Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Sunday, June 30, 2013

Soalan bodoh dapat jawapan bodoh jugaklah! He he he.


Walaupun saya berada di institusi pengajian tinggi (yang kononnya di kelilingi ramai bijak pandai)  namun ada jugak yang saya rasa bodoh sangat. Bukan sahaja bodoh tapi tak peka. Tapi tak pekak.

Kata kawan saya yang bekerja di sebuah kolej universiti, orang bodoh ni ada di mana-mana. Saya terus setuju. Setuju bukan kerana dia beritahu tetapi setuju dengan melihat peristiwa yang telah berlaku pada diri saya.

Peristiwa tersebut malaslah saya nak terangkan sebab peristiwa bodoh. Namun saya dapat satu pengajaran di mana kalau soalan bodoh, jawapan bodohlah patut diberi. Biar terdiam gitu.

Mungkin orang Melayu begitu kot? Maksud saya ramai yang bodoh walaupun berjawatan tinggi dan berpelajaran. Bukan saya sesedap cakap mereka ini kadang-kadang bodoh mengalahkan orang yang tak ada pelajaran, kambing dan pendedahan kehidupan.

Saya berpendapat soal jodoh, ajal maut dan rezeki tidak payahlah dipersoalkan. Tak payahlah buat aksi yang kita ni sempurna sangat. Kita yang ada bini ni mungkin tak tahu yang beg bini kita pakai yang mahal tu sebenarnya `teman lelaki' FB bini kita yang hadiahkan (tapi saya tahu, he he he). Dan kita tak payahlah bangga sangat kat suami kita sebab kita tak tahu apa yang berlaku pada suaminya pada pesta buku antarabangsa lalu di sebuah hotel. (tapi saya tahu, he he he).

Dan kita tak nampak yang anak-anak kita tu dah nak jadi bohsia...

Jan: (tapi saya nampak...he he he)


Thursday, June 27, 2013

Siapa yang nak mengandung angkat tangan?

KALAU di sesebuah organisasi 80% lebih terdiri daripada kaum wanita, saya kira moleklah dibuat jadual mengandung. Supaya organisasi terurus dan tiada orang yang teraniaya. Tiada orang bermaki  hamung.

Jangan kata saya sesedap cakap sahaja, kalau isu tidak penting, saya tidak menulisnya. Kebanjiran wanita sudah merata. Kawan saya kata sudah 1:12. Nisbah ini akan terus meningkat, dan kata kawan saya pada akhir nak kiamat nanti nisbahnya jadi 1:50, haaa....

Sekarang ni pun jumlah bilangan lelaki dalam kelas saya jauh lebih kecil berbanding wanita. Dan kkuantitinya di sesetengah universiti telah mencapai lebih 70%. Di sektor kerja pun gitu, ramai sudah kaum perempuan bekerja. Tidak seperti nenek moyang kita dulu yang hanya rata-rata kerja, masak, jaga anak, lipat kain, bersetubuh, masak, jaga anak, lipat kain, bersetubuh...dan begitulah seterusnya.

Oleh kerana natijah kejadian wanita adalah beranak, maka eloklah difikirkan satu keadah atau mekanisma untuk menangani masalah pengantian agar ada kesinambungan kerja organisasi terurus dan tidak akan ada kakitangan teraniaya (yang mereka nanti menyumpah seranah dalam hati).

Jan: Kalau tiap-tiap tahun nak beranak? Haaa. Kena undi?


Lelaki jenis simpan, duit gaji, dan 18 cawan

MERUJUK kepada perkara yang kita bincangkan semalam, ringkasnya saya tetap berpendapat kelebihan gaji isteri berbanding si suami  tidak menjamin kepada keharmonian rumahtangga. Bukan saya nak sesedap cakap tetapi banyak faktor lain yang perlu diambil kira. Maka si isteri tidak boleh rasa selamat kerana faktor tersebut iaitu kononnya suami keberatan meninggalkan kita jika gaji kita lebih tinggi... Selamat datang ke planet bumi dan blog jankaulu.

Para suami akan tetap juga `buat lelakon'  walaupun mereka ditanggung sepenuhnya oleh sang isteri. Sudah banyak kes terjadi yang saya percayai akan terus terjadi, terjadi dan terjadi..

Yang nyata bila diceraikan nanti sang isteri boleh selamat kerana ada gaji. Gaji adalah penyelamat kehidupan.

Saya juga mendapati kemahuan para suami yang remeh di mata isteri sebenarnya besar bagi mereka (sang suami). Cuma mereka tidak cakap sahaja, simpan dalam hati.


Sekian.

Jan: Layanlah kemahuan suami walaupun mereka meminta secawan kopi... (walaupun mereka boleh buat sendiri 18 cawan kopi, he he he)


Tuesday, June 25, 2013

Rakan sekerja bersalin, bujangan dan makan pisang!

"Orang bersalin, dipuji, dihargai, malahan diucapkan tahniah... Sedangkan kita yang BUJANG ni terpaksa menanggung beban kerja yg mereka tinggalkan akibat bercuti selama 2 bln dan selalunya lebih. Gaji mereka dapat penuh tanpa bekerja. manalkala anak yang dilahirkan tu adalah hasil dari dari kesedapan mereka laki bini panchot dlm..... Mana makanisme keadilan dlm perkara ini? Sya tak nafikan hak kaum wanita, tapi hak orang LELAKI BUJANG mcm kita ni mcm mane?? Sepatutnya mereka terima separuh gaji , manakala lagi separuh perlu diperuntukan kepada staf2 yg memangku tugas semasa mereka bercuti selama dua bulan atau lebih

Pesanan ringkas (yang tak berapa ringkas) di atas ini saya terima lewat semalam daripada seorang kawan baik saya yang bekerja di sektor swasta. Kalau saya sudah berkahwin tentulah saya abaikan sms ini sebab memang begitulah keadaannya, apa yang nak dihairangkan sangat.

Namun sebagai bujang lara, saya terdetik jugak kerana memang sepanjang kerjaya saya yang kian mencapai 20 tahun ini, ada ketikanya seperti ketidakadilan berlaku semata-mata saya BUJANGAN.

