Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, July 23, 2013

Harga rumah: Yang naik tak turun-turun...

Lubang hidung saya kembang setaman (taman perumahan) apabila seorang kontraktor yang berpengalaman beritahu rumah saya di Kuantan bila-bila masa sahaja laku kalau jual dengan harga RM300K. Dia memuji saya membeli rumah tersebut. Saya tersenyum dan buat-buat tidak bangga apabila dipuji sebab saya ada terbaca orang yang beriman apabila dipuji tidak berubah riak mukanya. Saya kontrol tetapi gagal, hidung saya kembang jua...

Rumah saya semasa dalam pembinaan 5 tahun dulu

Namun posting ini bukan pasal hidung saya tetapi mengenai harga rumah yang melampau-lampau naiknya.

12 tahun lalu semasa saya duduk dan berkerja di Pekan Pahang, harga rumah teres dua tingkat di Kuantan adalah RM145K. Pada masa itu saya tidak membeli rumah tersebut kerana apabila dikira-kira potongan gaji hampir RM1K sebulan, di mana pada masa tersebut gaji saya hanya dalam RM1730 sahaja (sebelum ditolak itu ini, atas bawah, depan belakang). 

Namun jika saya perhatikan walaupun harga rumah naik secara keseluruhan di seluruh negara, harga rumah di Kuantan tidaklah seteruk ditimpa tsunami harga seperti apa yang berlaku di kawasan bandar-bandar besar yang lain di negara kita ini. Contohnya bandar Lembah Kelang atau Bayan Lepas (sekadar menyebut beberapa nama tempat). Di sesetengah tempat di kawasan ini rumah teres minima adalah RM480K!


Pilu... apabila menatap slip gaji. Tetapi tatapan itu penting sebab ia jadi kayu ukur untuk raih kepercayaan pihak bank. Dan bank pulak tidak memberikan pinjaman 100%, kita kena cari tempat lain untuk dapatkan 10% tersebut. Kalau dalam RM200K maka kita kena ada RM20K. Persoalannya di sini adakah kita miliki tunai RM20K? Haaa... Kita pinjam lagi, kalau tidak dapat korek duit KWSP (kelonggaran kerajaan).

Rumah adalah penting. Sama pentingnya dengan kesihatan dan pelajaran. Sebab itulah secara teori dan amnya menyediakan rumah bagi setiap rakyat adalah tanggungjawab kerajaan. Kini baru terselak akan komitmen kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik sebab masalah dasarnya rumah yang ada di pasaran adalah rumah yang tidak mampu milik. Haa...

Kita sedia maklum rumah kos rendah tidak mahu disediakan oleh pemaju kerena mereka orang `berniaga'. Orang berniaga objektifnya adalah memaksimakan keuntungan bukannya menjaga kebajikan masyarakat. Pembinaan rumah kos rendah tidak menguntungkan. Jadi buat apa jual rumah murah kalau jual rumah mahal pun selalu laku di pasaran. Haaa...

Saya berani kata pada masa akan datang kalau kita tidak miliki rumah pada masa sekarang, ia akan menjadi barang mustahil kita akan miliki rumah yang selesa walaupun gaji kita adalah RM7K. Betul, dengan keghairahan pemaju dan puak spekulasi hartanah harga rumah akan terus meningkat, meningkat semeningkatnya secara berperingkat.

Kita bukannya anak orang kaya, bukan kawin dengan anak orang kaya, bukannya ada perniagaan sendiri atau dapat gaji permulaan yang terus tinggi. Maka kita dalam dilema. Walaupun kita ada pendidikan tahap master atau gaban dengan hanya mengharap kenaikan gaji tahunan (yang tidak dapat saingi inflasi dan bini beranak non stop tiap tahun), impian untuk mendapat rumah semakin kabur...

