BILA saya mahu berhenti beli tupperware? Persoalan ini sudah lama berlegar. terutama setelah saya membayar Tupperware yang saya beli. He he he.
Susah juga hendak jawab soalan ini. Sebab saya terus membelinya. Berterusan.
Saya menggunakan tupperware semenjak di bangku sekolah rendah lagi. sejarahnya bermula dengan satu botol air. Botol air yang paling fesen lama, warna biru. Saya jatuh kasih sebab ia selalu tolong saya bila saya dahaga.
Emak saya ada berpesan jangan tertinggal pulak botol air tersebut.
Saya mula bawa botol air apabila saya berhenti minta air dengan budak perempuan dari bekas minumannya. Sebelum itu apabila dahaga saya selalu minta air dengan budak perempuan sekelas. Oleh kerana saya budak baik, budak perempuan selalu beri saya minum bekas mereka.
Dan suatu hari kawan lelaki saya beritahu mulut perempuan kotor, jadi tidak boleh minum bekas bibir mereka. Kawan saya ini dahulu budak-budak, dia bodoh. Tetapi hingga sekarang melalui penulisan wasapnya, saya dapati dia masih bodoh. He he he.
Dulu bekas air fesen gini, yang saya punya warna biru. |
Saya selalau rapat dengan Tupperware, kadang-kadang saya jadi dealer. saya bukannya nak berniaga tetapi saya hendak beli dengan harga murah dan kadang-kadang dapat hadiah.
Sehingga kini saya ada Tupperwa beberapa kotak besar. Saya tidak menggunakannya. Ada di dalam bilik tengah yang saya simpan baju-baju. Saya hanya guna yang Freezer sahaja sebagai kegunaan harian.
Entah mengapa saya rasa tidak rugi membeli Tupperware. Walaupun mahal tetapi tahan lama. Semasa saya aktif menjadi deler, banyak juga saya dapat hadiah Tupperware dari stokis.
Kini saya tidak perlu ke stokis lagi, saya boleh oder dengan kawan saya juga dengan harga dealer.
Saya rasa tibalah masanya saya berhenti atau memperlahankan kegiatan membeli Tupperware saya. Namun kadang-kadang terfikir juga, hobi ini tidaklah makan banyak duit jika dibandingkan dengan hobi kawan-kawan lelaki saya yang melibatkan ribuan duit keluar.
Ah! Jadi bila pula saya nak berhenti yea?
Fesen sekarang bekas air berbentuk sado dan seksi... |
2 comments:
e'eh..tak sangka lelaki pun suka Tupperware..hihi
he he he
Post a Comment