Dalam satu cerita yang lain, seorang kawan saya juga pernah beritahu dia jadi pemangku sebab bos wanita di jabatan dia bersalin. Dan katanya tidak ada orang yang sanggup termasuk pekerja yang khabarnya bakal menggantikan bos wanita itu sendiri. Walhal pekerja tersebut boleh cari pengalaman. Alasan beliau senang, iaitu:

"Bila jadi pemangku kerja orang, kerja hakiki kita sendiri pun kena buat juga. Tambah dengan kerja yang kita tolong pangku tersebutlah yang membuatkan kita sesak nafas, dan sadisnya tidak pula diberi sebarang bayaran atau imbuhan".

Bukanlah berkira sangat tetapi ini adalah suatu yang tidak adil. Saya faham perasaan kawan-kawan saya sebab saya pernah alaminya. Saya bukan nak sesedap cakap jea tetapi itulah hakikatnya. Kerja-kerja adalah melibatkan rezeki yang masuk, maka uruskanlah dengan betul bila kita berada di atas (carta organisasi).

Jangan bila berada di atas, kerja kita makan pisang jea...

Jan: Dahlah bujang, handsum pulak, salahkah saya? Huh!!!

Macam mana jika semua rakan sekerja semuanya mengandung?

Lirik Lagu Aku Yang Tersakiti – Judika –

Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
Memang tak ‘kan mudah
Bagiku ‘tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Monday, June 24, 2013

Selamat menyambut ramadhan 2013


dengan ucapan: "bila berbuka ingat-ingatlah kami di sini..."



Jan: Salam dari saudara kita di Afrika...

Sunday, June 23, 2013

Bahaya kerja lebih 8 jam sehari!


Bahaya pada kesihatan fizikal

Rasa lenguh badan, sakit belakang, rasa sakit bahu atau pinggang. Kepala dan sebagainya termasuk cepat letih dan tak lena tidor...Haaa.


Bahaya pada kesihatan emosi

Rasa tak tenang. Rasa ada jea kerja yang tak sudah. Rasa jadi tertekan dan akhirnya rasa gaji kita rendah sedangkan kita pulun bekerja sampai lewat petang. Haaa.



Bahaya kepada hubungan kekeluargaan

- Rasa nak tampar jea anak-anak yang tak reti bahasa! Orang balik kerja letih dia buat hal pulak!. Rumah berkubang hanyar!
- Rasa nak tampar laki, asyik nak makan, dan mintak seks (tak pernah reda). Tak tahu ke orang letih ke, orang pening ke!.
- Rasa nak tampar bini jea asyik nak bermanja 24 jam! Siang malam. Kalau tak layan, berleter memanjang! Kata tak sayang la, huh!!!.

Jan: Haaa....

8 jam sudah cukup jika berkerja dengan efisen...

"Mereka masih sibuk bekerja mengadap pc, potostet, buat file..." Saya menerima sms daripada sahabat saya. Ketika itu jam sudah menunjukan pukul 5.10 petang.


Bila menerima sms tersebut, saya terus memperlahankan kerja. Sepatutnya 5.15 petang adalah waktu kerja saya tamat. Pukul 5 petang adalah waktu menyiapkan diri untuk pulang.

Tetapi tidak, keadaan dunia hari ini menjadikan kita hamba kerja tanpa kita sedari. Seolah hidup kita ini hanya untuk kerja. Seolah tiada keperluan lain bagi diri kita sendiri dan sekitaran lain. Jauh sekali untuk ibubapa kita.

Sedangkan definisi anak yang berjaya antaranya ialah anak yang ambil tahu dan ambil berat tentang ibubapanya. Dan juga keluarganya sendiri.

Dan bila balik lewat petang saya berani kata kita akan jadi letih kat rumah dan malas nak layan keranah anak semaksima mungkin. Malah kita mungkin halau mereka main jauh-jauh.

Jan: Tak mustahil kan? kan?

Thursday, June 20, 2013

. " Tak best senam sorang diri...laki saya tak nak temankan"

" Tak best bersenam sorang diri... laki saya tak nak teman... dia tak bagi support"


Memang kalau bersenam ramai-ramai kita akan jadi bersemangat dan seronok. Kecuali ada mak mertua, kita akan lebih suka bersenam dengan pasangan kita di rumah sambil bergurau senda. Anak-anak juga patut kita ajak bersama agar ramai, biar meriah. Ajar mereka bermula dari kecil bahawa kesihatan adalah penting.

Tentu kita rasa berbunga di hati bila dapat bersenam dengan suami. Sekurang-kurangnya dia akan berada di rumah. Kuranglah sikit digoda oleh perempuan lain (sekarang perempuan ramai, mereka tidak mengira suami orang tu mampu ke tidak, maklumlah 1 nisbah 12).

Tentu seronok (dengan andaian mak mertua dah balik ke rumahnya) dapat bersenam dengan pasangan sambil buat gerakan tarik pinggang atau kaki. Tentu ceria semasa tarik-menarik, jangan tertarik benda yang tak patut ditarik sudah! He he he.

Namun kalau suami tidak mahu bersenam bersama kita, janganlah kita turut sama tidak bersenam. Banyak kelebihan bersenam tanpa suami. Tanpa suami kita boleh fokuskan kepada banyak gerakan senaman. Kalau ada suami pun masalah juga, nanti kita tak dapat bezakan mana satu senaman, mana satu persetubuhan. Haaa...He he he, gatal sungguh saya.

Gerakan senaman seorang diri yang senang dilakukan tanpa suami

Sebenarnya apa yang saya mahu perkatakan ialah kita kena bersenam walaupun suami kita tidak bersenam. Atau senaman tetap mesti dilakukan walaupun kita hidup seorang diri (kalau bercerai). Dan ingatlah bahawasanya sama ada kita andartu atau antertu, kita tetap kena bersenam!

Jan: Selamat bersenam di hujung minggu, sama-sama kita jaga kesihatan.

Pokok teh sebagai pagar


Alhamdulilah, pokok teh pagar yang saya semai terus galak membiak sebaik sahaja saya tanam di atas tanah. Seperti itik bertemu air, ia membiak dengan cepat. Sebenarnya saya bubuh dua jenis baja yang ayah saya beri. Entah baja apa, kot-kot baja kelapa sawit ayah saya kot?

