Sebenarnya bila saya duduk saja-saja, banyak pulak ilham dan idea untuk dibuat penulisan. Malah idea tersebut siap dengan susunan ayatnya sekali yang saya gubah di fikiran. Namun apabila duduk di kerusi dan mahu mula menulis, semuanya hilang entah di mana.
Tanpa perasaan yang `kuat', kita tidak dapat menyusun ayat dan menulis dengan baik. Apatah lagi kita bukannya sasterawan negara, negeri atau pun daerah. Tidak pernah menjalani pendidikan formal dalam dunia penulisan. Kita pakai tulis je.
Selama 4 jam menghadiri konvoi tersebut UNITEN yang ke 12, di dalam dewan saya banyak mengelamun dan bercakap seorang diri di dalam hati. Pengelamunan tersebut sangat luas sehingga membawa saya ke `luar' dewan. Saya juga berhasrat kononnya selepas ini saya mahu menulis apa yang saya fikirkan selama 4 jam tersebut. Selama 4 jam juga banyak juga ilmu yang saya dapat daripada mendengar perbualan rakan-rakan yang sesekali memecah kesunyian. Saya juga lihat pelbagai gaya pelajar naik ke pentas untuk terima izajah masing-masing. Namun pandangan di depan mata tak sekuat hati yang mahu `melarikan' diri di dalam dewan besar ini, fikiran saya merewang jauh. Masa-masa bagaimana ya kita aktif berfikir? Tentu kita banyak berfikir pada setiap hari daripada pagi sampailah ke petang dan malam. Malah kita sudah berfikir untuk hari esok, minggu depan, bulan depan dan tahun depan!. Inilah manusia, berbeza dengan binatang. Biasanya kita banyak berfikir pasal diri apabila kita berada berseorangan ataupun bila keadaan sunyi. Kita akan berfikir dengan lebih aktif pasal diri kita. Selama 4 jam tersebut walaupun jasad berada di dalam dewan tetapi roh sudah banyak meneroka di tempat lain. Saya sempat `sampai' di Manila, Paris dan Bukit Keluang juga kampung halaman. Saya juga sempat `menjengok' saya di alam persekolahan, di peringakat universiti dan di tempat kerja lama. Saya juga ada membayangkan saya pakai rambut palsu bila berumur 80 tahun apabila melihat ada hadirin dalam dewan terutama `orang besar-besar' berkepala botak... Pemikiran membawa saya ke banyak tempat dan peristiwa tanpa limit, juga disusuli dengan peristiwa dan kenangan. Begitu juga dengan harapan...
Jan: juga harapan-harapan yang tak kesampaian yang saya sandarkan sebagai hanya impian...
No comments:
Post a Comment