Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, August 11, 2009

Daripada 13 menjadi 3, daripada 4 menjadi 1...

Ini cerita lama, iaitu pengalaman saya dalam menguruskan perbelanjaan dengan menggunakan kad kredit. Saya tidak tahulah bagaimana orang lain menguruskannya tetapi saya gagal pada permulaannya. Gagal dengan cemerlang. Saya bukan nak membuka pekong di dada tetapi saja nak bercerita...
Semuanya bermula apabila saya dapat kad kredit pertama semasa saya kerja di Pekan. Kad kredit Maybank itu menjadi simbol pencapaian saya (rupanya pencapaian dalam berhutang, he he he). Orang kampong saya mana ada kad ni, saya gembira. Saya tidak tahu perbuatan saya itu bagaikan si kudung mendapat cincin. Gaji tidak sampai RM2K ada hati nak pakai kad kredit.

Selepas itu saya buat pulak kad kredik Bank Islam, kemudiannya Southern Bank dan lepas tu Standard Charted!. Lama kelamaan kad kredit saya dah bersusun paku. Saya pernah `buat-buat' jatuhkan kad itu dengan sengaja depan Kamal, Kamal kata ``Banyaknya kad hutang kau Kiman..." saya tak tahu perbuatan saya tadi bagai menepuk air di dulang. Saya patut malu pada diri sendiri.


Ada banyak kad kredit memang senang. Bila nak membeli tak payah bayar, hulur kad, penjual toreh je kat mesin dan kita tandatangan je (rasa macam penting je bila kita tandatangan tu, he he he). Saya sangat seronok bagaikan itik mendapat air atau bagaikan Siti Nurhaliza dapat datuk K.


Siti Nurhaliza dan Datuk K



Namun saya semakin risau apabila hutang kad kredit dah mencecah RM13K. Saya dah tak larat nak bayar hutang kad kredit tiap bulan. Satu petang saya berjumpa dengan Adnan dan bincang pasal hutang kad kredit tanpa segan silu, saya sembunyi muka.

Malaslah saya nak cerita apa yang saya beli dengan duit sebanyak itu, he he he. Tapi antaranya ialah beli Tv, tempat letak Tv, peti ais, mini hife, beli pasu yang mahal RM720 (sepasang), saya beli perabut jati dan lain-lain. Asal berkenan dan ada depan mata saya menyambarnya he he he. Nasib baik benda-benda tu ada lagi dengan saya. Oh ya saya hampir beli rambut palsu dengan kad kredit! He he he tak apa alah membeli menang memakai...

Setiap bulan saya menjumlahkan sejumlah wang yang besar untuk bayar kad kredit daripada gaji saya. Saya mesti buat keputusan sekarang. Mana saya nak cekau RM13K? Dalam pada tu saya sempat beritahu Adnan saya juga bimbang jika Kolej Shahputra pindah ke Kuantan sebab lebih dekat dengan pusat membeli belah…he he he.

Kami berbincang bagaimana nak atasi masalah saya. Saya juga tak boleh meminjam wang daripada kawan-kawan atau keluarga, tentu mereka tak percaya dan terus pengsan. He he he. Saya juga beritahu Adnan saya juga tak mahu gali lubang tutup lubang iaitu pinjam duit bank untuk menyelesaikannya.




Akhirnya saya dan Adnan dapat satu formula iaitu `formula akui kesilapan kena sedar diri ‘ . Saya dah tidak ada jalan lain saya terpaksa guna formula tersebut. Kami rancang dalam masa 5-6 tahun barulah masalah ini selesai. Antara langkahnya:

1. Perkara pertama yang saya mesti lakukan adalah mengakui kesilapan.



Saya memang berbelanja seperti orang dah kawin atau macam orang ada mak we. Saya tak ukur baju di badan sendiri. Sebelum ini saya banyak juga membaca mengenai bahana kad kredit tetapi semua info itu bagai anjing menyalak bukit, tak meresap masuk ke minda saya hinggalah dah terbukit RM13K, he he he.