Saya membuat pagar dengan pokok-pokok ini agar tidaklah nampak sangat aktiviti jiran belakang rumah saya. Dan juga menutup pandangan belakang rumah orang lain yang ada periuk belanga dabn baldi sekali..



Kalau tidak silap kontraktor ada beritahu panjang belakang rumah saya lebih dari 100kaki, ia melibatkan RM9K jika saya mahu tutup di bahagian belakang tersebut.

Buat masa ni, jual diri pun tak akan dapat kumpul duit sebanyak tu, saya bukannya muda lagi he he he. Gurau jea. Jadi saya tanamlah pokok-pokok ini. Di belakang pokok pagar ini saya tanam pokok entah apa nama dia sebagai teduhan besar kepada pokok pagar.




Saya letak tali supaya pokok tak tumbuh lebih dari apa yang saya nak, saya harap mereka faham. Kalau mereka tumbuh lebih-lebih saya akan gunting. Saya berhajat nak tinggikan pagar ni setakat pinggan saya sahaja. Ini kerana bimbang ia akan jatuh atau roboh jika tinggi.maksud saya tumbang.



Selain itu saya juga ada tanam pokok kemboja agar taklah nampak sangat belakang rumah jiran saya ini. saya berharap sangat suatu hari nanti akan ada duit sebanyak RM15k untuk dibuat pagar.


Jan: Semoga pokok ini jadi pagar.

Saya tak ada alat bersenam...


 "Saya tak ada alat bersenam...macam mana nak bersenam?"

Alasan ini juga kelakar bin sadis. Kalau ada alat bersenam berdekatan, ambik dan hempuk atas kepala dia biar jadi betul sikit. Tak semestinya bersenam kena guna alat bersenam!. Tak semestinya kena ke gim.Tak semestinnya... Malaslah saya nak terangkan. Saya nak tergelak.

Namun kalau ada duit bolehlah beli. Alangkah baik yea kalau kita lebih galak membeli alatan senaman daripada tindakan menukar sport rim setahun dua kali. Haaa...


Alat senaman yang popular, he he he.


"Kalau ada alat senaman pun nak letak kat mana, rumah saya sempit". Ini juga alasan kelakarkan. Bukan semua alatan senaman adalah bersaiz besar belaka. Malaslah saya nak beritahu. Boo jealah.

Jan: ada 1000001 lagi alasan...

Home exercise pun boleh buat sebenarnya, saja kita buat alasan.


Sedikit tips untuk `Mock Teaching'

Hari ini sekali lagi saya bergegas ke bangunan wisma pentadbiran universiti. Dekan memilih saya untuk menghadiri sesi `Mock teaching' untuk beberapa calon yang ditemuduga sebagai pensyarah. Saya terus capai kot saya biar nampak macam orang sikit. Entah kenapa kalau nak nampak macam orang kena pakai kot.

Semasa saya mengajar di Kolej Shahputra Pekan dulu (kini kolej universiti) saya juga pernah menjadi panel penilai untuk sesi menemuduga pensyarah.

Saya telah menanam hasrat untuk menjalankan tugas seamanah mungkin, seadil-adilnya sebab ia melibatkan rezeki orang...

Pendek kata `Mock teaching' ini adalah salah satu proses dalam temuduga di mana calon harus menunjukan kepakaran/keupayaan/keminatan dalam mengajar dan membuat pembentangan mengenai mengenai sesuatu topik di hadapan beberapa panel penilai. Pendek kata kita nak tengok calon boleh mengajar ke tidak dan kesungguhan minat?

Saya bukanlah handal sangat tetapi dalam melaksanakan sesi Mock teaching ini antara yang penting (pada pendapat sayalah) ialah:

1.  Tajuk yang dipilih adalah kepakaran kita. Jangan nak tunjuk hebat ambik tajuk yang kita tidak pakar mana. Kalau kita hanya pandai buat kek span saja jangan pulak bohong boleh buat kek buah. Nanti mereka tanya, haaa...? Kita terkata kita guna buah kelapa sawit atau buah betik. Haaa

2. Rujukan yang tepat mengenai isi yang nak dibentang, jangan pakai ambik sahaja dalam internate sebab dalam panel penilai tu mungkin ada pakar. Walaupun mungkin mereka nampak toya jea tapi mungkin pakar terbilang. Haaa.

Mungkin nampak tak terurus, tak sikat rambut, nampak lara dan sarat bebanan hidup tetapi mungkin dia ada ilmu dalam bidang ekonomi...haaa (saya la tu, he he he, nak jugak perasan tu...huh!)

3. Slide jangan banyak sangat, mereka nak melihat gaya awak juga bukan slide yang panjang. Ini bukan slide cerita Titanic. lagipun ramai lagi yang nak tunjuk slide mereka. Bukan kita sorang.

4. Sebutan kena jelas dan kalau untuk jawatan pensyarah bahasa kenalaaaa lagi cermat menyebutnya.

5. Buat la sedikit lawak. Tapi jangan berlebih sebab ini bukan temuduga untuk pogram maharaja lawak. Haaa.

6. Pakai pakaian kemas (walaupun kita ni bukan kemas sangat orangnya). Penampilan penting. Ingat! penampilan penting walaupun nak masuk kubur! (kain putih...).

7. Jangan duduk sahaja semasa mengajar (kecuali berbadan dua), cuba buat-buat bangun dan seolah berlakon menanyakan kefahaman para penilai. (jangan tanya lebih pulak, nanti mereka tak boleh jawab, he he he).

8. Biar nampak mesra tapi jangan menggoda, biar nampak tenang tapi jangan berpanjangan macam tak ada emosi...(ni la payah nak buat kan?).

9. Semasa mengajar senyum (serlahkan gigi kita, kalau ronggat buat gigi palsu!!!), jangan tunjuk muka masam macam kucing baru lepas beranak...

10. Sudahi dengan terima kasih. Maknanya ada akhiran...bukan tiba-tiba habis gitu jea.


Namun, apalah sangat jika dibandingkan mock teaching dengan temuduga yang sebenar kan-kan? Temuduga yang sebenarlah yang penting.


Jan: Tapi zaman sekarang `cabelity' lebih penting dari `capability', he he he selamat datang ke dunia nyata! (sesedap cakap jea kan?)


Menemuduga anak kesayangan pengarah syarikat yang tak berdisiplin!



