Saya memang tidak tahu bagaimana hendak saya mulakan penulisan kali ini. Sebabnya ia adalah suatu yang lucu kepada saya. He he he.
Memang awal pagi tadi pejabat sudah mengagihkan penekup/penapisan pernafasan muka bersabitan dengan H1N1 yang giat menular. Saya pun pakailah mengikut cara saya, saya tidak tahu sangat cara memakainya cuma kira logik. Malu jugak kalau saya silap memakainya, bimbang jika saya terbalik memakainya. Padahal depan student selalu sangat saya kata `setiap perkara ada caranya, ada kaedahnya...'
Namun kemudianya saya lihat cara pemakaiannya sangat berbeza kepada sesetengah orang di sekeliling saya. Ada yang pakai di bawah lubang hidung! Dia tutup mulut sahaja. Saya tak faham kenapa ini terjadi. Mulanya bila tengok memang tidak perasan tetapi lama-lama baru perasan sebab nampak dua lubang hidung! Bukankah saluran pernafasan termasuk juga lubang hidung? Lepas tu saya tersenyum dalam hati...
Ada yang pakai sangat berlainan, dia pakai di dagu! Tentu ada orang ingatkan saya berbohong, tapi tanyalah Adnan (dia sekolah agama) sebab masa tu Adnan ada di sebelah saya. Kami memang perasan habis dia pasang di dagu sahaja. Pada masa tersebut dia sedang bercakap dengan seorang yang tak pakai langsung penutup penafasan. Bahaya!. Kami nak tergelak tetapi memandangkan dia seorang `somebody' kami senyum hormat je.
Tu tak mengira lagi yang pakai di dahi!. Saya bukan nak melawak, saya bukan Nabil! (saya cari makan dengan serius). Tapi inilah kejadian yang sebenarnya... Bila pakai kat dahi, bayangkanlah bagaimana rupanya. Macam nak masuk salon pun ada. He he he mari kita ketawa sebab hidup ini sukar.... bila ada peluang kita ketawa biar hormon keluar cairkan stress kita.
Bagi saya tidak sukar memakainya. Ya memang tidak selesa bila kena tekup lubang hidung dan mulut, kalau nak selesa masuk kubur (tu pun belum tentu selesa lagi, he he he. No komen).
Kalau ada orang yang menyalahgunakan pemakaiannya maka matlamat untuk membendung penularan jangan haraplah. Semua orang harus memakainya baru ok. Kalau ada sekelompok yang tidak pakai maka akan berlaku penularan. Jangan pulak kata kalau dah takdir pakai pun kena jugak. Saya rasa takdir tu kita tolak ke tepi dulu, usaha yang penting.
Banyak cara penularannya:
1. Kalau kita duduk sorang diri tentu tak payah pakai penutup penafasan, termasuk tak payah pakai pakaian. Nak telanjang bulat pun tak apa.
2. Namun bila datang seseorang kepada kita (dia tak pakai penutup) dan kita tak pakai juga mungkin menular penyakit itu kepada kita jika dia ada virus tersebut.
3. Dan jika kita tak pakai dan datang dua orang kepada kita (kedua-dua mereka tu pakai penutup), ia tak menular.
4. Malah jika sekumpulan semua pakai tetapi kita sorang je tak pakai tak menular juga.
5. Dan ianya menular jika semua orang pakai tapi ada dua orang tak pakai jika salah seorang daripada yang tak pakai ada virus tersebut.
Kesimpulannya baiklah kita pakai kan? Sepatutnya kita dah mula memakainya sebab virus itu dah merebak. Janganlah tunggu dia datang ke tempat kita baru nak pakai. Kira berhati-hatilah ya.
Saya beritahu Adnan saya mungkin akan terus memakainya walaupun virus itu sudah tidak merebak. Saya menjelaskan kepada Adnan kehandsoman saya tak hilang dek memakainya. Malah ia menampakkan lagi mata dan kening saya yang terbentuk elok dan lebih jelas bentuk rahang saya yang terbentuk (biasanya tak tirus, nampak bulat!).
Adnan jawab `` Ya lah tu...''
Jan: Kututup juga hati nuraniku pada cinta...
No comments:
Post a Comment