Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, March 31, 2009

Perihal belajar memandu...

Kata orang perjalanan yang jauh itu bermula dengan langkah pertama. Saya cuba mahirkan diri dengan memandu kereta setiap hari. Jika tiada kelas malam saya akan gunakan waktu malam untuk belajar memandu. Saya percaya bila lama-lama berlatih akan muncul kemahiran. Rasanya sekarang saya dalam katogeri separa mahir.

Saya bawak slow-slow sahaja sebab kereta saya ni bila tekan break sikit dia terus memberek, bila tekan minyak sikit dia terus laju ke depan. Mungkin kereta ini baru atau mungkin kereta ini ringan kot. Namun saya kena belajar juga dan biasakan diri dengan kereta tersebut.

Kalau berani sedikit saya pergi ke jalan besar. Jalan besar banyak lori, saya kena berhati-hati, mulanya saya takut dan tidak mahu lalu jalan tersebut namun saya rasa suatu hari nanti saya terpaksa juga melaluinya, kenalah berlatih daripada sekarang…

Namun fokus utama saya buat masa ini ialah cuba biasakan diri dengan jalan yang saya mahu ke tempat kerja. Saya cuba juga gunakan fungsi lampu dekat- jauh dan sesekali cuba pasang klas kereng kot-kot hujan nanti bila nak pergi ke tempat kerja. Dan memang ada suatu tempat sangat gelap bila waktu malam kita kena guna lampu pandang jauh. Saya pernah ternampak babi lepak tepi jalan tu semasa saya bawak motor. Muadzam ni babi dah jadi perkara biasa…

Belajar sendiri rupanya susah juga, pernah suatu malam bila saya bawak slow-slow sampai kat gate taman perumahan, jaga di depan tu laung `lampu’ sambil buat isyarat tangan kembang kucup. Oooo…saya terlupa pasang lampu rupanya, bahaya ni…

Malam sebenarnya tak ramai orang, saya beranilah sikit, setakat ni okey sahaja. Saya round dalam kampus belajar parking tetapi tak pernah berjaya. Nanti lama kelamaan mungkin semua orang akan tahu yang bawak kereta slow giler tu siapa…yang parking tak betul tu siapa…he he he

Paling saya takut bila selisih dengan lori atau bas. Dan bila selisih dengan lori dan bas rasa kecut perut sebab kadang-kadang kereta itu bergoyang sikit. Mentang-mentang la dia besar dia bawak laju giler. Ada suatu kejadian tayar saya yang sebelah kiri cecah rumput, tapi terkawal. Bas laju membuatkan kereta saya bergoyangan inul.

Saya ada beritahu Ja hal ini dan dia kata kereta saya ringan. Lantas saya beritahu Ja saya nak letak bata-bata yang saya lapik pasu tu di dalam kereta kat bonet belakang dan tempat letek kaki di tempat duduk belakang biar berat sikit. Ja memandang saya dengan satu pandangan yang saya rasa cadangan saya tu salah atau tidak boleh dilakukan… maka saya senyap sahaja, terus tukar topik lain.

Jankaulu: Dah mula belajar sikit-sikit pasal kereta…

Saya kah ini?

Sekali lagi saya berterima kasih kepada doktor kerana dia mahu memMCkan saya. Saya menolaknya dengan sopan. Saya tahu niat doktor tersebut bagus iaitu mahu saya berehat. Namun saya mempunyai minggu pertama bulan april yang padat. Saya masih lagi tidak siapkan marking exam final pelajar degree, masih lagi mengajar pelajar foundation, masih lagi kena berkursus 3 hari (3,4 dan 5 april) dan pada 7hb ada audit akan dijalankan (dan jangan lupa setiap malam yang tiada kelas saya terpaksa mengajar saya sendiri membawa kereta…)

Saya pernah memarahi pelajar kerana mereka berkelakuan seolah-olah kerja saya ini hanya untuk mengajar mereka sahaja, hanya tertumpu kepada mereka sahaja luar dan dalam. Dan kalaulah benar kerja saya hanya untuk mengajar, alangkah leganya. Kesian pelajar itu tak semena-mena kena marah (tapi kemudiannya saya tidak minta maaf, he he he.)

Sekarang kerja saya bukan tertumpu kepada pengajaran sahaja. Malah kerap kali pengajaran hanya jadi kerja sampingan sahaja. Sebenarnya sehingga kini saya sudah memegang 4 jawatan sebagai AJK (ini tidak termasuk menjadi mentor-mentee dan sewaktu dengannya.).


Contohnya, saya tahu saya sepatutnya menjenguk para pelajar buat latihan gamelan. Sebagai penasihat kelab saya tahu sepatut saya tahu banyak hal mengenai kelab seni tersebut, supaya dapat banyak membantu dan bila TNC tanya itu-ini taklah saya ter errr -errr. Contohnya pada malam kebudayaan saya duduk sebelah TNC, beliau seronok tengok tarian kuda kepang dan semasa TNC tanya kat mana budak-budak pinjam baju dan kuda kepang untuk buat persembahan, nasib baik saya boleh jawab. Bayangkan kalau saya tak boleh jawab?

Pembohonglah saya jika saya menidakkan yang kerja-kerja AJK ini tidak menganggu kerja hakiki saya iaitu mengajar. Malah kerap kali juga saya tidak berapa bersedia masuk ke kelas sehinggalah saya terpaksa buat `lakonan’ seperti yang saya pernah maklumkan dalam posting terdahulu (nasib baiklah saya ada sedikit bakat dalam bidang lakonan). Namun saya selalu cuba berfikiran positif iaitu semua perkara yang mahu dicapai itu akan memberikan kesejahteraan untuk orang ramai dan juga pembangunan organisasi tempat kerja saya.

Salah satu jawatannya ialah sebagai ketua Zon Bangunan Akademik AB yang mempunyai 15 section kesemuanya. Dan setiap section akan diwakili oleh beberapa orang pensyarah. Tugas saya secara objektifnya senang iaitu memastikan setiap section berada di dalam keadaan berkualiti dan saya juga perlu menghantar report. Kerja-kerja ini akan diaudit oleh juruaudit dalaman dan luaran. Walaupun secara peribadi saya tidak setuju 100% kerja-kerja penyelenggaraan ini dibahukan kepada pihak akademik, saya tetap lakukan amanah yang diberi sebaik mungkin.

Namun saya dapati kerjanya agak sukar kerana ia memerlukan kerjasama yang bukan sedikit untuk memastikan keadaan persekitaran berkualiti dan menepati standard yang diperlukan. Saya juga bukan seorang yang kreatif atau inovatif maka bertambah beratlah tugas yang diberikan. Di atas kertas memang tugasnya mudah, namun pada hakikatnya sudah beberapa kali saya mengalah dan mahu meletakan jawatan terutama apabila ia mengganggu tugas hakiki saya..

Setakat ini saya masih menjalankan tugasan yang diberi dengan sedayanya walaupun kadang kala dan kerap kali saya berpendapat kerja yang saya lakukan ini tidak sepatutnya saya lakukan kerana ia tidak ada kena-mengena dengan dunia akademik saya. Namun macam biasa saya cuba berfikiran positif.

Semasa makan dengan salah seorang kawan saya dia beritahu salah satu sebab kenapa dia meninggalkan tempat kerja lama ialah kerana dia banyak dibebankan dengan tugasan bukan mengajar. Dan dia mengatakan jangan hairan jika dia bertukar tempat kerja lagi. Saya tidak memberikan tindakbalas, saya hirup je air tea o suam. Semasa saya di majikan lama saya tidak banyak melibatkan diri dan dilibatkan diri dengan tugasan lain. Dan jika ada pun tugasan itu ringan sahaja dan menyeronokan.

