Saya tidak berapa gemar menanam pokok bunga, saya lebih cenderung menanam pokok berdaun.
Kalau menanam pokok bunga, saya lebih suka bunga berwarna putih. Adakah ianya merupakan satu menisfitasi simbolisme kesucian kehidupan saya yang tak terjamah ini (kononnya lah tu...)?, Allahualam, namun warna putih dan wangiannya benar-benar memberikan saya rasa tidak berdosa.
Kalau menanam pokok bunga, saya lebih suka bunga berwarna putih. Adakah ianya merupakan satu menisfitasi simbolisme kesucian kehidupan saya yang tak terjamah ini (kononnya lah tu...)?, Allahualam, namun warna putih dan wangiannya benar-benar memberikan saya rasa tidak berdosa.
Tiga minggu lalu saya telah berMyvi ke Bandar Tun Razak. Setelah membaham cendol ais, saya singgah setulang di satu nurseri dan `terbeli' 14 pokok Kemuning. Harganya RM3 sepolibag. Murah sebab pokok kecil sahaja.
Saya pernah tanya nurseri di Kuantan, yang sederhana besar harganya dalam RM13. Maka saya fikir adalah elok jika saya membeli yang kecil sahaja. Jimat.
Saya pernah tanya nurseri di Kuantan, yang sederhana besar harganya dalam RM13. Maka saya fikir adalah elok jika saya membeli yang kecil sahaja. Jimat.
Tanpa silu saya pukul gambar ni di nurseri |
Pokok Kemuning merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di
hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Murraya
paniculata. Pokok Kemuning merupakan pokok yang setinggi 3 – 7 m,
berbatang pendek, berdaun rimbun dan memberi manfaat sebagai tanaman pagar.
Tanaman ini berbunga terus-menerus sepanjang tahun. Warna bunga ini pada
peringkat awal ialah kehijau-hijauan dan setelah mekar penuh ia bertukar putih
bersih. - Wikepedia
Walaupun cuma RM3 besar juga pokok |Kemunig ini. |
Saya tidak tahu pula adakah pokok kemuning ini cepat tumbesarannya atau sebaliknya. Cuma melalui pembacaan saya tahu pokok ini tidak perlu banyak disiram. Sesuai benarlah kerana saya menyiram pokok seminggu hanya sekali, he he he.
Pokok ini juga memerlukan cahaya matahari secara langsung.
Pokok ini juga memerlukan cahaya matahari secara langsung.
Saya akan tanam pokok kemuning ini di belakang pokok pagaran saya. |
Saya akan menanam pokok kemuning ini di bahagian paling belakang pokok pagaran teh saya. Memang saya mahu buat pagaran. Pokok Kemuning ini daunnya agak lebat dan hijau tua maka seolah menjadi dinding paling belakang nanti. Haa...
Di bawah ini ada lagu yang bertajuk Sue sue Kemuning nyanyian Tan Sri P Ramlee (Feat AR Tompel dan Ibrahim Din). Sajea jea saya perturunkan....
Sua sue kemuning
Sua sue kemuning
Sua sue kemuning
Istimewa raja
Limau purut lebat di dahan
Batang selasih condong uratnya
Lapar perut dapat ku tahan
Hati sakit apakah ubatnya?
Sua sue kemuning
Sua sue kemuning
Sua sue kemuning
Istimewa raja
Anaklah beruk di atas kajang
Di tepi paya pokok selasih
Jalanlah buruk belanga pecah
Itulah tanda nasi dah habis
Sua sue kemuning
Sua sue kemuning
Sua sue kemuning
Istimewa raja
Ular lidi asyik ketawa
Melihat kambing mencuci kaki
Siapa kata do re mi tak lapar
Cuba jemput makan kenduri
Sua sue kemuning
Sua sue kemuning
Sua sue kemuning
Istimewa raja
Jan: Layaaan... `so early in the morning...'
Gambar dari internate... |
6 comments:
Selalu nampak bunga ni tapi tak tau namanya.. bunganya cantik wana putih macam bunga melur
ya, betul Nong. Bau dia wangi jugak macam bunga Melur.
saya harap cepat la pokok ni tumbuh. tapi kalau tunggu rasa lambat pulak.
saya buat tak tahu jealah.
Assalam,
Saya nak tanya kalau2 saudara tau cmne nak semai benih pokok ni..saya dah try semai dari batang..tp x hidup..
Saya tak menyemai benihnya. saya beli 4 polibag RM10.
sebelum tu saya juga menyemainya tapi memang tidak tumbuh...kalau pakai penggalak akar tak tahulah...
😄
😄
Post a Comment