Sebaik saya tiba di rumah saya di Kuantan, saya dapati kereta jiran saya di sebelah rumah tidak bertayar. Keempat-empat tayar tiada, kereta tersebut disendal dengan batu sahaja. Pada fikiran saya mungkin kereta itu hendak ditinggalkan dalam tempoh waktu yang lama, maka tayarnya dibuang dulu. Takut kempis. Keluarga cikgu tersebut ada dua buah kerata. Mungkin mereka nak pakai satu kereta jea untuk berjimat. Begitulah naifnya otak saya berfikir.
Keesokan harinya pula jiran depan rumah saya datang bertandang. Dia terkejut melihat tayar kereta jiran sebelah rumah saya tidak ada. Saya pula berlagak cool sahaja dan siap lagi menerangkan mungkin jiran saya tersebut nak simpan tayar tersebut takut rosak. Kerana kalau tinggal lama-lama tayar itu kempis, kata saya seolah pakar. Padalah bodoh pasal kereta.
Namun jiran saya beritahu kalau gitu gayanya letak batu dan sebagainya ianya petanda atau gaya tayar tersebut dicuri orang. Saya pula tidak percaya andaian cikgu tersebut. Tak kanlah ada orang nak curi tayar kereta. Teruk betul. Biasanya orang curi kereta, atau barang-barang dalam kereta. Ini tayar sahaja. Pada masa tersebut saya tak terlintas yang spot rim juga boleh dijual selain tayar.
Cikgu (jiran saya depan rumah) tanya saya ada ke nombor handpon jiran saya di sebelah? Saya yang malu (sebab anti sosial) ni selamba jawap `tak ada'... Dia kemudian periksa nombor di handponnya, ada katanya. selepas itu dia bergegas ke keretanya sebab nak antar anak ke asrama. Mungkin cikgu tersebut akan menalipon semasa dalam perjalanannya. Jadi saya tak tahulah tayar tersebut dicuri atau tidak.
Petangnya barulah saya jumpa jiran sebelah rumah saya tersebut. Dia beritahu memang benar tayarnya dicuri. Saya tergamang, betullah tekaan jiran hadapan rumah saya. Saya terus memeriksa keliling rumah saya kot-kot ada apa-apa yang dicuri. Ada! Yang dicuri adalah batu-bata untuk lapik kereta tersebut.
Jan: Malamnya saya tidak dapat tidor lena takut pencuri itu datang...
Petangnya barulah saya jumpa jiran sebelah rumah saya tersebut. Dia beritahu memang benar tayarnya dicuri. Saya tergamang, betullah tekaan jiran hadapan rumah saya. Saya terus memeriksa keliling rumah saya kot-kot ada apa-apa yang dicuri. Ada! Yang dicuri adalah batu-bata untuk lapik kereta tersebut.
Jan: Malamnya saya tidak dapat tidor lena takut pencuri itu datang...
3 comments:
sir,
bapak saya slalu cter yang motor je banyak kena kebas, xtau la saya tayar pun kena curi skali? bahayanya! nak2 sir slalu tgl kan rumah sni.silap2 nnt, diaorg pecah masuk rumah sir pulak, sbb sir selalu tinggalkan rumah.saya perasan,tahun ni, KRT xgerak2 lagi.hik2.
Saya hujung minggu jea Ann gi rumah tu.
pasal KRT saya tak tahu tapi kalau ada yang minta duit saya beri jea.
lorong saya dan lorong belakang memang dah banyak kena pecah masuk...
Ini kes biasa. Hilux rakan sekerja saya ( keta company) dah byk yg kena samun. Terutama spare tyre. Yelah.. 4 biji harganya seribu lebih.. maksudnya sebijik lebih kurang rm300.
Besi buruk lagi berharga.. ni kan pula tayar. Easy money tu..
Sy dah puas dah dpt report dari kengkawan yg kerja mereka outstation.. setiap mereka mesti pernah ada kes kena curi spare tyre. Safety boot pun kena kebas.. hahaha
Nong andy
Post a Comment