Mungkin di mana-mana tempat kerja pun terdapat kerja-kerja yang bukan dalam lingkungan tugasan kita tetapi kita harus lakukan juga demi kepentingan bersama.

Monday, March 30, 2009

Tag: Salman Khan

Blog ni kena tag lagi daripada pangsenang. Walaupun agak deman dan sibuk dengan QE, try jugak jawab, ni haa….:

1. What is your name: Sukiman
2. Four letter word: Sula (satu jenis hukuman)
3. A boy's name: Salman Khan
4. A girl's name: Salma Hayeak
5. An occupation: Singer
6. A color: Salju
7. Something you'll wear: Selipar (ke tandas)
8. A food: Sambal Belacan
9. Something found in the bathroom: Sabun mandi
10. A place: Subang Jaya
11. A reason for being late: Sick
12. Something you'd shout: …. -
13. A movie title: Slumdog millionaire
14. Something you drink: Sirap bandung
15. A musical group: Search
16. An animal: Siamang
17. A street: Sambanthan (Tun)
18. A type of car: Savy
19. The title of a song: Selamat Jalan Romeo

Jan: Saya taq g blog ejaabbas pulok... (harap dia layannn…)

Thursday, March 26, 2009

Hari ini dalam sejarah...

1. Hari ini saya datang kerja dengan memandu kereta Myvi.
2.Tentulah saya datang sebaik sahaja cerah tanah.
3. Hari ini saya bangun ledih awal sedikit (dan siap pasang CD alunan Al Quran lagi, CD Madonna saya letak ke tepi pagi ni).

4. Saya memang bercadang nak turun lebih awal supaya tidak ada banyak kenderaan di jalanraya.
5. Biasanya jika 7.30 pagi mulalah ramai orang antar anak ke sekolah, laki antar bini atau bini antar laki atau apa-apa saja proses penghantaran.

6. Bila sampai di kawasan kampus saya terus menuju ke belakang bangunan blok akademik. Saya parking paling belakang dan bukannya tempat parking pekerja (ada diletakan di depan bangunan).

7. Saya harap tak adalah sapa-sapa nampak atau tahu sebab kalau tidak bahaya. Ramai kawan-kawan berseloroh nak naik kereta saya.
8. Saya bimbang bukan apa, saya masih tidak mahir, masih slow-slow gitu, takut membahayakan nyawa mereka. Saya tidak konfiden lagi nak bawak orang...
Jan: satu langkah kecil yang besar...

Lubang tak boleh buka...

Semalam 8 kali melilau depan stesyen minyak Petronas, nak isi minyak sebab dah tinggal satu bar sahaja tandanya. Hendak suruh Ja malu pulak, takut jadi isu juga… Lagipun tibalah masanya saya kena buat sendiri.

Memang nak cari time yang tak ramai orang. Nasib baik la ni Muadzam bukannya New York atau Kota Paris. Kalu tinggal di New York atau Kota Paris kena la naik bus seumur hidup gamaknya (selain terpaksa masuk kursus insentif bahasa inggeris, he he he). Maka time yang paling tepat ialah sebaik sahaja lepas waktu magrib.

Apabila saya tengok tak ada kereta dah, terus saya masuk cepat-cepat dan parking sisi tong minyak tersebut. Huh lepas tu berduyung dugung datang kereta lain nak isi minyak jugak. Tapi lega la kira dah dapat masuk parking. Dan tentulah cara parking saya menarik perhatian ramai kerana senget. Lepas tu saya tekan brek bawak gear ke `P’ dan angkat handbreak. Tutup airkong, matikan suis kereta, terus keluar daripada kereta.

Saya pun pergilah kat bucu kiri kereta tempat lubang nak isi minyak. Pemuda tu tanya berapa, saya jawap 50. Dia kata saya tak buka tempat isi minyak. Saya yang berdiri di sebelahnya itu tekan-tekan dengan tangan tempat yang tanda bulat tu. Tapi kepingan penutup tu tak terjongkit keluar, saya dah nak cungkit kepingan tu dengan tangan. Rosak ke sedangkan baru beli kereta ni... fikir saya, saya panik sekejap. Tak kan nak talipon Ja…Saya lihat pemuda yang tukang isi minyak tu dah tersenyum…

Selepas itu pemuda itu beritahu ada tempat buka tempat isi minyak ni, tapi duduk di bawah tepi kusyen saya memandu. saya kata tak ada pun. Tapi dia kata ada. Saya apa lagi pergilah cari dan memang ada! Dan saya angkat atau kuis ke atas. Saya tak pernah nampak sebelum ini benda tu.
Pelik jugak dia ada macam terjongket sikit keluar bendanya, kecil je. Tapi hairan dia letak bawah kerusi benda sepenting itu!. Tapi kereta Ja kalau nak buka bonet belakang baru guna benda tu, entahlah. Ni first time saya isi minyak. Malu jugak sebab ramai yang jadi penonton, tapi saya dah biasa malu.

Jankaulu
: kena banyak belajar pasal kereta...

Tuesday, March 24, 2009

Kawin sehari je...

Apabila banyak yang kita tidak ketahui, kita ada dua cara untuk bertindakbalas. Pertama buat tak tahu dan terima seadanya apa yang ada. Dan kata dalam hati tak ada kena mengena dengan aku (atau nak lebih best lagi kononnya buat apalah cara hal orang, he he he), dan yang ke dua? Yang kedua carilah jawapannya! Namun pada tahun 1987 tersebut, saya memilih cara yang pertama, iaitu dengar dan diam sahaja...

Apabila ada pasangan yang bercerai selepas hanya 12 hari berkahwin, saya teringat satu peristiwa yang berlaku di tempat saya tinggal. Perkahwinan itu hanya bertahan selama semalaman sahaja. Apatah lagi ada sms daripada kawan di tempat kerja lama menanyakan apa perasaan saya jika anak perempuan saya kahwin selama 12 hari sahaja. Terus saya tertanya-tanya apakah faktor sebenarnya dalam menentukan jangka hayat sesuatu perkahwinan.

Selalunya kita fikir senang je (macam biasa, he he he) iaitu kalau bahagia tentulah perkahwinan itu dapat bertahan lama dan kalau tak bahagia pasti cepat bercerai. Tetapi perkahwinan satu malam ini mencabar konotasi tersebut...

Semasa saya makan nasi di meja makan, saya nampak mak saya bersimpoh bercerita melalui talian telipon manual (dulu mana ada talipon automatik). Sambil makan tersebut saya sempat mencuri dengar. Emak saya membicarakan hal orang yang kahwin hanya satu malam, kawannya juga.

Saya hanya terpikir mengapa pulak kahwin satu malam? Apa yang terjadi pada malamnya? Namun saya tidak mahu mencari jawapan sebab pada masa tersebut dunia saya hanya Micheal, Cindy lauper, kek buah dan Zaiton Sameon.

Jodoh di tangan tuhan, dan kata kawan saya jodoh juga di tangan kita. Apa yang saya tertanya-tanya kini ialah bukan kenapa atau sebab apa mereka bercerai tetapi tentu sukar untuk mereka menerima keadaan tersebut [mungkin macam kita terkejut beruk bila ada video klip anak kita yang berboge... di dalam internate. Kita mati hidup dan hidup balik lepas tu mati balik pun tak percaya yang itu anak kita sanggup buat sebab kat rumah anak kita baik giler, kita didik dengan baik (padahal begitulah biasanya kes macam ni, kita ibubapa ingat bila dah didik dengan baik jadi baik. Kita ingat kita dah buat yang terbaik).]

