Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, December 31, 2009

Tanya jankaulu…

Salam jankaulu,

Saya baru sahaja mendirikan rumahtangga sebelum ini saya tidak pernah berkahwin. Saya mendirikan rumahtangga agak terlewat iaitu lewat usia 30an. Saya mahu bertanyakan satu soalan iaitu bolehkah sepasang suami isteri itu terlalu rapat? Kami bekerja di organisasi yang sama, tempat yang sama malah bangunan yang sama. Kami berkereta bersama ke tempat kerja, pergi ke pasar bersama-sama dan kadang kala mandi pun bersama-sama...

Kami makan tengahari bersama, kadang-kadang pergi outstation bersama. Kalau saya tidak bersamanya, biasanya dia akan sms saya untuk bertanya itu dan ini. Mungkin nak cek kot. Kalau kawan-kawan saya ajak ke mana-mana dia selalu nak mengikut je walaupun kawan tersebut lelaki. Kalau saya jumpa kawan-kan dan berbual agak lama dia mulalah sms bertanya.

Oleh kerana kami baru saja berkahwin, saya memang amat sayanginya. Namun kadang-kadang saya rasa terkongkong, dalam hati saya rasa tidak bebas seperti dulu. Sihatkah perhubungan kami ini?


Suami bingung.


Salam Suami bingung,

Berdua ke sana ke mari pagi petang, siang malam bukannya salah jika itu kehendak pasangan tersebut. Tetapi ia menjadi masalah jika ada antara pasangan tersebut merungut. Dalam kes ini, anda sebagai suami telah merungut.

Hidup macam belangkas tidak semestinya tanda erat antara satu sama lain, jauh sekali kononnya indicator kebahagiaan. Jan rasa jika anda masih berniat untuk panjangkan lagi usia perkahwinan tersebut, anda kenalah lakukan sesuatu. Jan khuatir pada suatu masa apa yang anda pendam di hati dan fikiran tersebut akan `meletup’ tanpa anda sendiri sedari. Atau anda akan `terikat’ dengan `keeratan’ tersebut selamanya.

Jan perlu ingatkan yang anda kahwini itu makhluk bernama perempuan, maka cara pemikiran tentulah tidak sama dengan lelaki. Sang suamilah yang harus bertegas dan mengajar sang isteri berfikir. Perkahwinan bukan mengenai keseronokan melakukan pelbagai posisi seks sahaja, ia mencakupi lebih daripada itu. Iaitu tanggungjawab sebagai ketua dalam rumahtangga menegur apa yang dirasakan tidak betul. Sang suami haruslah membuat keputusan dalam rumahtangga, namun dalam masa yang sama mesti juga bertolak ansur.

Jan faham lelaki memang tetap menghargai egonya dan dunianya sendiri apabila berkahwin. Tidak Jan nafikan sikap isteri yang suka `queen control’ atas segalanya memang memualkan. Anda kenalah rancang masa dengan teratur dalam pada masa yang sama juga anda harus ajar dia berdikari daripada awal perkahwinan, jika tidak anda akan semakin susah nanti...

Apa yang anda patut lakukan adalah rancang masa demi kebahagian diri anda kerana anda sebenarnya telah mula merungut di dalam hati. Begitu juga jika masih mahu berkawan rancang masa bersama kawan-kawan. Kalau tidak, tidak mustahil kawan akan jauhkan diri daripada anda.

Dan sekali Jan ingatkan sebagai manusia kita juga perlukan masa untuk diri kita sendiri dalam kehidupan kita. Maksudnya masa untuk kita guna untuk diri kita, belai diri kita. Kita nak tungang terbalik pun ikut kitalah. Dan ingat sekali lagi sebagai lelaki tanggungjawab kita bukannya terhadap isteri dan anak-anak sahaja. Ia mencakupi kawan-kawan, jiran dan masyarakat kerana lelaki adalah khalifah di muka bumi.

Jan berpendapat lebih baiklah berjauhan dan tak ngerap sangat tetapi di dalam hati kita rasa nak bersamanya, daripada yang anda rasa iaitu duduk dekat bersama hampir 24 jam tetapi dalam hati rasa rimas nak bebas (berjauhan), he he he.

Jan: ...you can get a husband/wife but if `wrong style’ (salah gaya) you will forever become a slave in your own house, your own bed… he he he, huh!

