Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, May 31, 2012

Bersyukurkah kita?



Kelmarin saya berkelakuan agak aneh. Saya sengaja tinggalkan kereta saya di hadapan bank dan semua urusan di bandar tersebut saya laksanakannya dengan hanya berjalan kaki. Dua tiga kali juga saya ke kereta untuk letak barang yang dibeli. Berpeluh juga saya melenggang dari satu tempat ke satu tempat. Saya tidak pakai baju dalam, basah baju saya boleh dilihat orang...

Begini ramoknya kalau tiada kereta.

Saya harus fikir banyak kali, perlukah saya beli Honda Sivik tersebut. Memang saya dan Khairul Surbaini telah lihat kereta tersebut. Ya allah, handsumnya. Tapi saya bimbang pulak nanti orang akan tumpukan perhatian kepada kereta saya dan bukannya pemilik kereta...haaa. Tentulah saya akan merasa lebih sunyi.

Ramai orang hidup lebih susah berbanding kita tetapi kita jarang atau sekali sekala sahaja menyedarinya. Mungkin kita sudah terbiasa melihat kelebihan orang lain daripada pelbagai segi. Mungkin sejak kecil kepala otak kita begitu. Memandang kelebihan orang yang lebih dan mahu menjadi sepertinya. Kelebihan mereka yang membawa kepada kekerdilan diri. 

Lantas kita banyak mengeluh padahal apa yang kita keluhkan itu merupakan suatu kehidupan harian bagi orang lain. Contohnya kita mengeluh bosan menunggu bas (kerana tiba-tiba sahaja kereta kita meragam mengeluarkan bunyi macam pancaragam sekolah). Sekarang kereta kita kat kedai. Sudah 3 hari naik bas ke tempat kerja, kita sudah tiga hari mengeluh tiap-tiap hari. Seolah rasa hidup sangat susah. Perit.

Kita tidak sedar yang orang lain sebenarnya memang menggunakan kenderaan awam dalam kehidupan mereka sampai mati. Mereka tidak ada kereta pun!. Pada masa kita mengeluh tersebut sebenarnya kita tidak nampak ada pihak yang nampak betapa kita tidak bersyukur dan tak tahan cubaan yang diberikanya.

Kalau kita perhatikan betul-betul. Di setiap bas berdiri kita lihat sekeliling kita ada ramai yang menunggu bas. Ada yang bercakap, ada yang sedang membaca dan ada pak we yang cuba mengorat tapi tak dilayan, dan ramai juga yang serius ketip telepon bimbit. Tetapi mereka sempat sampai di tempat kerja mengalahkan orang yang ada kereta.

Orang yang ada isteri juga terkadang tidak bersyukur.

Mengeluh sebab isteri kita balik kampung menjengok ayahnya sakit. Dan sebenarnya kita memang tidak mahu lepaskan isteri kita balik kampung dengan rela hati. Sudah tiga hari tiada isteri, rumah pun dah macam kandang babi. Makan minum kita tidak tentu hala dan baju seluar kita tidak bergosok. Dan seolah dunia nak kiamat bila kita tengok sink kat dapur sudah dipenuhi cawang dan pingang. Kita berharap isteri kita cepat balik (kita tidak berharap mertua kita cepat baik, he he he)

Kita menyesal kerana tidak menghargai isteri yang ada sebab begini rupanya bila isteri tiada. Malah kita pernah beritahu kawan seopis kita yang isteri kita tu lambat buat kerja bak siput babi, tak belai kita dan asyik jaga anak-anak dan amat menghargai mesen basuh berbanding kita...

Kita tidak sedar yang isteri kita tu bukannya robot, setelah jadi kilang proses (beranak everi year non-stop), badan pun dah selebar pintu. Kita tidak pernah nak ambil peduli yang bini kita amat letih. Dia letih kerana kita tidak mampu sediakan orang gaji. Kita hanya mampu sebut kita sayangkan dia (sebab air liur tak perlu dibayar, tu pun sebulan sekali payah kita nak kata kita sayang kat dia kecuali semasa buat seks). 

Kita tidak pernah mahu faham isteri kita sebenarnya sibuk jadi hamba dalam rumah kita. Dia buat semuanya sekaligus macam superwomen, mana ada masa nak belai kita... (padahal orang macam kita ni kena belai dengan batang penyapu baru tahu, he heeh).

Dan kita tidak pernah mahu mengerti bahawa isteri kita amat menyanyangi dan menghargai mesen basuh  tersebut kerana ianya banyak membantu menjimatkan masa dan menyenangkan kerja rumahtangga yang hendak di buat (berbanding kita yang hanya duduk di sofa membaca halaman sukan...)

Dan kita terlupa yang ada orang tak ada isteri pun! 

Jan: he he he, no komen....

POINTS ON HOW TO IMPROVE YOUR LIFE


Kawan-kawan saya ramai yang kaki forward, ada yang suka antar gambar lucu atau lucah, ada yang hantar hadis tiap-tiap hari dan ada yang hantar kata-kata motivasi. 

Penuh inbox saya. Saya pula kira jenis tak delete email. Tapi sekarang saya dah cuba nak delete apa yang patut. 

Antara yang saya nak delete ialah kiriman daripada Khairul Surbaini. Dia rakan pensyarahan saya. Juga kawan saya dari tempat kerja majikan lama saya. 

Ni haa apa yang dia sent kat saya. Sama-samalah kita ambil positifnya.


Personality:


1. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment 
3. Don't over do; keep your limits 
4. Don't take yourself so seriously; no one else does 
5. Don't waste your precious energy on gossip 
6. Dream more while you are awake 
7. Envy is a waste of time. You already have all you need..
8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
9. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
10. Make peace with your past so it won't spoil the present 
11. No one is in charge of your happiness except you 
12. Realize that life is a school and you are here to learn. 
Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.


13. Smile and laugh more

14. You don't have to win every argument. Agree to disagree.


Community:


15. Call your family often
16. Each day give something good to others 
17. Forgive everyone for everything 
18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6 
19. Try to make at least three people smile each day 
20. What other people think of you is none of your business 
21. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.


Life:


22. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do. 
23. GOD heals everything 
24. Do the right things 
25. However good or bad a situation is, it will change 
26. No matter how you feel, get up, dress up and show up 
27. The best is yet to come 
28. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful 
29. When you awake alive in the morning, thank GOD for it 
30. If you know GOD you will always be happy. So, be happy. 

Jan: Ada yang saya boleh ikut ada yang saya tak boleh ikut kerana ia amat memilukan...tiada maaf bagi mu puaka! (pulak dah)

Wednesday, May 30, 2012

Kereta lama, kereta baru...



Minggu lepas, saya ada mengisi borang kenaikan gaji. Seminggu juga sibuk menyediakan segala dokuman dan asyik keluar masuk bilik ketua jabatan. Malu jugak untuk menunjukan bukti bahawa kita ni layak dinaikan gaji. Ya la kan...takut kita jea yang perasan sorang diri, he he he. Tapi kalau kita tak beritahu dan paparkan keupayaan kita dan apa yang kita telah buat, siapa yang tahu kan, siapa nak tahu? Selamat datang ke planet bumi.