Tentulah sukar bagi seorang lelaki menceraikan bininya yang baru semalaman dinikahi. Lelaki tersebut bukanlah lelaki sembarangan, ada rupa, ada harta dan ada pangkat dan dikenali ramai. Dan tentulah sukar bagi seorang perempuan dicerai setelah baru dinikahi semalaman, sedangkan budi bahasanya elok dan paras rupanya ada, tiada cacat celanya sebagai perempuan normal.

Duda dan janda yang berkahwin tentulah harapannya mereka besar, iaitu memulakan hidup dengan lebih sempurna dan aman damai. tetapi itulah apa yang tertulis itu sudah tersurat dan apa yang tersurat itu sudah tertulis.

Jan: kadang-kadang (dan kerap kali juga) perkara yang mendukakan kita bermula daripada sesuatu yang kecil sahaja, yang remeh temeh, yang malas minda kita nak hadamnya...




Ja terlanggar babi...

Sekadar hiasan: Diharapkan tidak menimbulkan sentimen kepada mana-mana pihak.


PEKAN 23 MAC - Satu pelanggaran kereta Ja dan seekor babi berlaku. Kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 10 malam semasa Ja dan kawannya rancak berbual. Mereka dalam perjalanan dari Pekan ke Muadzam setelah mengziarahi saudara Ja yang terlantar di Hospital Tengku Ampuan, Kuantan.
Menurut kawannya iaitu Mohamad Sukiman bin Ishak yang merupakan seorang tenaga pengajar IPTS di Muadzam, semasa kemalangan tersebut berlaku mereka sedang berbual hangat mengenai perangai pelajar masa kini yang tidak berdisiplin dan juga hal-hal kerja yang boleh menjadikan mereka menopouse sebelum masanya.
Kejadian itu berlaku di Temai. Dikatakan selamba seekor babi melintas laju di depan kereta. Walaubagaimana pun mereka agak bernasib baik kerana Ja hanya memandu dalam kiraan 50km sejam sahaja. Babi tu melintas tidak cekap sebab sipi ke sisi kanan kereta dia dilanggar. Jika babi tersebut cekap dan melintas lebih laju mungkin babi tersebut tidak dilanggar pada malam tersebut.
Kemalangan tersebut tidak mencederakan zahir batin kedua rakan tersebut, namun dikhuatiri babi tersebut mungkin terpaksa berurut.
Kawannya memberitahu lagi dia juga mengalami nasib yang sama (nak jugak). Kejadian yang sama berlaku padanya konon semasa beliau memandu daripada Rompin ke Muadzam. Pada masa tersebut beliau memandu dalam 80km sejam. Tiba-tiba anjing melintas laju tapi beliau tidak membrek. Ja yang pada masa tersebut juga berada di dalam kereta agak ketakutan. Mungkin sebab dialah yang bertanggungjawab kerana dia merupakan tenaga pengajar (memandu kereta di waktu malam) kepada beliau pada malam tersebut.
Kita balik kisah pasal babi tadi. Lepas tu Ja berhentikan kereta dan melihat keadaan fizikal kereta tersebut. didapati plat nombor kerete kemek, bumper pecah di tepi sisis pemandu dan terkopek keluar. Ja cuba mengenjal dengan kaki namun tidak dapat kembali kepada bentuk asal. Di dapati juga beberapa helai bulu babi yang kita selalu guna untuk melukis terlekat sekali dicelahan bumper. Ja mengjangkakan ada juga RM2 atau RM3 ribu melayang. Jika diperhati nampak lampu kereta senget sikit, tetapi tak jelas sengetnya kalau kita jenis tak perasan.
Persoalannya di sini ialah kita sebenarnya berkongsi jalan raya dengan binantang sama ada binatang liar (babi dan anjing) atau binatang yang dilepaskan oleh manusia (lembu-kambing). Sebelum ini sudah banyak kemalangan yang melibatkan haiwan berlaku dan ada yang meragut nyawa pemandu dan penumpang sendiri. Sama-samalah kita berhati-hati di jalan raya. -AFB
Jankaulu: Syukur pemandu dan penumpang selamat...

Friday, March 20, 2009

Dunia laki kita... (untuk perempuan sahaja)

Adakah kita miliki sepenuhnya suami kita?, bersama dunianya sekali?... Atau sebahagian cuma? Dalam agama islam apabila si suami melangkah keluar daripada rumah ia adalah milik masyarakat. Seorang lelaki yang baligh mempunyai tanggungjawab besar terhadap dunia yang luas, menjadi khalifah di muka bumi allah.

Berbeza dengan fitrah kewujudan kita, apabila mahu keluar rumah kita diwajibkan memberitahu dan minta izin daripada suami. Ini bukannya ketidakadilan kerana tiadanya kesaksamaan tetapi islam mempunyai makanisme tersendiri untuk melindungi kita dalam meletakkan wanita di tempat yang khusus, khas dan istimewa. Janganlah kerana terlalu taksub dengan agenda barat seperti womeng right atau islam libral, kita terlupa batasan kita. Dalam islam sudah terletak cantik kedudukan wanitanya.

Oleh itu isteri yang solehah harus tahu letak duduknya di dalam sebuah rumahtangga dan sekaligus dalam masyarakat amnya. Jika selalu ada perasaan mahu hak yang sama, mahu sentiasa bersaing, bimbang ia akan mendatangkan kemudaratan. Jika kita sebagai seorang isteri menyirami benih ketidakpuasan itu, bersukarialah syaitan mencari peluang menyusup masuk ke dalam hati dan akal fikiran, lantas senang sekali menjadi derhaka terhadap suami kita.

Perbezaan yang ada hikmah

Dunia zahir dan batin lelaki berbeza, fitrah kejadiannya berbeza. Kefahaman ini sangat penting kerana ia menjadi asas kepada kefahaman-kefahaman lain dalam alam rumahtangga yang sekaligus membawa kepada keutuhan dan kekekalan sesebuah rumahtangga. Suami-isteri saling memainkan peranan yang utama tetapi berbeza dalam kelangsungan kebahagian sesebuah rumahtangga. Jika suatu tanggungjawab dirasakan sebagai suatu bebanan atau ketidakadilan, ia adalah suatu yang tidak disukai allah di dalam sesebuah rumahtangga.

Sebagai seorang isteri kita merupakan tanggunjawab besar kepada suami kita. Pernah tak kita terfikir? Suami kita bertanggungjawab hatta ke atas keselamatan nyawa kita. Contohnya kita memang bimbangkan keselamatan suami kita apabila mereka berada di luar rumah tetapi sebenarnya kita sudah tidak bertanggungjawab kepadanya apabila mereka berada di luar. Namun bagi suami kita di mana saja kita berada keselamatan dan kehormatan diri kita adalah menjadi tanggungjawabnya seratus peratus.

Janganlah kita selalu merasa tercabar dan hendak bersaing kerana dunia lelaki berbeza berbanding dunia kita, bagi pihak lelaki tentulah janggal untuk menerima banyak pertanyaan daripada isterinya mengenai segala tindakan dan apa yang dia lakukan. Pada setiap ketika jika si isteri selalu bertanya hendak ke mana, nak buat apa dengan sapa, tentulah ia menimbulkan ketidak selesaan kepada si suami seolah-olah dirinya dicurigai atau tidak dipercayai. Namun suami yang baik akan memaklumkan kepada isterinya ke mana mereka hendak pergi, agar isteri tidaklah risau.

