik bertambah berat, baiklah saya keluar. Di wasap ini ada PH, PAS, BN, dan mungkin ada lagi yang saya tidak tahu. Saya tidak nampak politik boleh satukan mereka, saya percaya politik boleh pecahbelahkan kumpulan wasan ini.

Saya tidak tahu kenapa apabila melibatkan politik, kecenderungan bukan untuk jadi bersatu tetapi jadi berbalah. mungkin ia perkara biasa bagi orang lain, namun tidak biasa bagi saya. Saya suka sesuatu yang lain. Contohnya saya lebih suka berbicara seks berbanding politik. He he he.

Saya tidak peduli jika ahli wasap cop saya tidak matang. Sebab saya memang tidak peduli..

Keadaan sudah berubah. dulu lucu jugak sebab kadang-kadang ada juga unsur-unsur seks dan sedikit lucah, sekarang perli memerli.

Kadang-kadang cakap-cakap politik lebih kotor dari cakap-cakap seks. Saya rasa ramai setuju kan?

Saya tidaklah bersih sangat, bernoda juga...

He he he.

Hasil carian imej untuk wasap group
Add caption


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home