Entah dapat entahkan tidak, saya pun berserah sahaja kepada takdir. Ini soal rezeki. Tetapi kalau dapat, saya bercadang nak tukar kereta baru, he he he.

Orang lelaki biasanya, ada yang bila ada duit lebih sikit mulalah bercadang nak tukar kereta baru. Bukannya kereta lama mereka sudah rosak atau tak boleh guna tetapi kereta baru katakan...he he he. Lebih mengancam. Puas rasanya dengan kereta lama tu...gamaknya.

Bila kita keluar rumah kita lihat banyak kereta baru, bermacam model ada. Kereta yang kita ada dah ketinggalan zaman, he he he. Dah sizen, sebab kita selalu pakai. Kereta baru ni buat kita bersemangat sikit. He he he... Muda la katakan...Opps lama la katakan.

Tetapi kadang-kadang saya rasa tidak perlulah kita cari pasal tukar kereta baru sebab kereta lama masih boleh digunakan. Kereta lama banyak berjasa. Banyak menolong kita mencapai pembangunan dan kekuatan diri...

Jan: Tetapi orang lelaki memang suka kereta baru...he he he.

Akulah kos lepasnya

Sofea Aini tersedu-sedan di tepi longkang. Di belakang dewan perhimpunan MRSN tersebut dia terduduk, menangis tak berlagu, merintih tak berirama. Beratnya bebanan hidup seolah awan gemawan jatuh terus menghempap bahu, panas mentari tengahari membakar hangus hatinya. Semua perasaan itu menghalang Sofea Aini untuk terus berdiri.

Lama terduduk, barulah Sofea Aini mampu mengumpul segala kekuatan untuk kembali ke kereta Myvonya.

Ya allah mimpikah ini... 

Ya allah dia tidak berdaya lagi bukan sahaja untuk memandu, tetapi juga untuk membuka pintu kereta. Dia terjelepok lagi di tepi kereta. Pandangannya kabur...

Sedar-sedar Sofea Aini sudah berada di kantin sekolah. Dia lihat ada beberapa orang perempuan berbaju kurung mengelilinginya. Beberapa orang guru perempuan sedang mengibas-gibasnya dengan buku latihan sekolah. Memang badannya terasa panas, sepanas hatinya. " Ini bini cikgu Farok ke?" Seorang perempuan membahasakan dirinya sebagai Kak Tom memeluk erat pinganggnya dan minta dia banyak bersabar ... Terasa semacam apabila buah dadanya menyentuh buah dada pengetua tersebut.

Dan Kak Tomlah (yang kemudiannya dia tahu merupakan seorang pengetua) yang membawanya ke surau sekolah, menyuruh dia ambil air sembahyang. Sofea Aini yang masih terpana, mengikuti segalanya. Dia pasrah.

Sejuk rasa air sembahyang menyentuh mukanya, dapat menyejukan hatinya yang panas.

Dalam perjalanan pulang dari sekolah tersebut, Sofea Aini mula tertanya inikah akhirnya nasib dirinya? inikah akhirnya balasan Farok! Tetapi demi allah dia tidak merancang sebegitu, cuma suasana jadi tidak terkawal apabila Farok rancak membuka cerita keburukannya di dalam bilik guru tersebut. Mungkin Farok bertindak sedemikian untuk menutup kelemahan dirinya sendiri. Pandai mengalih isu seperti Anuar.

Segala kelemahannya sebagai isteri diceritakan di khalayak guru. Tentulah Sofea Aini malu dan sebab itulah dia membalas balik dengan spontan memberitahu perbuatan puaka suaminya itu tidak dapat dimaafkan. Dunia khirat. Namun tindakan tersebut mungkin terlahir dari rasa hatinya yang sudah lama tertekan. Bukan sebulan dua, bukan tiga bulan atau empat bulan Farok menyiksanya zahir batinnya. Farok yang dikahwininya lapan tahun lalu bukanlah lagi Farok yang kini.  Faruk kini jadi macam beruk.

Hanya allah yang tahu, betapa bercelaru dan tertekannya perasaan Sofea |Aini apabila dia mendengar berita tersebut. Pelajar tersebut sendiri membuat pengakuan. Dan dia hanya mahu dapatkan kepastian tetapi dia dapat lebih dari sebuah kepastian.

Memang dia terus meluru masuk ke bilik guru. Sudah dua minggu Farok tidak pulang ke rumah. Suasana bilik guru menjadi hingar bingar pabila Sofea Aini menjerit nama Farok dan sekejap sahaja mereka mula melancarkan perang. Sehinggalah Farok mengheratnya dengan sadis ke belakang dewan perhimpunan sekolah. Dan di tepi longkang itu jugalah Sofea Aini ditalak tiga!.

Sofea Aini hanya tahu menangis, menangis dan menangis. Ya allah, ya allah itulah sahaja yang mampu dia ungkapkan. Dia hanya seorang perempuan yang tidak dihargai... Dalam kesedihan itu, terpandang wajah anaknya satu persatu. Sofea Aini bertambah pilu. Tetapi dia harus memandu pulang. Pulang ke rumahnya (nasib baik rumah atas nama dia, dia buat pinjaman Bank Rakyat gitu).

Seribu persoalan timbul...muncul satu persatu di minda Sofea Aini. Ya dia harus segera menghala layar kehidupannya ke arah lain. Mulakan hidup baru. Dia teringat kata-kata Mankisue, memang benar kata-kata Mankisue bahawa perkhawinan adalah seolah satu perjudian. Dan sekarang dia kalah teruk.

Dalam kesedihan yang tidak berpenghujung itu, Sofea Aini tetap berharap Farok akan bertanggugjawab. Pelajar tingkatan empat itu sudah berbadan dua.


XXXXXX:

Antara persoalan, pengajaran moral cerpen tersebut:

1. Bersyukurlah dan peliharailah perkhawinan masing-masing.
2. Jangan lakukan hubungan seks dengan pelajar sendiri.
3. Tidak semestinya pelajar berasrama penuh cerdik.
4. Berhati-hatilah kerana suami yang kita khawini sekarang mungkin bukanlah suami yang kita pernah khawini dulu.
5. Jangan serang suami di tempat kerja, dua-dua akan malu.
6. Jangan ingat laki kita akan sayangi kita selamanya, untuk masa depan yang tak tentu, isteri juga patut mempunyai harta (contoh: nama rumah atas nama isteri, ASB dan sebagainya).
7. Kita sebagai pelajar tingkatan empat, belajarlah rajin-rajin sebab tahun depan nak ambil SPM. Jangan main dengan laki orang.
8. Dan kalau nak bercerai pung pilihlah tempat yang sesuai (untuk melafazkan talak) Tak naklah khawin di masjid, berbulan madu di Bali, bercerai di tepi longkang... Haaa...

Cerpen `Akulah kos lepanya' ini adalah kisah benar cuma saya tukarkan nama sekolah, nama watak dan jenis kereta (yang dipakai oleh Sofea Aini).

