Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, August 5, 2009

CD dan sehelai rambut…

Saya ni kadang-kadang malas nak layan karenah kawan-kawan saya. Kadang-kadang lewat angin malam mereka sms atau kol untuk cerita yang sekali fikir memang mengarut...



``Saya col ni sebab awaklah kawan saya dunia akhirat Mang.''. Kata kawan saya yang dah agak lama saya tak jumpa, tak saling menghubungi. Kali terakhir saya dengar dia kahwin dengan seorang kontraktor. Saya tak pergi majlis kahwin dia, just dari jauh saya buat jokes ``Tak takut bermadu ke? he he he....''



Malam tadi dia beritahu dia bertengkar besar dengan suaminya. Saya malaslah nak layan, lainlah kalau dia nak cerita mengenai kepermegiannya buat umrah baru-baru ini selepas dia akhirnya kawin juga di usia ranum. Dia memang berniat jika dia kahwin dia akan pergi menunaikan umrah. Teringat saya masa dia kol nak pergi umrah dia kata dia nak berdoa depan kaabah supaya saya pula kahwin. Namun saya beritahu dia jangan doakan saya kahwin doakan saya kaya raya, he he he. Dia kata ``Teruk la mung Mang''.



Kita kembali kepada soal pentengkarang tersebut, manalah tau boleh buat pedoman. Saya janji tak akan sebelah mana-mana pihak walaupun dia teman baik dan kawan lama saya semenjak di U lagi. Pernah di U saya menolongnya antar surat cinta kepada kekasihnya (kawan saya juga yang lelaki tu). Saya mengaku saya pernah bodoh...he he he, siapa tak pernah buat silap?


Dia cakap dia bertengar kerana Cd dan sehelai rambut. Saya cakap biar betul! betul ke?, ambik la sebab-sebab lain yang konkrit sikit. Nak cerita kat orang pun tak logik. Dia kata ``Mung tok kawin, mung tok tau Mang.''


Malaslah pulak saya nak cerita dengan panjang lebar dalam blog ni. Tapi dah gatal saya memulakannya dan menggaruinya, saya terpaksalah sapu krimnya.

Dalam perbualan kami yang berjam-jam tu saya ada nasihatkannya juga. Ala nasihat biasa-biasa iaitu ``Sabarlah banyak-banyak dalam rumahtangga ni kena banyak bersabar... bla-bala-bala'', itulah nasihat saya macamlah saya ni dah 8 kali kahwin kan. Tetapi itulah tanggungjawab sebagai seorang kawan kan.



Suaminya marahkannya kerana dia selalu tersilap letak CD pada bekas CD lain dan juga pasal ada rambut di atas lantai. ``Alah benda kecil tu pun nak gaduh ka?'', saya teringat dialong P Ramlee dalam cerita Seniman Bujang Lapok yang menceritakan suami isteri berkelahi sampai nak balik kampung kerana tahi anak.



Semasa dia meluahkan perasaannya saya sebenarnya ada juga masalah sendiri. Tak semestinya tak kawin tak ada masalah hidup, mungkin lebih ringan sikit kot, he he he jangan ada yang marah.



Saya diam je pasang telinga teliti luahan perasaan nazaknya, tapi kadang-kadang saya sendiri tak faham luahannya sebab saya asyik teringatkan bagaimana esok saya mesti siapkan skema pemarkahan baru untuk kertas projek semester ini. Bimbang juga akibat cuti H1N1 ni silibus tak dapat habis, atau habis tapi dengan cara haru biru dan tak efisen.


Saya bimbang takut nampak sangat saya tak ikhlas mendengarnya jadi semasa dia diam ambil nafas untuk sambung perbualan, saya terus mencelah``Sabarlah, banyak-banyak bersabar Natrah'' (bukan nama sebenar tapi bunyi hampir dengan nama sebenar, he he he).



Kadang-kadang saya juga tersilap letak CD, pernah saya letak CD Datuk Sharifah Aini ke dalam bekas CD Rahim Maarof dan yang Rahim Maaroof saya letak dalam CD Simple Plan. He he he, saya tergelak sendiri. Tapi adakah jika saya terkahwin nanti bila bini saya tersalah letak saya akan marahkannya? Saya lah yang kena jawab soalan ini, hu hu hu.


Pasal rambut juga boleh jadi isu. Lantai mozek rumahnya putih kalau rambut jatuh sehelai atau ada tahi cicak memang nampak. Dan suaminya marahkannya sebab pengotor!. Dan dia kata sebab selalu lakinya kata dia pengotor, malam tu dia marahkan suaminya balik. Dan berlakulah perang dunia yang ketiga…



``Dan bila aku marah, kau taulah ya macam mana aku kang? '' Dia bertanya pulak. Saya teringat dulu bagaimana cemerlangnya dia taburkan kertas kerja dia dalam kelas kat falkulti, masa pembentangan, depan pensyarah! Sebab marahkan kawan segroup yang tak beri kerjasama. Kesian pensyarah tu, tergaman melihat aksi ganas Natrah. Peristiwa itu berlaku 20 tahun dulu masa kat U. Nescaya kini skill taburannya mungkin lebih baik.



``Habis aku pecah-pecahkan apa yang ada depan aku...aku memang lama dah pendam Mang!'' katanya.
``Habis aku carut luar dalam, geram betul aku. Rasa nak tumbuk pun ada '' Katanya lagi.

Dan saya tak habis-habis kata ``Sabar Natrah, sabar... banyak-banyak bawak bersabar''. Saya guna dialog daripada skrip drama swasta TV3 yang diguna pelakon bila ada kecemasan atau konflik keluarga. Cuma saya berikan tonasi yang berbeza, saya hayati tiap konsonan dan huruf vokal yang ada. Segalanya untuk menggambarkan saya simpati. Dan sebenarnya saya memang menyimpatinya...



Selepas dia minta maaf kerana kononnya menggangu saya malam-malam buta, saya baringkan diri. Di atas tilam, sambil memeluk bantal golek saya fikir pagi ni saya akan tidur lebih lena kerana saya redha menerima apa yang ada dan apa yang tiada dalam hidup...
...tuhan maha berkuasa.



Jan: Kisah rumah tangga ada-ada sahaja...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home