Wednesday, June 19, 2013

Perihal memiliki kereta



Bukan semua orang mesti pakai kereta! Ada sekelompok masyarakat tidak perlu pakai kereta kerana status ekonomi mereka hanya mengizinkan penggunaan kenderaan awan sahaja. Ini fakta.

Cuba-cuba!

Kalau mereka cuba-cuba memiliki kereta, sebahagian besar gaji akan terarah kepada belanja pemeliharaan dan pemuliharaan kereta, dan ini menghiruk pikotkan belanjawan isi rumah. Apabila belanjawan isi rumah tidak terjaga, maka ia akan memuncakan masalah-masalah lain.

dan selepas itu tidak ada orang akan menolong mereka, orang lain ada berlambak masalah sendiri. Sendiri mahu ingatlah.

Kenderaan awam lembab macam siput babi dan tidak menyeluruh!

Tolak ke tepi faktor kenderaan awam lembab macam siput cacat dan perkhidmatangnya tidak menyeluruh, yang penting tanyalah kita seikhlasnya pentingkah memiliki kereta. Ya, memang penting. Dan jawab juga seikhlas hati soalan ke dua iaitu mampukah kita? Haaa...

Atau mampukah sebenarnya jiran kita tu? he he he.

Lebih sedikit dari mampu...!

Perihal kereta banyak isunya, ada yang membeli kereta yang jenis kereta lebih dari mampu. Sepatutnya tengoklah slip gaji dahulu tetapi apa yang terjadi adalah tidak. Mereka tengok kereta dan gaya mereka nanti.

Seorang kawan saya beritahu rakyat Malaysia sentiasa terdorong membeli kereta sedikit di luar kemampuan mereka.

Kenderaan menunjukan apa?

Saya selalu melihat manusia di sekeliling saya mendifinasikan diri mereka melalui kereta yang mereka pakai... Biarlah mereka...biarlah, biarkan

Jan: Suka tengok kereta Honda putih...


Apa yang tak kena nya dengan badan saya?

 " Apa yang tak kena nya dengan badan saya?

Kalau kita fikir betul-betul senaman adalah untuk kecergasan dan menghindari daripada penyakit. Memiliki badan yang terbentuk cantik secara semulajadi (mungkin faktor genetik) tidak semestinya sihat. Ia harus dijaga dengan sempurna kerana ia anugerah.

Jadi tidak benarlah kalau badan sudah elok maka tidak perlu bersenam. Seharusnya kita mempertingkatkan bentuk mana-mana badan yang kita rasa boleh dimajukan. Tidak salah selalu mencuba walaupun hasilnya taklah besar mana, sekurangnya kita rasa cergas.

Biasanya bila kita sudah sakit terlantar, kita fikir kononnya ini cubaan daripada tuhan sedangkan kitalah yang aniaya diri sendiri setiap hari dengan makan apa sahaja dan malas bersenam. Kita tidak mahu jaga kesihatan, kita tidak mahu dalami konsep bila kita sakit keluarga susah.

Orang kita selalu kaitkan banyak perkara dengan tuhan kan? Untuk menyelamatkan kebodohan diri mereka, he he he.

Jan: Sesedap cakap jea kan? He he he




Tuesday, June 18, 2013

Biarlah saya gemuk pun, suami saya tak komplin!

"Buat apa bersenam, biarlah saya gemuk pun, suami saya tak komplin. Yang awak sibuk ngapa?"

Sekadar hiasan

Sekadar hiasan juga.
Isu obesiti sensitif. Mereka yang gemuk akan merasa kecil hati dan mula rasa marah atau tak senang, mereka terus mencari nilai yang lain untuk `menghalalkan' isu kegemukan tersebut. Contohnya biarlah gemuk asal sopan. Namun pastilah lebih elok dan seronok bila kita sopan dan tak gemuk. Dok gitu? Itu contoh sahaja. He he he.

Saya pernah jadi hipokrit tegar dengan mengatakan kawan saya nampak `sihat'.  Walhalnya bukan nampak tetapi memang dah sah selebar pintu. Saya guna perkataan `sihat' bukannya `gemuk'. Kalau guna perkataan `gemuk' pastilah dia marah. Saya kenal benar dia.

"Badan naik sikit' kata kawan saya, sambil menghenjutkan sikit badannya (mungkin untuk biar nampak kecil sikit). Kawan saya menggunakan perkataan `naik sikit' bukannya gemuk sikit...(walaupun saya sudah lihat dia berdagu dua).

Saya perati atas bawah penampilan dia. Macam tak percaya, tak sopan kalau renung isteri orang begitu. Tetapi itulah saya... He he he.

"Bini aku macam model Man...!" Saya teringat kata-kata kawan saya dulu bila saya tanya cantik tak bakal bini dia dulu.

 "Laki aku tak kisah aku gemuk ke, kurus ke" Pengakuan kawan saya lepas nampak saya terkejut tengok dia.

"Yalah kalau laki dah tak kisah tu, faham-faham sajalah. Orang dah tak kisah, he he he". Jahat saya kan? Memang.

Kita kena tahu suami kita memang la tak cakap dan tak komplin tetapi mereka tu belakang kita terkeluar bijik mata bila pandang perempuan lain yang slim giler macam Rozita Che Wan. Haaa. Orang lelaki ni tak banyak cakap sebab dia dah buat kesimpulan dalam kepala. Kesimpulan yang kita ni jenis tak jaga penampilan diri. Dan tak pandai berhias dan segalanya...

Akhirnya? Akhirnya kita mungkin meraung hujan, dalam kedukaan, dalam kegemukan...(bila terima berita skandal suami dengan seseorang yang tentunya lebih kurus daripada kita). He he he.

Dan ingatlah yang kita kena bersenam bukan sahaja untuk sihat dan tak gemuk tetapi juga untuk suami kita khasnya! Untuk rumahtangga kita amnya.

"Memang dasar lelaki! Huh!" Kata kita...

Jan: Pulak dah!

Monday, June 17, 2013

Datuk Michelle Yeoh kini bergelar Tan Sri


Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Michelle Yeoh atas penganugerahan gelaran tersebut. 