Wednesday, December 30, 2009

20,000 kunjungan…

Saya dapati jankaulu.blogspot sudah menerima lebih 20,000 kunjungan. Sekali lagi saya merasa gembira tetapi sedikit keresahan timbul. Gembira kerana masih ada yang sudi membacanya walaupun penulisan hanya berkisar luahan pandangan atas apa yang terjadi dan kadang-kala monolog dalaman sahaja. Resah sedikit kerana bimbang pada lain masa mungkin saya tidak dapat menulis dengan galak lagi… dan ia mungkin menjadi suatu yang menghampakan diri saya juga…

Suatu waktu dulu saya tidak mengambil berat mengenai bilangan pengunjung atau orang baca atau tidak apa yang ditulis, lama-lama terasa gembira kerana ramai kawan saya membacanya, buktinya sekali-sekali mereka beri respon terhadap penulisan saya.

Kalau boleh saya ingin terus menulis sampai bila-bila untuk mengambarkan sedikit sebanyak pengembaraan hidup saya kerana penulisan ini sedikit sebanyak macam diari hidup saya. Cuma diari ini bukannya rahsia, ramai orang boleh membacanya. he he he. Namun tiada perkara yang tiada berkesudahan…kan?

Saya tak mahu hipokrit, apa yang saya tulis semuanya datang daripada hati dan perasaan saya. Tak ada apa-apa yang ingin saya sorokan, sembunyikan atau malukan, lebih-lebih lagi mengenai kehidupan yang sedang saya lalui…

Saya sifatkan kehidupan yang saya lalui bukannya mudah, mana ada kehidupan yang senang kan? Kata mak saya pula setiap orang yang menjalani kehidupan yang berbeza berhadapan dengan cabaran yang berlainan.

Sebab itulah kadang-kadang terdapat penulisan yang saya sendiri merasakan ianya terlalu peribadi… Jika diteliti terdapat juga penulisan yang secara langsung memaparkan ketidakrasionalan saya, namun buruk baik tindakan saya…itulah saya.

Bak kata salah seorang penganalisis blog kawan-kawan, yang pernah bekerja bersama saya di Shahputra Pekan dulu, disampaikan oleh Adnan:

‘’ Blog Sukiman simple dan jujur penulisannya dan seperti yang kita kenal orangnya…’’


Jan: Terima kasih. Selamat tahun baru 2010, untuk pembaca blog jankaulu...

Tuesday, December 29, 2009

Syair hindi...

...campakkan seorang yang sedang dilamun cinta ke tengah lautan, maka pasti dia akan pulang membawa seekor ikan, hunbangkan seorang yang kecewa cinta ke dalam gudang roti, maka pasti dia akan mati kelaparan...

Jan: ...yang tercampak di hutan Muadzam?

Sunday, December 27, 2009

Perihal kuah roti canai...