Jan: Sekian, yang baik dijadikan tauladan, yang tak baik jangan amalkan. Sesama kita saling mengingati.

Tuesday, May 29, 2012

Contoh soalan objektif mengenai kos lepas


Asalamualaikum kakak-kakak dan abang-abang sekalian. Semoga kalian berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Walaupun kita sudah lama meninggalkan zaman bangku, kerusi dan kantin sekolah, apa salahnya kita belajar dan ulangkaji pelajaran, mencari ilmu wajib gitu tanpa mengira jantina dan umur. 

Haaa, cikgu Jan harap kalian percaya kepada proses pembelajaran seumur hidup.

Kali ini Cikgu Jan akan memberikan contoh soalan untuk menguji kefahaman kalian mengenai konsep kos lepas yang telah dibincangkan pada minggu lepas. Setiap pembelajaran haruslah diuji untuk membuktikan kefahaman kita. 

Buat permulaan cikgu Jan akan membawa kepada persoalan harian yang `simple' sahaja dan bukannya bertaraf bank negara (tarap susah). Perhatikan soalan di bawah dan cuba beri jawapan yang sesuwai.

Contoh soalan:

1.  Pernyataan di bawah merujuk kepada suatu masalah/konsep kos lepas.

Isteri tua yang sudah selebar pintu (macam piano) terpaksa dilepaskan akibat memilih isteri kedua yang paling mengiurkan, macam biola dan vouge.

             Unit ekonomi yang manakah mengalami masalah kos lepas tersebut?
             A: Seorang suami miang
             B: Siamang di Zoo Negara
             C: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
             D: Zoo Negara

Tahniah! Haaa betul jawapan kalian. Tak sia-sia cikgu Jan mengajar. Jawapannya tepat sekali. Maklumlah biasanya bila dah pecah tembelang, maka kenalah kita buat pilihan antara isteri tua dan isteri muda, dan statistik di mahkamah memang menunjukan pemilihannya begitu.

Untuk menguatkan lagi kefahaman, cikgu Jan juga menurunkan contoh soalan SPM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Cikgu Jan rasa kalian dapat menjawabnya. Tetapi kena berhati-hati dengan istilah ekonomi seperti `output', `kilang' dan konsep memaksimakan untung `paling menguntungkan'.

Dan juga cikgu Jan pinta kalian memahami maksud `penganggu' iaitu pilihan jawapan lain seperti `Kementerian Pertanian Malaysia?, apa ke jadah kaitannya? Atau penganggu lain yang tak kena mengena dan selisih malaikat 44.

Sila jawab soalan SPM Tahun 2004 di bawah:

1.      Pernyataan berikut merujuk kepada suatu masalah kos lepas.

Output kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat memilih output yang paling menguntungkan.

            Unit ekonomi yang manakah mengalami masalah kos lepas itu?
            A      Seorang suri rumah
            B      Tuan punya sebuah kilang
            C      Kementerian Pertanian Malaysia
            D      Perbadanan Pembangunan Infrastruktur Negara


Cikgu Jan: Selamat menjawab.

Kos melepas: Apa yang kita terlepas?

Kalau kita perhatikan betul-betul, dalami betul-betul, sebaik sahaja kita buka mata kita akan membuat pilihan. Begitulah fitrah insani.

Dan apabila kita membuat pilihan, dari satu sudut lain ada sesuatu yang kita tidak pilih (kita korbangkan). Haaa... Contohnya, kita sebagai seorang pelajar tidak memilih untuk datang ke kuliah pada pagi hari, kita memilih untuk teruskan peniduran kita. Di sini apa yang kita lepaskan? Haa...

Aktiviti membuat pemilihan dan keputusan ini berterusan hinggalah sel otak kita mati, atau kita yang mati. Semua orang terlibat dengan kos melepas sama ada dia terkenal atau tiada siapa yang peduli, handsum atau sedang-sedang jea, BN atau Pakatan Rakyat, kaya atau miskin, atau papa kedana. 

Macam mana orang kaya juga ada kos melepasnya? Skimanya mudah, Sultan Brunei, (Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien) juga terpaksa membuat pilihan antara untuk pergi main golf ke atau pergi window shoping ke kedai kereta. Haa... sebab baginda tidak dapat berada di dua tempat yang berbeza dalam pada masa yang sama gitu. Kalau baginda pergi main golf baginda terpaksa melepaskan suasana gembira di kedai kerata dan suasana berkemungkinan yang baginda sambar satu dua kereta yang bergaya. Haaa...

Maknanya semua manusia akan terlibat dengan kos lepas kerana mereka terpaksa membuat pilihan. Katalah kita ni sudah menjadi suri rumah selama 5 tahun. Dan dalam hati nurani kita, kita terasa kita tersalah pilih suami, ya memang kita mewah duduk di bangelow tiga tingkat, siap kolang renang 3 tingkat juga), pemandu dan jaga tua lagi. Ada kad kredit 3 keping, tapi suami kita memang selalu menduakan, mentiga empat lima enamkan kita. Suka tidor dengan orang lain.

Dan kita akui kita tidak bahagia walaupun duduk di dalam sangkar emas, sebab hati terseksa gitu. Lalu kita teringat 5 tahun dahulu ada pensyarah u yang tergila-gilakan kita. Walaupun agak berumur (dalam awal 40an) masih ada sisa-sisa kehandsuman. Beliau baik, penyayang, lucu dan mengada romantis. Hatinya penuh kasih sayang, setia tahap syurga. Tapi kita tidak memilihnya sebab dia `apa barang'? Hanya ada kereta Myvi, rumah dibelah dua dan tak pandai bergaya...

Kita memilih yang lebih matang, yang lebih kaya dan bergaya...


Dan kita akhirnya terus mengingati kos lepas kita yang tidak ternilai itu, apatah lagi kini kita tak pernah berbahagia...

Jan: No komen...





Monday, May 28, 2012

Gelagat politik sesetengah kawan-kawan saya

Kampung saya di daerah Besut, negeri Terengganu. Daerah Besut bersempadan dengan Kelantan. Di Pantai Timur, parti pembangkang mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan seharian. Sepanjang umur saya, parti PAS pernah memerintah negeri Terengganu sebanyak 2 kali.

Ramai juga kawan-kawan baik saya terdiri daripada parti pembangkang, yang tidak memilih kerajaan sekarang (Barisan Nasional) sebagai kerajaan yang mereka percaya dapat memberikan kesejahteraan. Pun begitu saya juga mempunyai kawan-kawan yang bukan sahaja kuat menyokong kerajaan tetapi juga turut sama menyumbangkan input kepada plan pembangunan negara.

Saya terfikir pasal politik ini apabila saya melihat bendera parti pembangkan dan parti pemerintah sudah semakin galak dikibarkan. (gambar sebelah hanyalah sebagai hiasan).

Sepanjang jambatan yang ada, semasa saya ke Kuantan juga di kiri kanannya  sudah ada bendera banyak terpacak/dipacak seolah bahang pilihanraya semakin dekat.

Saya teringat kepada suatu peristiwa pelik tetapi benar yang berlaku di daerah saya. Kisah kawan-kawan saya yang berbalah kerana parti. Dan mereka biasanya berbalah hanya 5 tahun sekali bila menjelang pilihanraya.

