Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, December 29, 2010

Selamat Hari Lahir Mr Tan...

Kami sangat sibuk, kesibukan itu kerja kami. Mungkinkah kami dibayar untuk sibuk? He he he. Walaupun Jabatan Kewangan dan Ekonomi mempunyai bilangan pensyarah yang ramai kami tidak kerap berjumpa (selain miting). Apatah lagi untuk jumpa beramai-ramai sekaligus, bersantaian ria.
Pada hujung bulan yang lalu kami berpakat meraikan hari lahir ketua jabatan kami yang lebih mesra kami panggil Mr Tan. Orangnya sangat baik, tak perlu saya beritahu, semua orang di sini sudah sedia maklum.
Sambutan ini adalah satu kerahsiaan, berminggu kami rancang. Hidup dalam debaran.

Puan Mariatul bertugas sebagai pemegang kek berlilin.
Maknanya apabila pintu dibuka Puan Mariatul (yang bertugas di pejabat pentadbiran kami) akan meluru bersama kek di dalam suasana gelap dan menghadap Mr Tan. Untuk memegang kek ini ianya memerlukan kesabaran dan kekuatan. Sebabnya? Kek itu sedap.
Mr Tan tergaman sebab terkejut, he he he
Irene ditugaskan memastikan Mr Tan ke pantry. Beliaulah mereka-reki cerita supaya Mr Tan datang ke pantry.
Majlis tersebut diadakan di pantry kami yang berada di tengah-tengah bangunan. Maka upacara membawa/memunggah makanan ke pantry juga menjadi suatu kepayahan. Bimbang Mr Tan ternampak makanan tersebut. He he he.
Terus kek dihadapkan ke Mr Tan
Mr Tan seolah tak percaya kek itu adalah untuknya
Puan Salwati pula ditugaskan dengan tugas yang berat iaitu menjaga suis lampu. Dia bertanggungjawab mengenal pasti suis mana yang ingin dipetik dan suis mana jangan dipetik. Kelihatan tangannya memegang suis yang betul. Alhamdulilah.
Perlu diberitahu, beliau juga `orang kuat' majlis ini yang bertungkus lumus berdebar untuk memastikan kejayaan majlis. Tahniah untuknya.
SK II?

Kami telah mengumpul duit untuk membeli hadiah istimewa kepada Mr Tan. Beliau diminta membuka hadiah tersebut di hadapan kami. Gambar di atas menunjukan Mr Tan dibantu oleh Prof Dr Mohd Anuar bin Adnan. Prof yang paling saya kagumi.
Antara yang menunggu untuk makan, he h eh.
Saya kelihatan gembira seolah hari jadi saya yang punya...


Seperti biasa, bila ada majlis saya pakai bedak kompak Baby Jonseng dan pakai minyak rambut. Saya sapukan sedikit saja bedaknya supaya tak nampak berminyak dan tak handsum. saya tahu benar pada usia begini kena jaga penampilan sebab bukan sekali dua pelajar saya beritahu kadang-kadang saya kelihatan macam tukang kebun.
Mr Tan memberi ucapan terharunya
Upacara membuka hadiah (sepatutnya gambar ni ada di atas)

Kelihatan Maisarah bersama saya, kami sempat berjumpa berbual mesra


Maisarah adalah satu-satunya kawan saya yang dari tempat kerja lama saya iaitu Kolej Shahputra yang bekerja satu jabatan dan bangunan dengan saya. Biliknya di belakang. Setakat ini saya tak sempat lagi bertandang ke biliknya untuk berbual/mengumpat. Namun kami kerap juga berjumpa secara berselisih jalan semasa menuju ke pejabat.
Upacara gelak-gelak...
Prof Dr Ali Hussin Bekhet turut memerhatikan Prof Dr Mohd Anuar Adnan membaca kad happy birthday Mr Tan.

Mr Tan memotong kek...

Saya sempat bergambar kali ke berapa entah

Saya sudah beritahu Adnan untuk upacara ni minimakan sikit kehadiran muka saya dalam gambar-gambar majlis. Sebab pada sambutan hari raya peringkat kampus nan lalu didapati banyak sangat gambar saya je mengada-ngada pose sana sini mengalahkan dekan dan timbalan dekan. Ada beberapa pensyarah lain menghantar email/kol untuk saya bertanya "Kenapa ada banyak gambar Man ?" He he he.

Saya bersama tutor Cik Farah Idayu, dulu dia student saya...
Beginilah sedikit sebanyak suasana meraikan hari jadi Mr Tan yang juga membawa kegirangan pada hati saya dan kawan-kawan.Terima kasih kepada kawan-kawan yang hadir dan beri kerja sama.
Saya teringat hari lahir saya pada tahun lepas saya raikannya dengan memandu sendirian pada tengah malam pukul 12 ke bandar Tun Razak membelah hutan kelapa sawit...
Jan: Sambil diiringi lagu `seribu mawar'...pulak dah.

Tuesday, December 28, 2010

Kesulitan untuk menerima realiti

Penafian diri adalah suatu penyakit yang amat serius. Ia berkaitan dengan emosi. Payah untuk mendapatkan ubatnya, tak ada terjual di farmasi. Hakikat memang pahit untuk ditelan namun jika kita terus kemam di mulut, kita tak boleh bernafas dengan sejahtera!
Kita buat penafian di dalam hati yang kewangan kita ok, kita membeli macam biasa, kita buat-buat biasa... Kita tidak sedar yang kita sedang menimbus diri...


Langkah pertama
Langkah pertama ialah mengaku yang kita bukan di ambang kesusahan, tetapi telah terjun ke dalam lubang kesusahan (langkah yang paling payah). Ya kita berada di dalam lubang kesusahan tersebut. Kita telah menguruskan kewangan peribadi kita dengan buruk kerana kita bersikap buruk. Kita kena akui.


Kita kena mengundur
Bukan 6 tapak, tetapi mungkin kita kena berundur 10 tapak. Kita mesti bersabar dan kurangkan perbelanjaan kita walaupun sekecil mana. Contohnya, termasuk jimatkan elektrik dan hadkan perjalanan kereta kecuali untuk pergi kerja.


Mampukah kita? Kawan saya yang minum milo (supaya tidak lapar) memberitahu kita tiada pilihan, kita terpaksa. Kita terpaksa buat untuk menyelamatkan diri kita sendiri. Sebelum ianya memusnahkan keseluruhan hidup kita. Katanya beria-ia...


Bukan slip gaji punya angkara
Kita tidak boleh sama sekali salahkan jumlah nombor yang tertera di slip gaji kita. Kita harus ingat gaji yang kecil jika diuruskan dengan baik (membelanjakan kepada keperluan pada taraf kita), ia akan membawa kemakmuran.
Pendapatan berjuta pun kita masih boleh jadi muflis atau bangkarap...bukan tak pernah kita dengar cerita sebegini...kan?.



Tambahkan ilmu
Jangan jadikan alasan bahawa kita kekurangan pengetahuan untuk menguruskan kewangan peribadi (sebab tak diajar di sekolah). Dewasa ini kita boleh mempelajarinya daripada buku, majalah, suratkhabar, dan internate. Kita juga boleh mempelajarinya dengan sama-sama berbincang dengan kawan-kawan kita dengan ikhlas dan terbuka.
Kita mahu bahagia!


Bagaimana dengan misi hidup kita 2011 nanti? Apa nilai yang kita letakan pada kehidupan kita nanti? Tidakkah ia sesuatu yang berkaitan dengan duit-duit dan duit?

