BEBERAPA tahun dahulu seorang sahabat saya (juga seorang pensyarah tetapi tidaklah terkenal mana, he he he) telah menulis sebuah artikel pendek di akhbar Utusan. Walaupun pendek, saya dapati penulisan tersebut mempunyai isi dan idea yang bernas. Saya sokong sungguh-sungguh artikel tersebut. Saya tabik!.(saya juga cemburu sebab dah banyak artikel saya antar, satu pun akhbar tak sudi diterbitkan, huh!, he he he. Menulis dalam blog jealah gayanya.)
Kita sambung... Antara penulisan yang saya masih ingat ialah "gaji Rm500 pun tak cukup, gaji RM2000 pun tidak cukup". Dalam penulisannya beliau juga menulis mengenai tabiat berjimat dan bersedekah yang membawa kepada keberkatan hidup. Beliau menyarankan bersedekahlah walaupun RM1!, walaupun gaji kecil. Haaa...
Tidak seperti Prof Muhaya, pendapat beliau tidak dikritik hebat. Mungkin masa dan keadaan berlainan. Emmm...
Kalau masa sekarang artikel tersebut diterbitkan, tentu teruk beliau `kena'. Dewasa ini masyarakat kita sangat sensitif apabila mahu menyebut mengenai perbelanjaan penggunaan dan kos sara hidup. Pasal masyarakat tidak pandai merancang jangan sesekali disebut, jangan diulang-ulang. Pasal masyarakat tidak mengutamakan keperluan berbanding kehendak, jangan sebut, jangan diwar-warkan. Pasal masyarakat malas bekerja (malas bangun pagi) dan tidak pandai mencari pendapatan sampingan jangan disebut, jangan dikenang. (baca dengan nada sarkastik paragraph ini)
Dan jangan sesekali sebut `jimat', kerana kata mereka "macam mana nak jimat kalau nak makan pakai pun tidak cukup? Jangan fikir, jangan sebut dan jangan tulis. Ianya merbahaya. Anda akan mengumpul ramai pembenci (haters). Selamat datang ke Malaysia... (juga baca dengan nada sarkastik paragraph ini. Gitu).
Dan jangan sesekali sebut `jimat', kerana kata mereka "macam mana nak jimat kalau nak makan pakai pun tidak cukup? Jangan fikir, jangan sebut dan jangan tulis. Ianya merbahaya. Anda akan mengumpul ramai pembenci (haters). Selamat datang ke Malaysia... (juga baca dengan nada sarkastik paragraph ini. Gitu).
Lebih-lebih lagi jika kita kaya, mengada, berpelajaran, handsum/comel (he he he) dan `ada tempat' dalam masyarakat, kita jangan laaa sesekali gatal meroyan menyarankan agar berjimat cermat (walaupun jimat itu mungkin jimat air, jimat elektrik, jimat minyak, jimat masa atau jimat bedak, he he he). Sebabnya? sebabnya kita akan dituduh "senanglah cakap, awak orang kaya, gaji mahal". Tidakah golongan ini terfikir yang orang yang berjaya ini pukul 4.30 pagi sudah bangun tercongok buat kerja (contohnya buat kertas kerja). Mereka tidak fikir di belakang mereka orang yang senang ini berjimat dan berhemah nak mampus dalam merangcang kewangan. Kita akan senang sebab sudah banyak kita melakukan pergorbanan sejak kecil, termasuklah berkorban masa remaja (sebab dok belajar mengadap buku 24 jam, bila remaja lain duduk bergalok)... Kita tahu yang pipih tak datang melayang, yang seksi tak datang menyerah...
Jadi? Jadi kita akan jadi masyarakat yang `tak menjadi'. Jadi masyarakat yang bukan mahu lap susu tumpah tersebut tetapi kita jadi masyarakat pakat-pakat sibuk cari siapa buat susu itu tumpah. Kita jadi masarakat yang pakat nak tampar dia (yang tumpahkan susu). He he he (sekadar meminjam similie `susu' yang digunakan oleh prof|).
Prof Muhaya sudah tampil menjawab. Syabas prof, saya sokong. Dan saya rasa ianya (tampil menjawab) adalah suatu usaha yang baik walau bagaimanapun haters tetap haters.
Jan: Kita susah sebab kita...percayalah.
Firman Allah SWT: “Barangsiapa
bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan
memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang
bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya
Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (ath-Thalaq, 65: 2-3)
1 comment:
ermmm entahlah! bagi yg berpendapatan kecil ni, dah jenuh fikir cara nak berjimat.
Post a Comment