Saya yakin sedari dulu beliau bekerja bukan untuk gelaran. Sedari dahulu semasa beliau muda remaja giat berlatih kung fu dan tidak kenal siang malam untuk memajukan kerjayanya tidak terlintas ianya akan capai pada tahap ini gelaran ini. 

Jika ada pihak yang nak beri `rezeki' jangan `ditolak'. Pedulilah apa dengan orang kata sebab biasanya yang mengata tu duduknya lebih bawah dari kita, he he he.

Kalau ada pihak yang nak tarik kita ke bawah, maknanya mereka memang dah ada kat bawah, he he he. bawah kita.

Kita kembali dengan tajuk posting. Anugerah `datuk' juga diterimanya tanpa meraih simpati mana-mana pihak. Tidak seperti sesetengah orang kita yang kemaruk nak dapat gelaran datuk sedangkan sumbangan dan pencapaian  macam kuman kering.

Saya percaya jika dia hanya ingin jadi pelakon jenis `selak kain', lapar laki orang, derhaka kat ibu sebab kekasih, atau gossip semata-mata ia tidak akan mencapai tahap ini. Lihatlah pelakon kita sekarang, gossip lebih-pencapaian ciput. Tetapi beliau bukan begitu. Beliau tahu apa yang hendak dicapai. Hendak ke mana dan bagaimana.

Kepada sesiapa yang mengikuti kisah kegigihan dan kegiatan seninya akan merasa beliau adalah seorang wanita kuat yang terus berjuang. Tidur hanya beberapa jam sahaja, jadual penuh sepanjang tahun. Tidak seperti kita yang bangun selepas subuh dan bekerja sambil lewa dan cukup makan.

Jan: Sebab itu kita tak dapat gelaran, wahima datuk! Haaa...

Biarlah orang muda saja bersenam


 "Laaa kita ni dah tua nak bersenam apa pulak, biarlah orang muda bersenam"

He he he, alasandui atas juga kelakar sebab orang tua laaaaa yang patut banyak bersenam. Senaman membuatkan  otot aktif dan saluran darah ria girang. Maksud saya senaman urat yang perlahan-lahan untuk aliran darah. Maklumlah dah tua gitu. Tak kan nak buat senaman berat.

Apabila badan kita sudah melalui fasa ketuaan, sedangkan kita masih lagi guna cara hidup atau amalan hidup yang sama ia akan menjahanamkan sistem tubuh. Robot pun punah.


Mak cik tetap bersenam..haaaa

Kalau kita pilih gaya hidup tidak sihat contohnya, makan tak `bertime', senaman tidak, dan pukul 6 petang tak sampai rumah lagi, alamatnya seolah menempah katil di hospital.

Jan: Menempah nisan sebelum waktunya?

Sunday, June 16, 2013

Sebab mak anak binasa, gila jantan!



Kebelakangan ini saya asyik memikirkan hal masyarakat kita. Kawan saya marah kepada saya sebab selalu fikir hal masyarakat. Katanya saya tak ada anak, kenapa fikir pasal anak orang?. Teruk kawan saya tu kan? tetapi itulah hakikatnya bukan semua kawan saya tak teruk, he he he.

Saya ni jenis bukan boleh buat hal sendiri dan buat `dek' sahaja dengan persekitaran masyarakat saya. Setidaknya saya menulis untuk menyedarkan kepada diri dan pembaca blog ini. Kadang-kadang sesedap cakap jea saya tulis hal orangkan? he he he.

Dan seminggu ini saya banyak melihat dan meneliti berita tentang kes penderaan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu di Malaysia kita ini. Kebanyakannya didera oleh teman lelaki. Dan kebanyakann pelaku adalah orang Melayu yang beragama islam.

Part yang paling saya suka baca ialah bahagian komen dari pembaca. Macam-macam yang mereka komen terutama perangai birah yang menyebabkan berlakunya pengabaian anak. Saya perturunkan beberapa komen yang saya baca yang terletak di bawah posting tersebut.

Deno said: 
kesian... sbb mak anak jadi mangsa



jaakechik said...
sedih dgr berita mcm ni kan.. kita ni syg gile2 kat anak diorang boleh wat mcm tu, mmg tadak hati perut!



16Please sign in to rate a Thumb UpPlease sign in to rate a Thumb Down0
OneEyedSnake  •  5 months ago Report Abuse
Cibai ponya lelaki... Kalau lu betui dera itu budak, gua harap ada orang dera lu balik plak dalam penjara...

 10
Please sign in to rate a Thumb UpPlease sign in to rate a Thumb Down0
Anak  •  5 months ago Report Abuse
binatang bergelar manusia..patut dibunuh..ibu2 yg gatal jadi porn star kan bagus..senang cari makan tak payah nak bela jantan tak berkerja.

TOKCU:
 sering didera / pukul?
duduk serumah ke?
inilah yang jadi masalah
bawak jantan balik ke rumah
buat apa... inilah generasi yang kurang didikan agama



HambaAllah:
Sebab mak anak binasa, gila jantan!

Ikanjos7918:
lagi mangsa teman lelaki....
apakah jenis ibu yang sanggup utamakan nafsu berbanding kesejahteraan anaknya

Tuhan pelihara anak yg tak berdosa tu dari tangan ibunya yng hanya nak seks dgn jantan dgn cara menjemput ke syurga. bayangkan apa terjadi pada anak ni jika membesar hasil didikan ibunya.....

Tapi sbg manusia, tentu sekali kita suma sedih dgn kisah penganiayaan kanak2 yg tak berdosa ni...

18-12-2012, 01:13 PM
Tahan sekali mak budak ni. Takkan dia sebegitu boddoh sehingga tak menyiasat kenapa anaknya ada kesan2 lebam. Mungkin juga dia tahu anaknya didera dan dia sekadar mendiamkan diri. Kalau maknya pun bersubahat, humban dalam penjara. Biar dia rasa dok dalam tu.

aku setuju,,mak jenis lahabau tul
mujhi
18-12-2012, 01:19 PM
kenapalah mak dia pilih teman lelaki yg sifat macam binatang ni..

yang macam binatang tu lah mak dia suka sangat tu...
LilinSticks
18-12-2012, 01:21 PM
Neh bukan sifat mcm binatang, Mak arwah memang terpilih binatang neh buat teman lelaki.
kopirait
18-12-2012, 01:23 PM
Melayu jugak punya keje.
Ni macam kes yang masuk TV3 dulu-dulu tu..
Mizz Adilla
18-12-2012, 01:37 PM
yang macam binatang tu lah mak dia suka sangat tu...

memang x boleh nak kata ape lah..:D

Jan: Tahniah kepada sesiapa perempuan yang dapat cari lelaki bertanggungjawab. Tahniah 18 kali, he he he

Friday, June 14, 2013

Biar mati anak, jangan mati teman lelaki!