Seperti kita, dunia zahir batin lelaki juga kompleks dan ditambah lagi dengan ruang lingkupnya yang berbeza. Dan kekompleksan dan perbezaan ini sering disalah anggap. Dan kita sebagai perempuan yang diciptakan dengan hati nurani yang lembut dan tulus mungkin terpengaruh dengan suasana sekeliling atau cerita-cerita di sekeliling yang menakutkan. Contohnya orang lelaki apabila berkahwin semakin `bahaya’ dan tidak boleh` dipercayai’.

Dunia kawan-kawannya...

Perlukah kita berkawan dengan semua kawan laki kita? Cukupkah dengan hanya mengetahui sahaja? Bagi saya walaupun terpulang pada diri isteri masing-masing, perkara ini harus diperhalusi kerana sebagaimana apa yang telah diutarakan tadi ia mungkin akan menimbulkan fitnah jika disalah rencanakan. Bayangkan tentu tentu kita rimas jika suami kita masuk bertenggek dalam kumpulan kita (apatah lagi kawan kita yang paling muda tu lebih gebu, lebih `inknya’, lebih bulat, mantap dan compact daripada kita...).

Memang sebagai seorang isteri kita seharusnya tahu dengan siapa suami kita berkawan. Namun berilah sedikit ruang istimewa kepada suami kita supaya dia seronok berkawan dengan kawan-kawannya. Tidak ada mana-mana kitab atau majalah wanita yang menyatakan kita mesti berkawan dengan semua kawan-kawan suami kita, ambil tahu segala hal.

Seperkara lagi, janganlah kita asyik mengikut je suami kita ke sana-sini dia pergi. Selain merimaskan kawan-kawan lelakinya saya percaya ia juga akan merimaskan suami kita (ia juga memalukan suami kita sebenarnya, naauzubillah...). Dalam situasi begini kita kurang arif dan memahami kerana kita adalah perempuan. Malah kita mungkin kembang atas bawah sebab merasakan masyarakat akan pandang kita seperti `loving couple' kononnya tetapi sebenarnya mungkin `meluat couple' pada serongan mata masyarakat.

Namun janganlah pula menolak ajakan suami kita jika dia benar-benar mahu kita menemaninya. Perlu kita ingat jika tidak benar-benar penting dan perlu dia tidak akan mengajak kita. Itulah salah satu perilaku dunia lelaki sebenarnya. Dunia yang sukar untuk kita fahami sebagai seorang perempuan (dunia kita nak beli sabun pun kalau boleh nak ajak suami…)

Pun begitu juga kalau ada kesempatan kita boleh berkawan dengan isteri-isteri kepada kawan laki kita supaya ukhwah terbentuk, lagi pun tak manis lah kita berkawan rapat dengan kawan laki kita sahaja, lainlah kawan laki kita tu memang dah kawan kita. Ataupun kita kenal kawan laki kita tu lebih lama daripada laki kita sendiri.... Tapi bila dah kahwin adalah molek kita renggangkan sedikit persahabatan dari beberapa segi kerana kita sudah menjadi tanggung jawab suami kita, tidak manis kita masih mahu bertepuk tampar kerana kita sudah menjadi hak orang.

Perkahwinan adalah suatu penyatuan, tetapi tidaklah pulak semuanya harus bersatu kan? kan? Masing-masing ada dunia sendiri juga, ada berhubung dengan persekitaran sendiri.

Kacau daun...

Janganlah kerana kita mahu mengawal suami kita maka, 24 jam kita harus berada di sisinya. Dalam hati kecil kononnya kita bimbang disambar orang sebab kita percaya sangat perempuan era kini laparkan lelaki orang… (padahal hakikatnya mungkin kita saja yang sudi ambil dia sebagai suami, perempuan lain tengok mungkin meluat, no komen…).

Janganlah kita terlalu cuba mencampuri urusan suami termasuk juga dengan kegemarannya. Kita boleh memberi sokongan tetapi tidak perlulah kelihatan berlebihan pula. Contohnya, dia mungkin suka memancing atau memelihara bongsai atau suka pergi berkhemah dengan kawan-kawannya. Tak kanlah tiba-tiba kita minat jugak hobi yang suami ada (kalau sememengnya minat tak apalah, kalau buat-buat minat itu bodoh rasanya, tetapi terpulanglah...). Maka kita ikut juga suami kita pergi berkhemah, bimbang suami kita melencong ke tempat lain.

Atau apabila Laki kita hobinya memancing, oleh itu terus kita pegang batang kail sedangkan sebelum ini kita asyik pegang batang lain (contohnya batang penyapu). Atau contoh lain, kita terus jugak tiba-tiba minat pelihara ikan kelisa sebab suami kita minat. Dan apabila geng ikan kelisanya datang bertandang ke rumah, kita pulak lebih-lebih cakap pasal ikan kelisa (sebab kita dah print dan hafal daripada internet ..) sambil duduk sama-sama bersila depan akuarium (sehingga suami terpaksa masuk dapur menyediakan minuman…).

Begitu juga dengan sifat suka mengekori suami tadi mungkin menimbulkan kesusahan kepada orang lain. Cuba bayangkan kita sahaja seorang perempuan tercongok di suatu kumpulan sedangkan semua orang lelaki. Lelaki ni dunianya banyak berkisar mengenai `man talks' juga. Ala macam kita juga pun ada `hal perempuannya'…

Namun bukanlah maksud saya kita tidak boleh ikut langsung suami kita, mungkin ada suasana, majlis dan tempat-tempat tertentu yang bersesuaian untuk kita hadir. Sebagai isteri yang bijaksana kita seharusnya tahu majlis mana atau tempat mana kita sepatutnya muncul bersama suami kita. Biarlah kita menjadi isteri yang memberi `value added’ kepada suami kita, jangan kita yang memberikan `depreciation’ (susutnilai) kepadanya.

Kita harus menerima hakikat kita tidak boleh mendapatkan hak yang sama dengan lelaki di dalam beberapa hal. Jangan pulak berkelakuan seolah mencabar allah. Pernah tak cuba bayangkan berapa kali dalam satu hari kita ceraikan laki kita jika kuasa talak ada di tangan kita? Ayah saya ada berseloroh kalau talak ada pada mak saya…katanya dalam satu hari mungkin 4 kali dia diceraikan.

Kita sebagai isteri…

Memang saya akui hendak menjaga laki seorang lebih sukar daripada menjaga kerbau sekandang. Nampak sahaja simple tetapi meletihkan luar dalam. Banyak kerja hendak dibuat termasuk mengurus rumahtangga juga adalah element menjaga laki. Cuma kadang-kadang saya percaya ada di antara kita merasakan seolah-olah tidak diberi perhatian atas pengorbanan kita. Seolah apa yang kita lakukan itu adalah kerana tanggungjawab kita sebagai isteri... Namun percayalah suami kita tahu dan dia faham cuma dalam bab-bab pamirkan perasaan ini kebanyakan lelaki fail, bukan semua lelaki macam Mankisue... allahualam.

Sebagai isteri tugas kita ialah menyenangkan hati suami, zahir batin. Jangan sesekali menderhaka atau meninggikan suara, naulzubillah. Sebagai isteri kita seolah menjadi pelengkap kepada dunia-dunianya, beri perangsang dan galakan. Janganlah pula kita yang menimbulkan keresahan di hatinya. Agar apabila suami melihat wajah kita, terasa ringan bebanan hidup atau masalah yang digalasnya.