Molek benarlah sempena hujung tahun ni kita sama-sama mengakui yang kita sebenarnya dah lama berada di dalam lubang kesusahan itu dan kita ambil semangat tahun baru orang putih ini untuk berubah. Dulu azam kita nak berdiet, apa salahnya kalau azam tahun baru ini kita nak berjimat?


Cabaran...


Mungkin bila kita beritahu kawan-kawan kita nak berjimat, mereka berguling ketawakan kita sebab rekod kita memang juara dalam membeli belah ni... Jangan hiraukan mereka kerana kita telah menerima realiti tersebut. Realiti yang kita memang boros...bukan gaji yang tidak cukup! Nafsu membeli kita yang tak pernah nak cukup!

Jan: Dan kita mesti ingat barang di kedai selalu melambai kita, ya kebanyakan daripadanya kita tak perlu pun!Huh!

Monday, December 27, 2010

Kasih sayang dalam sekerat lap top

Bertahun dulu saya ada menyimpan sedikit duit untuk membeli sebuah lap top... Masih saya ingat pada masa tersebut jumlah terkumpul sudah mencecah RM1000... Saya berdikit menyimpan sebanyak RM50 sebulan. Saya berangan untuk memiliki sebuah lap top kerana saya seorang pensyarah. Tentulah memiliki sebuah lap top akan memudahkan pemgajaran kerja saya, saya boleh bawa kerja `kerja' ke rumah (satu perkara yang tak patut kita buat, he he he).
Dan pada masa tersebut kawan-kawan saya si Kolej Shahputra seolah berlumba untuk memiliki lap top (selain mereka seolah berlumba cari pasangan).
Namun kalau tuhan kata kung faya kung, kita tak boleh buat apa. Kita terpaku jua. Sudah tersurat daripada azali bukan rezeki saya untuk memiliki lap top sebelum umur 40 tahun... Tetapi tak apalah dia lebih memerlukan duit tersebut untuk membeli lap top.


Selepas itu pabila saya melihat kawan-kawan menggunakan lap top mereka, saya benamkan jauh-jauh rasa terkilan saya.
" Ah dia orang bukan buat kerja sangat, main game lebih " Kata saya kepada Adnan semasa kami makan di kedai 5 Star di Indera Mahkota. Itulah cemuhan rasa hati kecil saya dalam usaha membalutubati luka hati apabila melihat kawan-kawan saya dengan rakusnya main game di lap top mereka...
Sekumang saya tak pernah menyesal atas pemberian tersebut, duit datang daripada allah dan allah jugalah tentukan ke mana duit tersebut pergi... malah saya berbangga berpeluang menolong (allah memberi peluang).
Saya tatap lap top `sekeng heng' (terpakai) yang baru saya beli (hutang) tadi itu lama-lama, dalam bilik saya senyum seorang sambil menyeka air mata.

Jan: saya gagal, ia tumpah setitis dua...

Tengok wayang...

Hujung minggu lepas saya ke Kuantan khas untuk berjumpa dengan anak-anak saudara. Kalau anak-anak sedara saya bertandang ke Kuantan, saya amat gembira. Tak tahu nak tulis macam mana bentuk dan rasa kegembiraan tersebut.
Cuti sekolah kali ini (minggu lepas) saya berwayang di Megamool. Mereka nak tengok cerita `Hantu Kak Limah Balik Rumah'.


Mereka tunggu betul-betul depan Megamool (hari ini dalam sejarah)


Saya nak lari juga daripada rutin bangun pagi 5 kali seminggu dan pergi kerja. Sesekali saya mahu warna hidup saya berlainan. Saya perlu berhempas pulas ketawa dan tersenyum, saya tidak boleh terus berkabung. Ianya tidak baik untuk kesihatan...he he he.






Saya ke belakang sedikit untuk pukul gambar ni...

Sebelum itu saya ada tanya Wawa mengenai cerita tersebut, Wawa beritahu ramai yang preview filem tu beritahu best. Saya tak apa belaka, yang penting saya tengok bersama anak-anak saudara saya.


Saya pernah tengok wayang sorang diri...(tak perlu baca dengan nada sedih atau kesian...baca dengan nada biasa saja), tetapi lebih best bersama anak-anak saudara... Ketika mereka berumur sebeginilah saya dapat bersama mereka. Kalau dah remaja nanti tentu mereka lupakan saya sebab biasanya remaja berkawan dengan rakan sebaya mereka sahaja.



Azlan bersama cermin matanya yang ke 28...


Saya juga ada perhatikan apa yang berlaku di persekitaran saya. Apabila anak-anak saudara yang kecil menjadi remaja mereka dah tak berapa rapat dengan pak saudara mereka... (bolehlah kalau nak baca dengan nada sedih...)


Azlan pinjam `baju sejuk' opahnya, Syafiq pinjam `baju sejuk' abangnya...


Saya pergi punyalah pagi sebab nak elak kesesakan lalu lintas, saya tiba di Megamool awal dan kena tunggu pintu Megamool buka, he he he. Sebelum itu saya bawak mereka makan dulu kat kedai birai Megamool tersebut.




Tiket yang terlibat dengan pengwayangan tersebut...


Saya harap anak-anak saudara saya berseronok pada hari tersebut. Saya tak banyak duit untuk bawa mereke ke `keadaan' yang lebih seronok. Itu je yang terdaya saya buat...



Jan: Filem seram itu kelakar, dalam sedih aku bergembira...sapa kata hidup tak aneh?


Sunday, December 26, 2010

Sentuhi diri...

1. Sebenarnya kita kena guna hari sabtu dan ahad secara berkualiti.
2.Kalau kita sayang kepada diri kita dan juga keluarga kita, jangan bazirkan hari sabtu dan ahad.
3.Hari sabtu dan ahad adalah hari yang memberi peluang kita fokus amat untuk diri kita dan keluarga kita...supaya kita tidak stress.
4.Penat juga ya bekerje sepanjang minggu, dan hari sabtu dan ahad kita kena tumpukan pada kita pula. Biar kita di`cas' semula dan hari isnin rasa bertenaga melihat dunia untuk bekerja.
5.Seminggu sekejap sahaja, begitu juga sebulan...setahun...(tidak kepada yang menanggggunggg rinduuuu).
6. Ramai orang tak jaga diri sendiri. Tak payah pergi jauh, tengok diri kita sendiri. Akhirnya membawa stress.
7.Dalam beberapa kes kita aniaya diri sendiri kan? he he he.
8. Ada orang kata jangan harap orang lain nak bahagiakan diri kita jika kita sendiri tak pandai bahagiakan diri sendiri.
9.Cuba lihat rutin kita hari-hari...? Tentu kita hendak lari daripada rutin tu sekejap...
Jan: Masa kau sentuhi diri ini...

