Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, November 1, 2012

Saya sudah mulai mengalah?


Kadang-kadang saya terfikir juga mengenai nasib untung diri dalam kerjaya yang diceburi. Bekerja di bidang saya ini tanpa memiliki PHD, ia selalu membuatkan saya rasa `kecil' berbanding dengan pensyarah yang memiliki PHD. Malah kata seorang kawan saya pensyarah yang tidak memiliki PHD ibarat penyanyi tanpa album... Dan ada rakan yang lebih lantang memberitahu kalau tidak ada PHD `you are nothing!".

Sekali lagi nama saya tersenarai dalam perarakan hari konvoikesyen yang ke 15. Dan saya tidak dapat lari daripada memikirkan untung nasib dalam kerjaya. Perarakan tersebut tentunya terdiri daripada para pensyarah yang hebat-hebat, jauh lebih hebat berbanding saya. Ya, suatu waktu dahulu saya sangat bersemangat untuk membuat PHD, kini semuannya pergi. Semuanya telah pergi... Kadang-kadang saya merasakan saya menunggu pengakhiran hidup sahaja. Tidak ada apa lagi yang saya ingin kejar...hanya melalui hari-hari...

Ketua jabatan ada juga menanyakan hal saya, iaitu bilakah saya mahu sambung pelajaran (buat PHD)?. Dan biasanya saya jawab `no planning'. Kawan-kawan ada juga `kutuk' saya kenapa tak buat PHD sedangkan saya tak ada anak bini? (mereka beranggapan bila tak ada anak bini senang nak buat PHD). 

Tentulah saya kena tenteram jiwa raga jika saya mahu sambung belajar. Saya juga sebenarnya tidak mahu belajar tak habis... Tetapi saya selalu berperang. Ada perang dalam diri...

Bagi saya ada PHD adalah satu pengitirafan. Pentingkah pengitirafan itu?

Mungkin suatu hari nanti apabila saya bersara/pencen...saya akan mendaftar sebagai pelajar PHD. Waktu itu tentu hidup saya bertambah sunyi kerana kehilangan kawan-kawan dan rasa tidak produktif. Pada waktu itu saya akan sibukan diri dengan buat PHD.

Jan: Kawan saya kata pendirian saya itu pelik, manusia tidak begitu!...katanya.

1 comment:

diana said...

Bniat jgak utk smbung bljr. Hrp2 niat sy tu msh segar & lmbt utk pudar.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home