Sebagai seorang isteri kita tidak boleh tamak akan kepada hak-hak yang ditetapkan dan diberikan oleh allah kepada mereka. Saya akui bukannya mudah untuk menjadi seorang isteri solehah, namun isteri yang solehah dicemburui bidadari disayangi allah dan nabi. Suami itu diberikan oleh allah untuk menguji dan mengajar kita, dan seharusnyalah cinta kasih sayang kita kepada allah melebihi segalanya.

Jan: Suami itu ujian besar daripada allah kepada seorang perempuan… ( tak ada suami pun, juga satu ujian besar...)

Thursday, March 19, 2009

Angin malam... Kami ke TC.







Duduk di Kuantan banyak tempat sebenarnya kita boleh pergi. Kalau boring atau kemurungan kita boleh keluar. Maklumlah siang hari duduk di tempat kerja sahaja.
Gambar-gambar di atas dipukul di Teluk Cempedak. Walaupun waktu malam dan menggunakan kamera yang murah tetapi hasil pukulan adalah menarik dan terang. Saya puashati kerana kamera tersebut dapat memaksimakan kehandsoman saya pada tahap yang jitu.
Bagi Mek Zue pula, tak kira siang malam, subuh atau magrib, dia tetap berjaya memposekan dirinya dengan sempurna atau orang kata `makan gambar'. Pemilihan selendang yang berwarna biru muda dan hijau muda berjaya menaikan seri mukanya yang dah sedia ada serinya tersebut.
Saya, Azniza dan Suhaida kelihatan amatur dalam gambar ini. Tetapi kami sedaya upaya cuba menyerlahkan diri supaya tidaklah merosakan gambar. Kami tidak bersalah cuma pada waktu malam sukar bagi kami untuk menawarkan pose yang elok memandangkan kita mempunyai iklim jenis khatulistiwa.
Kami akur kami tidak dapat melawan pose Mek Zue. Cuma Yana sahaja dapat memberikan saingan segit dengan mengayakan mukanya seolah tidak bersalah atas segala kejadian di atas muka bumi ini. Muka Yana kelihatan seperti baru lepas ambil SPM, sedangkan kami STPM...
saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kerana sudi mengajak saya juga untuk menikmati angin malam yang gelisah bersama rindu yang membasah...

Jan: Sebenarnya kami pukul gambar tersebut selepas baham burger pospereti..., tulah yang nampak berisi sikit.


Ja marking kertas...

Ja tengah syahdu memarking paper, cuba memahami entah apa student tulih...berkerut dahi.

Tiba-tiba awek sms...

Kembali sambung marking...

Asingkan yang mana dah marking dengan yang mana tak marking lagi..., dan ingat section mana tu. Nantikang betukor sekseng...

Selak pulak di sebelah sebab guna kertas depan belakang (bagus langkah jimat duit kompeni...)

Mengerling pulak kepada Intan yang asyik menangis-nangis teringatkan Rado (sintron indon). Sedangkan Rado dah hilang ingatan dan perempuan terus ambik kesempatan...Huh!

Kembali semula marking dengan cepat sebab dah janji dengan student nak keluar esok (sepatutnya kemarin dah keluar he he he)

Laaa...awek sms lagi! huh! bila nak siap ni?


Jan
: Pernah beria janji dengan student nak keluar markah kuiz minggu depan tetapi terlajak ke bulan depan baru keluar, he he he.




Wednesday, March 18, 2009

Kenapa saya mengajar...?

Yang pakai cermin mata tu saya (yang handsome), bersama pelajar tingkatan 6 Atas

Cita-cita saya bukanlah menjadi guru, jauh sekali nak menjadi pensyarah... Saya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi guru atau terlibat dengan dunia pendidikan. Malu nak cakap ni takut nanti orang kata tak sedar diri, he he he. Sebenarnya cita-cita saya nak jadi pegawai kerajaan, pegawai tinggi yang kononnya penting dan terlibat dengan memberi input terhadap penggubalan dasar-dasar kerajaan. Itulah cita-cita saya, dan ianya semakin semakin menebal bila belajar di universiti.

Selepas menghabiskan pengajian di UM, saya melepak sekejap di Kuala Lumpur untuk mencari kerja jenis `sementara' tetapi kerja jenis `sementara' pun saya tak mampu dapat, he he he. Beberapa bulan kemudian duit semakin terhakis. Suatu hari kakak saya ada beritahu ada kerja kosong sebagai guru di Pusat Pendidikan Yayasan Islam Terengganu (berdekatan dengan rumah saya). Saya terus sambar walaupun tak sepenuh hati... Pada taidak bekerja baiklah bekerja...


Kakak pelajar kahwin: Saya di tengah, baju kuning (yang manis handsome...)



Semasa menjadi guru ada juga bebarapa kali saya minta PTD (pegawai Takbir dan diplomatik) dan berjaya hanya setakat temuduga sahaja. Pada masa tersebut untuk layak temuduga pun dah kira ok, kita kena ambil beberapa peperiksaan selama 2 hari, pagi petang kalau tidak silap, sekarang tak tahulah. Saya berjaya ke temuduga tetapi mungkin kerana saya berperwatakan macam `kartun', saya gagal mendapatkannya. Mungkin saya kelihatan tidak dapat menyakinkan orang... Kawan saya dapat walaupun result saya lebih baik dan bahasa inggeris saya lebik okey sikit. Tetapi itu rezeki dia kan...

So saya terus bekerja sebagai seorang guru, tahun demi tahun saya semakin suka menjadi guru dan akhirnya tenggelam di dalam dunia perguruan. Saya mulai seronok mengajar, dan saya mengajar dengan bersungguh-sungguh sekali.




Sampai sekarang saya masih merasakan saya bukan seorang tenaga pengajar yang baik, cara penyampaian saya tidak mengikut yang sepatutnya, saya tidak berpedagogi, saya jugak kadang-kadang agak emosi. Namun cuma satu yang saya yakin dalam hati iaitu saya nak sampaikan ilmu kepada anak bangsa, agar ilmu saya ni dapat menjadi satu elemen jatidiri kepada beribu elemen lagi, membentuk satu kehidupan yang baik bagi anak bangsa. Wow...
` Tidak kah usaha untuk mewujudkan suatu kehidupan yang lebih baik untuk orang lain itu satu kerja yang mulia? kan?...

Kawan saya pernah kata kerja yang paling sesuai untuk saya ialah menghiburkan orang di kelab-kelab malam. Saya tidak nampak kebenaran kata-kata tersebut, tetapi amat jelas juga walaupun saya ada mengamuk dalam kelas, saya juga dikatakan pelajar berperwatakan lucu di dalam kelas. Tetapi bila saya dah mula berleter...bulu kaki pelajar yang lurus boleh jadi keringting...(ini anak murid saya yang beritahu...he he he)



Saya tiada kemahiran membuat buat pasu, menulis, bermain bola ke atau menyanyi. Atau bermuka handsome dan hidung panjang seperti Ustad Amirul (dapat la offer belakon, biarlah lakonan kaku macam tiang talipon, asal ada rupa boleh je jadi pelakon. Selamat datang ke Malaysia).

Hendak menjadi ahli politik pulak saya tidak pandai berjanji, berbohong atau menggunakan agama. Akhirnya hingga kini saya mencari rezeki dengan mengajar. Saya hidup dengan `menjual' ilmu pengetahuan yang sedikit yang saya ada. Kerja saya memahamkan manusia terhadap beberapa topik kecil sahaja daripada berjuta topik-topik yang ada di muka bumi ini.