Wednesday, December 22, 2010

Minum Milo

" Masa tu Man, aku minum Milo jea tengahari, nak lunch fikir banyak kali sebab nak jimat duit, malam memang tak makan. Kawan-kawan aku ada yang tanya aku sakit ke? Bila tengok aku kurus." Kata kawan saya melalui handpon kami. Saya mendengarnya dengan teliti sambil berfikir nanti saya akan menulisnya ke dalam blog, buat pedoman bagi diri saya sendiri.
Pada masa tersebut saya tengah basuh kain. Sebenarnya saya hairan mengapa kawan saya suka sangat kol saya masa saya basuh kain? Tak ada masa yang lain ke? Tapi mana mereka tahu kan...? Ini semua kebetulan. Saya basuh kain dia kol, dia kol saya basuh kain.
Kawan saya ni belajar bersama saya di UM pada awal tahun 1990an dulu. Kami kawan baik, seasrama masa first year. Pernah gi Zoo Negara bersama-sama pukul gambar dengan badak air. Kami rapat sehinggalah kami tamat belajar dan bawa haluan hidup masing-masing. Saya balik kampung mengajar dan dia mengejar cita-citanya di bandaraya Kuala Lumpur yang mencabar.
Dia seorang yang bercita-cita tinggi, kuat semangat dan tegas (berbeza sangat dengan saya...he he he). Katanya semuanya berjalan dengan baik seperti yang dia impikan, dapat kerja yang bagus dan hidup yang selesa. Namun panas tak sampai ke petang, kena angkat kain di ampaian pada tengaharinya. Pada masa tersebut berlaku krisis kewangan. Dia diberhentikan kerja oleh majikannya. Lantas kemudiannya dia tak mampu bayar rumah yang dibeli dan juga keretanya ditarik. Ya dia totaly beruk (broke). Dia hilang segalanya dalam hanya beberapa bulan!
Dan selepas itu bermulalah episod duka yang beratur bertandang dalam hidupnya. Dan dia beritahu dia juga tak ada duit simpanan, dia tak ajar diri dia untuk menabung walaupun dia ada ijazah dalam bidang ekonomi dan sesungguhnya dia bekerja sebagai penasihat pelaburan!
Katanya "Ya lah bila dah susah sapa yang nak berkawan dengan kita?". Akhirnya dia beritahu kawan-kawan yang sudi berkawan dengan dia adalah mereka yang susah macam dia juga. Dia beritahu lagi dia menyewa bilik dekat dengan tempat kerja nak jimat tambang bas. Katanya mandi hanya pakai sabun Lux sahaja...(dulu dia pakai sabun mahal. Saya tak reti nak tulis apa jenamanya...)
Pada masa tersebut hidupnya melarat benar, mulanya hidup bergantung kepada keluarga tetapi sampai bila kan? Akhirnya dia berjaya mendapatkan kerja bertaraf rendah. Maksud saya tak setaraf dengan kelulusan ekonominya. Dan hidupnya sangat terhimpit sehingga dia menjalani kemurungan hidup. Pada masa tersebut dia beritahu dia ada tuhan sahaja...(baca dengan nada sedih bersalut simpati...sedih dan seangkatan dengannya)
"Setiap sen duit aku, aku jaga dengan teliti..." Dia beritahu saya waktu tengahari dia minum Milo sebab bila ada susu perut tak akan sakit...kesian kan. Dia beritahu sebelum itu dia tak tahu erti simpan duit...Haaa... Saya ulangi SIMPAN DUIT.
Saya jatuh pilu, ngeri dan sedih dengan episod hidupnya. Yalah kan bila kita susah kekasih/bini/perempuan simpanan (sama ada tetap atau berubah) pun akan lari lintang pukang. Adik beradik boleh tolong sedikit sebanyak je. Dan kita bukannya boleh menyusahkan mereka selamanya...lainlah kalau mereka semua taukeh balak.
Saya tak tahu bagaimana nak tulis betapa tertekannya hidup dia pada masa tersebut. Katanya akibat tertekan, sehingga sering terkeluar perkataan `allah-allah ini cubaan bagiku' daripada mulutnya...katanya...
Dan setelah negara Malasyia berjaya menangani krisis tersebut, akhirnya dia kembali dapat kerja elok sikit dan membina hidupnya semula.
Sekarang dia dah beli rumah pun, tapi rumah kecil saja katanya tak macam rumah dia dulu.Katanya dia kena mula dari bawah.
Dia pesan kepada saya, kita tetap kena berhati-hati kerana krisis kewangan mungkin terjadi lagi... Dia ada pesan kepada saya supaya mula menabung sebab katanya masa susah nanti RM100 besar nilainya...
Jan: Insyallah saya akan menabung untuk diri saya sebagai payung semasa hujan...apatah lagi ribut taufang...jom menabung.

Tuesday, December 21, 2010

Kolam di rumah kakak saya...

Rumah baru kakak saya yang terletak di perumahan Jeram Estate di Damansara Kuantan ada kolam mandi. Kolam mandi tersebut dibina oleh abang ipar saya semasa beliau renovek rumah tersebut. Ia terletak berhadapan dengan ruang makan yang berada di bahagian dapur yang juga direnovek. Kolam mandi ni tak besar dan tak kecil, elok-elok untuk mereka empat beranak. Kakak saya tak beranak banyak, dua je...




Untuk mengelakan jiran ternampak, dibina dinding pemisah yang tinggi. Daripada pengalaman saya memang kebanyakan jiran suka ambil tahu hal kita. Dalam kes saya, semua perkara mereka nak tahu termasuk perkara yang saya sendiri tak mahu sebut dan akui, he he he. Sebab itulah tiap kali saya sampai rumah cepat-cepat saya tutup pintu pagar...


Namun sebenarnya sebelah rumah kakak saya tu masih kosong lagi... Saya nak beli pun tak ada duit, he he he.Bukan seposen dua.


Yang berseluar merah kurus kering (Azlan) dan yang berbogel (Amar) tu adalah anak kakak saya. Yang dua orang lagi anak adik lelaki saya berdiri (Syafiq) dan yang berbaring (Najib).
Cuti sekolah ni mereka berkumpul dan bersuka ria. Bagus jugak biar rapat antara sepupu sepapat ni. Baru hidup ada warna sikit. Jangan jadi macam saya, anti sosial dan anti jiran je memanjang...


Seronok tengok mereka mandi. Beruntung benar mereka. Di kampung dulu kalau nak mandi saya cari parit. He he he. Tu pun mandi kira letak kaki jea... Takut kemaluan disengat ikan keli...



Kalau saya jutawan, saya nak buat juga kolam tapi kolam tu depan ruang tamu. Saya nak buat bentuk kacang tapi besar. Saya nak suruh kontraktor tanam pokok kelapa kat tepi kolam tu, ala kolam di Bali Indonesia (yang saya tengok semasa saya melawat Bali dulu). Tapi kawan saya kata `buah' kalu ni tak payah sebut. He he he. Saya sebut juga depan dia. Kalau saya...bla bla...
Berbanding dengan rumah saya, rumah kakak saya jauh lebih cantik, mewah, bergaya dan besar. Kadang-kadang saya kesian pulak kepada rumah saya sebab kekurangannya tersebut. Saya pujuk rumah saya supaya tak rasa rendah diri dan saya juga belajar menyanyanginya (rumah saya tersebut). Macam pasangan kita juga kan? Walaupun dia tak secantik Maya Karim atau sehandsum Remy Ishak, kita menyanyanginya sepenuh hati...(yea ke? He he he).
Ditanam pula pokok dekat kolam tu, aduh indahnya. Kalau rumah saya tentu lewat angin petang atau awal angin pagi, saya akan berblog di tepi kolam ni mengisahkan rindu dan dendam kesumat saya yang tak berkesudahan di sepanjang hidup ini. Ada disediakan bangku yang selesa nak nerap nentang sambil berblog. Tapi malangnya saya tak ada kolam mahupun lap top....he he he.
Kata kawan saya di Malaysia ni saya sorang je pensyarah yang tak ada lap top....Huh! Dahlah dulu dia kata di Malaysia ni saya sorang je pensyarah pakai motor.



