59Sudah mahirkah saya?
Sekarang
tahun 2013, bermakna sudah empat tahun saya bawa kereta. Setakat ini saya bersyukur,
tiada saya mengalami kemalangan. Cuma dua ekor ayam telah mati dilanggar oleh
CCJ 8824. Saya tidak sempat membrek apabila ayam itu melintasi jalan. Dari cermin
hadapan kereta saya ternampak bulu-bulu ayam itu berterbangan.
Apakah
sebenarnya ukuran untuk kita katakan seseorang itu sudah mahir kereta?, dan adakah
saya sudah mahir kereta? Persoalan ini bermain di fikiran saya sejak minggu
lepas. Kemahiran memandu kereta amatlah penting untuk keselamatn diri kita,
penumpang dan orang lain yang berada di jalanraya, tepi jalan raya kiri dan
kanan. Dan kemahiran memandu juga dapat memanjangkan hayat kereta kita, iaitu
kterjaga dengan baik.
Saya
sudah mengenali beberapa fungsi penting yang ada pada sebuah kereta. Minyaknya pastikan
selalu ada, semahir manapun kita, tentu kereta tidak dapat kita pandu jik
atiada minyak. Maka saya akan terus bubuh minyak jika saya dapati meternya
sudah menurun benar.
Tahap
dua saya sudah mengenali kawalan kenderaan seperti gear, kawalan steering,
penggunaan cermin. Saya juga sudah boleh parking dengan elok, kecuali sehingga
kini saya tidak boleh parking sisi. Saya tidak sempat belajar kerana ia
memerlukan masa yang lama dan menyusahkan kereta lain yang turut sama mencari
tempat parking. Jika say acuba ramai orang akan tengok satu pertunjukan badut,
seperti di sarkas.
Saya
percaya kemahiran ini boleh didapai dengan hanya kita memandu kereta. Kita kena
berani pegang steering kereta. Kena ingat kita tidak boleh selamanya bergantung
kepada orang lain.
Namun
apakah ukuran sebenar seseorang itu sudah mahir berkereta? Tidak pernah berlaku
kemalangan bukan bermakna mereka sudah mahir, berlaku kemalangan juga tidak
boleh dikatakan mereka tidak mahir. Namanya pun sudah `kemalangan’. He he he.
Jika
ukurannya seseorang itu tidak lagi rasa berdebar apabila memandu, maka saya
masih lagi tidak mahir berkereta. Saya masih lagi berdebar. Sokmo begitu, Cuma saya
dapat mengawalnya.
Kawan
saya kata apabila sudah pandai bawa kereta kita akan teruja untuk bawa kereta.
Sehinggakan kedai di hadapan rumah kita pun kita mahu pergi dengan kereta,
walaupun jaraknya dekat boleh berjalan sahaja. Namun keadaan ini tidak berlaku
pada saya.
Saya
sudah dapat mengawal debaran saya untuk memandu lebih 100 kilometer ke Kuantan.
Alhamdulilah, ianya pencapaian besar. Dan ada kalanya saya tenang apabila tiada
banyak kereta. Dan ketenangan itu tentulah terusik apabila saya nanpak lori. He
he he. Saya benci lori.
Kawan-kawan
saya kata saya sudah mahir bawa kereta. Namun tahukah mereka sentiasa ada
gelojak debaran dalam dada saya apabila saya bawa kereta.
Oleh
itu sudah mahirkah saya?
No comments:
Post a Comment