Hari ini saya merasa amat malu kepada rakan sekerja saya. Walaupun sebenarnya saya tidak patut rasa malu dan bersalah, tetapi rasa malu itu tetap ada pada diri saya...
Ceritanya begini...
Saya berniat baik. Setidak-tidaknya saya ada niat mahu menolong kawan-kawan. Maka pada pagi tadi saya beli sepuluh bungkus nasi lemak untuk penjaga/pengawas peperiksaan yang akan turut bekerja dengan saya. Kami harus berada di bilik urus setia seawal 7.30 pagi. Dan kemudiannya barulah kami akan ke dewan sehingga peperiksaan tamat sehingga pukul 12 tengaharinya. Maka dapat saya bayangkan pasti ada kawan-kawan saya yang datang tanpa makan pagi. Terutama rakan sekerja yang berulang dari Kuantan yang jauhnya melebihi 120 kilometer.
Cafe/Kanting di tingkat satu bangunan pulak tutup pada hari sabtu dan ahad. Mereka tidak berniaga kerana hari sabtu dan ahad bukanlah hari bekerja.
XXX
Saya bangun seawal pukul 5.30 pagi. Bila bangun terus mengeliat kucing dan lakukan beberapa jenis senaman. Terutama senaman pengekalan bentuk punggung yang memang saya tak pernah tinggal. Saya bertekad saya nak pakai seluar jeans seumur hidup saya. Macam ayah saya, kini dia sudah 77 tahun tapi nampak segak sebab bila pakai jeans masih nampak punggungnnya cantik terbentuk. Tak lah lepeh sahaja...
Pada pendapat saya bukan semua orang nampak cantik bila berseluar jeans. Kalau bentuk punggung kita kompak dan padat barulah nampak cantik. Agak janggal kalau saya tengok mereka yang tidak `berpunggung' memakai seluar jeans. Ibarat bantal lama yang sepangnya sudah lendut.
Pada pendapat saya bukan semua orang nampak cantik bila berseluar jeans. Kalau bentuk punggung kita kompak dan padat barulah nampak cantik. Agak janggal kalau saya tengok mereka yang tidak `berpunggung' memakai seluar jeans. Ibarat bantal lama yang sepangnya sudah lendut.
Tapi penulisan ini bukanlah pasal punggung saya. Selepas bersenam saya pergi ke dapur dan basuh cawan dan pinggan dan kemaskan dapur...sedikit sebanyak. Saya kena lakukan pada awal pagi bimbang tidak sempat dan letih bila bekerja sepanjan minggu.
Jadi hari ini saya keluar dari rumah agak awal dan terus menuju ke kedai makanan berdekatan pasar. Saya minta dibungkuskan sepuluh bungkus nasi lemak telur. Semasa membungkus, sempat juga mak cik tu bertanya " Betul ke UNITEN Muadzam akan ditutup? Saya jawab mengikut skrip yang sudah kami hafal... Memang dua tiga hari ini isu penutupan UNITEN Muadzam menjadi topik hangat.
Selepas itu saya menuju ke bangunan peperiksaan, saya tekan lif dan masuk bilik urusetia di tingkat lima. Saya letak nasi lemak atas meja dan pesan kepada penjaga di bilik urusetia supaya makanlah kalau ada orang tak sempat makan pagi.
Saya kemudiannya ke dewan peperiksaan. Saya kena jaga sehingga pukul 12 tengahari. Kerjanya berdiri dan memeriksa keadaan pelajar. Dan pada masa itulah kami bergilir-gilir keluar makan. Saya sudah makan nasi lemak itu terlebih dahulu.
Tidak lama kemudian saya nampak ketua pengawas peperiksaan menuju ke arah saya. Memang tadi saya suruh dia ke bilik urusetia sebab tentu dia lapar.
Tidak lama kemudian saya nampak ketua pengawas peperiksaan menuju ke arah saya. Memang tadi saya suruh dia ke bilik urusetia sebab tentu dia lapar.
Bila sampai di hadapan saya dia terus bertanya "Di kedai mana kau beli nasi lemak tu?" Seperti biasa saya tersenyum mengada, sambil bertanya "Sedap ke?.
" Ada anak lipas dalam sambal!, Kak EL (nama samaran) jumpa masa dia makan. Dia tunjukan anak lipas tu, siap ada sesungut lagi. Masa tu aku pun dah habis sebungkus.." Kata ketua pengawas peperiksaan tersebut kepada saya.
Tiba-tiba juga saya rasa nak muntah dalam dewan peperiksaan tu. Saya rasa tekak saya loya dan tergambar anak lipas dalam sambal tu...
Memang saya tak sangka begini jadinya. Memang benar kata orang kalau nak jamin bersih kena masak sendiri. Di kedai makan memang ada risikonya.
Dan selepas itu saya berada di dalam dewan dengan seribu perasaan. Macam-macam saya fikir, dan saya bertekad tak akan pergi lagi ke kedai tersebut. Dan cerita ini terus dikeluarkan serta merta di FB oleh kawan-kawan saya...
Jan: Ada kawan saya kata ada kemungkinan anak lipas tu datang dari dalam kereta saya...(pulak dah)
2 comments:
jangan kedai jual roti canai tu sudah la sir.
wah,senior lecturer pun kena turun padang jaga paper hari ahad sir?igtkan lecturer2 baru je.hik3
sir,cuba bagitau apa skrip yg sir pakai?saya pergi la makan ceruk mna pun kat maudzam ni. asal pergi je, tanya betul ke nak tutup.sampai,saya rasa nak blah je makan dri situ.semlm,kat pasar lagi lah sir.ish2.
saya tertunggu2 ni sir buat ulasan isu uniten muadzam-bangi ni.hik3.
good luck tanda paper sir! ^^
hahaha..
ku teringat makan laksam..punyala sedap ku membedal..tiba last part..telur cicak didalam penambah rasa begitu...
kesian baby cicak tak sempat dewasa.haha
Post a Comment