Apabila barang atau peralatan saya rosak, saya tidak cuba membaikinya. Memang begitu tabiat saya. Saya memang tidak pandai membaiki. Ada orang punyai sifat semulajadinya suka membaiki tetapi tidak saya. Contohnya, ada orang bila pemasak nasi elektriknya rosak dia membaikinya sendiri. Atau mereka baiki sendiri kereta , basikal dan motosikal.
Saya berpendapat sifat pembaikian tidak ada dalam diri saya. Bila barang saya rosak terus saya fikir mungkin dah sampai `ajal'nya. Saya akan menggantikannya kalau harganya murah. Contohnya, apabila televisiong saya rosak (dipanah pentir), saya menghantarnya ke kedai pembaikian. Dan apabila ianya rosak lagi tanpa dipanah apa-apa. Saya sambar LCD Sony 32 inci. Saya rasa baik beli baru kalau baiki sampai RM300. Huh!

Pemanas air saya juga rosak, kalau harga murah tentu saya beli yang lain tetapi berjenama Tefal (stainless steel kettle). Saya rasa saya perlu baikinya di kedai. Namun saya bimbang kalau upahnya mahal atau dikelengtongi pekedai. Tetapi akibat berjenama Tefal punya pasal saya cemerlang sahaja melenggang menuju kedai. Selepas dua hari... saya ke kedai semula dan pak cik tu kata Rm20 sahaja. Fuh lega... tak sia-sia melenggang. Yahoo...
Saya tidak pandai langsung membaiki apa-apa yang rosak, saya bimbang kalau cuba membaikinya jadi seperti tikus membaiki labu. Maksud saya bila saya baiki, akan bertambah kerosakan barang tersebut kerana saya tidak berilmu. Mungkin sebab itulah timbul peribahasa tikus membaiki labu, ntah-entah hilang labunya sebab tikus adalah pemakan labu tersebut, he he he.
2 comments:
adakala saya juga suka jadi tikus baiki labu ahahahaha... saja susahkan diri sendiri :D
sekurang-kurangnya awak cuba Nong. saya ni tak cuba langsung...he he he.
saya ni nak pasang rak kecil yang dibeli di IKEA pun tak reti, he he he.
Post a Comment