Memang la kita beli makanan tu, kita yang bayar tapi janganlah biadap. Kalau kita biadap sebab kita yang bayar, tu namanya angkuh. Kejadian macam nilah yang buat saya malu jadi orang Melayu yang kononnya berbudi bahasa, lemah lembut, sopan santung dan berbudi tinggi. Kejadian ni berlaku semasa saya nak beli nasi minyak lauk opor di Pasar Mini Muadzam. Ceritanya begini...
Tengah saya dok pilih sama ada nak nasi minyak lauk opor atau ayam pedas, tiba-tiba:
'' Mana cukup kuah ni!, sikit je! '' kedengaran suara bernada agak kuat, sehingga saya yang duduk di tepi gerai pun dapat mendengarnya. Apa lagi saya terus rapatkan diri ke tempat kajian (kejadian) buat-buat pilih kuih muih yang berdekatan dengan pemuda tadi. Sehinggalah saya berada di sebelah pemuda tadi!. Saja nak lihat apa peristiwa, apa ke halnya?
`` Beli 7 keping, bukannya 3 keping! '' Nampak benar pemuda tersebut tengah marah dan tak berpuashati. Dia dengan kasar menunjukan plastik berisi kuah ke mak cik penjual. Saya pandang muka pemuda yang tak puashati tu, garang mukanya, orangnya muda dalam umur awal 30an dan agak berisi, jenis pendek. Pakai T'shirt dan seluar pendek hitam. Ditangannya ada plastik bungkus roti canai. Kesnya adalah dia beli 7 keping, dia tak puas hati kerana kuahnya diberi sedikit saja oleh mak cik penjual.
Kesian mak cik tu, nampak muka dia malu kena sembur. Cepat-cepat dia ambik plastik baru dan isi kuah lain dan beri kepada pemuda yang tak puas hati tu. Saya kenal mak cik tu sebab dulu dia ada terkurang baki bila saya makan dikedainya. Saya tak marah, bukannya banyak dan saya sebenarnya tak boleh lihat orang tua. Bila lihat teringat mak di kampung.
Setahu saya mak cik tu dah lama menjual kueh di situ. Sejah saya menapak di Paris dia lebih dua tahun dulu dia dah ada di situ. Dia jual nasi lemak, nasi kunyit, nasik minyak, mee, sikit kueh muih dan ada juga roti canai. Kiranya ada la sumbangannya kepada masyarakat.
Minta maaf cakap di Muadzam ni payah nak cari kedai makan. Kita patut berterima kasihlah pada mak cik tu walaupun kita beli. Kalau dia tak jual, kita nak makan apa kan...? Makan duit yang kita ada tu? Makan sombong kita berlaukan angkuh?
Tanpa mengucapkan terima kasih, dia keluar gerai dan saya ikut daripada belakang (macam penyiasat pensendirian). Bila sampai kat longkang dia berpaling ke arah saya sebab mungkin dia sedar saya mengekorinya. Nasib baik kat situ ada seekor kucing, saya cepat-cepat ambik dukung dan gosok-godok kepala kucing dengan separa manja, sebagai sebuah lakonan tak berbayar.
Saja saya nak ikut pemuda tadi nak tengok jenis keretanya sama-ada dia orang kaya atau tidak (tak kan nak gi tengok rumahnya atau siasat akaun dalam bank kan? itu je indikator yang ada buat masa tu). Kalau kaya jadilah orang kaya berlagak, kalau miskin jadilah orang miskin tak sedar diri, hina! Huh!, geram saya (geram jenis menyampah, bukan jenis geram kerana stim). Tapi saya gagal sebab pemuda tersebut terus ke dalam pasar beli ikan, saya hanya pandang daripada jauh.
Saya malas nak tunggu, saya start kereta dan balik ke rumah. Tapi peristiwa tersebut masih lagi jelas di mata saya. Ini ke akibatnya kesan pembangunan manusia, hilang nilai sopan santun?
Kesian mak cik tu, apalah salahnya pemuda tadi minta dengan elok? Kalau nak kuah lebih minta dengan berbudi bahasa, bersopan perbuatan.
Saya kesian ke mak cik tersebut, macam mana kalau mak cik tersebut mak kita?
Jan: Teringat Sani (kawan saya) selalu minta tambah cili potong apabila memasan makanan. Tetapi dia minta dengan senyum sopan.

Saturday, December 26, 2009

“Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times

Tidak sabar-sabar rasanya saya mahu sambar buku tersebut. Tapi bila ya? Sebab katanya KDN perlu 2 bulan untuk kaji nak menentukan sama ada nak luluskan atau haramkan buku tersebut.
Nanti bolehlah saya deretkan buku tersebut dengan buku mengenai perihal Tun yang lain. Selain Tun saya juga ada beberapa buah buku mengenai Tunku Abdul Rahman. Saya kagum sungguh dua orang negarawan ini. Tidak benar saya hanya ada buku koleksi masakan dan Majalah kebun sahaja. Saya juga ada sedikit koleksi buku politik dan agama.
Saya ada buku-buku kecil bermotif politik yang ditulis semata-mata sebagai buku yang muncul bila sesuatu agenda mahu diutarakan. Banyak juga yang hilang sebab ayah saya pinjamkan kepada kawan-kawan politiknya. Semasa dia menjadi ahli majlis daerah Besut dulu, dia banyak berkawan dengan orang politik. Dalam dunia politik bila kita pinjamkan buku kita kepada orang terlibat dengan politik... kita mesti tahu yang pinjaman tersebut tak kan terbayar (dipulangkan balik). Moleklah kita ucapkan selamat tinggal kepada buku kita sebaik saja kita memberikan pinjam kepada mereka ini, he he he.
Kalau diharamkan tentu lagi naik stim saya nak mendapatkannya, teringat pulak kata-kata Madonna `sesuatu tertutup tu lebih orang nak tengok'. Mungkin sebab itulah dia hampir dedahkan segalanya kot, hehehe. Saya nak baca buku tu sebabnya bukan nak cari keburukan Tun Dr Mahathir tetapi saya nak lihat adakah betul buku ini `betul' atau saja-saja je muncul di pasaran sebab nampak gayanya selepas PM yang lepas, PM terbaru menunjukan kemajuan dan berjaya menambat kepercayaan hati ramai orang. Kak Ros pun nampak giat juga berusaha menstabilkan dunia politik suaminya...sebagai nilai tambah.
Telah diurakan juga supaya diadakan satu suruhanjaya untuk menyiasat hal ini untuk tahu benar atau tidak, ke hanya gimik je?. Tetapi saya tertanya-tanya jugak jika diadakan suruhanjaya untuk menyiasat Tun, dan jika didapati Tun bersalah. Berapa tahun Tun patut kena hukum penjara sebab RM100 biliong tu banyak? Bukan saja boleh buat gril rumah dan pagar rumah dengan emas, siap bumbungnya sekali kot? Atau kita tak hukum Tun masuk penjara tetapi kita timbulkan keburukan itu demi kematian survival politik Melayu. Saya tak tahu sangat tentang politik tetapi politik boleh memanipulasikan segala perkara atau isu... Contohnya, ''Haaa orang Melayu tak boleh jadi pemimpin hangus berbilion ringgit'', ''orang islam nampak je baik tapi bila ada duit gelap mata'' atau ''orang Melayu tak pandai berniaga, setakat jual pantun seloka je boleh''. He he he.
Seperti biasa Tun tak takut, tak kecut. Rasanya dulu masa PM lepas dah ada usaha nak timbulkan keburukan Tun, tapi tak berapa menjadi. Tun tetap tenang berkuda dan makan daging ayam (orang kata Tun tak makan ikan). Tetapi mungkin kali ini menjadi kot sebab guna orang luar sebagai penulisnya, he he he. Biasalah orang kita kalau orang luar puja sangat, sebab Melaka jatuh tak pernah diambil iktibar, setakat gi Melaka beli Tshirt, cingcanglok dan magnet kereta lembu je. Huh!
Ironinya Tun pulak dah yang meminta kerajaan bersikap telus dan Tun kata bukalah, buatlah siasatan mengenai perbelanjaan pada era pentadbirannya. Silakan...
Jan: Bukan penulis politik...