Alhamdulilah setakat ini saya tidak terlibat dengan mana-mana perbalahan. Mungkin saya tidak pandai menimbulkan isu dan tidak pandai nak pengaruhi orang.

Sekarang saya sudah 11 tahun di Pahang, namun saya percaya sekarang ini kawan saya tersebut sedang `berperang' sesama sendiri. Pilihanraya lepas khabarnya mereka hampir tampar menampar di bandar Jerteh. Mereka juga menggunakan kata-kata nista bila hati sudah panas.

Namun sesudah pilihan raya mereka berbaik semula. Juga sama-sama buat benda yang tak baik. Saya malaslah nak cerita apa benda tak baik itu...he he

Jan: Dalam dunia politik ada macam-macam gelagat...perangai


Untuk saya bahagia...


“The biggest obstacle
to change
is our memories.”
Kalau boleh saya ingin padamkan segala kenangan itu dan sewaktu dengannya. Kalau boleh yang pahit-pahit sahaja. Tetapi tentulah saya tidak mampu. Dalam mengenang kemanisan, pahit sendunya akan mengekori...
Kenangan tidak dapat dibunuh sebab ia bukanlah sesuatu yang boleh dibunuh. Saya cuba membunuhnya, bunuh segala kepahitan demi masa depan. 
Saya tidak ingin terus jadi orang bodoh menunggu kebenaran tuhan. Sayalah yang kharus berubah. Masa tidak ada banyak mana lagi... Kalau saya dapat lupakan kenangan pahit itu, sudah tentu saya akan lebih maju. Saya percaya sangat (saya sangat percaya).
Duduk di tepi hutan, pada petang-petang begini menyedarkan saya tentu saya lebih maju jika saya dapat padamkan kenangan iyu. Tetapi parut dan kesakitan itu masih saya terasa (nasib baik tak guna Masih aku terasa, jadi macam kumpulan Gersang pulop)
Kenangan memang menyekat, mengikat dan menarik kita ke belakang. Pernah saya rasa semua harta benda (rumah, kereta dan pasu-pasu tersebut) yang ada di hadapan mata saya semuanya tidak bernilai. Namun bila saya tatap muka emak atau anak-anak saudara saya, ia memberi kekuatan untuk saya melangkah.
Saya mengambil kesimpulan, untuk saya bahagia saya mesti bunuh kenangan ini...

Jan: Hidupkah aku tampa kenangan itu, setelah aku separuh mati... jeng jeng jeng...



Hari pertama masuk kuliah (Semester 1, 2012/2013)

Hari ini hari pertama bagi semester 1 sesi 2012/2013 bermula. Rasanya baru sahaja saya menghabiskan tanda kertas pelajar dan tiba-tiba semester baru bermula. Namun kalau dicongak-kira, molek juga sibukan diri, kalau tidak tentu rasa hidup tidak berguna, hidup tidak menyumbangkan kepada pembangunan ummah.

"Hidup ini kalu tidak boleh menyenangkan orang, jangan menyusahkan orang". Saya teringat herdik Pak Din semasa saya di kembina semangat di Sungkai, Perak. Terkedek-kedek saya berlari di atas simen tempat main badminton itu. He he he, saya memang terlambat. Semua orang tunggu saya, saya melenggang 360%.

Ya, saya bukan sahaja tidak mahu menyusahkan orang, malah saya mahu menolong orang. Orang yang mahu ditolonglah, he he he.

Tadi memang terlewat 5 minit masuk ke bilik kuliah waktu pagi. Bukan tidak ingat kelas ada, memang sebaik sahaja keluar daripada bilik ketua jabatan terus meluru ke bilik tengok jadual kelas kat mana. Berlamaan pulak saya berbincang dengan ketua jabatan. sebab ituklah bila keluar tergesa-gesa saya capai `course outline' terus turun bangunan, dan misi mencari bilik kuliah bermula.

Tapi sebenarnya bukan saya capai `course outline', tetapi tercapai surat-surat bank, he he he. Nasib baik saya sedar. termasuk juga dengan resume yang ada di atas meja, saya kaut belaka.

Setelah tanya beberapa rakan pensyarah lain (dengan muka tak malu), barulah tahu lokasi bilik kuliah di mana (setelah 5 tahun bekerja masih tak tahu sepenuhnya, he he he. (Kalau Eastkostmall, tau jea...laju jea...). Manakan tidak,... lorong dan bilik kuliah sama sahaja dari pandangan mata saya, cat sama, pasu bunganya pun sama. He he he. Sesat tu perkara biasa dah. Bukan sahaja hari pertama tetapi pada hari-hari lorat. Hari-hari nak cepat.

Masuk ke bilik kulish, ada 8 orang saja pelajar yang datang. Biasalah minggu pertama mereka masih lagi add/drop subject. Saya hanya menerangkan beberapa sisi sipi subjek Malaysia Economy. Subjek ini kena banyak membaca. Saya juga beritahu ada pelajar yang gagal sebab tidak melakukan pembentangan... (ugut sikit, he he he. Tetapi ini kisah betul, memang ada yang gagal.).

Saya beri penerangan serba ringkas, kalau mereka berminat mereka ambil subjek ini sem ini. Kalau tidak berminat mungkin mereka ambil semester depan. Untuk beberaspa program ijazah, subjek saya menjadi subjek wajib.

Semester ini saya tidak mengajar Microeconomics, legalah sikit. Kalau dua subjek sekali gus memang memerlukan tonik superman. Saya boleh tumpu sepenuhnya kepa pelajar Malaysian Economi. Ya, la...saya ni bukan muda handsum lagi, dah tak muda. Tinggal handsum jea...(nak juga).

Saya bersyukur sangat-sangat sebab saya selalu dapat pelajar yang dengar kata. Maksud saya yang berdisiplin. Namun ada juga yang nakal dan cuba buat lawak. Selalunya saya kata " Nice try, try again", atau "cuba awak cari lawak baru, senior awak dah guna lawal tu banyak kali sem lepas", he he he.

Seperti biasa tahun ini saya berharap semester ini akan berjalan lancar dan pelajar tidak memerlukan pengawasan. Maksud saya pengawasan yang minima. Setelah masuk 2 kuliah tadi, saya optimis para pelajar akan bergembira dan akan mengambil sebanyak mungkin pengetahuan ekonomi bukan sahaja untuk peperiksaan tetapi juga pengetahuan minda bila berhadapan dengan dunia nyata.


Jan: Semoga semester ini terus memberi sinar kecemerlangan akademik...kepada saya dan pelajar saya.

Friday, May 25, 2012

Airmata kasih - R. Azmi

Airmata kasih berlinangan
Berlinangan selalu
Sebagai hujan yang merintih
Menyiram kalbu
Airmata kasih berlinangan
Berlinangan selalu

Hidup dalam merana tak seorang yang tahu (2x)
Hanyalah dia pujaan sukma rangkaian hatiku
Airmata kasih berlinangan
Berlinangan selalu

Jiwa ku nan terseksa tidakkah kau terasa (2x)
Hanya sambutlah pesanan ku di angin yang lalu

Airmata kasih berlinangan
Berlinangan selalu
Sebagai hujan yang merintih
Menyiram kalbu
Airmata kasih berlinangan
Berlinangan selalu 

Beberapa cara merompak...

