Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, October 2, 2017

74Encik Fadlan dan Encik Sulaiman

74 Encik Fadlan dan Encik Sulaiman

Setelah 30 minit berlalu, saya berjalan menuju kafe. Saya menapak cepat-cepat menyusuri laluan susur gajah menghala ke kafe. Masa itu emas!

Topik terakhir yang saya ajar tadi tidak memberi saya kepuasan. Tidak seperti topik sebelumnya. Banyak teori yang saya ajarkan tadi walaupun dari buku teks terbaik dan kajian akademik terbilang, masih banyak yang meragukan saya. Ya lah, bukan semua topik yang ada dalam silibus itu mengembirakan saya. Saya rasa pelajar juga begitu. Mereka ada topik yang mereka tidak gemari.

“Encik Sulaiman nak gi mana”

Saya menoleh ke belakang. Fadlan menyapa saya. Lama betul saya tidak jumpa budak ni. Paling akhir semasa dalam mesyuarat fakulti, enam bulan lepas. Saya ada juga ternampak dia dari jauh. Di tempat letak kereta.

“Nak ke kafe, jom. Saya baru habis kuliah. Tak sempat makan pagi.”

“Jom-jom”.
                                   
            Saya dan Fadlan duduk di meja paling hujung. Kafe ini menyediakan tempat khas untuk para pensyarah. Mungkin untuk selesakan pensyarah. Tetapi salahkah pensyarah duduk makan bersama pelajar-pelajarnya? Terutama pensyarah bujang macam saya. He he he.

Namun sejak dahulu saya dapati tidak ramai pensyarah yang mengunjungi kafe ini. Jarang nampak pensyarah bersarapan atau makan tengahari di sini. Pada waktu petang pun begitu, tidak ramai pensyarah yang datang. Mereka lebih gemar makan di luar kampus. Namun…, saya jarang juga melihat pensyarah lain yang makan di luar. Hampir tidak pernah jumpa. Mereka makan di mana?

            “Semalam encik Sulaiman ke mana? Saya cari encik Sulaiman nak bincang pasal Kelab Ekonomi Kita. Saya ada wasap en Sulaiman.” Kata Fadlan setelah dia menghirup air tea. Dia suka minum air tea rupanya. Macam orang tua-tua di kampong, he he he.

            “Maaf Lan, semalam saya cuti. Saya memang tak angkat panggilan atau balas wasap kalau saya cuti. He he he.”

            “Encik Sulaiman pergi mana”

            “Saya gi Kuantan, servis kereta sebab hari sabtu ni saya nak pulang ke kampong. Kebetulan minggu ni kena servis dah. Kebetulan-kebetulan-kebetulan. He he he” Saya buat lawak sikit.

Fadlan ini pendiam orangnya. Skema. Rambut belah tengah…

            “Kereta Encik Sulaiman berapa tahun dah?”

            “Tahun depan sembilan tahun,  bulan dua abis bayar”

“Nanti Encik Sulaiman nak beli kereta barulah kan? Encik Sulaiman nak beli kereta apa? Tanya Fadlan bertalu-talu, seolah seorang pegawai kastam. Tetapi biarlah. Kalau saya jadi dia pun, saya akan bertanya banyak kepada orang yang lebih tua jika saya nampak orang itu mesra alam. He he he.

“Saya suka kereta Honda, tapi saya rasa buat seketika saya akan tetap guna CCJ 8824 ni dulu. Tak semestinya habis hutang buat hutang baru. Myvi Encik Fadlan berapa tahun dah? Tanya saya.

“Hah, aaaha betullah tu.  Saya dah lima tahun pakai Myvi”

Saya berborak panjang juga dengan Fadlan. Sedangkan tadi saya mahu cepat. Tetapi tidak mengapalah, demi silaturahim, saya boleh berkompromi masa. Lagipun Fadlan ini budak yang baik.

Lama tidak berjumpa walaupun jarak bilik hanya bangunan bersebelahan sahaja. Suka juga berborak dengan Fadlan. Dia tidak berlebih-lebih. Dan banyak juga pengetahuan yang kita dapat bila berborak dengan orang-orang muda. Banyak yang boleh belajar dari mereka untuk kita terus releven dengan dunia ini. Saya selalu menyapa orang muda.

Saya tidak pegang kepada bidalan `Orang mudalah yang kena tegur kita dulu’. Saya rasa untuk terus relevan, saya tegur orang muda yang saya suka. Yang tidak suka itu. Lain kiralah, he he he.

Tapi memang betul tadi saya mungkin beli kereta Honda kalau kewangan mengizinkan. Insyallah. Tetapi itu hanyalah kehendak, bukan keperluan. Suka tengok orang bawa Honda.

Entahlah.

Barangkalai pengembaraan saya selepas ini adalah bersama Honda. Mungkin pengembaraan akan lebih licin sebab pengetahuan kereta saya sudah agak banyak kerana jasa Myvi.

Mungkin dalam tiga tahun lagi saya beli Honda.

Lamakah tiga tahun?

Saya sayang CCJ 8824, buat masa ini tiada sebarang masalah dengannya. Dan kalau ada pun biasalah kerana umurnya sudah panjang. Saya berani syorkan kepada orang lain untuk membeli Myvi. Mudah, jimat dan cermat sekali penggunaannya.

Saya suka sangat kereta Honda Civic terbaru. Cantik. Sekarang saya tahu apa itu kecantikan kereta. He he he.

Tapi sebenarnya saya masih berbelah bagi lagi sebab bagi saya tidak manis berbicara pasal kereta baru sedangkan kereta lama masih elok lagi. Tidak ada hambatan untuk saya tukar kepada kereta Honda. Sebenarnya.

Itulah hakikatnya.

Sebelum saya minta diri, saya beritahu Fadlan nama saya bukan Sulaiman, nama saya Sukiman, he he he. Dia terus minta maaf dan menepuk bahu saya sambil beritahu nama dia Fadli bukannya Fadlan. He he he.

Selepas itu saya minta diri.

Dalam perjalanan balik ke pejabat, daripada perbualan kami,  saya sangat pasti pasal Fadli. Dia lebih banyak tahu pasal kereta berbanding saya. Dan itu tidak menghairankan. Kan?

He he he.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home