Pernah tak para pembaca diminta `remove' seseorang dari FB para pembaca? Saya pernah.
Ceritanya begini. Saya diminta berkali-kali oleh seorang sahabat baik saya supaya `remove'kan nama seorang rakan di FB saya (katalah nama dia Si X). Banyak kali kawan saya sms bertanya saya " Kau dah remove ke nama si X dari FB kau Mang?".
Si X ini bukanlah kawan baik saya pun tetapi saya `add' sebab dia adalah sahabat baik kepada sahabat baik saya tadi. Ada ke tak ada nama Si X dalam FB saya tak mengurang, tak menambah. Bak melukut di tepi gantang.
Saya beranggapan sahabat baik saya tersebut seolah menjalankan kempen memulaukan Si X tadi. Saya pula tak tahu hujung pangkal sebab yang membawa kepada pemualauan, saya jarang buka FB (kalau buka pun untuk bertanya khabar Kak Pah dan `like-like' jea mana yang patut, he he he). Namun sebenarnya memang saya tidak berniatpun mahu me`remove'kan Si X tadi sebab pendirian saya ialah:
Si X tidak berbalah dengan saya, kenapa saya nak remove dia semata nak jaga persahabatan dengan sahabat baik saya? Dan manalah tau suatu hari nanti saya akan rapat pulak dengan Si X, Haaaa. Kan?
Namun sebagai manusia biasa saya rasa tidak sedap hati jugak dan rimas bila ditanya kenapa masih tidak remove nama Si X tersebut. Atau saya patut removekan sebab sahabat baik saya pernah berbelanja ribu-riban untuk saya dahulu. Segalanya saya hargai dan kekal diingatan... Dalam hatil kecil saya tertanya betul ke tindakan saya, iaitu tindakan tak me`remove'kan nama Si X tadi...
Nak dijadikan cerita lama kemudian, sahabat saya tersebut berbaik si mula dengan Si X tersebut!. Ya allah, nasib baik saya tak remove Si X tadi, kalau tak nampak sangat saya ni pak turut.
Jan: kadang-kadang rasanya nak remove jea dua-dua sekali, he he he. huh!
2 comments:
sila remove ke dua-duanya :D
hehehehe...
ya betul la Nong, he he he. yang bertelagah dia orang tapi diheret sama kita...he he he.
Post a Comment