Asalamualaikum para pembaca blog, semoga sihat semuanya, semoga kita selalu bersyukur kerana kita masih sihat dan masih ada masa untuk membaca blog. 


Maksud Abang Jan ketika kawan-kawan seagama dan yang tak seagama (selit unsur kemanusian) kita kebuluran di Afrika, berperang di India, kita masih lagi boleh bersantaian membaca blog, he he he.


Sebentar tadi Abang Jan giat melupuskan email-emal lama, ada antaranya email yang Abang Jan terima sejak Zaman kucing kirong (zaman lama) tetapi masih menyimpangnya. Ada banyak email menarik yang kawan-kawan Abang jan emailkan. Mereka tu memang kaki fowed (forward)email.    


Kawan Abang Jan ini pun hidup sorang diri. Katanya bila dia masuk rumah dia tak kan keluar-keluar lagi, he heh.


Email ini dihantar pada tahun 2008. Abang Jan nak lupuskan, dan tiba-tiba ada terbaca di bawah, dia mita Abang jan sebarkan, maka Abang Jan sebarkanlah: 


Tajuk: Cara terbaru yg digunakan pencuri untuk memerangkap mangsanye.

Kes pertama, dengan mendatangi rumah dan mengatakan ada surat utk orang yg beralamat dirumah tersebut.Kawan-kawan nye yg lain akan bersembunyi bg mengelakkan tuan rumah dpt melihatnye. Kes ini telah berlaku berhampiran dgn rumah saya.Rumahnye di datangi oleh lelaki yg tidak dikenali dengan mengatakan ada surat untuk Azhar.Tuan rumah (perempuan) tersebut hanya bercakap dengan lelaki ini melalui pintu rumahnye. Setelah hampir setengah jam berdebat dengan lelaki tersebut, tuan rumah ini memanggil jiran dibelakang rumahnye...Jirannye (Lelaki berbadan agak besar) bersemuka dengan lelaki tersebut melalui pintu pagar hadapan dan terperanjat apabila melihat disebalik tembok tersebut ada 2 org lelaki lagi. Setelah melihat jiran tuan rumah itu, lelaki tersebut berlalu pergi. 

Kes ke-2 dimana punca bekalan air utama diluar rumah dimatikan. Pencuri menggunakan cara ini utk memerangkap mangsanye apabila tuan rumah tersebut ingin membuka semula paip air itu... 


Kes ke-3, dengan menggunakan Tangisan bayi.Peluang pencuri adalah apabila tuan rumah tersebut cuba mencari punca tangisan bayi tersebut. Kesemua kes tersebut berlaku sekitar jam 11.30 mlm dan ke atas. Jangan cuba keluar dari rumah sekiranye anda seorang berada dirumah. Tolong sebarkan perkara ini untuk keselamatan kite semua.


Sebenarnya setelah membaca email tersebut, hidup Abang Jan sedikit sebanyak berubah. Abang Jan tak lagi sewenangnya layan bila ada orang tersengeh depan pagar rumah Abang Jan memberi salam. Biarlah hatta seseksi manapun atau pengutip derma bermuka zuhud. Bukan apa, bukan Abang Jan tak ada nafsu atau tangkai jering (kedekut) tetapi Abang Jan bimbang mereka sebenarnya menyamar jadi seksi atau ustad. 


Tapi kalau ada orang lain menemani di rumah Abang Jan, Abang Jan layan sebab...? Sebab lagikan masyarakat jahiliah Arab pun melayan tetamunya dengan baik. Inikan kita yang hampir jahil (he he he, jangan marah, hari ini hari jumaat).


Abang Jan bukan sombong, tidak semestinya orang yang handsum sombong belaka (he...he he he prasan pada hari jumaat). Kadang-kadang lebih baik kita berhati-hati. Cegah sebelum kena sebab zaman sekarang bukan seperti zaman dulu. Kadar jenayah rancak serancak kadar inflasi...he. 



Abang Jan:  Memang laaaa...sesuatu itu kalau nak jadi, jadi jugak. Tapi dari pihak kita, kita wajib ambil tindakan untuk mengjindarinya.


Jangan dedahkan diri dalam bahaya sama ada sengaja dan tak sengaja. Sekian. Wallahualam...(unsur agama sempena hari jumaat)


Thursday, May 24, 2012

Cara belajar matapelajaran ekonomi


Zetty Aziz

Saya selalu berseloroh di hadapan pelajar saya bahawa di planet bumi ini mata pelajaran ekonomi adalah mata pelajaran yang paling penting selepas mata pelajaran agama.

Saya beritahu pelajar " Tiap saat kita dipengaruhi oleh unsur ekonomi. Nasib kita, bukan kita sahaja tentukan, ia meliputi apa yang terjadi di sekeliling kita. Maksudnya sesuatu di luar jangkauan kita yang kita tidak dapat pengaruhi, sebab kita berskala mikro."  Sambil-sambil tu saya buat muka berkerut, buat-buat serius. He he he.

Saya aci bertaruh, kelas saya memboringkan pada sesetengah pelajar. Ada yang tertidor!. Mungkin kerana  pengajaran dipenuhi keluk (curve), dan saya tidak ada kaedah yang menarik. Atau saya tak terkenal  macam Aron Aziz?.

Saya pernah minta pelajar ke hadapan kelas untuk melukis keluk keluk (test sikit). Dan hasilnya saya rasa seolah saya tidak mengajar dengan baik dan pelajar tidak belajar dengan baik. He he he. Pun begitu ada yang minat dan faham... Biasalah.

Tetapi ada juga pelajar yang pernah berkata pada saya "Sir, saya ni tak minat subjek ekonomi. Saya tak faham langsung pun apa yang sir ajar.Tapi saya datang nak tengok sir. Sir menarik!

Saya bukanlah handal sangat dalam bab-bab ekonomi, saya bukan seperti Zetty Aziz (Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr) yang bijak ekonomi. Namun saya berkelayakan/berupaya untuk mengajar ekonomi sama ada skop mikro atau makro. Tetapi jika diberi pilihan, saya lebih suka mengajar makro. 

Makro skopnya lebih meluas kerana ia merangkumi keseluruhan aktiviti ekonomi secara berskala besar, contohnya kita boleh belajar mengenai inflasi, pengangguran, edaran wang dalam negara, kaedah mengira pendapatan negara dan juga KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) kita.

Daripada markah kuiz-kuiz, saya tahu ada pelajar saya liat membaca buku ekonomi. Bagi saya membaca buku ekonomi bukan seperti membaca novel. Ada caranya. Kita mesti benar-benar besedia. Kita kena duduk betul,  jangan duduk keakeng soyok. Bukannya boleh relek sambil baring terlentang sepi di sofa L (atau tergolak manja di tepi tasik sambil makan epal). Ianya bukan bacaan santai kecuali kita sudah capai taraf ayah Zetty Aziz (prof Di raja).