Gril rumah, sibercafe...dan hantu raya

Hari ini hari sabtu 26 Dis 2009... Saya ke Kuantan lagi. Rasanya kalau tak silap ini kali ke 4 saya berKuantan. Seperti biasa saya turun pagi bila mentari muncul, saya bawak kereta slow-slow...
Sepanjang perjalanan saya dengar lebih daripada 40 buah lagu. Semuanya lagu daripada CD Sharifah Aini, bila sampai track `Seribu Mawar' saya ulang dengar sehingga 8 kali, he he he. Part lirik `cintamu yang tak ikhlas terhadapku yang setia' tu saya `kuat'kan dan saya pecut 100km sejam! Tapi tak boleh lawan Sani, dia kata dia pecut 120km sejam.
Memang pagi ni saya nak sampai awal sebelum Zarida dan suaminya sampai. Saya perlu raund seluruh taman perumahan saya. Saya nak tengok gaya gril rumah jiran-jiran saya, he he he. Ya, hari ni saya nak ambil keputusan nak pilih yang mana satu.
Gril rumah
Ya allah, macam-macam gaya gril, ada yang penuh bunga tanpa daun, ada yang penuh daun tanpa bunga. Ada gaya modern, ada gaya tradisi. Ada ala inggeris ada ala entah apa, heheh. Ada yang banyak kerawang (sebab banyak wang?), ada yang simple macam sel penjara je, he he he. Saya pilih yang bukannya berkerawang banyak dan bukannya yang palong koman. Saya pilih yang simple je sebab poket saya simple.

Lepas tu baru saya menuju rumah saya hutang tu. Bila saya sampai kat rumah saya, saya bentangkan tikar plastk yang tiga kapoh dan dua bantal. Saya bawak dua kerusi kayu yang boleh lipat. Ala yang ala-ala pengarah tu. Senang saya duduk berbual nanti. Selepas tu saya menyapu, saya bawak penyapu dari Muadzam, he he he. Lawak kan? Semuanya saya letak kat belakang tempat duduk kereta.

Setelah tu saya saya nampak kereta Zarida, bila Zarida turun daripada kereta saya nampak dia kurus berbanding dulu, nampak muda. Ni bukan nak membodek kerana nak harga murah, tapi sapa yang kenal dia tahulah. Dulu badan dia lebar, tetapi taklah selebar pintu. Bersama Zarida ada suaminya dan anak-anak. Saya sempat jamah ramput perang anaknya Zahrin kalau tak silap. Nanti besar tentu handsome rambut perang, terasa jugak nak buat rambut perang...he he he. Dulu pernah buat rambut ala perang sikit je masa kerja kat Pekan, tapi En Nasir tanya apa perasaan bila masuk masjid? Saya jawab biasa je... (he he he).

Selepas itu urusan ukur mengukur dijalankan oleh suami Zarida (Mohamad Sakimi), saya dan Zarida pulak berborak-borak topik tempatan dan antarabangsa, macam biasa saya ceritakan sikit pasal hidup terbaru saya kat paris. Saya ceritakan juga bayaran bulanan rumah saya dan kereta saya. Dan lain-lain.

