Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, January 16, 2014

Ketakutan saya, mesen ATM dan tandusnya tanggungjawab sosial bank-bank kita

Hubungan saya dengannya amat akrab. Walaupun kami tidak tinggal serumah dan berkahwin tetapi kami melakukan hubungan paling kurang empat kali sebulan, dan kadang-kadang bila saya rasa tersepit saya `cocoh' beberapa kali dalam seminggu.  

Kadang-kadang selepas ambil duit di ATM, saya buat mengada gaya remaja dengan melambai tangan. Saya fikir nanti tentu gelagat saya akan masuk CCTV. He he he. Dapatlah mereka rasa terhibur...tapi tengokkah mereka akans aya ini? Haaa... Mereka yang terlibat mungkin tak tengok pun kalau tak ada kes. Maksud saya kes rompakan atau kecurian.

Kena rompak di mesen ATM dan mesen ATM itu sendiri dirompak bukanlah fenomena luarbiasa di Malaysia, samalah dengan fenomena sikap sesetengah makbapak yang membiarkan jea anak mereka yang tak ada lesen memandu, memandu. 

Secara peribadi memang saya tidak puas hati dengan perkhidmatan ATM yang bank sediakan. Ya, memang melalui dasar bank negaralah mereka boleh cari makan dan dapat untung (bila beri kita hutang). Saya faham. Tapi yang saya selalu terkilan ialah mereka tak menjaga pelangan mereka dengan ikhlas, mereka sepetutnya selenggarakan mesen ATM dengan cekap, cepat dan sepatutnya. Ya memang mesen itu diurus secara berasingan tetapi ia amatlah berkaitan dengan bank itu sendiri. Apa tanggungjawab bank?

Kena pecah...
Tak ada ke mana-mana pihak nak ambil tanggungjawab nak tengokselia CCTV?. Mesen ATM ini harus di pantau kerana masyarakat kita makin menggila gilanya. Pantaulah kot-kot ada orang-orang yang berlama-lamaan atau mencurigakan duduk dekat di ATM tersebut (kadang-kadang mesen ATM itu berada di bangunan permis mereka sendiri dirompak!). Dah banyak kes orang kena rompak di mesen ATM. Mesen ATM yang sama kena curi pun ada! Selamat datang ke Malaysia. Pelik benarkan...?

Bank-bank kena laaa ambil inisiatif dan tanggungjawab sikit. (Duit orang nak tetapi apalah salahnya buat kerja sampai habis). Kita pun boleh bayar laaaa perkhidmatan mereka supaya jagaselia CCTV 24 jam macam jaga (pengawal), ( kira tambah kos atas hutang tu la, tak kan tak pandai buat. Macam selalu bank buat, he he he).

Jan: Kekadang takut ke mesen ATM...

1 comment:

Genre Dari Langit said...

Sebab tu seboleh bolehnya sy g korek duit kat machine atm mcm sebulan sekali ja. Mana2 yg boleh byr guna transfer.. zip zap... pergunakan sebaik baiknya.. lagi pun mungkin sebab tak byk mana sy nak cucuk kat bank sy tu berkali2 dlm sebulan.. ahaa...

Org sekarang ni.. sanggup buat apa je kerana duit.. mmg mesin atm dan penguna2 nya sering jadi sasaran..

Encik pensyarah.. kena la kita berhati2 hehehe


Nong andy

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home