2. Potong kad kredit.




Cara memotongnya... (konon...)

Selepas terhantuk baru tergadah, barulah saya ambik tindakan memotong kad kredit biar tinggal satu. Saya pilih maybank sebab ia adalah cinta pertama saya, he he he.

3. Saya kena terasa perit dan menahan diri.


Saya menahan perit jugak sebab nafsu berbelanja juga kuat (bersamaan dengan nafsu seks kot. Entahlah). Namun memang bila saya berkenan sesuatu nak beli saya bulatkan hati, saya buat-buat selamba je tengok dan kelebek. Pas tu terus saya arahkan ingatan saya kepada ` suatu hari nanti aku kena pakai kereta dan ada rumah, kena ada kewangan yang baik'.

4. Saya kena bersabar.


Memang saya kena bersabar kerana ia makan masa 5-6 tahun. Saya tetap membayar tanpa berlengah dan cuba bayar melebihi had pembayaran minima. Pernah saya hanya bayar RM20 je melebihi tahap minima sebab ada antara bulan saya hantar duit untuk sedara yang belajar di U lebih banyak sikit...(dia tidak tahu pengorbanan saya, mungkin dia ingat gaji saya besar... tapi tak apalah... baca dengan nada sedih).

5. Matlamat guna limit RM4k sahaja.
Saya tahu perjalanan hidup masih jauh dan perjalanan yang jauh bermula dengan satu langkah. So bermula saya duduk di Pekan lagi saya dah mula menjaga perbelanjaan kad kredit saya. Memang perit jugak sebab kadang-kadang tinggal RM300 je baki bulanan untuk makan minum je....sedih kan? tapi kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kan?

Apabila saya berhijarah ke Kuantan, memang saya dah duga saya lemah melawan hawa nafsu. Saya `terbeli' juga meja makan jati yang lapan kerusi. Malaslah saya nak beritahu harganya, he he he, mahal bagi saya. Tak padan dengan rumah sewa kecil sahaja orang kata mahal tali daripada beruk atau cantik pagar daripada rumah. Pun begitu pada masa tersebut saya dah ada hanya 2 kad kredit. Saya terus membayarnya dengan rajin dalam terharu, hu hu hu.

Dan setelah 2 tahun saya berada di tempat kerja baru di Muadzam baru 2 bulan lepas saya tutup kad terakhir dan sekarang hanya tinggal satu. Maknanya ambil masa untuk melunaskan hutang tu. Bayangkan dari Pekan sehinggalah ke Bandaraya Muadzam.


Walaupun makan masa, saya syukur kerana saya bukannya buat suatu perkerjaan bagai menolak ombak di pantai, saya ada matlamatnya. Sekarang saya hanya ada satu kad sahaja, dan hutang dalam RM3k lebih kurang... Saya harap saya lebih berhati membuat perbelanjaan sebab pada masa yang sama saya membayar rumah dan kereta.
Tidak berniat untuk ceritakan kejayaan atau menyohol yang saya bijak menggunakan kad kredit. Saya bukan bagai ayam bertelur sebijik riuh sekampung atau bagai Eraa Fazira dapat anak. Saya bukan mahu mencanangkan kepada semua orang, hanya bercerita pendek.

Sekian

Jan: Duit bukan segala-galanya...(ia hampir segala-galanya... he he he)

4 comments:

Anonymous said...

takpe..takpe..jadikan pengalaman sebagai khtibar agar berhati2 dgn penggunaan kad kredit..bijak berbelanja.....

Jankaulu said...

he he he, thanks

Umar said...

dua perkara yang perlu disenarai hitamkan ialah, kad kredit dan MLM (cari org bawah dan bawah untuk dapat percuma satu botol syampu anti gugur...ehehheheh)

Eja said...

tahniah! anda semakin berjaya

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home