Bila suami Zarida siap ukur luas pintu dan luas tingkap, saya bawak kereta dan diekori oleh kereta Zarida ke rumah yang grilnya saya berkenan. Saya pilih 2 buah rumah je yang saya rasa sesuai dengan konsep yang saya nak. Malangnya saya tak ingat rumah no berapa dan lorong no berapa...saya lupa, hehehe. Mutar itik jugak saya cari rumah tersebut sambil diekori oleh kereta Zarida, hehehe. Maaf ya.

Selepas itu kami kembali ke rumah saya berbincang. Rumah pertama memang saya berkenan sangat grilnya tapi takut mahal, so saya standby rumah kedua yang ringkas sikit. Tapi akhirnya bincang saya pilih rumah pertama sebab harganya dalam budget saya dah.

Selepas berterima kasih dan berurus niaga dengan ringkas, Zarida berlepas dengan suaminya. Saya akan berbincang dan menjalankan susulan lagi dengan Zarida melalui handphone nanti.

Selepas Zarida balik, saya pergi beli nasi bungkus, lepas makan saya tertidur sebentar di rumah tersebut... Saya bermimpi...sedih sangat. Bila saya jaga saya dapati ada la beberapa titik air mata di pipi saya (mulanya ingatkan air liur basi, hehehe). Tapi mimpi tu memang sedih... dalam mimpi tu saya nampak sesuatu tengah rumah saya...tempat saya tidur tu...

Lepas tu saya bergegas berkemas dan bergerak pulang ke Muadzam,. Di pertengahan jalan hujan lebat tapi nasib baik saya dah berlatih pandu dalam hujan kat Muadzam...

Sibercafe

Bila saya balik ke Muadzam, dah sangat petang. Saya punggah segala barang daripada kereta ke dalam rumah. Saya cepat-cepat pergi pasar minggu. saya beli 2 biji jambu, 2 biji mangga muda, 4 biji limau. Saya beli juga kacang botol hajat nak cicah budu....
Lepas magrib saya ke sibercafe kegemaran nak berblog. Saya dapati tutup, maka saya pergi ke sibercafe yang saya tak pernah pergi. Sibercafe ni bising sikit. Penuh dengan budak-budak muda, saya buat selamba je. Saya jeling-jeling 100% daripada mereka dik main game, saya rasa kesian pula pada Tun Dr Mahathir... Saya ingat lagi dia berharapan besar generasi muda cari ilmu melalui komputer.

Bising jugak dengan mereka main game. Bunyi tembakan merian daripada pesawat sangat kuat. Tapi tak apalah asal jangan enjin pesawat tu pulak hilang, he he he. Saya malu pulak nak mainkan lagu youtube datuk sharifah aini yang bertajuk `Dikenang jangan disebut jangan', biasanya lagu tu la yang saya dengar sambil tulis blog.

Maka saya pilih lagu Hafiz yang tajuk `Masih Jelas'. La lagu yang MTV tu ada ulat bulu atas katil tu, yang mengada-ngada. Entah siapa pengarahnya, tak sesuai langsung. Lagu best tapi vdio klip macam... Meeeluat tengok perempuan baju merah tu, kalau lawa tak apalah, huh!.

Tapi sibercafe ni best jugak. Boleh isap rokok, letak kaki atas kerusi, makan minum dan berbual-bual...

Hantu raya...

Saya memang tak ke kampus buat masa ni pada waktu malam. Sebab itulah saya berblog di Sibercafe je. Memang kadang-kadang saya ke kampus waktu malam untuk berblog.
Sebenarnya semenjak pakcik jaga cerita ternampak `jelmaan' jiran sebelah rumah saya kat pejabat, saya jadi takut sikit. Takut sebab pejabat tu dekat dengan bilik saya.
Namun lama-kelamaan biasanya rasa ngeri saya akan hilang jua. Buat masa ni rasa takut tu ada sikit je lagi... takut jugak bila dengar cerita sebab hatu raya tu jelmakan diri sebijik macam jiran sebelah rumah saya. Masa tu Pakcik jaga tengok sebab dia pelik mana ada orang pergi punch masa cuti raya haji. Pakcik jaga itu ikut dan jeng-jeng-jeng... nampak, kaki tak ada...
Hantu yang suka berupa-rupa ni biasanya hantu raya.

Jan: Masih jelas...

Thursday, December 24, 2009

Tempat di dalam sebuah hati...