Kalau saya ada duit banyak (kalau lagi) selepas saya main piano (saya akan bayar juru ajar main piano ajar saya lagu Titanic) saya terus melucutkan pakaian (setelah juru piano balik rumah dia) dan menuju ke kolam terus mandi. Alahai mewahnya rasa...




Setakat ni saya baru mandi dua kali, itu pun pada waktu malam...saya malu. Saya ni gemuk bila mandi pakai seluar pendek nampak buruk sangat, dahlah kopek nampak besar. Namun begitu saya mempunyai hati yang baik, jujur, lurus dan terkadang naif (promote nampak?).



Sekian sahaja buat kali ini cerita tentang kolam rumah kakak saya. Best mandi kolam yang letak dekat dapur sebab setelah lama berenang kita rasa lapar dan boleh menuju terus ke dapur, he he he.

Jan: Kolam rindu, berairkan airmata kasih...kasih yang tak sampai...tak bertahan...(pulak dah)


Monday, December 20, 2010

Honda Civic (Saya menang!!!)

Bila Adnan berkereta baru, saya teruja. Bila Mek Zue berHondakan City, saya teruja. Dan bila Amy juga berHonda jugak, saya gelabah (saya nak jugak...!). Kawan-kawan lain mampu, tak kan aku tak mampu... saya fikir cetek-cetak.
Pemuda Cina tersebut tersenyum lebar sambil menghulurkan sakela (yang ada data) kepada saya. Dalam kertas tersebut tu ada berjenis kereta Honda dan siap dengan data harga dan pelbagai lagi. Dan pemuda tersebut bertambah lebar senyumannya bila saya tanya jika saya beli Honda Sivik yang putih tu (sambil tangan saya menujuk ke arah kereta Honda Sivik yang berwarna putih, saya ulangi warna putih. Sekarang saya suka barang yang berwarna putih. Tak tahulah penyakit ni bila akan hilang...).


Warna putih warna idaman... (gambar sekadar hiasan)


Dan apabila pemuda tersebut beritahu berapa jumlah bayaran bulanan yang saya kena bayar (setelah saya tanya berapa sebulan), muka saya menjadi putih! Maksud saya pucat...he he he.


Saya terus fikir rumah dan kereta dah sekian-sekian jumlahnya. Boleh aku beli (hutang) tapi tentu hidup aku akan susah sebab sebenarnya aku jauh daripada mampu. Tak apalah mereka mampu sebab mereka dah ada rumah pun. Tak daya kalau aku beli rumah dan pakai kereta mahal sekaligus... Tergambar kereta Myvi (warna putih) saya yang telah banyak berjasa... saya bermonolog sendirian (monolog dalaman ni orang tak dengar...)


Lantas, saya langsung tak ambil kad business pemuda Cina tersebut walaupun 8 kali dia beria-ria nak beri. Katanya kalau ubah fikiran kol dia.... Namun saya dah buat keputusan dengan tegas dalam hati, saya tak mampu...


Saya melenggang meninggalkan jurujual Cina tersebut dengan berbesar hati, gembira dan ceria...


Jan: Saya menang!!! (tahniah untuk diri sendiri)

Friday, December 17, 2010

Antara keperluan sebenar dan kemahuan...

Perempuan suka berbelanja. Pun begitu perubahan ketara telah berlaku dalam masyarakat kita iaitu lelaki juga kian suka berbelanja. Jangan terkejut mereka juga semakin segak dan kemas, rapi berbau harum walaupun anak sudah bersusun paku. Dan perubahan ini membawa kepada keadaan isirumah di mana suami isteri yang suka berbelanja...(alamak, ayat macam dalam majalah MIDI la, tapi memang ini ayat saya 100%).



Saya masih ingat bagaimana lancarnya saya memberitahu pelajar saya apa erti keperluan dan kehendak/kemahuan. Malah saya ajar mereka dengan teliti beza di antaranya, saya bulatkan mata dan angkat kening supaya nampak dramatik, supaya dia ingat bukan sahaja dalam kuiz tetapi lebih penting apabila mereka layari kehidupan sebenar.



Semalam sambil tengok cerita Apocalypto (pernah tak tengok cerita ni. Ala cerita mengenai kebrutalan masyarakat Maya. Yang hampir semua pelakonya harus berpakaian separuh bogel untuk berlakon cerita ni...) Saya memerhati dan banding kehidupan saya dengan mereka daripada segi barangan keperluan hidup (bukan dari segi berpakaian, he he he). Terutama keadaan rumah mereka dan keadaan rumah saya. Ya allah banyak bezanya...




" Jangan melompat tinggi sangat, nanti terselak kain...'' Kata Mel Gibson serius.


Berbanding dengan keperluan asas dalam filem tersebut, saya lihat banyak barang di rumah saya adalah kemahuan, bukannya keperluan. Saya rasa lebih 50% barangan dalam rumah saya merupakan kemahuan, bukannya keperluan... Molek juga pembaca balik rumah nanti cuba tengok dalam rumah masing-masing, banyak keperluan ke kemahuan? carilah jawapan sendiri dengan ikhlas, jawab dalam hati...saya tak nak tahu.
Keperluan ialah sesuatu yang mesti dibeli, iaitu kita tidak boleh tidak membelinya atau menangguhkan pembeliannya. Kita kena dahulukan pembelian ini atau jangan beli barangan lain (contohnya pasu putih?). Sofa yang sederhana mungkin keperluan (contoh lagi...), dan sofa yang mahal harganya (dan gaji kita kecil) maknanyanya kemahuan. Namun awas, kemahuan kita mungkin menjadi keperluan untuk orang lain. Keperluan itu sendiri mempunyai definasi yang berbeza kepada golongan orang berbeza. Seorang usahawan yang berjaya memerlukan handphone yang canggih berbanding dengan hanpong Nokia yang berharga RM100.
Sebab itulah kita kena balik dan pandang apa yang ada dalam rumah kita iaitu ruang tamu, bilik , dapur hatta bilik air.
Saya berpendapat jika kita benar-benar dapat definisikan antara keperluan dan kemahuan, ia akan banyak membantu cara kita rancang pengurusan kewangan peribadi kita. Tentulah jika kita jadi Anita Sarawak, makeup yang mahal dan tahan lama menjadi satu keperluan. Dan jika kita seorang Najib tentulah buku dan majalah menjadi keperluan (buku dan majalah antarabangsa).

Kak Nita dengan gaya kain kaftan unggu... (bayar hutang 8 kali ke?)

" Bagi saya, saya memang perlu barang ni " Sambil membelek-belek handbag terbaru yang terpamir di The Store. Sekali lagi kita kena analisis ayat yang keluar dari pemikiran kita. Kalau kita nampak sangat menyakinkan kita perlu barang tersebut, mungkin sebenarnya kita tak perlu pun...he he he. Menipu diri sendiri mungkin kerja utama orang yang bersikap boros. Mereka nak menyakinkan diri mereka sendiri atas sesuatu pembelian yang mereka ragui...(ya ke?, tepuk meja lihat slip gaji. Maksud saya selepas ditolak-tolak perbelanjaan tetap...he he he).