Saya bukanlah tenaga pengajar yang hebat sangat. Saya bukanlah seorang yang disukai oleh semua pelajar, saya akui. Tetapi saya sering juga berusaha untuk menjadi hebat dan diterima ramai. Bukan senang saya hendak berdiri di hadapan orang dan bercakap, dengan sebutan huruf `r' yang tidak jelas dan loghat yang agak pekat, saya cuba juga untuk bercakap, menjual air liur. Terkadang saya layu sebab kelas saya tak seronok atau saya rasa saya tidak dapat menyampaikannya dengan baik. Kadang-kala saya rasa `ya! inilah kerja aku, aku dilahirkan untuk mengajar!, Madonna untuk menghibur, menyanyi!'.

Kerja doktor berdepan dengan penyakit, kelebek sana kelebek sini, selok sana-selok sini, pegang sana-pegang sini. Jolok mulut orang dengan batang (batang seperti aiskrem tu...) dan suruh nganga dan sebut `rrrr'. Kerja saya berdepan dengan pelajar, ajar ini-ajar itu, beri latihan ini, beri latihan itu, suruh buat graf suruh kira itu ini. Tetapi matlamatnya sama, supaya manusia itu bertambah `sihat' untuk hadapi kehidupan yang elok. Kena sihat tubuh badan kena ada ilmu pengetahun sebelum gagah menghadapi hidup ini... kehidupan bukan senang kan? apatah lagi jika tak ada ilmu dan batang tubuh yang sihat.



Seronok juga bekerja di persekitaran pendidikan. Berhampiran dengan dunia pelajar seolah berhampiran dengan harapan yang besar, kita membentuk mereka menjadi lebih berilmu. Kadang-kadang saya juga terasa muda 2 x 5 macam student (nak jugak), he he he.



Pernah Lokman memberitahu saya dia merindui suasana mengajar... Kerinduan itu saya faham sebab kadang-kadang bila cuti lama sikit rasa gian pulak hendak mengajar.




Jan: Aku mengajar orang untuk hadapi dunia, dunia mengajar aku untuk menghadapi orang...huh!


Jangan minta susu pada ayam...


Ramai kawan-kawan kita yang berjaya dalam hidup jika dilihat daripada mata kasar (ukuran kejayaan tersebut saya rujuk kepada material semata) sebenarnya bergelomang dengan banyak masalah, terutama masalah yang melibatkan jiwa. Masalah yang saya rasa dia oranglah yang mencarinya…

Masalah bukanlah suatu yang negatif kerana dalam sebuah kehidupan siapalah yang tiada masalah. Masalah yang saya maksudkan adalah masalah dalaman, masalah hati yang melibatkan perasaan kasih, sayang cinta dan sebagainya.
Masalah ini yang membuatkan jiwa tak tentu hala sebenarnya boleh dielakkan… dek kerana nak sangat orang sayang kat kita, kita dah gagal guna otak.

Yang rasional...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk memberi pengukuran atau penghakiman, jauh sekali cadangan atau pembentukan diri, diri saya pun senget sebelah, he he he (teringat lagu Uji Rasyid, jadi bujang telajak tak apa... jangan jadi bujang senget sebelah...hu hu hu)
Tepuk dada tanyalah selera. Cuma mahu menyatakan beberapa pandangan yang `sebenarnya apabila kita terdesak kita berkecenderungan untuk bertindak dengan tidak memikirkan kerasionalan, atau dengan kata lain kita akan buat silap'.

Jika kita hidup seorang dan terutama perempuan, kenalah jaga diri dan hati kita sendiri dengan lebih kuat. Apa yang kita tidak miliki tersebut sepatutnya menjadi kekuatan. Kawan saya nan sorang ni usianya dah hampir 40, kira akhir 30an. Dan saya faham benarlah jauh di sudut hati nya mesti dia ada mengharapkan seseseorang untuk datang bertandang dalam hidupnya. Bak sorang puteri yang terpenjara di puncak menara yang menunggu nunggu konon seorang putera kacak datang menyelamatkannya (kalau tak kacak pun biasa-biasa pun tak apa, he he he, asal ada?).

Seharusnyalah kena sedari dengan gaya dan kedudukan tersebut memang ramai yang mahu menghampiri, tetapi mungkin ada udang di sebalik batu. Bukannya mereka tertarik sangat dengan diri tetapi kepada honda city yang dipakainya dan apartment yang dimiklikinya. Mungkin duit menjadi minat utama.

Beri duit...

Saya memang tidak setuju dia bank-ing duit tersebut kadang-kadang sampai RM500 sekali bank-ing. Saya bukan mahu masuk campur tetapi saya harap dia ingatlah peristiwa RM11,000 yang melayang 2 tahun lepas... Mengapa tidak dibuat pengajaran?. Lagi pun lelaki tersebut bukannya tunang dia, jauh sekali suami dia.

Saya hairan dengan sikap kawan saya yang sorang ni suka mencari susah. Dulu masa saya belajar di UM, sebab kami ni jenis bodoh dan tak pikat segala kesusahan kami lalui, banyak perkara kami korbankan (termasuk perasaan kami...). Tak kanlah sekarang dia nak berterusan susah?

Bahana besar..

Kalau kita memberi kasih, sayang dan cinta kita pada salah orang bahananya besar. Bukan sahaja kita hilang wang ringgit tetapi kita juga akan rasa terhina, murah atau sales. Dan di luar sana kehidupan dan manusiannya tidaklah seindah cerita dalam novel-novel romantis yang dia selalu suka baca…

Sebagai teman tapi mesra...

Mungkin penulisan ini sebagai pesanan ikhlas daripada seorang kawan kepada seorang kawan. Kalau dia ada terbaca dan terasa, saya minta maaf banyak-banyak kerana saya rasa dia patut terasa... Rasionallah dalam pemikiran dan perbuatan.


Kehidupan saya bukanlah sempurna sangat, rasanya dia lebih berjaya daripada saya. Lebih ramai kawan dan punyai kedudukan. Namun bagi saya, saya cuba berpada-pada. Sampai sekarang saya rasa kehidupan saya ok sebab tidak terlibat dengan `masalah dalaman'. Saya mahu dia keraskan hati, bersemangat dalam hidup seperti dia yang saya kenali dulu.

Jan: Sebab apa selepas keluar universiti dia menjadi semakin bodoh?, semakin lemah...(amboi sedap kata kat orang, he he he)

Tuesday, March 17, 2009

Ibu Mertua kawan baik saya...

Bila jumpa kawan lama, banyak cerita yang kita dapat dengar. Saya pula jenis layan…melayan je. Saya tadah sahaja telinga dan cuba menjadi pendengar yang baik. Kali ini memang saya mahu mendengar sahaja, saya malas hendak memberi nasihat, kecuali nasihat yang biasa-biasa, contohnya `bersabarlah banyak-banyak’, he he he. Lagi pun ia melibatkan cerita rumahtangga orang, saya tiada pengalaman, tiada pengkajian dan pengamatan.

Masalah keluarga

Apabila saya diberitahu yang keluarganya ada masalah, terus saya terbayangkan perangai isterinya yang suka sangat nak itu-ini. Pernah diberitahu dulu isterinya seolah bersaing pula dengannya. Termasuk apabila dia bertukar hangpong, bini dia pun nak jugak. Yang parah katanya dia la yang kena belikan untuk isterinya, he he he.

