Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, October 30, 2017

Penyakit generasi muda jenis kedua...

Saya berasa bimbang apabila mengamati perkembangan generasi muda sekarang. Bimbang mereka membesar dengan tidak matang dan tidak berdaya pada tahan uji kehidupan. Kehidupan yang penuh cabaran dan perubahan. bimbang mereka akhirnya menjadi masyarakat yang tidak berjaya dalam hidup. Tidak dapat memberi kebaikan kepada masyarakat. Tidak berbudi, berbakti.

Ada dua jenis remaja. Pertama yang memang sudah sukar masa depannya, atau dengan kata kasar, mereka tiada masa depan. tiada pelajaran dan kemahiran, menyusahkan keluarga dan masyarakat. Namun saya tidak berniat membicarakan remaja jenis pertama ini. Tidak kali ini.

Yang saya mahu katakan ialah remaja yang ada harapan untuk berjaya dalam hidup tetapi mungkin tidak berjaya kerana faktor dalam diri yang rapuh. Tiada ketahanan diri dek kesusahan dan cabaran. Mereka telah dibesarkan dengan penuh kesenangan berbanding dengan nenek moyang atau ibubapa mereka. Namun perkara ini mereka sendiri tidak terfikir dan menyedari, bahawa kehidupan mereka lebih 100 kali beruntung dan senang. Bila ada kesusahan dalam skala yang kecil, mereka sudah gelabah dan hilang kekuatan diri.

Nenek moyang atau ibubapa kita mungkin tidak berpelajaran tinggi atau modern. tiada master atau PHD, tetapi kuat jati diri. Boleh kawal perasaan diri.

Generasi muda sekarang tidak menyedari mereka sebenarnya berada di zaman senang. Nenek moyang, ayahibu mereka hendak belajar sampai habis darjah pun tidak berdaya. nenek moyang dan ibubapa mereka menghadapi banyak kesukaran untuk berjaya. Wang ringgit dan kekurangan motivasi adalah penghalang untuk melangkah ke menara gading.

Saya pernah susah. Setiap kali hadapi kesusahan saya selalu berfikir tuhan sayangi saya dan ramai lagi orang lebih susah berbanding saya. Adakalanya bila saya susah saya bertambah kuat. Saya lemah apabila saya senang... ini fakta.

Saya percaya tidak banyak yang boleh kita lakukan kepada remaja jenis kedua ini. Tidak ada kaedah yang boleh selamatkan mereka yang rapuh ini. Kecuali mereka tiba-tiba sedar. tetapi kehidupan bukan macam dalam novel-novel atau drama swasta. `tiba-tiba' tidak akan wujud begitu sahaja.

Masa yang sesuai untuk membantu remaja adalah pada mereka masih kecil. Bukan setelah remaja. renungkanlah...

Tidak sedar diri, tidak hormati masa dan orang tua adalah penyakit paling berbahaya pada remaja masa kini.

Sekian...

Image result for rude teenager
Add caption





No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home