Bulan Ramadhan sudah semakin menghampiri dan kita sudah semakin hampir untuk membuat banyak kesilapan yang besar-besar. Antaranya kesilapan yang sudah menjadi kebiasaan dan darah daging kita ialah menanam tata-susila buruk kepada jati diri anak-anak. Anak-anak kita yang sebenarnya sedang giat menjalani proses pembesaran hidup bukan sahaja dari segi fizikal tetapi minda...(biasanya kita utamakan fizikal jea...haaa)
Dan kita sebagai `pengarah' filem ini juga membuat kesilapan campur aduk antara baik dan buruk inilah yang akan akhirnya mengelirukan mereka sebagai anak-anak. Mereka keliru yang mana satu yang paling betul. Dan kita pula terus menanamkan sifat ini kepada para `pelakon' (anak-anak kita).

Kata sesetengah orang, anak-anak kita tersebut bak kain putih... Kita? Biar saya jawab: `Bak kain buruk', he he he.
Nescaya rata-rata antara kita galak membeli makanan sedap-sedap di bazzar untuk melayan nafsu kita dan anak-anak. Kita layaaan bukan sekali dua tetapi pada sepanjang ramadhan. Kita memenbeli makanan yang lazat, makanan kegemaran kita. Kadang-kadang (sebenarnya selalulah, he he he) kita beli berlebihan dan rela beli yang mahal. Rela jadi kawan syaitan.
Kita bertuhankan nafsu syaitan rupanya bila ramadhan. Kita tak sedar, he he he. Yang penting kita tak miss sembahyang terawih. Ironi kan?
Kita bertuhankan nafsu syaitan rupanya bila ramadhan. Kita tak sedar, he he he. Yang penting kita tak miss sembahyang terawih. Ironi kan?
Secara langsung seolah siaran langsung, kita ajar anak-anak kita kononnya sebab kita sudah berlapar maka berbaloilah kita sebagai manusia di dunia ini mengambil tindakan `membayar' atas kelaparan tersebut.
Teruk kan kita? Kononnya kita rasa kesian pula kerana mereka berlapar... Padahal pernahkah kita tanya mereka kenapa kita mesti berlapar? Untuk apa? Hikmahnya? Haaa... Kita serahkan tanggungjawab ini kepada guru agama di sekolah. He he he. Kita salahkan Kementerian Pendididkan yang gagal mendidik. Silibus tak kompentat.

"Awak tak ada anak Man, sebab tu awak boleh sesedap cakap". Kata-kata tersebut sudah lali saya dengar. Ya saya tak ada anak, sebab itulah saya ada kesempatan berfikir (he he he). Saya sering perihatin kepada institusi perkahwinan yang melahirkan generasi rosak. Dan yang peliknya kita tidak boleh salahkan ibubapa, apatah lagi menghukum mereka. Masyarakat seolah-oleh berserongkol untuk memihak kepada mereka.
Saya tak kata saya tak rosak (kerana mungkin saya sendiri tak sedar saya rosak. Atau rosak bahagian lain, he he he). Namun saya sedar dalam beberapa sisi dan sudut, saya amat benar.
Saya tak kata saya tak rosak (kerana mungkin saya sendiri tak sedar saya rosak. Atau rosak bahagian lain, he he he). Namun saya sedar dalam beberapa sisi dan sudut, saya amat benar.
Alangkan baiknya jika anak kita lebih baik dari kita...kan? kan? Tapi yang biasanya kita tengkeng ialah :
"Apa nak jadi dengan kau ni? Tak tahu berjimat, besar nanti nak jadi apa?"
Jan: Jadi macam kitalah kan? He he he.
Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan minum beberapa teguk air."
(HR Tirmidzi)
*Rutab adalah buah kurma yang masak dan belum dikeringkan. Tamar adalah buah kurma yang telah dikeringkan.*
No comments:
Post a Comment