Kalau ikutkan saya, memang takut betul nak menulis topik ini sebab saya sendiri baru je nak berhemah daripada keadaan perbelanjaan yang tak berhemah. Namun saya rasa tak pernah terlewat kalau kita nak baikinya. Dalam minggu ni saya asyik galak menulis pasal pengurusan kewangan isirumah walaupun sesekali saya tertanya juga kenapa Datuk Sharifah Aini masih tak pulang-pulang setelah mengerjakan haji...katanya nak menetap di sana 50 hari atau 2 bulan. Nak buat apa kat sana?... Buat album ke? Tapi konsert Arabianya dulu memang best, dia dapat nyanyikan lagu arab dengan baik kata wartawan.


Maaf, saya kembali kepada tajuk posting. Nampaknya kita bukan sahaja kena dapat membezakan antara keperluan dan kemahuan. Kita mesti dapat juga mengawal pembelian terhadap kemahuan kita dengan melihat apa yang telah kita beli sebab mungkin di antaranya ada yang kita `terbeli'. Ini unsur penting dalam merancang kewangan peribadi...


Untuk hidup di dunia nyata, kita kena berkorban rasa/kemahuan tersebut...kita damping keperluan.


Jan: Kebahagian hidup? keperluan atau kemahuan? Boleh dibeli ke? Boleh ditangguh?

Wednesday, December 15, 2010

Wang dan pernafasan kita...

Kalau saya katakan nak bernafas pun kita perlukan wang, ada orang setuju ke tak? Kalau saya kata wang penting seperti air, udara dan darah?


Bernafas di sini bukan bermaksud menukarkan oksigen menjadi karbondioksida ataupun proses fotosintisis, tetapi untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kalau kita fikir dalam-dalam memang begitu, iaitu kita bernafas atas kelangsungan duit (tetapi jangan beritahu kepada ahli sufi atau tasauf, jawapan mereka sangat berbeza, iaitu kita bernafas kerana allah, daripada allah kepada allah).


Ada orang kita lihat hidup senang lenang gayanya. Cemburu rasa, mereka boleh beli 7 pasu berwarna putih, tunai!. lalu kita kata yang dia kaya mungkin sebab keluarga dia sedia kaya raya. Untung benar kerana datang daripada keluarga kaya kan?(kita tak pernah fikir yang datang daripada keluarga kaya pun ada bebanannya, iaitu mungkin kita tak pandai urus wang! yang kaya-raya ayah kita. Maka bukan sedikit kita dengar cerita kekayaan menyusut bila ibu bapa meninggal dan anak ambil alih kekayaan. Anak tak bijak sambung kekayaan)

Ada orang miskin dan tidak selesa kehidupannya,rumah bocor sana sini. Harga buat pagar rumah kita mungkin lebih mahal daripada pondok buruknya.Bila kita tanam pokok bunga dalam pasu yang berkilat dan mahal. Mereka tanam dalam tin milo je! Dia tidak ada apa-apa yang nak dibanggakan kecuali anak yang ramai dan isteri yang tak seberapa (satu saja). Mereka memiliki hanya antara satu sama lain masing-masing...(baca dengan nada sedih seolah tidak dapat beli pasu berwarna putih)

Dan ada yang kita lihat keluarga mereka sedang-sedang jea...Suami isteri dan anak-anak serba sederhana, namun petang-petang dapat bawak anakbini/anaksuami jalan-jalan di Taman Gelora,oder rojak yang best, sepinggang makan 2 orang. Mereka cukup kain, semua anak perempuan daripada yang sulung sampai yang kecil setahun jagung menutup rambut. Mereka pergi dengan kereta Moris Marina (kereta model lama tapi berkilat sebab selalu jaga dengan molek, sebab susah nak dapat sebab tak ada duit, bila dapat sayang sangat-sangat).


Apa-apa pun kita mesti menghadapi realiti kehidupan kita. Sama ada kita kaya, miskin dan sedang-sedang, sentiasa ada kemungkinan untuk kita memiskinkan lagi diri kita jika salah langkah. Kena masing-masing beringat. Sama ada kita daripada keluarga kaya yang bermuka dinasor, atau miskin tapi handsum atau yang sedang-sedang saja, kita bertanggungjawab ke atas diri kita sendiri dalam mengurus kewangan peribadi kita. Ianya tak ada kaitan langsung dengan keluarga kita atau gaji kita. Kita akan susah nak bernafas bila kita gagal uruskannya perbelanjaan peribadi/isirumah kita.Rumah besar, kereta besar, berbini seolah bersaling baju pun akan sesak nafas bila duit tak dapat diuruskan dengan baik.

Cuba kita campur hutang rumah dan hutang kereta kita (kita jangan sebut kita beli rumah atau beli kereta, he he eh), dua perkara tersebut berapa peratus daripada jumlah pendapatan isi rumah kita? Contohnya kita kena bayar rumah RM800 sebulan dan kereta RM800 sebulan jadi RM1600 sebulan. Kita `per'kan dengan gaji kita katakan RM3500 dan kali 100 (untuk cari peratusan). Maka kita dapati 45.7% telah dihabiskan kepada 2 perkara tersebut...

Cuba kita buat dengan gaji kita (yang berkahwin kena campur dengan gaji suami/isteri dan pendapatan lain kalau ada). Kalau masih tak ada suami/isteri mungkin boleh ditambahkan dalam senarai azam tahun baru, iaitu giat mencari... tacklelah sapa-sapa yang lalu kalau terdesak sangat (tetapi terpulanglah kalau malas nak cari, nak hidup sorang. Senang!..., he he he).

Kita kembali kepada topik posting. Oh ya, Adakah peratusan tersebut melebihi 50% daripada pendapatan isirumah? Atau sampai hingga 70%? Atau tak sampai pun 50%?

Jangan terkejut ramai yang rata-ratanya sampai 70% terutama yang tinggal di bandar-bandar besar. Dan lebihan 30% tersebutlah yang kena sangat dibelanjakan dengan bukannya berjimat tetapi sangat berjimat.Kena bayar itu ini depan belakang...

Kadang-kadang memikirkan pasal wang ni buat kita sesak nafas dan tak lena tidur malam. Tapi apa-apa pun kita kenalah urus kewangan peribadi kita sendiri sebab kita nak bernafas dalam sejahtera, kita nak tidur lena.

Sebenarnya untuk pembayaran rumah dan kereta pun telah memakan jumlah yang besar, tak dicampur lagi dengan perbelanjaan makan minum... Tetapi peratusan tersebut akan turun juga, dan kuasa beli kita terhadap barang lain akan meningkat sebab gaji kita tiap tahun akan naik (bagi yang makan gaji dan andaian inflasi tidak seketara mana tingginya). Walaupun sikit saja kenaikannya ia akan menyumbangkan jumlah yang besar juga bila bertahun, katalah kalau RM80 setahun? Lima tahun jadi berapa? Kiralah sendiri. Tapi dengan syarat iaitu perbelanjaan jangan bertambah sangat seperti jangan tambah hutang, jangan tambah dapur, jangan tambah kereta dan jangan tambah anak, he he he.

Jan: Berazam nak jaga kewangan peribadi dengan lebih elok, sebab nak bernafas dengan elok pada hari tua, insyallah.