Dan kaedah membacanya- baca sikit-sikit, fikir banyak-banyak. Kalau ada kelukkita kena fahaminya sehingga kita berjaya melakarkannya tanpa melihat buku. Kita kena lukis kelok tersebut di kertas lain.

Kalau tak faham buat nota kecil terutama tentang konsep-konsep yang ada kaitan antara satu sama lain.  kalau buka surat khabar selain baca hal artis atau sukan. Cuba fahami berita ekonomi sampai faham... Haa...itulah kaedah saya gunakan semenjak saya di tingkatan 6 bawah. Alhamdulilah, berjaya.


Aaron Aziz 

Jan: Saya rasa walaupun kita tidak belajar ekonomi kita mungkin faham ekonomi makro jika kita baca laporan sesimpe contoh ini setiap hari. Klik di bawah:

Berita Harian Online | Ekonomi negara berkembang 4.7 peratus

Wednesday, May 23, 2012

Tiada Lama Tiada Baharu terbitan RTM

Asalamualaikum, terlebih dahulu Abang Jan mengucapkan selamat hari Rabu 23.5.2012. Semoga setiap hari kita semua bersama keluarga dan masyarakat Malaysia (1Malaysia) berada di dalam keadaan selamat. Ya setiap hari semoga semuanya selamat gitu.

Hari ini Abang Jan nak berceloteh mengenai penyanyi lama dan penyanyi baru. Abang Jan selalu diperli manja oleh pelajar Abang Jan kerana tidak mengenali penyanyi baru. Mereka berseloroh dengan Abang Jan dan mengatakan Abang Jan Old Skool gitu.

Ya betul Abang Jan mungking `orang lama' yang masih berpaksikan kenangan lama. Banyak lagu penyanyi lama menjadi ingatan bukan sahaja di minda tetapi di hati sanubari Abang Jan, ewah-ewah... Banyak cerita di sebalik lagu-lagu lama gitu...

Abang jan tidak kata penyanyi sekarang tidak bagus tetapi penyanyi lama tetap berada di dalam hati Abang Jan. lagu-lagu mereka malar segar, orang putih kata evergreen gitu.

Sekarang Abang Jan selalu mengikuti rancangan yang dihoskan oleh Raja Azura yang bertajuk Tiada Lama Tiada Bharu. Ya, ada antara penyanyi lama yang Abang Jan sendiri pun tak kenal. Maknanya Abang Jan ni bukanlah lama sangat orangnya, he he he. Dan ramai antara penyanyi baru yang Abang jan tak kenal. memang tak terkenal kot? He he he, jahat Abang Jan..

Datuk Andre Goh gambar zaman dulu

baru-baru ini rancangan ini ada mengundang penyanyi sensasi 80-an, Zaiton Sameon. 

Zaiton Sameon antara penyanyi yang mempunyai suara yang unik. Tajam, halus dan bergetar. Dengan lagu Menaruh Harapannya, kita dapat rasa kepahitan yang dia lalui... Dia menyanyi dengan bersungguh-sungguh. Beliau ada mendakwa tiada siapa yang boleh menyanyi lagu tersebut dengan berkesan selain dia kerana " This is my story' katanya... Haa...
Kak Eton ( gambar terbaru)

Datuk Andre Goh (Goh ENG Boon) pula adaklah satu-satunya penggiat dan penyanyi lagu Melayu asli bukan Melayu di negara kita. Beliau  berasal dari Tangkak, Johor. Kalau nak tahu kehebatannya, generasi sekarang boleh layan lagu Masmerah atau Halimun Malam dendangannya. Rasa nak menitis airmata hati Abang Jan bila dengar lagu Halimun Malam. Terus teringat kepada seseorang, semoga dia tak akan pernah bahagia. Jahat Abang Jan! he he he. 

Apa yang Abang Jan perhatikan penyanyi lama suaranya merdu teralun dan tersendiri. Tak ada klon-klon. Sekarang ni kalau 5 penyanyi baru, suara seakan-akan sama jea. Lebih kurang. Tak cukup `power' untuk orang menjadikannya sebagai `terikmak'. Penyanyi sepatutnya suaralah `terikmak'nya, baru boleh jual.

Rancangan ini juga seronok diikuti sebab celoteh Raza Azura yang selalu mengaku diri dia `orang baru' setiap kali memperkenalkan `orang lama, he he he.

Jan: Beribu penyanyi baru muncul, Kak Pah tetap di hati...

Tidak sehalus dulu...




" Saya tahu ada yang cakap suara saya sudah lain. saya bukannya muda lagi, suara pun begitu juga. Menyanyi tahun 70-an tak sama. Takkan saya nak menyanyi seperti tahun 70-an, suara halus tapi keadaan sekarang yang bentuk badan seperti hari ini. Pinggang pun tak ramping lagi (berseloroh). tapi saya selesa dengan keadaan sekarang, allahamdulilah."

Datok Sharifah Aini, 
duta kemanusiaan Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia atau Islamic Aid Malaysia (IAM), 
mengakui tahap kemampuan suuaranya kini sudah tidak sama lagi dengan era kegemilangannya dullu iaitu tidak sehalus zaman awalnnya menyanyi pada era 70an.


Persembahan sempena Hari Ibu - Malam Amal kasihnya Ibu di Taming Sari Grand Ballroom, Hotel Royle Chulan.

Sumber: Raja Nurfatimah Mawar Mohamed, Berita Minggu -Bi-pop, 20 mei 2012.

Apa kesudahannya - Sharifah Aini (1983)




Kenapa hatiku sungguh pilu?
terasa sedih menghiris
malam kurasa begitu sepi
gelisah melanda di hati...

Apa kesudahannya hidup ini?
terasa hina dikecewakan
oh tuhan tetapkan imanku
berikan petunjuk dan hidayah...

Hanya padaMu tempat berserah
memberi ketenangan dijiwa
kusujud padaMu oh tuhanku
kasihanilah hambamu...

Impian hidupku sungguh indah
tiada benci tiada dengki hati
tersenyum bagai wajah syurga
berkasih dan sayang menyanyangi...

Hanya padaMu tempat berserah
memberi ketenangan di jiwa
kusujud padaMu oh tuhanku
kasihanilah hambamu...


......

Lagu Apa kesudahannya ini saya petik daripada album Irama Dari Sekeping Hati yang diterbitkan oleh  seniman S. Atan. 

Album ini diterbitkan semasa saya di tingkatan 1 (1983), pada masa itu album ini dikeluarkan dalam bentuk kaset dan LP. Saya tidak membelinya, saya hanya mampu menatap LPnya di rumah tok key (datuk) saya.  Namun sekarang selepas 27 tahun saya sudah dapatkan album ini (dalam bentuk CD edaran semula 2010). 

Tujuan saya menulis adalah untuk mengulas lirik lagu ini. Walaupun susunan muzik bukanlah berirama nasyid,  walaupun suara tidak `disengauarabkan' macam Mavi tetapi jelas lagu ini berunsurkan ketuhanan/keagamaan. 