Kasih dan sayang saya kepada anak-anak saudara, tak mungkin dapat saya gambarkannya. Saya tidak dapat merasai perasan kasih sayang seorang ayah kepada anak kandungnya, tentu jauh lebih hebat. Saya cuma seorang pak saudara...
MENEMPATKAN DIRI MENEMANI
Namun saya cuba gambarkannya melalui tindakan. Tindakan dan perbutan saya yang melambangkan kasih sayang tersebut. Saya cuba menempatkan diri di SEMUA hati anak-anak saudara saya. Saya mahu mereka tahu saya sentiasa ada menemani mereka. Saya mahu memenuhi lompang yang wujud dalam kehidupan mereka atau mungkin satu ruang tambahan dalam hidup mereka.

Berhadapan dengan yang paling sulung saya mesti berkelihatan dengan imej yang hebat. Saya mahu dia bangga pak saudaranya seorang pensyarah. Di hadapan anak saudara yang bertadika pula sudah tentu saya kena buangkan kematangan saya dan jadikan diri bertaraf badut.
Kalau boleh saya nak suka kan hati semua orang, terutama keluarga saya... saya rasa itu satu matlamat yang mulia. Kalau boleh saya nak kerap balik ke Besut dan kerap bertandang ke Ulu Yam Selangor. Saya nak bersama mereka, menemani mereka kalau boleh sekali gus. Saya mahu berlaku adil...
SAYA TAK KISAH...

Saya hidup dalam masyarakat yang selalu `rajin' buat penghakiman terhadap orang lain. Saya tahu pada suatu hari bila saya tua, jika anak-anak saudara saya tak hiraukan saya, akan ada yang mengatakan `Hah tu la, dulu cara sangat ke anak-anak saudara, leni anak-anak saudara bukannya cara ke dia'.
Pada masa tersebut saya tak akan berkecil hati, saya tak kisah dengan kata-kata mereka, sebab saya hanya melaksanakan tanggungjawab saya. Yang penting mereka ada pelajaran dan hidup tidak susah. Tak ingat ke saya pun tak apa... tak pernah saya berniat nak tumpang mereka, adik beradik atau sesiapa pun di dunia ini...
Saya tidak akan berkecil hati kerena ''Kalau kita sayang kat orang kita tidak perlukan sebab apatah lagi balasan...''

SAYA MENEMANI MEREKA
Ada yang mengatakan saya melebihkan anak-anak saudara saya yang tinggal di Besut, iaitu Najihah, Najib dan Syafiq. Saya tidak mahu komen, seperti biasa saya lakukan apa yang saya rasa terbaik... yang saya yakin betul.
Saya jadi lebih rungsing bila sesuatu terjadi kepada tiga beradik ini kerana mereka tidak dibesarkan oleh ibubapanya secara bersama. Memang saya tak berada dengan mereka 24 jam, dan banyak perkara saya tak dapat tolong...tapi hati saya selalu rungsing kerana kasih dan sayang yang ada dalam dada, orang tak tahu. Apabila Najib terkena mercun sedangkan esok exam UPSR, saya menangis depan mak saya [yang berkebetulan ada di Muadzam (Paris)]. Saya fikir tentulah sukar seorang ibu membesarkan tiga anak seorang diri...nak pantau 24 jam.


Kakak (Najihah)

Najihah, anak saudara pertama saya. Saya selalu juga basuh berak dia masa dia kecil. Dia suka berak dekat almari, makan kucing pulak. Saya juga selalu mandikan dia. Masa tu tingginya nak sama dengan baldi. Saya masih ingat dia berdiri dan pegang tepi baldi dengan kuat takut jatuh. Saya sabunkannya dan mandikannya dengan penuh gembira...

Najib

Najib pulak banyak mewarisi sifat saya, dia `joker' keluarga kami. Dia juga handsome macam saya, cuma dia handsome lebih sikit berbanding saya. Tapi kalau kira mata, tak banyak jauh terkumpul. Sipi saja, dalam julat 0.5 je antara kami. Najib dapat 4A 1B dalam UPSR nan lalu...Saya sedih dalam hati tetapi saya sembunyikannya...

Syafik

Ini pula Syafik, paling bongsu dan paling rapat dengan ibunya. Sifat dia juga ada mirip saya iaitu pandai sesuaikan diri secara berlainan bila berada dengan orang yang berlainan. Kini dia giat dengan basikalnya, dia pandai baiki basikal (walaupun basikal itu tidak rosak). Satu lagi dia suka ngerap dengan maknya 24 jam.

SESEKALI BALIK KAMPUNG

Sesekali saya balik kampung saya selalu jumpa Najihah, Najib dan Syafiq. Biasanya mereka dah menunggu di rumah opahnya (mak saya) bila mereka tahu saya akan pulang. Kalau berpeluang saya akan bawa mereka berjalan. Saya nak gembirakan mereka. Selalunya saya cerita hantu, namun saya kena cari topik lain kerana mereka dah mula membesar...

