Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, November 5, 2012

Buku dan bunga Teluki

Sepanjang menghadiri majlis konvokeysen UNITEN ke 15, saya dan Adnan menetap di Residance Hotel. Hotel tersebut dipilih kerana letaknya berdekatan dengan bangunan konvoi yang kami perlu hadiri. Boleh berjalan kaki sahaja....(tapi kami tak berjalan kaki pun...)

Saya dan Adnan makan pagi di hotel tersebut secara percuma kerana memang duduk di hotel begitu pakejnya. Kami makan tengahari di luar hotel, selepas majlis. Malam kedua kami makan malam di hotel tetapi saya oder dari bilik! Sepanjang hidup saya tidak pernah oder makanan ke bilik. Saya rasa lebih baik makan di kedai sekitar hotel kerana murah. Cuma entah kenapa malam tersebut saya beria nak belanja Adnan untuk makan di bilik hotel bagai orang yang banyak duit, he he he.

Saya tidak pernah buat begini, inilah kali pertama saya berkelakuan seolah saya banyak duit (sebenarnya dah banyak kali cuma dalam bentuk lain, he he he). Tambah lagi saya beri tip kat budak hantar makanan tersebut. Pada mulanya saya tidak mahu beri tips, tetapi saya ambil keputusan memberinya (tip) sebab dulu saya pernah juga dapat tip dari seorang datin.

Tetapi ini bukan cerita pasal makan kat bilik hotel atau perihal tip. Iannya cerita mengenai pada malam ke tiga kami keluar untuk makan malam di luar hotel, tak kan setiap malam nak makan kat hotel.  Tetapi sampai kat lobi hotel saya sedari hujan pula... Maka kami terus menuju ke cafe hotel. Makan kat sinilah. Makan kat hotel lagi.

Pada masa tersebut saya bawak beg yang ada buku-buku yang saya beli. Hajat hendak letak di kereta. Tapi tak jadilah sebab malas nak berlari ke kereta dalam hujan... (Diriwayatkan bila saya turun KL, saya akan membeli buku sebagai kenangan. Saya adalah beli 10 buah buku. Saya buka untuk melihatnya sementara saya menunggu makanan yang dioder tiba.)


Buku di atas pasal politik, saya tidak membacanya kerana saya baca buku lain terlebih dahulu.


Ini buku sasterawan negara kita, isi buku ini adalah surat-surat peribadi beliau. Wah, cantik halus bahasa suratnya. Saya percaya kini tak ramai mahkeluk dunia yang tahu menulis surat...


Saya juga beli buku rasepi. Kalau ada kelapangan saya akan memasak. Kalau tidak berapa menjadi atau sedap saya akan beri pada kucing. Kalau kucing pun tak sudi, saya beri ke tong sampah!. He he he


Ini buku politik yang ditulis oleh ahli akademik yang berada di institusi pembelajaran yang pakar dalam bidang masing-masing. Saya suka baca buku politik, tetapi bukan pasal yang menceritakan hal keburukan sahaja kerjanya.


Haaa...ini pula buku pasal wang. Saya selalu berfikir macam mana nak bagi duit saya cukup. Akhirnya saya tahu yang salah ialah saya! Bukannya kerajaan, cikgu, masyarakat, mak cik Kantin atau FINAS.


Saya bosan menunggu makanan tiba...


Saya bergambar ala manja kat Majalah Remaja...mengigit bunga Teluki


Akibatnya bunga Teluki ini patah! 

Jan: Sebenarnya posting ini pasal buku, saya ada juga beli buku motivasi dan panduan hidup.

3 comments:

Adie Achim said...

Saya ingin punyai sebuah mini library, oleh itu kena mula mempunyai koleksi.

Jankaulu said...

ya betul, saya setuju sangat. Saya pun tak banyak buku, kumpul sikit-sikit.

Tapi harga buku mahal...macam manalah rakyat nak membaca...membeli.

Nong Andy said...

Adie /Encik pensyarah

jom beli buku dan buat mini library

:D

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home