Petang tadi saya bersama Adnan melawat gerai Wataniah. Saja saya pergi melawat beri sokongan atas aktiviti yang dijalankan. Banyak lagi gerai yang saya lawati.
Kelihatan saya bersembunyi di belakang pelajar micro ekonomi saya (untuk menutup saiz badan yang kini bagai dipam-pam). Baju yang saya pakai tersebut sebenarnya baju raya yang saya beli, untuk raya haji nan lalu...
Tunjuk jari dua ni gaya manusia sejagat... Pasukan Wataniah adalah pasukan pertahanan kedua bagi negara kita. Pendek kata bila semua askar pergi berjuang, kita dijaga oleh merekalah.
Alatan yang berkaitan.
Semasa saya mengajar pagi tadi, saya lihat ada pelajar saya pakai baju wataniah. Saya rasa sungguh banga.
Kelihatan Adnan dalam gambar di atas berbaju putih sedangkan yang lain berbaju wataniah. Pelik, saya tak dapat ungkaikan mengapa...?
Ini kalau tak silap adalah makanan yang dimakan oleh mereka. Kalau saya makan mungkin boleh kembali ke bentuk asal...zaman kegemilangan (zaman kegilaan sebenarnya, he he he)
Ini tempat membakar makanan, pakai lilin jea.
Jan: Tentu pengalaman jadi wataniah seronok...kan?
1 comment:
hehehe ade gak gambar saya dalam tu
Post a Comment