Bila dia beritahu bukan masalah daripada isterinya, saya teringat pulak perangai anak-anaknya yang `terlebih gula' dan hiperaktif. Anaknya buas dan liar dan tak dengar kata. Saya pernah menemaninya ke rumah tok bomoh sebab nak minta air tawar. sampai sekarang saya rasa bodoh tindakan saya tersebut.

Tetapi dia menafikannya…, kali ini bukan soal anak-anaknya, dia beritahu saya.

`Jadi masalah apai?’. Saya buat-buat kerut dahi, bertanya. Saya hirup air kotak. Nasib baik ada air kotak dalam peti. Malas pulak time-time begini nak buat air. Lagi pun datang secara mengejut, he he he ampun.

`Masalahnya ibu mertua aku dah melampau-lampau…’ Jawab kawan saya, sambil membuka kotak rokok Lucky Strikenya. Saya lihat dia mengetuk-ngetuk kotak Lukcy Spike lembut tu dengan tangan. Ada hanya dua batang sahaja. Saya terus mengepau sebatang…

Saya lihat dia nyalakan api perlahan-lahan dan menyedupnya dalam-dalam… (dan saya percaya kalau beginilah potensi hisapannya, dia mungkin kena barah nanti…he he).

Ibu Mertuanya...
Ibu mertua ialah mak kepada perempuan/lelaki yang dinikahi. Semasa saya menjadi pelajar dahulu saya ada bersahabat baik dengan seorang pelajar psikologi. Sahabat saya ada menyatakan antara factor `tajam’ dalam sebuah perkhwinan ialah ibu mertua kita sendiri. Katanya kadang-kadang ia boleh bawak bukan sahaja ketidak selesaan kepada rumahtangga tetapi penceraian.

Katanya lagi, jika kita berkahwin, kita bukan sahaja berkahwin dengan anaknya tetapi berpakej dengan ibunya sekali. Katanya lagi sikap bapa mertua biasanya tidaklah kerek sangat, tetapi biasanya mak mertua la lebih kuah daripada sudu, aduhai…

Kain pasang…

Kawan saya beritahu beritahu setiap kali dia beli kain pasang kepada isterinya mak mertua dia pun nak jugak. Walaupun tidak diminta secara terus terang tetapi katanya lagi mak mertuanya pandai mengulang-ulang kata sehingga dia rasa bersalah.

`Doh yang mung wi kaing depang mok mertua mu tu bakpe?, nok nunjuk loving kaper ke? ” He he he saya buat lawak. Tak katanya mak mertua dia tahu je setiap gerak gerinya. Katanya bini dia yang melaporkannya, maklumlah anak emak. Semua cerita atas bawah, dalam luar dia nak cerita kat emak, kata kawan saya lagi yang berjawatan tinggi dan ada kereta besar.

Setangkai tak sebau...

Saya pernah bertemu beberapa kali dengan bini kawan saya tu. Taklah lawa sangat orangnya, jauh handsome kawan saya walaupun kawan saya tu pendek dan rambut jarang dan hitam. Tetapi bini kawan saya tu baik sangat melayan saya semasa saya singgah bertandang ke rumahnya 5 tahun lepas. Sehingga kini saya memang tak percaya bila kawan saya cerita hal bini dia tu suka demand.
Saya berpendapat lebih baik saya mendengar daripada kedua belah pihak, bukan mendengar daripada sebelah pihak sahaja. Kot-kot kawan saya ni cari point je nak pasang lagi satu.… tetapi lama kelamaan saya berpendapat LEBIH BAIK rasanya kalau saya tak mendengar daripada kedua-dua belah pihak, he he he. Banyak kerja lain yang nak dibuat. Contohnya memilih patung Barbie untuk anak saudara.

Melihat kepada bini dia dapat saya agak tentu mak dia pun baik dan tenang orangnya, tentu berbeza sekali dengan watak yang saya dengar daripada kawan saya itu. Tetapi belum tentu anak baik, maknya pun baik kan, setangkai tak semestinya sebau kan? he.

Saya ni tak tahu sangat nak nasihat macam mana sebab tak pernah ada kesempatan ada mak mertua. So saya tidak memberikan komen apa-apa. Nanti tidak adil pulak sebab saya tak pernah jumpa ibu mertuanya.

Ibu mertuaku…

Tetapi saya percaya yang ada mak mertua yang jahat giler. Maksud saya iaitu pentingkan hasrat dan cita-cita diri sendiri tanpa menghalusi hati anak sendiri dan pasangannya. Kalau tak, tak kanlah Tan Sri P Ramlee buat cerita ibu mertuaku… Walaupun watak tersebut dilebihkan, namun kita percaya memang ada mak mertua jenis macam itu, atau mirip sewaktu dengannya.

Pasal filem ibu mertuaku tu, kepada saya best ceritanya (pulak dah). Menang giler kalau nak dibandingkan dengan cerita-cerita sekarang walaupun ada kalanya dibuat oleh profesor pun, he he he. Saya dah banyak kali menonton cerita tersebut. Cerita tersebut banyak mesej, ia juga memberitahu kita yang doctor bukanlah cerdik sangat, ada yang bodoh juga. Contohnya: Ada ke dengan memberi suatu penglihatan (bedah mata) itu dah dikira adil sebab sebagai balasan dia dapat kawin? Lawak jugak doktor Asmadi tu, he he he.

Konflik-konflik dan konflik. Kan keadilan tu bukan begitu rupa bentuknya. Sebab tulah gamaknya P Ramlee cucuk balik mata dia sebagai `terima kasih sajalah’ ke pada Dr. Asmadi tu.

Ok kita balik kepada kisah ibu mertuaku bukan filem. Tentu ramai kawan saya ada ibu mertua kan. Cuba selidik dan perhalusi perangai mereka ada potensi tak mencampur tangan dan gaul rumahtangga kita? atau selama ni dah campur pun, he he he. Kalau ada apa tindakan kita?

Kisah gula…
Banyaklah lagi kawan lama saya tu bercerita perangai buruk ibu mertuanya tu, kalau diolah cerita dalam blog ni sadis ceritanya mengalahkan cerita Mankisue. Malas saya nak cerita kat blog saya ni. Katanya lagi bila ibu mertuanya pulang ke rumah terus dia masuk dapur dan chek balang gula?

`` Dia kuat makan gula ke? ” Tanya saya dengan penuh perasaan, penuh tanda tanya.

Kawan saya beritahu setiap kali ibu mertuanya datang isterinya dapati ada sesuatu yang basah dan beleming dalam balang gula!. Eeee yeak!

Ya allah itu tak baik! Lantas saya teringat suatu ilmu guna-guna yang kita kena bubuh sesuatu ke dalam balang gula atau nisan (yang buat kueh tu) di sesebuah rumahtangga, supaya pasangan di dalam rumah itu bla-bla-bala!…. Tetapi saya tak tergamak nak beritahu kawan saya tu…,

Sebabnya? Saya takut mereka berbalah besar.

Jan: Geram setiap kali tengok cerita ibu mertuaku. Jahat giler!

Monday, March 16, 2009

Kunjungan ke 3

Gambar-gambar ni dipukul semasa kunjungan kali ke 3 kawasan perumahan Indera Sempurna. Kereta masih tak boleh masuk, jalan masih tidak siap, cuma ada jalan comot untuk lori angkut barang pembinaan sahaja. Jadi setiap kali pergi melawat tapak, kena berhenti kereta jauh di seberang tasik. Pas tu kena la jalan kaki.


Gambar 1: Merenung jauh ke lokasi rumah bersama kereta BGL 848

Gambar 2: Tasik `Oren'...

