Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, January 29, 2014

Saya berpindah ke UNITEN Putrajaya?

Jan: Saya telah dimaklumkan bahawa jabatan saya iaitu Jabatan Kewangan dan Ekonomi akan berpindah ke UNITEN Putrajaya pada tahun hadapan. Terkejut juga saya pada mulanya, dan kejutan itu sebenarnya masih tidak reda-reda.

Termenung juga saya memikirkannya.

Tetapi jika kita sejenak mengimbau akan kehidupan kita, tidak semuanya berlaku mengikut kemahuan kita. Saya berhijrah dari Besut ke Pekan, kemudiannya ke Kuantan. Dari Kuantan saya ke Muadzam. Dan kini saya mungkin ke UNITEN Putrajaya. Begitulah seterusnya sehingga saya tak akan berpindah lagi (menetap di kubur).

Sebagai pekerja kita harus mengikut kehendak majikan. Namun kalau diberi pilihan tentulah pekerja yang biasa seperti saya ini mahu bekerja dekat dengan rumah saya dan keluarga saya. Saya rasa perkara ini sesuatu yang normal bila diberi pilihan kepada orang jenis macam saya ini.

Kelmarin saya sudah serahkan borang ke pejabat. Saya telah membuat pilihan. Saya tidak tahu adakah pilihan saya itu betul atau tidak (kerana saya tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari). Namun buat masa ini saya tahu ia adalah pilihan terbaik. 



2 comments:

Ann said...

sir,the good point is,saya dh tamat beljr smlm,sbb last paper.hee.
xbestnya, bila dpt tau,rmai lecturer akn transfer ke campus putrajaya. and lepas ni,xda reason,saya n kwn2 untk dtg ke muadzam lagi.even,kami ckp,akan jejak jugak ke muadzm,sbb rindu pasar n sume,tpi...xbest bila ramai lecturer xda.

Lan LoloQ said...

Situasi yang pernah saya lalui..bila cawangan baru institusi di mana saya bekerja akan memulakan operasinya tak lama lagi..kami yang rata2 berada di zone selesa risau kalau2 nama naik dalam senarai perpindahan staf..seperti abang saya fikirkan jarak rumah dengan tempat kerja yg dekat, kos sara hidup yg bersesuai dengan pendapatan saya..dan sebagai anak yg belum berkahwin dah jadi tanggungjawab saya kpd orgtua...tp kita hanya mampu merancangkan..kalau kena pindah...redho sajalah sebab sbg penjawat awam, konsep SYMP atau saya yg menurut perintah dah jadi trademark sangat..bukan hijrah itu juga membawa kebaikan...tapi, abang, syukur sangat2 sebab skim jawatan saya tak terlibat dengan senarai perpindahan staf....cuma sedih lah ramai saing2 baik saya akan berpindah ke cawangan baru.....

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home