Pantai Selamat, Tunas Manja, Desa Jati, Desa Teratai (sekadar menyebut beberapa nama), adalah nama-nama pasaraya dan juga taman-taman perumahan di sekitar Muadzam Shah. Tempat saya tinggal. Bahasa kebangsaan masih digunakan dengan meluas apabila membina bangunan atau mewujudkan kawasan perumahan.
Ia berbeza di bandar Kuantan.
Di bandar Kuantan, pembangunan yang berlaku sangat giat, dan giat jugalah mereka menempatkan bahasa inggeris sebagai bahasa utama dalam menamakan bangunan pejabat, hotel atau pasaraya. Kuantan ada Kuantan Perade, The Mall dan yang terbaru ECM (East Coast Mall). Malah ada tadika menggunakan nama bahasa inggeris sebagai nama tadika mereka...
Penggunaan bahasa inggeris dalam menamakan tempat dan bangunan ini bukanlah lagi yang luarbisa. Yang luarbiasanya anak-anak kita balik ke rumah waktu magrib! Mungkin nama yang menggunakan bahasa Malaysia tidak gah, tidak canggih dan kampung gitu. Panaukurap ini bukan sahaja berlaku di Kuantan malah ketara di bandar-bandar besar. Kat bandar-bandar besar lagilah...
Mungkin dalam kepada orang kita sudah ada `gen' tak hargai jatidiri kot. Lihatlah apa yang terjadi di Putrajaya, siap pakai `presint' lagi, he he he.
kalau bahasa itu jiwa bangsa, maka kita ni adalah bangsa yang tidak berjiwa. Tak tentu hala merewang mencari kemajuan dengan membuat jati diri.

Nilai bahasa kebangsaan kita sudah berada di paras hidung. Malah di institusi pengajian tinggi juga kebanyakan kajian dijalankan dalam bahasa inggeris sehingga memaksa kementerian membuat inisiatif supaya diadakan juga kajian dalam bahasa Malaysia.
Dalam soal mencari pelanggang, nasib pelacur tua (bermake up tebal) lebih baik dari nasib bahasa Malaysia di negaranya sendiri...
KENAPA JADI BEGINI??
Jan: Mungkin jawapannya ialah "kerana jiwa dan minda orang Malaysia itu sendiri belum atau tidak pernah merdeka" Haaa....
KENAPA JADI BEGINI??
Jan: Mungkin jawapannya ialah "kerana jiwa dan minda orang Malaysia itu sendiri belum atau tidak pernah merdeka" Haaa....
1 comment:
Perkataan presint sudah disenarai dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Ia telah diterimapakai sebagai sebahagian daripada Bahasa Kebangsaan.
Post a Comment