Saya percaya di dalam kehidupan seseorang, rasa kecewa akan dirasai jua sekali dua. Walaupun apa jua jenis kekecewaan itu, ia akhirnya meningkalkan banyak tanda tanya kepada kita, apatah lagi jika ianya tidak berkesudahan. Berpanjangan lara di hati, haaa...betimpa-timpa.

Lirik ini ditulis oleh datuk (ada 4 buah lagu liriknya ditulis oleh datuk dalam album ini) yang berkisarkan kekecewaan hati yang dialihkan kepada agama. Rangkap ke 3 lirik ini jelas menunjukan unsur agama. Ya bila kita sudah terlalu pasrah dan percaya tiada orang yang boleh menolong termasuk diri kita sendiri...tentulah kepadaNya kita mengadu.(baca dengan nada syahdu...)

Alhamdulilah, cinta beralih arah pada tuhan. Namun ada orang yang bila kecewa, dihina dan terhumbang, dia tidak dapat kawal diri dan terjerumus ke lembah hina. Bukan semua orang kuat macam kita... (perasan ke ni?).

Impian hidupku sungguh indah
tiada benci tiada dengki hati
tersenyum bagai wajah syurga
berkasih dan sayang menyanyangi..


Lirik rangkap ke 4 di atas menggambarkan betapa sucinya hati mangsa (orang yang dikecewakan). Ya la kan mengapa orang yang baik selalu dikecewakan? Saya pernah tanya hal ini pada mak saya.

"Tuhan sayang kat kita, sebab itu dia beri ujian, nak beri pahala. Nak harap kita bangun malam sembahyang tahjud ke? sembahyang sunat ke? Ada ke?"  Perli mak saya kepada saya, he he he. 

...
Sudah dua hari saya selalu putarkan lagu ini. Ringkas sahaja lagunya, lirik dan susuanan muzik simple sahaja tetapi mesej yang mahu disampaikan adalah maha besarnya.

Saya berdoa agar Kak pah kembali sihat... 

Jan: Ramai kawan-kawan saya hantar sms dan kol beritahu Kak Pah masud wad. Terima kasih banyak2 kerana saya pun tidak selalu berhadapan dengan media massa dan media cetak. Terima kasih sekali lagi... 




Tuesday, May 22, 2012

Perihal pesen rambut

Seingat saya, saya sudah `buat rambut' seawal di sekolah menengah awal (tingkatan 1 hingga 3). Pada masa tersebut saya tidak perlu bersusah payah, taukeh salung adalah kawan baik mak saya. Saya  hanya perlu naik bas pergi ke salung di bandar Jerteh atau ke kedai salung di Kuala Besut.

Sejarah `pembuatan' rambut ini terus berterusan sehingga saya di sekolah menangah atas (tingkatan 5 dan 6). Dan semasa di universiti sehinggalah saya berada dalam dunia pekerjaan. Buat rambut bukanlah susah sangat.

...planted no crops, wrapped no posts



Adnan spent a night at my house. Sometimes the demands of  work prevent him going back to Kuantan.

Before this picture was taken, I was taking a bath while Adnan was cooking spaghetti. After we had dinner we watch tv and start gossiping (to some grazy level). After that we talked about death ...

I asked Adnan who among us were `go 'first? I told him when referring to health condition, maybe I die first. But we agree something about death whether any factors or sintom, it never count.  Some have died young, there is a healthy teen that suddenly died.

Then we take into account the `rolib’ (usually) dead couse by age (die of old age). After that I told him that when he dies I will probably not going to go visit him in Temerloh (assuming the body is brought back to his village) because I was in Bali, Indonesia. In the old time of course I have a lot of money (money from EPF, he he eh). I have timeless holiday.

So that all about the photo. I wrap Adnan carefully because we must respect the dead. But at home I have no cotton to cover her nose.

Jan: From land (soil) we made, on the ground we decay...

Ditanam bukan tanaman, dibungkus bukan bungkusan...


Pada suatu malam Adnan bermalam di rumah saya. Kadang-kadang tuntutan kerja menyebabkan beliau tidak sempat balik ke Kuantan.

Sebelum gambar ini dipukul, ketika saya sedang mandi, Adnan telah masak spageti. Bila kami dah kenyang kami tengok tv sambil mengumpat tahap tenuk. Lepas tu kami berbicara soal mati...

Saya bertanya Adnan antara kami agaknya siapa yang `pergi' dulu? Saya beritahu kalau dilihat dari segi kesihatan, mungkin saya yang mati dulu. Namun kami sepakat soal  mati ni tak kira apa faktor sama ada tua atau sihat. Ada yang mati muda, ada yang sihat golok tapi tiba-tiba gol. 

Maka kami ambil keptutusan kira `rolib',nya (kebiasaannya) mati tualah. Selepas itu saya beritahu apabila dia mati nanti mungkin saya tak sempat pergi ziarah dia di Temerloh (dengan andaian mayat di bawa balik ke kampung) kerana saya berada di Bali Indonesia. Pada masa tua tentu saya ada banyak duit, duit KWSP. Asyik melancong jea.

Maka terhasillah gambar di atas. Saya bungkus Adnan dengan cermat sebab kita mesti hormati mayat. Tetapi di rumah saya tak ada kapas untuk tutup hidung dia. 

Jan: Dari tanah kita datang, ke tanah juga biasanya kita mereput...

Monday, May 21, 2012

Saya rasa malu...

Entah kenapa saya rasa malu. Tiba-tiba jea rasa malu.

Ceritanya begini, semasa saya `search' dalam `images' untuk mencari gambar yang sesuai untuk dicilok ke dalam penulisan saya tiba-tiba saya ternampak gambar saya. Saya perhati gambar tersebut bagaikan ada yang `tak kena'. 

Saya tidak lawa di dalam gambar. Saya bukan tidak bersyukur dengan muka yang ada, saya ada kawan yang tidak lawa sama ada di dalam gambar atau di luar gambar. Orang Teganu kata `tok makang gambor'.

Cuma saya rasa mulai sekarang patutlah saya kurangi gambar-gambar saya dalam blog ini. Lagipun penulisan saya haruslah bertambah matang dan berinfo (kata kawan saya).

Saya rasa, indah khabar dari rupa atau indah gambar dari rupa (bila jumpa). Memang selama ini saya pilih gambar yang lawa pada pandangan mata saya. Tetapi rupanya tak lawa jugak. Kalau datang bersimpuh depan saya secara `life', tak lah macam dalam gambar. He he he.


Mungkin kalau pakai topi nampak lawa sikit...he he he

Kalau boleh saya nak kata yang apa laaaa penting sangat rupa. Tetapi saya teringat dulu saya ada menulis betapa maha pentingnya rupa.

Jan: Saya ditinggalkan kerana harta, bukan rupa...

Thursday, May 17, 2012

"Someone Like You"


Jan: I heard that your dreams came true...

Semoga tak menjadi kilang atau bank, he he he


Kawan baik saya akhirnya berumahtangga juga! Akhirnya!