Kawasan perumaham ni tepi tasik yang warnanya oren dan kadang-kadang nampak warna macam teh tarik juga. Air lumpur masuk daripada kawasann pembinaan yang sedang galak dibina, menodai sebuah kejernihan...(pulak dah).

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5
Selepas jalan kaki keliling tasik, kena lalu banyak titian pula. Hati-hati bila meniti sebab jika jatuh bukan sahaja basah berlumpur tetapi kat bawah ada batu, kayu dan juga besi-besi. Namun titiannya kuat, mampu menahan beban sebanyak 86.52 kg, he he he.

Gambar 6: Tak siap lagi, pasir dan kerawak sana sini...
Ha...nilah rumahnya, kunjungan ke dua hari tu tak dicat lagi, cuma dikapur sahaja dindingnya. Sekarang sebahagian dah dicat. Kawasan depan rumah masih ada bahan-bahan pembinaannya.

Gambar 7: Sempat berposing sikit di tepi celahan rumah, he he he.

Gambar 8: Pakcik ni lebih bergaya berbanding aku (berkata dalam hati...)
Buat-buat tanya pekerja yang pekat bahasa indonnya. Nasib baiklah ada jugak tengok sintron dengan Ja, kalau tak tak faham langsung.


Gambar 9: Ni bukan Adnan menari tetapi menunjuk sudut...

Adnan kata bolehlah letak gambar di sini. Betul jugak, tak kan nak dibiarkan kosong je kan? Nak letek gambar apa ya? Madonna? Andry Herpun?. Ni rumah kita, kita letaklah apa sahaja yang penting kita suka, dan halal.



Gambar 10: Dari pintu ke pintu...


Rumah ni banyak juga pintu biliknyanya, selangkah dua langkah kaki sampai ke pintu, selangkah dua langkah sampai ke pintu, he he he. Cadang nanti bila dah duduk nak buang semua pintu-pintu ni. Tak payah ada pintu bilik, senang. Nampak cantik dan ringkas.

Gambar 11: Adnan merenung jauh...
Kelihatan Adnan seolah puashati dengan keprogresan rumah ini, atau memang gayanya untuk menutup perutnya? he? Terima kasih sekali lagi kepadanya kerana banyak menolong saya dalam proses perumahan ini, daripada awal memilih pemaju, bank, lokasi dan bentuk rumah dan lain-lain....sampai kini.


Gambar 12: Ada jalan kecil dan gazebo tepian tasik...


Ni jalan keliling tasik tu, bolehlah nanti tiap hujung minggu datang dan tidor sini, dan paginya jogging sebelum ke bandar tengok pasu.... (kalau berani bawak kereta la, he he he).



Jan: Nanti nak tanam pisang, keledek, ubi kayu dan nak pelihara ayam...tapi kena pindah Kuantan la kan...?

Friday, March 13, 2009

Majalah Maskulum: Ja!






















Cover majalah kali ini ialah tidak lain tidak bukan Ja! (undian SMS terbanyak).
Semuga peminat dapat melepaskan rindu pada Ja yang akan diikat, terikat dan mengikat pada 2.5.2009 ini.
Kad masih dalam proses. Kad Cinta? Sabar! tak diedarkan lagi...
Namun kalau dah mula diedarkan nanti dan orang lain semua dah dapat sedangkan kita sorang masih tak dapat... Faham-faham sendirilah, he he he (masuk bilik cari le cermin, hu hu hu.)
Jan: Tahniah!

Sungkai... Antara yang tertidor...boring?








"Kita musti increase our AD, agregate demang bla-bla, kerajaang musti berbelanja, ass er household, kita mesti berbelanja! expeng, expeng bla-bla-bala...Tok Pah"









``engdeng dong forget to bla-bla, infationg, RM60 biliong bla-bla Najib. Kareng isu as bla-bla. V must push-push....Sheila Majid..."















Antara yang terpaksa dengar....
Kalau diupah seribu sejam tak kuasa bersyarah depan pensyarah-pensyarah lain, ada yang dah ada PHD pun. Malu sbb tak ada banyak ilmu... Ini pun terpaksa...bila bercakap terus nampak gelap je di depan dan tak faham apa yang dicakapkan oleh mulut sendiri...
Tapi nak wat guana kan, dah rezeki guna mulut...kenalah syukur.

Jan: Suka kalau dengar Zetty ( Tan Sri) cakap bahasa Melayu, nampak berhati-hati dan sopan gitu.

Anak cina pasang lukah... (Gurindam Jiwa)

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan...

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga


Jan: Layaaannn... ini antara lirik lagu yang mempunyai bahasa tinggi.


Hutang terbaru...

Gambar 1: Ni keretanya...

Untuk kawan-kawan yang tak berpeluang tengok kereta ini, saya bubuh gambarnya sini. Ramai juga yang antar sms bertanya kenapa tak letak gambar kereta baru dalam blog?. Malulah nak letak sebab kereta ni ada 4 tayar sahaja. Tak adalah special sangat, dan inilah yang syukur sangat dapat dihutangiku...

Gambar 2: Ini seteringnya
Tak reti nak pukul gambar kereta ni, semasa gambar penulisan ni ditulis, saya dah try bawak kereta ni di jalan raya ke Rompin. Tapi jalan lurus je, kalau nak belok kiri kanan kena berhentikan kereta suruh orang lain tolong undur, belok dan sebagainya (dan tolong jangan tanya di mana saya dapatkan lesen kereta saya, he he he).
Gambar 3: Bulat-bulat ni ada fungsinya, buka erkong dan Cd, dan byk lagi.
Sedara saya yang tengok kereta ni kata nampak komang je tempat buka erkong dan cdnya, saya pun tak retilah nak cakap. Tapi bagi saya erkong yang kita pasang kat pejabat pun nampak kodi je. Besar pulak tu.
Gambar 4: Belakang kereta ada nombor (macam kereta orang lain jugak)
Gambar 5: Kereta ni Ja tolongkan masukan ke dalam porch
Jankaulu: Ada terdengar hamba allah sorang tu nak belah tayar motor saya, kononnya lepas itu baru saya datang kerja dengan kereta baru, he he he.

Wednesday, March 11, 2009

Peristiwa di tepian pantai...

Adnan: Lubang ni fungsi dia, ejas dekat jauh, pas tu ada buat automatik... kena tengok molek, set masa.

Jan : Tok reti la aku... kompleks sangat. Reka la senang-senang sikit.


Adnan: Senang je, lepas tu petik ni ke atas, kira mati la.

Jan: Susoh jugok, pening aku. Mung lah pukul...

Adnan: La senang je ni...

Jan: Eh Nan, nuh Mek Zue mari, mesti dia nok jugok trai kemera ni...



Mek Zue: Eh Nan....(dengan suara excited), nok tengok raner ni... mung beli mana ni?

Jan : Mung petek je butang birai tu...(sambil tengok ke lain, lucu pulok tengok gelagat Mek Zue. macam tok pernoh tengok kamera ada kaki, he he he).

Adnan : Betul la dia nak tengok jugok, he he he (sambil berkata dalam hati, tangan dicekek ke pinggang).




15 minit kemudian...


Mek Zue: Eeee bestnya..., eee bestnya. He he he (sambil ejas cari sudut yang molek.)

Adnan : Ni aku boring ni (berkata dalam hati sambil pandang ke tengah laut...)

Jan : Molek Zue, bimbang pulok takut tergolek tepi tu...


Jan: Bestnya kalau dapat berkelah, makan-makan, pas tu pukul gambar. Kawan datang dan pergi, kawan sejati lekat di hati...


Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home