Kad kredit suplimeng

"Man kalau awak ada anak, awak wi tak mereka kad kredit Supplemen?" Seorang kawan pernah bertanya kepada saya.
Saya tahu sekarang ada pelajar saya yang pakai kad kredit yang ayah dia beri. Saya tidak kata itu suatu kesalahan. Ia bergantung kepada kemampuan ibubapa, kepercayaan berbelanja anak, dan cara ibubapa tersebut berfikir. Tapi saya ni lain sikit, saya ada lain pemikiran...mungkin ramai yang tak setuju...dan cop saya kedekut.
Kepada saya dunia remaja adalah suatu dunia yang tanpa was-was. Kepada pembaca yang pernah melaluinya akan memahami maksud was-was saya tersebut, dan kalau ada pembaca remaja membaca penulisan ini, anggaplah ia suatu pendapat.
Saya berpendapat jikalau golongan remaja ini berupaya untuk berbelanja tanpa was-was tentu mereka akan parah bila mereka hidup di dunia nyata setelah meninggalkan alam pendidikan formal ini. Memang best membeli belah atau berseronok dengan kawan-kawan. Tetapi persoalannya ialah adakah patut mereka merasai kesenangan tersebut sebelum mereka kenal erti mencari wang? Erti turun pagi balik petang? Dan apakah itu sebenarnya bernama gaji?
Saya bukan kedekut tetapi mungkin berfikiran sedikit kolot. Saya berpendapat kesenangan yang diberikan kepada anak-anak harus berpada-pada dan tak salah kiranya kalau kita berikan sedikit `kepayahan' kepada mereka. Agar mereka tak `serapuh' biskut...
Memang kita nak mereka senang dan lancar tetapi salahkah mengajar mereka duit itu susah juga nak dapat, kena kerja kuat...
Kita percaya kononnya tabiat perbelanjaan mereka ok. Mereka akan beli buku dan keperluan sahaja... Tabiat berbelanja sebenarnya datang daripada mana? Cara/corak pembelanjaan anak-anak kita sebenarnya mengikut tabiat kita, mereka didedahkan daripada awal oleh cara/corak perbelanjaan peribadi kita secara tak sengaja... Mereka melihat cara kita membeli dan menyoping.
Dan cara/corak perbelanjaan kewangan peribadi kita bagaimana? He he he.
Jan: Maaf yea...he he

Godaan untuk berbelanja...

Kebahagiaan sangat berkaitan dengan wang. Mungkin ada yang tak bersependapat dengan saya kononnya kebahagian tu tiada kaitan langsung dengan wang. Kononnya ia berkaitan dengan ketenangan hidup (ya la macam mana nak tenang hidup kalau bank dok kol sokmo sebab tak bayar lon...). Saya tak kisah sebab itu pendapat mereka. Dan sesungguhnya blog ini blog saya walaupun Adnan (kawan saya) yang membinanya namun saya yang menulisnya...he he he.
Mungkin ada yang hairan jika saya beritahu insan seperti saya boleh bahagia dengan hanya membeli pasu (bukannya dengan percutian yang berharga ribuan ringgit). Ringkasnya pasu bawak bahagia ke dalam hidup saya. Pelik tapi benar, Azniza (kawan saya) memahami perkara sebegini, dia sentiasa memahamai dan mengerti. Dan sekarang apatah lagi jika pasu tersebut berwarna putih! (maklumlah treng sekarang warna putih, semua nak diputihkan macam mangkuk tandas).
Melambai-lambai pasu yang terdisplay tersebut ke tangkai jantung hati saya. Dan memang 8 kali saya lalu depan kedai tersebut tetapi saya buat-buat tak tahu. Terasa ringan je kad kredit saya yang tersimpan damai dalam dompet saya yang berharga RM10. Rasa tak payah mana untuk ambil daripada dompet, keluarkan kad dan layangkan depan muka pekedai dan dia terus zak di mesen.... Tak payah mana... Namun saya cepat-cepat berfikir saya baru beli LCD dan rak buku... lalu ghairah saya terpotong stimnnya.
Memang saya berdebar, saya ke kedai makan dan makan seorang diri untuk menghilangkan godaan tersebut. Sambil menjamah nasi lemak tersebut saya masih terbayang kilauan jernih pasu tersebut dan alangkah indahnya kalau saya letakannya di rak buku putih yang baru saya kadkreditkan pada minggu lepas. Tentu sambil lalu atau ke bilik air, sempat saya menjeling dan tersenyum melihat terletak molek pasu tersebut di atas rak putih. Pasu putih diletak di rak putih, alangkah bahagianya! Ya allah... tersebut saya nama yang maha kuasa daripada mulut saya... Saya berhenti seketika makan nasi dengan tiba-tiba. Ya saya menahan nafsu! Bukan nafsu seks yang membuak tetapi nafsu nak membeli pasu yang membuak-buak...
Saya percaya godaan untuk berbelanja ni dirasai oleh ramai orang kepada barang yang berlainan, yang mereka suka. Dan mereka mengatasinya dengan pelbagai cara. Mungkin dengan cara membelinya! He he he.
Bagaimana cara kita nak atasi setiap godaan yang menerpa kepada kita ya? Bagaimana kita nak kawal rasa hati kita ya? Ramai yang mencuba tetapi ramai yang gagal dengan cemerlang...he he he.
Mungkin kita kena zuhud? Atau pergi hidup di pondok belajar agama dengan mendalam? Atau masuk tabligh dan usung periuk belanga dari surau ke surau? Mungkin? Mungkingkan kita jenis itu? He he he... Tak mungkin kot, he he he.
Bagaimana? Bagaimana? Oh oh...oooh (baca dengan nada ikhlas)
Jan: Sekali lagi penulisan ini hanya untuk menimbulkan persoalan...jangan marah, he he he

Tuesday, December 14, 2010

Sandarkan pada kenangan: Bahagian 2

Sebenarnya masa depan kita sebenarnya tidak menentu walaupun kita boleh merancang...sekurangnya bagi saya. Zaman persekolahan saya, saya tak gunakan sepenuhnya untuk belajar. Saya akui. Kalau ada yang nak lemparkan kata-kata sebegitu, saya reda. Tapi pastilah tak akan ada sesiapa yang nak campur tangan dalam hidup saya. Saya bukan seleberiti lagi.
Mati hidup balik pun saya tak menduga saya akan menjadi pensyarah. Namun saya akui saya selalu dikelilingi oleh orang yang cerdik daripada darjah satu. Sebabnya ayah saya selalu beritahu `kita kena berkawan dengan orang yang cerdik' (walaupun mereka malas belajar? he he he). Mungkin kecerdikan mereka terpias atau merencik ke hidup saya. Dan sampai sekarang saya dikatakan berada di kalangan orang yang cerdik walaupun saya tidak cerdik mana? Benarkah?.
Persekolahan menengah dulu amat seronok. Kami tak ada banyak tuisyen atau kena bawa buku yang tebal-tebal. Tak adalah mutar itik macam sekarang, lihat pelajar kita... kesian pun ada bila mereka tak dapat result yang baik.
Kehidupan dulu seronok, kami tak ada handphone atau internate. Tak ada playstation, Xbox belum wujud. Kami main Monopoly, Scrabble dan Dam Ular (yang ada tangga dan bila kena makan dek ular kita jatuh ke nombor sebelumnya).
Kami ke sekolah dengan sangat gembira. Cikgu kami sangat sayang kepada kami walaupun kami bukan anak mereka. Malah ada yang kami panggil mama. Cikgu kami lebih sayang kepada kami daripada kelab sekolah yang mereka pegang... kami tahu... berbeza dengan kini...
jan: Semua bangun! terimaaa kasihhhh cikguuuuu...!