Kita selalu membaca berita mengenai penderaan kanak-kanak. Dan acapkali kita dapati tertulis ayat-ayat sebegini:

`Bayi (atau kanak-kanak ) didera teman lelaki ibu"  atau "lelaki dera anak teman wanitanya'.

Teman lelaki ibu bermakna bukanlah suaminya, atau rakan sekerja (walaupun ada kemungkinan teman lelaki tersebut adalah rakan sekerja ibu tetapi hampir dalam semua kes lelaki tersebut bukan rakan sekerja)...ia fokus kepada perkataan teman, dan bukannya kawan atau sahabat.

Bukan satu, bukan dua, bukan tiga, bukan empat kes `teman lelaki' ibu mendera anak di Malaysia. Dan penderaan tersebut bukannya jenis ringan seperti kita cubit anak jiran kita (masa mak bapaknya tak nampak, he he he) tetapi ada yang didera hingga mati dengan dipukul renyuk.

Mungkin penderaan merupakan sejenis penyakit biasa di sesebuah negara yang sedang membangun di mana terdapat ramai bilangan ibu tunggal yang akhirnya menjerus kepada masalah-masalah lain seperti penderaan bayi dan masalah sosial yang lain. Ini pun kita kena ambil perhatian sebab bukan semua ibu tunggal dapat hidup dengan kuat dan tabah apabila berlaku penceraian. Kadang-kadang mereka tidak disokong malah dihina.

Dan dalam beberapa kes teman lelaki tersebut memang acap kali bertandang ke rumah wanita tersebut dan ada banyak kes teman lelaki itu tinggal serumah dengan wanita yang anaknya didera. Pendek cerita, apa yang saya nak kata ialah mereka bukan sekadar teman `hai-hai' dan `bye-bye' sahaja. Kita pun faham ada keberangkalian besar mereka sudah bersekedudukan dan sekatilan atau sebantalan...haaa

Apa yang berlaku di Batu Pahat Tak Terpahat tahun lalu dan hampir kes yangs ama di seluruh Malaysia, di mana bayi yang baru berumur lapan bulan telah didera sehingga retak tempurung kepala membuktikan teori saya betul. Setidak-tidaknya sebahagian daripada teori tersebut.

Dan saya rasa, ianya bukanlah teori yang hebat sangat mana pun. Budak darjah 2C boleh menduga. Semua orang boleh fikir dan menduga bahawa kebanyakan mangsa (anak/bayi) dipukul oleh teman lelaki ibunya apabila hendakkan sesuatu tetapi tidak dapat ditunaikan oleh ibunya. Contohnya hendakan duitlah.

Teman lelakinya pulak sewenangnya senang memukul bayi/kanak-kanak sebab bukanlah anaknya, kan?. Dan tindakan memuluk merupakan satu amaran kepada teman ibunya jika tak beri duit, anak mereka akan dipukul. Dan dalam kes sebegini kesalahan tersebut diletakan kepada lelaki yang mendera tersebut, apatahlagi jika ianya penagih dadah.

Saya tidak rasa bahawa perempuan itu adalah seorang perempuan yang baik dari segi moral. Malah jiran-jiran sekeliling pun tahu perihal ibu tersebut yang abaikan anak demi kekasih gelapnya. Yang lelaki pula tentulah tak mahu berkahwin secara sah kerana bila berkahwin banyaklah tanggungjawabnya. kalau nak rasa ngeri tanyalah mereka yang tak ikhlas berkahwin, haaa.

Perempuan perlulah tahu ramai lelaki yang spesis ingin berseronok sahaja...Haaa...

Sebenarnya kita terlupa, pihak ibu juga bersalah, memanglah hidup sorang sunyi atau gersang (sebab sudah merasa sewaktu berkahwin dulu...), namun kenalah berhati-hati memilih lelaki yang mahu diambil sebagai teman hidup.

Siapakah yang sebenarnya yang mengizinkan lelaki yang tidak sepatutnya melangkah di dalam rumah? Memilih lelaki untuk hadir dalam rumah tersebut?  untuk mundar mandir dan tinggal dalam rumah tersebut?.

Memang lelaki baik sikit dan perempuan berlambak. Nak cari lelaki yang baik pada zaman sekarang ni ya allah bukan main payahnya! Ibarat mencari bara dalam laut...Tetapi itu tidaklah memberi lesen besar kepada ibu tunggal untuk pakai sauk je (pakai ambik jea).

Tidak apalah hidup sorang diri dan jaga anak dengan baik. Tak apalah pegang motto atau slogan 'hidup anak adalah segalanya'. Berbanding dengan slogan `biar mati anak, jangan mati teman lelaki...'


Jan: janganlah hendak hidup seronok, anak jadi mangsa. Huh!




Biar mati teman lelaki jangan mati anak...pegangan hidupku 
(sekadar hiasan)


Thursday, June 13, 2013

Hit Sentimental Sharifah Aini 2013


Pada suatu pagi sabtu saya ke Giant Kuantan. Tujuannya semata-mata mahu mendapatkan CD Kak Pah yang bertajuk 101 Sharifah Aini dan bahan KFC. Koleksi 101 ini ada juga Sudirman, Ella, P Ramlee dan Fran. Saya tidak jumpa CD 101 Kak Pah tersebut. Sebenarnya saya dah cari di Megamool dan ECM tetapi tidak ada. Rupanya di Giant pun tak ada. Saya rasa hampa, namun saya tetap gembira apabila terdapat CD terbaru Kak Pah bertajuk Hit Sentimental Sharifah Aini.

Lalu saya membelinya CD kompilasi ini ada banyak lagu yang sentimental. Lagu yang jarang ada di kompilasi Kak Pah adalah lagu `Hatiku Melekat di Hatimu', ciptaan A Rianto, dari negara seberang.