Gambar-gambar di atas dipukul semasa saya bawa mereka pergi ke fun fair kecil kat kampung saya. Kami makan 4 beranak. Saya tak oder apa-apa. Bukan tak ada duit tapi dengaja saya nak tengok mereka makan. Saya nak rasai yang saya sayang kepada mereka. Saya tersenyum perhatikan mereka makan, namun di dalam hati tuhan saja yang tahu sedih hati saya melihat mereka.

Saya ada tanya mereka `ayah bawak tak datang sini?' Saya mahu dia rasa apa yang anak-anak orang lain rasai jugak. Entahlah tindakan saya ini betul ke tidak...

Tak apalah..., apa-apa pun saya mahu menemani mereka, biar mereka rasa ada orang ambil berat dan sayangi mereka...
Saya? Sapa yang menemani saya? He he he. Mana ada,...

Jan: ...

Najihah pandang dunia yang luas...

HARI ini merupakan hari pelik saya, setengah daripada hari ini saya sangat sedih dan setengah kemudiannyanya saya amat gembira. Saya terus sms kawan baik saya Azniza beritahu perasaan saya, begitulah gelagat saya bila saya sedih atau gembira, saya sms dia... (tapi sekarang waktu pejabat je, he he he).

Sedih sebab selama sebulan rumah saya bising ada mak dan ada anak-anak saudara tetapi kini rumah saya kembali sunyi sepi... Mak ada best, mak masak sedap, badan saya dah naik 4 kg selama sebulan, tahniah kepada mak, takziah kepada diri, hehehe.

Dan Adik perempuan saya juga kembali ke Ulu Yam, namun dia sempat siap perap ayam dengan rempah penuh peti untuk abangnya. Dia beli 2 ekor ayam dan buat rempah perap untuk saya goreng kalau nak makan.

Sebenarnya pagi tadi `penerbangan' terakhir adik saya daripada `Kotaraya Paris' (Muadzam). Saya rasa sebahagian daripada diri saya turut terbang bersama... Masa bersalam dengannya, saya tak berani nak pandang muka nak tentang mata.... sebab saya bimbang jadi drama swasta pulak, he he he. Suaminya ada sebelah. Kalau adik saya andertu tentu kami saling berpelukan sambil berlinangan air mata...he he he.

Selepas adik perempuan saya dan suaminya dan anak-anaknya berlepas, saya terus pandu kereta sambil layan lagu Anita Sarawak yang bertajuk `Tiada lagi kutangisi'...

Sampai di kampus saya terus kemas bilik dan tengaharinya saya terima berita daripada adik ipar saya, anaknya dapat 9A.

Sebenarnya daripada kelmarin dah hati saya gusar, saya bimbang sebab Najihah ini selalu suka tidor. Dulu masa UPSR Najihah cuma dapat 4A 1B, saya seperti biasa kecewa tapi buat-buat gembira. Bukan apa saya nak dia masuk MRSM kalau dia dapat 5A, he he he.

Saya rasa Najihah seorang yang kuat hati dan tabah. Dalam `peperangan' hebat ibubapanya dia tetap dapat 4A 1B. Dan setelah ibubapanya berpisah dia teruskan perjuangan dan akhirnya dapat 9A...

Saya ada sekeping gambar yang saya akan simpan sampai Najihah kawin. Gambar keluarganya yang dipukul semasa hari raya. Dalam gambar tu mereka 5 beranak. Saya janji pada diri nanti dia besar bila dia nak kahwin saya akan framekan dan hadiahkan padanya. Biar dia tengok gambar tersebut... ada maknya dan ayahnya, teruk saya kan he he he. Tapi saya berniat baik...








Tahniah kakak, Simone sangat berbesar hati...






Gambar di atas menunjukan gambar anak saudara saya yang sulung. Daripada gambar tersebut dia kelihatan senyum sedikit je. Saya kesian kepada dia sebab... Saya tak boleh menulis lagi... saya sebak... Berhenti sekejap ya.

Ok, saya sambung semula. Tadi saya baiki mood, dengar lagu `Seiring sejalan' Datuk Sharifah Aini dan Bloery Marantika. Barulah saya boleh menulis semula... Saya kesian dia sebab perpisahan ibubapa tentulah memberikan kesan psikologi kepadanya...

Namun begitu kita tidak boleh selalu memandang ke belakang kan, kita kena bangun dan pandang dunia yang luas... Saya rasa dia bangun dan pandang dunia yang luas.