Pendeknya lepasan universiti pun memerlukan masa bertahun-tahun lamanya untuk mencecah gaji RM5000. Dan jika gaji sejumlah itu dan kita tidak berada di Kuantan tetapi di bandar besar yang lain...alamatnya tidak berumahlah kita walaupun kita ada rumahtanggta... duduk menyewalah sepanjang hayat, dan duduk menyewa sepanjang hayat pun tidak mengapa. Dan saya pecaya sindrom DMSH (Duduk Menyewa Sepanjang Hayat) ini akan berleluasa pada masa akan datang. Ia bukanlah sesuatu yang teruk tetapi impian semua rakyat Malaysia sekurang-kurannya ada miliki sebuah rumah dan seorang isteri (kau dua isteri kira bonuslah).

Dewasa ini adalah suatu yang biasa jika graduan tinggal di rumah teres dan luarbiasa jika bukan graduan yang menjadi pekerja biasa memiliki rumah teres. Di sini kita haruslah bersyukur dengan apa yang kita ada dan tiada... Maksud saya tiada hutang. He.

Saya memang mahu menyalahkan pemaju kerana mereka menjadi semakin tamak haloba dengan alasan bahan binaan naik la, harga tanah naik la....tiang elektrik naik la. Pada zaman 60an, 70an dan 80an pemaju rata-rata hanya mengambil dalam 30% keuntungan dari harga jualan sesebuah rumah. Maksud saya kalau kita beli rumah RM100K kosnya sebenarnya adalah RM70K, untung dalam RM30. Tetapi sekarang pengambilan keuntungan sehingga 70% dan ada yang sambar sampai 100% dan jangan tak percaya mungkin melebihi 100%!. 150%?

Sejujurnya saya tidak tahu bagaimana kita dapat atasi masalah ini kalau mereka yang terlibat tidak duduk semeja dan berbincang dari hati ke hati. tetapi perkara ini payah terjadi kerana objektif perniagaan adalah memaksimakan keuntungan. saya ulangi memaksimakan keuntungan.

Kita memahami kesukaran dan impian penduduk yang pendapatan isi rumah kurang dari RM3K untuk memiliki rumah.

Paling penting adalah kawalan inflasi, kesedaran sosial pemaju perumahan dan tindakan kerajaan ikhlas yang bertepatan dan berterusan. Namun kalau ikut rangkinnya pihak kerajaan dan pemajulah yang boleh mengubahnya sinario ini secara direct. Isirumah tidak boleh buat apa-apa yang drastik untuk miliki rumah.

Mungkin kerajaan harus sediakan sebahagian besar kawasan perumahan, jangan `swastakan' 100% kepada pihak lain. Tanggungjawab kebajikan rakyat harus dipegang sebagaimana kerajaan membantu bidang pendidikan dan kesihatan. 

Jan: Sunyi sepi maya ini, seumpama rumah tak berisi...Tolonglah ilahi rabbi, agar lepas dari seksa ini...(pulak dah).

2 comments:

azr said...

tkasih ats post ni... kupasn ni menarik tp sya rsa mgkn krjaan dpt maksimakn ape yg pembeli dpt dgn beli rmh... w/pun hg rmh agk mhl. ...spt dpt kitchen kabinet... ade lampu n kipas..siap cornish...ade grill.... pagar yg cntik... sya rsa kos tmbhn utk rmh skrg pun dh smkin mhl....kdg2 material yg pemju bg sgt trk.dhla beli umh mhl tmbh dgn kos tmbhn... bile buat loan bnm kte skrg isirmh bnyk hutang...agak2 cmne nk buek yo...btl mcm en jan ckp klu br abis blaja mau dkt 10 thn br leh beli umh... pasni msti bnyk lg impak sosial bile smua org hnya mmpu menywa saje...

Anonymous said...

Setuju dgn saudara, kerajaan perlu ambil alih industri pemaju perumahan sebgaimna pengankutan awam. Kalau dibiarkan kpd "free market" terjadi lah apa yg sedang terjadi dan makin hari makin sukar la rakyat2 biasa. Walau buat program Rumah mampu milik pun tak mampu nak atasi sbb berapa kerat je yg layak. Byk lg mereka2 yg dilepas pandang. Saya juga percaya secara semuladinya apa yg terjadi skrg di pasaran hartanah akan samapai satu tahap akan "burst".

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home