Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, July 15, 2013

Langsir mahal vs langsir murah

Kamdar Kuantan


Setelah saya menghabiskan beberapa jenis makanan yang tidak pernah saya telan di PappaRich, saya menyusuri bangunan menuju ke Kamdar. Bandar Kuantan ini tidak besar mana, tetapi sudah lebih dari cukup kepada saya. Lama tak ke Kamdar.

Saya pernah membeli baju kemeja, sarung bantal dan karpet kecil di Kamdar. Apabila mak saya datang Kuantan pun, saya bawa mak saya beli kain pasang kat Kamdar ni. Tujuh tahun dulu saya ada membeli kemeja di Kamdar. Cantik sangat, warna biru putih. Tetapi kain dia kasar dan panas...(namun sebab cantik punya pasal saya pakai juga sehingga ke hari ini. Minggu lepas pun saya pakai.he he he)

Namun posting kali ini bukannya hendak bercerita mengenai baju kemeja atau makan PappaRich tetapi mengenai kain langsir di Kamdar. Mak datuk! Kain langsirnya cantik-cantik belaka terutama yang saya berkenan. Ada satu tu saya berkenan sangat tetapi saya tidak mampu. Tak lah sampai beribu harganya hanya dalam RM800 sebelah. Kalau beli dua belah untuk satu pintu jadi RM1600 ( 2 x Rm800). 

Dan dalam kepala saya cuba mencongak, ruang tamu saya perlukan sebanyak tujuh belah. Kalau tujuh belah jumlahnya RM5,600 (7 x RM800). Sayang nak beli langsir begitu mahal. Terus saya tak jadi beli...kalau ada duit pun baik duit tersebut saya simpan (buat masuk kubur?).

Dan pada masa itu saya jadi insaf sebab ada seorang mak cik beli kain langsir yang RM3.60 sahaja semeter. Saya terus sedar diri saya. Saya juga sudah bertaraf pak cik.

Langsir di rumah saya sudah seusia rumah saya iaitu lima tahun. Saya dapati kainnya masih lagi utuh. Kain tersebut tebal dan baldu. Dijahit pula berlapis/lapik dengan kain kotton di belakang bahagian yang tak baldu. Saya sudah jemu memandangnya sebab sudah lima tahun.

Langsir tersebut tidaklah cantik mana. Cantik sikit sahaja sebab iannya kain baldu tidak bercorak. Namun saya kenalah bersyukur kerana sudah miliki langsir. Kalau Langsir itu koyak baru saya akan tukar. atau bila dapat duit terpijak. Mana ada duit terpijak kan? Nak menang loteri pun, kena beli loteri itu dulu, he he he.

Jan: Langsir hidupku terbakar, kerana buatannya kertas...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home