Pelik kan zaman sekarang, penyakit yang tidak pernah kita dengar (sebab mungkin kita tidak membaca dan mencari ilmu? He he he) tiba-tiba popular di sekeliling kita. Mungkin dulu nenek moyang kita tahu akan penyakit ini. Begitu juga dengan penyakit kuman tanah. Bagi saya di tanah memang laaa ada banyak kuman kuminnya.
Saya tengok dalam Wikipedia, kecing tikus ini juga dikenali
sebagai deman kanikola atau deman ladang tebu atau deman 7 hari. Banyak nama
rupanya penyakit ini? Penyebab dia adalah bakteria spirochaete yang dikenali sebagai
Leptospira (macam corak batik pun ada, cantik...) :
Pengunaan teknik pewarna perak pada tisu buah pinggang,
membongkar kehadiran bacteria Leptospira.
Saya ada juga dengar kematian seleberiti Din Beramboi bersebatan daripada penyakit ini. Namun saya tidak dapat sahkan adakah iannya betul
sebab saya bukannya doktor.
Saya ada juga menguji pelajar saya untuk mengetahiu mereka peka tidak akan penyakit ini. Pelajar beritahu kalau kita pergi mandi atau berenang di kawasan air terjun, kita boleh dapat penyakit ini. Rupanya pelajar saya lebih tahu berbanding saya walaupun mereka ambil perakaunan.
Kata pelajar saya, tikuslah puncanya (hos utama). Air kencing tikus yang dijangkiti (bakteria spirochaete yang dikenali sebagai Leptospira) akan menjangkiti mamalia lain yang kita panggil hos kedua iaitu anjing, arnab, rusa anjing dan lembu. Binatang ini misalnya anjing mungkin menjilat punca air kencing tersebut daripada tanah atau punca lopak yang dijangkiti. Dan kita juga boleh dijangkiti melalui air, tanah atau makanan yang telah dijangkiti. Maka betullah kata pelajar saya ia boleh berjangkit ditempat berkelah, airterjung, kalau kawasan itu dicemari.
Sekarang saya sudah jarang berkelah, lagipun dunia saya sudah banyak berubah sejak saya ditinggalkan begitu sahaja seolah saya tidak pernah berbudi. Saya harap berbaloilah apa yang dia lakukan terhadap kehidupan saya, namun sesekali saya ada juga harapkan agar kehidupan dia jauh dari bahagia...jahat kan? He he he.
Kita kembali kepada penyakit ini. kepada yang suka sangat berendam dalam air, awaslah kerana kemungkinan bakteria ini tersimbah ke dalam mata, atau hidung atau luka yang terdedah. Dapatlah kita penyakit tersebut. Dan kalau sebuah hati yang terluka disimbah oleh air tercemar nescaya tidak akan berkesan kerana di dunia ini apa lagi penyakit yang lebih dashyat selain daripada sebuah hati yang terluka? Haa...
Tanah dan air jadi mediumnya
Sebenarnya kadang-kadang ia seolah nasib. Maksud saya kita boleh terdedah kepada pencemaran bila-nila masa. Maksudnya kita boleh mati bila-bila masa, kita boleh meninggalkan orang yang kita sayang bila-bila masa dan selepas itu pasangan kita boleh bila-bila masa kahwin lain...he he he.
Jan: Ya allah selamatkanlah kami dari segala penyakit, amin.
1 comment:
Appreciate the recommendation. Will try it out.
Also visit my page :: make money blogging
Post a Comment