Saya tidak hadir pada hari berbahagia tersebut. Bukannya kerana saya sibuk atau sengaja buat-buat sibuk. Atau sebab majlis tersebut bukan dalam musim cuti sekolah. Saya tidak hadir kerana saya rasa saya tak perlu bersusah payah ke utara untuk lihat dia bersalin baju 7 kali (termasuk kimono dan baju ala koboi gitu).

Bukan saya kecil hati, cemburu atau rasa sedih. Bukan, bukan dan bukan. Tidak, tidak dan tidak. Saya tidak cemburu lihat kawan saya berlaki/berbini. Memang nasib dia/mereka.

Dia seusia saya, 42 tahun. Tapi masih nampak muda remaja sebab badan dia belum lagi dijadikan kilang memproses anak. He he he. Maksud saya dia memang nampak muda berseri daripada usia sebenar sebab masih banyak urat tak putus dan banyak masa membelek diri. Tapi dia memang nampak muda macam sayalah…(nak jugak tu). Kami senasib.

Untuk mencari soul mate, perjalanan hidup dia sukar. Semasa di universiti dulu dia risau tiada lelaki yang gilakan dia (kalau ada pun nak ambil kesempatan supaya binding projek paper, he he). Tidak seperti kawan saya yang kebanyakannya bila habis u terus kawin, takdir hidup dia berbeza.  

Kawan saya (yang jual insurans, juga kawan seuniversiti) ada beritahu saya dulu ada kontraktor nak kan dia tetapi akhirnya tidak jadi. Terbongkar juga, terjawab juga kenapa kontroktor yang muda bergaya pandai `main ayat’  tersebut mahukan dia (yang tak seberapa bergaya). Seminggu sebelum bertunang, kontraktor tersebut sendiri mengaku bahawa dia muflis dan memang mahu berkahwin kerana nak menumpang harta.

Pengakuan itu berlaku seminggu sebelum bertunang. Dan dengar khbarnya seminggu juga dia meraung dalam bilik. Kakaknya la yang setiap hari hulur makanan ke biliknya. Pada masa tu saya juga habis prepaip sebab beri dia seribu kekuatan agar hidup ini janganlah sangat berkiblatkan jantan. Bukan main saya nasihat seolah saya tidak pernah meraung, tidak pernas menitis air mata, tidak pernah dipermainkan, didajal dek kerna (bukan dieja `kerana', biar nampak sastera sikit.) cinta, kasih sayang dan sewaktu dengannya.

Kawan saya ni dulu memang muka jenis jantan tak gila, pernah saya suruh dia pakai krim kecantikan masa kat U dulu, he he he. Jahat saya kan?. Saya juga suruh dia pakai gincu dan pakai pendakap gigi. He he he.

Tetapi kini dalam FBnya dia sudah cantik jelita. bertambah cantik kerana ada pelajaran, pangkat dan harta. Paling saya kagumi sopan santunnya mengalahkan saya (nak jugak tu…). Semua kawan akui dia baik sangat. Mungkin sebab melihat kejujuran tersebutlah `rancangan' si kontraktor muflis tidak menjadi menipu dia dan menarik diri. Tak tergamak kot. Kalau kita fikir mungkin juga tuhan (unsur agama) nak selamatkan kawan saya ni…tuhan nak lindung dari buaya (unsur simbolisme).

Saya tidak hadir di majlis kenduri yang khabarnya dibuat ayahnya sangat meriah dan besar (tanda lega dan gembira anak terlepas status andartu), tetapi ketidak hadiran tersebut bukan menjadi tanda pengukur saya tidak suka dia berlaki, tidak menghormati atau tidak mahu meraikan peristiwa bersejarah dia dapat laki. Hanya dia yang tahu saya sahabat dia yang rapat dan baik. Dunia akhirat.

Dan saya percaya kalau nanti dia dibohongi, dicurangi, dimarahi, dijerkahi, ditampar, dijadikan hamba abadi atau dijadikan bank oleh lakinya, dia akan cari saya juga untuk luahkannya, mengadu. Sebab? Sebab dia tahu saya pendengar yang tegar.


Jan: Semoga mukanya yang berseri-seri semasa bertukar pakaian kimono tersebut akan terus berseri sepanjang hidupnya…(selepas berlaki…he he he).

Wednesday, May 16, 2012

Batu jemala guru Malaysia

Saya berpendapat pekerjaan guru bukanlah cita-cita ramai pelajar di negara kita (Malaysia). Aci kerat ibu jari jiran saya (atau bunuh haiwan peliharaannya), ramai pelajar di negara kita tidak bercita-cita untuk menjadi guru. Guru bukanlah pilihan utama, mengejar hasrat untuk menjadi guru tidak sama ghairahnya seperti cita-cita mahu menjurai program realiti (yang boleh membawa kekayaan). Ya, menjadi guru bukannya boleh buat duit.

Bukan calang orang boleh menjadi guru kerana cabarannya luas. Maksud saya menjadi guru yang baik/bagus.

Tidak seperti dahulu, pekerjaan seorang guru sudah banyak berbeza. Contohnya, guru tidak lagi balik awal. Kerap-kali terpaksa balik lewat petang dan hari sabtu asyik ada mesyuarat (terutama jika pengetua sekolah bujang tua atau andartu tentu ada-ada jea program nak buat supaya dapat membentuk sahsiah diri pelajar). Dan perkara paling jelek ialah guru menerima tomahan apabila pelajar tidak berjaya/menjadi jahat. Guru dikatakan tidak pandai mendidik. Masyarakat menyalahkan guru, guru dan guru.

Dan bila anak berjaya, ibu bapanya terkembang hidung kata " Saya antar anak ke tuiseng, harapkan cikgu kat sekolah alamatnya teruk la resut anak saya". Haaa... Terasa hati jika guru mendengarnya kan?.

Saya pernah menjadi guru. Walaupun saya kini bergelar pensyarah, saya lebih senang ber`bahasa'kan perkerjaan saya sebagai guru sebab guru adalah selamanya.

Saya tahu cabaran  yang ada di sekolah, di kantin, di surau apatah lagi di dalam kelas. Saya tahu juga apa  maknanya peribahasa menjadi guru ibarat menjadi lilin. Saya ada banyak menyimpang kisah guru yang jika saya ceritakan tidak masuk akal. Tetapi itulah pengorbanan guru...

Bukan senang mendidik orang menjadi orang (yang berguna dan berilmu). Ada ilmu tapi salah guna juga tak berguna kan? 

Cabaran untuk melahirkan bangsa yang berwawasan dan bervisi menjadi tunggak kekuatan negara ada di bahu guru. Pembangunan ekonomi dan rohani pada setiap warga negara terpikul di atas batu jemala guru. Guru bertanggungjawab besar mencurahkan ilmu, mendidik dan mengajar. Ya, juga mengajar di luar silibus, maksud saya menerap `soft skill' gitu dan cerita-cerita nabi (atau cerita-cerita moral).

Kalau kita hendak menjadi negara maju, mestilah rakyatnya terdidik berilmu, kalau kita nak anak kita maju, kita kena la kenal guru. (Kenali laaa guru anak kita.He he he.).




Jan: Selamat hari guru.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home