Pengurusan kewangan peribadi

Topik ni paling saya tak suka. Saya tak layak menulisnya kerana saya letakan diri saya sebagai seorang yang gagal menguruskan kewangan peribadi. Walaupun saya berpengetahuan dalam bidang ekonomi, topik pengurusan kewangan peribadi asing bagi saya...(walaupun hakikatnya saya berdampingan mesra dengannya tiap hari. Iaitu tiap hari kita kena urus kewangan peribadi kita)


Kebanyakan orang merasa malu dan serba salah bila membincangkan soal ni. Bila berjumpa kawan pemborakan tertumpu kepada hal orang lain dan diselang selikan dengan siri-siri umpatan yang kadang-kadang kita tak kenal pun dengan orang yang kita umpat. Aneh! Tetapi selamat datang ke dunia. He he he.


Tiada subjek pengurusan kewangan peribadi diajar di tadika, sekolah, kolej atau universiti. Tiada dalam silibus yang mengajar kita iaitu bila dapat gaji kita kena tolak perbelanjaan mana dulu, kena simpan banyak mana dulu. Setidaknya pada saya itulah yang berlaku. Tiada saya pernah mengambil subjek yang maha penting itu. Adakah subjek tersebut ada ditawarkan?. Dan kalau ada dan kalau saya jadi menteri pendidikan, saya akan wajibkan subjek iti. Wajib totally. Sebabnya?


Sebabnya duit makan bahagia. Maksud saya duit mempunyai kuasa untuk memperondak perandakan, menyusahkan, memburukan dan melemahkan kehidupan kita. Ramai orang tidak mahir dalam menguruskan duit mereka sendiri. Hatta seorang analisis ekonomi pun mempunyai masalah kewangannya sendiri. Seorang pegawai atau manager bank yang meluluskan penjaman berjumlahan berjutaan ringgit pun mungkin menghadapi masalah kad kredit. Sekali lagi selamat datang ke dunia nyata dan mengenali manusia, he he he.


Ini memang menyakitkan sekaligus membingungkan. Sama ada kita solo atau berduet (berkahwin) kita sama-sama berpeluang untuk hidup susah dan tak bahagia bila duit menguasai kita... Dan adakah kita akan membiarkan keadaan tersebut berlaku, berterusan bertahun...?


Pandangan kita terhadap wang adalah remeh tetapi apa wang boleh buat pada kita adalah suatu yang maha hebat. Sama ada kita bekerja sebagai drebar, perempuan/lelaki simpanan (sama ada simpanan tetap atau berubah), surirumah, peguam, penyanyi, cikgu dan sebagainya kita tetap berpeluang. Sama ada kita seorang yang ambil SPM 3 kali atau ada PHD, kita tetap berpeluang. Iaitu berpeluang untuk hidup huru-hara sebab kuasa wang tersebut.


Kalau keupayaan seks kita tak sampai ke kemuncak, kita dan pasangan kita yang jadi mangsa saling terkulai terdiam membisu. Begitu jugalah dengan masalah mengurus kewangan peribadi, iaitu kita menderita kebisuan. Jangan pandang remeh sebab ada segelintir orang yang membunuh diri atau bunuh anak bini, bunuh jiran kerana masalah muflis ini...


Seperti biasa penulisan saya bukan untuk mencari jalan atau penyelesaian, iannya hanya sekadar menimbulkan persoalan (huh! pulak dah). Persoalan yang kita sendirilah yang bertanggungjawab cari jalan untuk kembali bahagia sebab duit makan bahagia kita.
Bagaimana ya kalau kita berjumpa kawan kita, kita ketepikan dulu umpatan mengenai pelakon, ahli politik, kerajaan, kawan sekerja kita yang handsum dan not bad yang tak kawin-kawin (sayalah tu, he he he). Kita berhenti mengumpat dulu. Kita saling bertanya mengenai pengurusan kewangan peribadi. Masalah dan cabarannya dan bagainana kita kendalikannya. Masing-masing boleh ambil pengetahuan sebab ia mungkin boleh memberi input dan kesedaran. Kita tak sah lah hairan sangat mengenai tudung jenis apa tu (tudung jenis sekerat? ) yang Datuk Siti Nurhaliza pakai. Kita bincang dulu mengenai pengurusan kewangan peribadi dengan mendalam...
Jan: malu la pulak nak bincang dengan kawan-kawan...nanti dia tahu saya tak ada duit...(pulak dah!!!)

Monday, December 13, 2010

Sandarkan pada kenangan...

Saya yang duduk atas kerusi di sebelah cikgu Lim



Saya jarang gila berFB. Sebabnya? Saya tak pandai bersembang dan saya seorang yang membosankan bila bersembangan. Tetapi minggu lepas saya berpeluang berFB di rumah kakak saya. saya ber FB di taman mininya.
Saya terkejut sebab kali ini dah dekat nak 100 yang request saya. Emm... terkenal ke saya ni, he he he. Dulu memang dah sampai dekat 500 sebab saya terima je termasuk sesiapa yang saya tak kenal. Tetapi kini saya akui saya tak terlayan...akhirnya saya remove sebab saya tak kenal pun..dan tak aktif.
Namun petang tersebut saya teruja kerana rupa-rupanya kawan-kawan lama saya telah berFB di antara mereka. Mereka adalah kawan-kawan bersekolah di Sekolah Menengah Tengku Mahmud yang dah 20 tahun lebih saya tak jumpa mata.
Saya ada buka akaun mereka dan lihat gambar mereka di FB mereka. Bukan main sekarang mereka telah membangun dengan hebatnya. Mereka kelihatan lebih menarik daripada zaman persekolahan yang dulu kurus kering... Kawan perempuan saya terutamanya semakin cantik dan bergaya. he he he. Tak sangka boleh jadi secantik tu...he he he.
Ada sekeping gambar di alam persekolahan membuatkan saya teringat zaman persekolahan saya. He he he. Saya memang teruk, ketika kawan-kawan saya belajar bersungguh-sungguh untuk SPM, saya sibuk berulang alik kat kedai cina di Jerteh dan Kuala Besut buat rambut, beli kaset dan menyanyi, naik motor orang ke sana-ke mari (naik motor dengan kawan di kelas lain), dan buat kek. He he he.



He he he.
Jan: Tiba-tiba teringatkan si dia...emmm ingatkah dia padaku...?

Impian sama, gaji berbeza...

Rasanya hampir semua impian melibatkan duit, impian perkebumian saya juga memerlukan duit. Saya berharap betul pada hari perkebumian saya nanti sesiapa yang datang dan menolong keluarga saya diberi sedekah/hadiah/tanda ingatan. Daripada tok iman, tok siak, sampai ke penggali kubur saya, saya nak hadiahkan kain pelikat atau bagi perempuan kain batik cap Tiga Serangkai... Semuanya memerlukan duit... jika tidak impian tersebut hanya tinggal impian...


Rata-rata rakyat Malaysia berimpian untuk mempunyai rumah yang besar, cantik dan selesa, kerja yang bagus, kenderaan yang selesa dan bergaya, isteri yang cantik atau suami yang setia...


Namun bukan semua orang dapat meralisasikan impian tersebut menjadi sebuah kenyataan. Dan kata kawan saya kenyataan selalunya pahit. Saya tak nak komen sebab memang kenyataan banyak yang pahit sebab kita banyak yang tak sempurna...