Saya sempat bertanyakan CD 101 kak Pah tersebut pada gadis muda di kaunter. Dia pun terus cek dalam komputernya. Dia kata ada tetapi kena oder dulu. saya pun beri la no telefon bimbit saya. Siap saya beritahu saya tinggal di Muadzam dan boleh ambik hari sabtu sahaja Cd 101 Kak Pah tersebut.



Biasanya apabila saya membeli CD, saya akan mendengarnya sampai habis. barulah saya simpan semula. saya ada banyak Cd kompilasi Kak Pah sebab banyak lagu beliau yang saya tidak pernah dengar. Namun kini, saya rasa hampir semua lagu kak Pah sudah saya dengar.

Banyak lagu-lagu sentimental nyanyian kak Pah menjadi hits di zamannya. Oleh kerana Kak Pah mungkin rakyat Malasyia yang paling banyak rakam lagu kat mukabumi Malaysia ini maka banyaklah lagunya yang hit. Dan banyak album kompilasinya sebelum ini. Dalam album ini juga ada lagu yang tidak pernah di` Cd'kan...sebelumnya.


Disc 1:

Mengharap cintamu
Malam
yang mula dan akhir
Hatiku sudah patah
Kau yang bernama
Cinta dari pandangan mataku
Airmata seorang insan
Kenangan (tak pernah `diCDkan')
Hapuslah airmata
Seribu mawar
Jangan putarkan lagu
Tak mungkin berpaling
Dekatlah padaku
Kau kusayang  (tak pernah `diCDkan')
Kenangan lalu
Selama-lamanya
Kau tahu mana kau pergi

Disc 2:

Inilah laguku
Kucurahkan kasih dalam lagu
Sebuah ilusi (tak pernah `diCDkan')    
Hatiku melekat di hatimu
Menaruh harapan
Sampai hati
Ku berjauh hati
Bangkitnya seorang kekasih
Kau runtuhkan istana cinta
Janji di malam pertama
Apa kesudahannya
Kasih
Kau menguji hatiku  (tak pernah `diCDkan')
Laguku malam ini
Getaran jiwa
Tiada maaf bagimu
Rindu menghiasi kamar cinta

Mendengar lagu sentimental ini ada masa-masanya juga. Contahnya bila kita memandu petang-petang kita boleh pasang dan dengar dengan tenang. Kadang-kadang boleh lepas stress.

Entah mengapa bila usia memanjat senja nan merah, saya lebih gemar mendengar lagu yang berirama perlahan berbanding yang riuh pikuk.

Jan: Jiwa saya pun jenis sentimental gak...heheh.

" Saya gemuk, macam mana nak bersenam?"

" Saya gemuk, macam mana nak bersenam?"


Pernah atau tidak kita mendengar alasan sebegini? Adakah benar orang yang gemuk tidak boleh bersenam? Pada pendapat saya orang gemuklah sangat perlu, kan? He he he. Jangan marah, bukan hendak mengata, saya juga gemuk tetapi cute .

Memang betul kalau kita gemuk bukan semua senaman kita boleh lakukan. Dan kita juga akan kelihatan `semacam' apabila kita bersenam. Kalau kita berjogging contohnya, punggung kita nampak bergegar. Orang pandang semacam jea. Tapi inilah dugaan orang gemuk. 

Kalau kita gemuk kita kena buat senaman yang ringan dulu barulah kepada yang lebih berat. Walaupun begitu bagi yang kurus murus pun kena mulakan dengan yang ringan dulu jugak. Haaa. Sama jea kan?

Jan: Maka agak kelakarlah kalau kita guna alasan ini.

Wednesday, June 12, 2013

Kesihatan saya setakat 2013



Ada la 2, 3 muka surat jugak panjangnya.

"Saya nak pakage saringan kesihatan yang berharga RM130" Kata saya kepada penkaunter klinik tersebut. 

Sebenarnya saya pilih pakage tersebut kerana yang RM130 tersebut bukan sahaja memeriksa kandungan darah tetapi juga buah pinggang, jantung dan jenis kanser tertentu. Itulah kata-kata saya yang saya ingat tiga minggu lalu. Dan selepas itu mereka dengan sopannya meminta air kencing dan darah saya untuk diperiksa.

Kata doktor darah dan air kencing saya itu akan dihantar ke makmal di Segamat. Saya sempat pulak bertanya kenapa di Segamat bukannya di Kuantan?.

Maka pagi tadi selepas tutorial Malaysian Economy, saya berbegas ke klinik untuk melihat keputusan saringan tersebut. Sebenarnya dua minggu lepas klinik dah kol saya beritahu keputusan telah ada. Saya sibuk! He he he.

Daripada keputusan inilah kita tahu taraf darah kita, jantung, buah pinggang dan pelbagai penyakit lain seperti gaut dan kanser. Dan macam-macam lagilah. Hebat sungguh dengan hanya memeriksa air kencing kita boleh tahu banyak perkara, termasuk sama ada kita mengandung atau tidak, he he he. Ada la beberapa kebimbangan terbit dari result tersebut, namun saya bersyukur saya tak mengandung, he he he (lawak paling bodoh tahun ini).

Saya sempat pulak beramah mesra dengan doktor tersebut dan bertanya pasal kanser yang Angelina Jolie tu. Doktor ada beritahu pemeriksaan sebegitu mahal sehingga RM11K. Biar betul!. Saya ada banyak tanya kepada doktor tersebut.

Berkawanlah dengan doktor, banyak faedahnya.

Dulu pernah kenal seorang doktor yang kuat merokok dan tak bersenam. Saya ada tanya kenapa tak bersenam dan berhenti merokok. Doktor itu kata "buat apa bersenam dapat panjang umur tapi tahun-tahun tersebut dihabiskan dengan bersenam?"

Jan: Laaa...He he he.

Tuesday, June 11, 2013

Tak ada masa nak bersenam laaa

"saya tak ada masa nak bersenam laaa..."

Pernah tak dengar ungkapan di atas? (Kalau tak pernah dengar tu maknanya kita duduk dalam gua lah tu. Atau kita memang tak ada kawan yang tak suka bersenam)

Saya mengaku saya selalu balik lewat dari tempat kerja dan peminat tegar menggunakan alasan kelakar di atas. Saya selalu merungut tak ada masa nak bersenam.

