Saya memang berniat hendak membeli makanan di Bazar Ramadhan. Saya tiba-tiba terniat hendak membeli setelah berhari-hari masak. Saya teringin benar makan nasi kerabu. Saya tak mengandung.
Maka saya terus pakai seluar panjang (tadi pakai seluar pendek). Saya terus memandu ke tempat parking yang sempena ramadhan telah bertukar jelma kepada Bazar Ramadhan. Ajaib!
Apabila sampai, dari jauh saya nampak penjual air tebu. Ketika saya lalu di tempat jual air tebu tersebut, saya teringin pulak membeli air tebu. Tetapi apabila saya melihat batang tebu diletakan begitu sahaja...saya tiba-tiba tertanya-tanya adakah mereka membasuh tebu tersebut terlebih dahulu? Saya juga bimbang tebu-tebu itu dikencing tikus. Walaupun saya tidak nampak tetapi kebimbangan saya melampau-lampau tahap Lady Gaga. Terus saya tak jadi membeli air tebu tersebut...
Ketika saya berjalan untuk membeli makanan, saya disapa oleh peminat-peminat saya (para pelajar saya). Ada yang muka macam baru bangun tidor dan ada yang muka memang jenis muka baru bangun tidur sejak azali.
Saya perhatikan kebanyakan penjual tidak tutup makanan mereka dan lalat berterbangan riang seolah temasya bagi mereka. Terdapat aksi-aksi penjual menghalau lalat dengan menggunakan sundip dan kertas. Namun kata salah seorang pelajar saya yang nakal, kibasan halau lalat tersebut dilakukan bila kita lalu depan di hadapan gerai mereka sahaja, bila kita tidak lalu mereka tidak kibas pun. Huh!
Maka saya berhenti berjalan sebentar dan menyorokan diri dengan menfokuskan kepada satu kedai untuk melihat adakah kata-kata pelajar saya itu benar. Setelah seketika membuat pemerhatian, memang sah benar.
Untuk mencari gerai yang menutup makanan mereka agak sukar, seolah mencari gadis sunti yang tak ada FB. Alhamdulilahlah akhirnya saya berjumpa dengan sebuah kedai. Lalu saya meminta nasik kerabu. Tuan penjual itu letak nasi, nyur, kemudian ulam, kemudian telor masim. Dan dia bertanya "Nak tambah lauk ke?. Saya jawab ya sambil saya membuka lauk daging goreng.
Pabila saya membuka sahaja penutup daging goreng tersebut saya terus nampak seekor lalat di dalam bekas daging tersebut! Ya allah. Saya sangat terkejut. Saya mahu laris terus meninggalkan gerai tersebut tetapi saya kesiankan penjual tersebut. Saya lihat muka dia ala jenis orang susah. (ada ke muka ala jenis orang kaya? Ya, ada. Kata seorang rakan pensyarahan saya kalau hidup kkita susah biasanya ia memberi kesan kepada muka dan raut wajah kita....Haaa. Katanyalah).
Dan apabila saya balik ke rumah. Saya basuh balik daging salai tersebut. Namun semasa makan saya berdoa semoga saya tidak sakit perut.
Jan: Bila kawan saya sms bertanya saya berbuka apa? saya jawab `Nasi kerabu lalat!"
3 comments:
Pendek cerita... paling selamat berbuka dgn masakan sendiri la kan...
Ya betul, tapi saya tak rajin nak masak tiap-tiap hari. Mungkin beli masakan panas jea...he he he
bila tgk tebu yg dibiar di tanah sepnjang mlm, terpikir, pjual tak takot tebu dikencing kucing ke?bahaya..takle bli ni-trinitoo
Post a Comment