Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, August 1, 2009

Tok Pah: Selamat tinggal...?




"Hidup saya penuh warna warni, saya tidak perlu berlakon seperti malaikat dan tiada apa yang hendak dimalukan untuk dikongsi bersama peminat malam ini. Cerita yang saya kongsi bersama peminat malam ini lahir secara spontan, bukan dikarang terlebih dulu," katanya.

Tatkala peminat asyik menikmati alunan suaranya yang merdu pada majlis An Evening With Datuk Sharifah Aini, Jumaat lalu di Dewan Perdana Felda, Biduanita Negara itu membuat kejutan apabila mengumumkan hasrat hati untuk bersara dari dunia seni suara dalam tempoh dua tahun lagi.
Keputusan itu bukan gimik Sharifah Aini tetapi nekad hatinya apabila album ke-99 dan 100 siap, dia akan mengucapkan selamat tinggal kepada peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya sepanjang 40 tahun bergelumang dalam dunia yang penuh pahit dan manis itu.

"Kak Pah sudah 40 tahun menyanyi, kak Pah memang nekad apabila album ke 99 dan 100 berada di pasaran awal tahun depan, kak Pah akan bersara menyanyi. Kak Pah ada 20 konsert lagi untuk dijayakan dalam tempoh dua tahun ini, malam ini adalah yang pertama.
Kak Pah akan mengadakan konsert perpisahan khusus untuk peminat nanti. Walaupun sudah bersara, kak Pah akan tetap menyanyi jika ada undangan yang berkaitan dengan amal. Kak Pah berasa bertuah kerana peminat sentiasa berada di belakang menyokong kak Pah," katanya yang ditemui sebaik selesai. persembahannya.
Secara jujur, kak Pah akui: "Inilah kelebihan yang Allah SWT limpahkan kepada saya selepas 40 tahun bergelar anak seni. Apa yang tidak saya lalui - fitnah, cercaan dan hinaan menjadi mainan hidup, tetapi berkat kesabaran, saya mampu memiliki apa yang diinginkan setiap insan."


Walaupun ada kalanya perit untuk ditelan tetapi saya hadapinya dengan penuh kesabaran. Alhamdullilah, Tuhan sedang menguji saya ketika itu. Kerjaya nyanyian saya hampir terkubur gara-gara kontroversi yang terpalit, tetapi syukur saya masih mampu berdiri. Dengan berkat kesabaran itu juga, saya menjalani kehidupan dengan aman dan tenang."


Dipetik daripada: Serimah Mohd Sallehuddin (Berita Harian - Khamis, 23 Julai 2009) dan Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (Bi-Pop, Berita Minggu - 21 Jun 2009)
Jankaulu: Tok Pah nak berhenti menyanyi? Aku tak percaya...!

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home