Siapa yang berani? Siapa! maksud saya berani hidup dengan gaya hidup yang terpapar di slip gaji kita... Siapa?


Kalau boleh `saya' nak pergi bercuti ke luar negara, kalau boleh `saya' nak buat taman moden di rumah `saya'. Kalau boleh `saya' nak tukar kereta, kalau boleh `saya' nak renovek dapur, dan tambah 2 bilik berserta sebuah ruang keluarga. Kalau boleh `saya' nak buat kolam mini yang kecil... kalau boleh `saya' nak antar anak saya ke taska yang vouge dan terkenal, kalau boleh `saya' nak bla-bla-bla...
Perkataan `saya' yang saya guna di atas tu bermaksud kita.



Jan: kesimpulannya impian kita adalah untuk dapatkan sesuatu yang `lebih' daripada yang kita ada...emmm

Thursday, December 9, 2010

Hati sepertinya...



Suatu petang kupergi berjalan,
Kuberjalan sambil berangan,
Tersampai aku kat kedai kopi tian (Kuantan...)

Kuminung sendirian...tak berteman
Angin bayu berpuput lembut di pipiku...(pulak dah)
Kuoder kopi pahit sambil memandang ke hadapang (nampak bangunan megamool)


Kelihatan seorang puang 50an melintas jalan
Tergopoh gapah macan dikejar orang...cemas semacam.
Sampai di seberang dekat Myviku, dia ketawa seorang,
Mungkin kerana berjaya menyeberan jalan...(amboi seronok bahagianya)
Ditadahnya doa, duduk bersila atas rumput!
Nampak macam orang gila...tak sarea tak center

Tiba-tiba,
Dia picit remote kereta!
Honda sivik merah menyala!

Kat pasar mana?
Kat kedai mana?
Kat The Mall mana ada jualnya?
Kuingin membeli hati sepertinya...


Jan: Saya ingatkan orang gila...tapi rupanya orang tua yang bahagia yang ada hati muda...

ibu katak dan anak-anaknya...



" Tahun depan abang rasa abang akan lega mak. Tahun ni teruk sangat kewangan abang sebab naik rumah. Abang akan berbelanja berhemah. Abang nak simpan duit. Kalau ada rezeki dapat bonous, abang nak bayar duit ayah beri ari tu RM1K, hutang Ina (adik perempuan saya) RM3K, dan hutang kawan-kawan..." Kata saya kepada mak saya semasa kami sedang naik kereta nak ke Restoren Wawa.



" Nak dengar cerita ibu katak dengan anak-anaknya tak? Ada seekor ibu katak beritahu anak-anaknya jangan risau tahun depan badan kita akan licin. Tak akan berkerapu lagi... Tup-tup tahun depan badan mereka masih berkerapu, he he he" Cerita mak saya sebagai tindakbalas daripada azam saya.



"Aku tak kan bersedih, tahun depan kulitku akan licin...macam apple"






Jan: ...tak sporting la mak saya kan? he he he.

Pendapatan isirumah kawan saya...

Pernah tak rasa pendapatan kita sebagai laki bini tak cukup? Pernah tak nak makan pun kita pinjam duit mak bapak? Duit kawan-kawan? Pernah tak lihat orang lain laki bini kerja `gitu-gitu' je gajinya, tapi mereka tak pulak meminjam kerana tak cukup duit? Nampak bahagia je hidup, ke mereka berlakon?


Pernah tak kita berlakon pendapatan kita cukup? Kalau jawapannya banyak yang `pernah', maka adalah sesuatu yang TAK KENA, yang KENA kita baiki.


Bukan semua orang boleh zuhud dengan segala yang ada. Tidak semua orang boleh bersabar. Dan banyak orang memang suka berbelanja, he he he. Saya pun macam itu jugak, maksud saya selalu jugak salah berbelanja. Konsep salah berbelanja ini saya cipta sendiri untuk diri saya sendiri. Salah berbelanja bermakna kita tak patut pun beli barang tersebut, he he he.


Isirumah saya hanya saya seorang. Bermakna pendapatan saya seratus peratus saya yang sumbangkan. Bagi laki bini pula, pendapatan isirumah adalah jumlah terkumpul apabila kita campurkan pendapatan daripada laki dan bini tersebut. Katalah dapat RM3K atau RM4K setiap bulan. Cukupkah?


Dan dengan RM4K setiap bulan, dan hidup di bandar seperti d iKuantan contohnya, adakah cukup? Dan katalah ada anak 4 yang sedang bersekolah. Cukupkah? Penulisan ini bukan bertujuan mencari jawapan tetapi menimbulkan persoalan...(pulak dah).


Oleh kerana kita orang bukan berniaga maka pendapatan kita tetap. Bila dapat gaji kita seharusnyalah menolak hutang rumah dan kereta secara tetap dan tak tertangguh. Hutang rumah dan kereta adalah perkara yang utama mesti dilangsaikan.


Kalau tak bayar rumah macam mana? tentu rumah kena sitar/gendang/lelong, kita nak duduk di mana anak bini? Kalau tak ada duit beli baju kita masih boleh berbogel di dalam rumah, cuba bayangkan jika tiada rumah? (bayangkan tak ada rumah, bukannya tak ada baju...). Balik kerja kita nak duduk kat mana? Nak letak anak bini kat mana?


Sekoyang-koyang hari tu kawan saya kol nak pinjam duit sebab rumah dia nak kena lelong. Bukan sebulan dua dia tak bayar rumah tersebut tetapi berbulan-bulan. Dan bukan seribu dua dia nak pinjam duit saya. Bini dia yang berkerja di salah sebuah pejabat kerajaan juga merayu-rayu pada saya walaupun saya tak pernah kenal dia... (kita mungkin terperanjat bila fikir perkara yang kita sanggup buat bila kita tak ada duit).
Saya beritahu secara jujur yang LCD saya beli pun hutang, masuk pembayaran ke dalam kad kredit saya tiap bulan. Saya tak ada duit. Saya tahu mati hidup balik pun dia tak akan percaya yang saya tak ada duit. Saya beritahu dia, rumah campur kereta pun saya dah kena bayar lebih RM2K setiap bulan... Saya nasihatkan dia jangan gelabah sebab bank nak lelong pun makan masa 3, 4 tahun, dia ada masa lagi nak cari duit. Walaupun saya tahu kat mana laaaa dia nak cari...
Pasal kereta? Oleh sebab kita tak berduit, kita anggap je kenderaan kita ni sebagai keperluan untuk kita ke tempat kerja, antar bini dan anak-anak ke sekolah. Itu jea status kita. Kalau nak rugged sangat tepek je stiker murah kumpulan KISS biar nampak rock.
Kita beli kereta dengan kadar kita. Kita bayar secara tetap kepada bank. Bila kawan kita beli Toyota Mark X, kita janganlah tiba-tiba gatal nak up gradekan kereta kita... (tapi memang molek kalau nak cari awek, he he he. Tapi dengan duit dua kupang berbaki tu masih lagi ke kita nak cari awek? Masih, masih dan masih... Pang...2 kali ke pipi kita sendiri...)
Sebenarnya pendapatan kita tak banyak tapi kehendak kita banyak sangat tak terhad. Semua kita nak. Kita ingat orang pengsang saja yang tak sedar diri, rupanya orang yang tak pengsang pun tak sedar diri...he he he.


Jan: saya tersinggung dengan apa yang saya tulis...tahun depan saya akan berhemah!


Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home