"Dunia lain saya yang lebih menarik. "
Itulah keinginan saya apabila memiliki rumah di Kuantan (sedangkan saya bekerja di Muadzam). Saya mahu rumah saya di Kuantan menjadi rumah singgah yang mendamaikan, hening dan tenteram. Sebuah rumah yang berfungsi untuk mengingatkan saya bahawa dunia ini indah dan boleh diindahkan... Ya, saya ingin mempunyai "Dunia lain saya yang lebih menarik".
Pada setiap hujung minggu saya berMyvi lebih dari 300km ke Kuantan (dan kemudiannya balik semula ke Muadzam), maka saya memerlukan sesuatu yang setimpal apabila jejaki kaki ke rumah saya di Kuantan.
Ramai juga kawan-kawan saya yang tidak memahami atau `mengenali' saya. Bagi mereka apalah gunanya `bersiap sangat' terhadap rumah tersebut sebab saya bukannya menetap di sana. Namun sudah di dalam tabii saya, walaupun duduk di rumah sewa sekalipun saya mahu duduk dalam keadaan yang kemas dan cantik.
"Home is a heart of life. Home isn't a place, it a person." Jadi biarlah rumah saya terletak jauh di Kuantan tetapi ia tetap di hati saya, pusat kehidupan saya. Di mana ianya menterjemahkan diri saya. Rumah kita kita letak segala yang kita suka dan cantik dilihat mata kita. `Haramkan' apa-apa yang tidak cantik di mata kita! Haaa...

Saya seorang pekerja yang ditempatkan oleh majikan di quates rumah teres di sebuah kawasan perumahan. Dapat pembaca bayangkan halaman rumah saya hanyalah sekangkang kera. Bukan tidak bersyukur, saya bersyukur. Malah dengan kesyukuran tersebut itulah, dengan sekangkang kera itulah saya bercucuk tanam dengan pisang, lada dan juga pokok-pokok dedaun hiasan.
Saya mahu memperbesarkan isu rumah saya ke dalam jiwa raga saya kerana ia adalah suatu yang utama di dalam hidup saya. Saya tahu ada yang suka kereta besar berbanding rumah besar (maksud saya apabila mereka harus memilih). Namun saya suka rumah. Rumah saya semi D sahaja namun itulah tempat hati saya tumbuh subur dan berbunga. Saya akan memuja dan menjaganya.Saya mahu bermegah untuk diri. membayar diri...
Biar ia menjadi tempat pemangkin bahagia, mengelap titis duka, atau tergelak syaitan (meminjam ayat Adie Achim).
Biarlah rumah ini kecil namun ia membesarkan jiwa dan harapan saya.

Jan: untuk bangkit dan pandang dunia yang luas...
5 comments:
Tergelak syaitan ya?
yup, tu kena tanya Adie, he he he
bravo...congrats..
Sukiman:
Wakakakaa!!!
Satu perkara saya masih teruskan berblog ialah kerana adanya anda berdua. Saya rasa 'bonding' antara kita, itu di pihak sayalah... di pihak kalian tidak tahulah pula.
Isu blog terhadap diri saya begitu bsar.Malah kebodohan yang paling nyata apabila ketua unit saya sendiri memantau pergerakan blog. Jadinya.. Blog saya begitu terbatas pertumbuhannya. Malah hasil karya saya diprint untuk dikaji (as if hebat sangat ??!!) Kalau saja saya dapat cetakan tersebut saya tidak akan teragak2 membawa kes ini ke tempay yg sepatutnya.
Walaubagaimanapun kalian berdua adalah antara sebab saya masih berkarya..
Terima kasih.
di pihak saya juga begitu, andai saya berhenti berblog saya akan sering juga singgah di blog kamu...
Post a Comment