Dan saya mengaku lagi alasan itulah yang saya tanam dalam diri sebagai alasan pertama yang utama untuk tidak bersenam. Dan saya percaya orang yang ada bekeluarga juga akan menggunakan alasan sibuk memanjang menguruskan keluarga dan tak ada masa untuk bersenam,(cuma tetap ada masa untuk mengumpat jea, he he he).

Excersize sambil mengumpat?
Namun jauh di sudut hati kita percaya kata-kata doktor yang suruh kita setidaknya berjalan cepat tiga atau empat kali seminggu selama 30 minit tersebut adalah akan member kesan yang besar. Saya ulangi, kesan yang besar. Ini tidak... kita selamba jea berjalan perlahan dan lebih suka duduk diam. Tak aktif, halau kucing pun penuh sopan...

Seharuslah kita memasukan jadual senaman dalam program hidup kita. Haaa… Supaya jantung kita bergerak dengan lebih pantas dan menyihatkan kita secara keseluruhan. Otot-otot utama kita pun akan dapat berkerja dengan cekap. Supaya badan kita bertambah galak seperti perasaan kita yang galak selamanya.

Haaa, kita tak boleh `sedentary' (tak aktif) yea. 

Katalah kita ni sibuk mengalahkan PM kita atau mengalahkan orang kerja kat bursa saham. Tetapi hakikatnya kita masih lagi boleh bersenam dengan bangun 30 minit lebih awal daripada biasa. Boleh kita buat senaman setengah jam. Ikutlah senaman jenis mana. Senaman kucing ke, penyu kea tau senaman ketam.

Contohnya hari ini kita boleh buat senaman siamang, esok senaman ular damn lusa mungin senaman siput babi. Maksud saya kita ciptalah/tiru pergerakan seperti haiwan tersebut.

Kalau nak over kita boleh buat senaman Paula Abdul. Beli cd beliau dan buat gerakan ala-ala lagu straight up tersebut. Haaa,..

Sebenarnya senaman ni kalau kita buat dengan penuh gaya ia akan menyeronokan. Sapa yang ada pasangan boleh bersenam bersama, tetapi jangan `terlanjur' pulak. Tetapkan nawaitu nak bersenam bukannya bersetubuh!

Sebenarnya belang-belang (sambil) tengok tv pun kita boleh bersenam. Ini tidak, bila tengok tv kita bersenam mulut. Kita sumbat mulut dengan cikedis dan sebagainya. Sambil tengok Teduhan Kasih kita sebenarnya boleh angkat dumbbell. Atau kita beli jea mesen lari setempat letak depan tv.

Buat senaman ringan semasa nonton HBO
Atau kita jangan guna remote tv, atau kita letak remote kat dapur. Kalau nak alih siaran kita kena pergi ke dapur ambil remote dan letak semula remote tersebut di dapur. Jangan masuk dapur terus buat Maggie sudah. Sayalah tu, he heh.

Jadi sebenarnya tiada alasan untuk kita tidak bersenam, kan?.

Alasan itu juga mungkin adalah alasan syaitan. Syaitan tak mahu kita bersenam, mereka bimbang kita sihat walafiat dan dapat buat kebajikan dan ibadat, dapat cari rezeki halal. Dia mahu kita sakit dan tidak sihat supaya kita tak payah beribadat…he he he.


Jan: Haaa…

Sunday, June 9, 2013

Gemuk, tak bersenam dan suka duduk-duduk...

Semasa makan di Megamool Kuantan, saya perasan ada empat wanita bertaraf obesiti sedang makan di sebelah meja saya. Namun saya tidak pasti adakah kegemukan tersebut adalah berupa lemak atau daging, atau air semata-mata. Oleh kerana kerangka badan mereka sederhana dan biasa-biasa sahaja, saya rasa mereka obesiti. 

Semua wanita tersebut mempunyai saiz badan yang lebih kurang sama. Dan mereka memesan makanan yang pada pendapat saya memang sesuai dengan saiz badan mereka. 

Selepas itu semasa saya beratur di ATM (ambil duit nak beli Cd terbaru Kak Pah), saya dapati purata manusia yang sedang beratur (termasuk la saya, he he he) semuanya gemuk-gemuk belaka. Saya sempat sms ke Adnan beritahu yang rakyat Malaysia gemuk-gemuk belaka. Adanan kata Malaysia makmur.

Semasa saya sedang beratur di ATM juga tiba-tiba seorang budak kecil memeluk kaki saya (kes tersalah ayah/ibu kot). Dan sukar untuk saya mengalihkan kaki saya dari pelukan budak tersebut sebab budak tersebut gemuk! Bulat! Rasa nak cubit pun ada, geram. Bulat sangat!




Khabarnya di kalangan negara ASEAN, Malaysialah negara pertama yang paling ramai bilangan penduduk yang gemuk. Kalau di kira peringkat Asia, Malaysia yang ke enam!. Di peringkat dunia tak diberitahu pulak. Tapi mungkin antara yang teratas jugak kot. Tahniah untuk Malaysia, he he he.

Kajian juga menunjukan purata rakyat Malasyia yang bersenam hanya lebih kurang 35%. Dan rakyat Malaysia banyak kerjanya duduk.

Saya rasa kita ni sepsis yang suka duduk. Kat tempat kerja pun kita banyak duduk sambil buat kerja, mengumpat pun sambil duduk. Di rumah pun kita duduk depan tv pulak mengadap drama Teduhan Kasih, atau sinitron Indonesia atau drama korea atau ketiga-tiganya sekali!. Kita minat. Dan memang kita tidak berdiri bila menontongnya, kita duduk.

Walhal kita boleh bangun dan berligar sekejap. Ni tak, kita duduk sampai sejam!  Kajian dari satu university yang saya tak ingat nama ada menyatakan sapa-sapa yang kerjanya duduk ni paling berisiko tinggi untuk mendapat kanser colon (white et, al 1990). Haaa...

Sebab tulah masa tengok tv tu kena la kita bersenam dengan gerakan kaki, atau tangan. Ini tak kita bersenam mulut! Kita makan sambil tengok tv, he he he.


Jan: Alamak duduk pun salah ke? Ya salah. Begitu juga kalau terbaring jea selalu. Pun salah!

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home