Jan: Aku ingin bangun, aku ingin pandang dunia yang luas...tapi kakiku terikat dengan besi kenangan...


Wednesday, December 23, 2009

Madie dan Ira

Pakaian kebangsaan di sana (Rasmi)...



Pakaian kebangsaan Malaysia



Berjumpa kawan lama…

Saya rasa bertuah kerana berkesempatan jumpa Madi dan Ira, kawan lama saya yang sama-sama bekerja di Kolej Shahputra Pekan dulu. Sebenarnya Adnanlah yang sms saya memberitahu mereka berada di R&R. Saya apa lagi terus pakai seluar panjang bergegas ke kereta.

Tiba di sana saya terus mencari mereka. Tidak payah mana kerana dari jauh saya sudah nampak Adnan. Sebenarnya R&R ni sudah seolah tempat rasmi saya untuk berjumpa kawan-kawan yang kebetulan lalu di Muadzam…

Bila jumpa kawan lama, apalagi terus bercerita kenangan lama sambil menanya atau selang selit khabar terbaru masing-masing. Saya rasa saya telah menggunakan sepenuh masa dengan efisen bercakap tidak henti-henti. Rasa bersalah pulak pada Adnan sebab saya yang asyik berborak, he he he.Tapi memang payah saya nak jumpa mereka kerana kami berlainan benua.

Dalam kami borak-borak tu timbul juga pasal blog, he he he. Memang bloglah sedikit sebanyak (mungkin lebih banyak) menghantar khabar antara kami. Kalau sakit deman pun boleh tulis dalam blogkan, apatah lagi sakit hati, he he he, pulak dah…

Madi masih perkasa macam dulu cuma rambutnya panjang sedikit ala rocker… dan senyuman Ira masih sebijik macam dulu. Yang paling penting mereka mesra macam dulu. Mereka kata kalau ke sana hubungilah mereka. Bestkan kalau kita pergi tempat orang jumpa kawan kita juga kan… Entahlah…tapi pada masa sekarang agak mustahil saya nak terbang ke sana. Kalulah saya duduk lama di negeri orang putih tentu saya agak berlagak. Rambut dah tentu blonde dan mata biru… hidung pulak untuk sembunyikan peseknya saya letak plaster ala Micheal…

Kalau saya panjang umur dan ada duit banyak nanti, nak juga pergi ke luar negara 2,3 hari. Lebih pada tu tak mampu…he he he.

Namun perbualan kami tak lama sangat, sedang-sedang je sebab Adnan pun nak balik Kuantan, Madi dan Ira juga perlu meneruskan perjalanan…

Dalam perjalanan pulang ke rumah saya terbayang betapa sibuk dan `hot'nya Madi dengan fail-fail MLVKnya dulu…he he he.

…tiada bernama sebuah kehidupan jika tiada kenangan…

JAN: Engkau jadi kenangan…terlalu lama engkau pergi…

Tuesday, December 22, 2009

Rumah untuk singgah?

Hari ni saya tak ada idea nak menulis, sebenarnya entah kenapa kebelakangan ini fikiran tak sesegar mana, tak sesegar ombak di pantai. Layu je... Mungkin sindrom akhir tahun kot, he he he.

Maka saya ambil keputusan untuk menulis pasal rumah saya yang dah jadi macam reban ayam kat indera sempurna. Sejak ahkhir-akhir ini saya semakin ligat bertanya diri, kenapa aku beli rumah tersebut?

Rasanya ada beberapa sebab mengapa manusia membeli rumah selain sebab Maslow, iaitu manusia memerlukan tempat perlindungan, tempat berteduh. Antara sebab-sebab lain mungkin mereka membeli kerana memang nak duduk, kalau boleh secepat mungkin nak bawak keluarga pindah duduk bersama. Rasa tak sabar tersebut mereka jelah yang tahu, kita tak tahu melainkan kita segolongan dengan mereka.

Kedua mereka yang membeli rumah untuk disewakan sebagai suatu pendapatan dan pelaburan yang nyata, iaitu bila kena harganya dua tiga tahun nanti mereka akan jual rumah tersebut.

Dan ada juga yang membelinya tak nak duduk, tak nak sewa dan tak nak jual. Tak nak apa-apa. Dia beli semata-mata nak dijadikan harta.

Dan mungkin ada yang membeli rumah kerana kawan-kawan lain membeli rumah, he he he. No komen.

Apa-apa pun membeli rumah bukanlah suatu sebab yang merugikan...

Kepada saya, sebab apa ya? Saya tidak berniat untuk menetap terus di Kuantan (lainlah kalau dapat mengajar di UMP, he he he), saya juga tidak berniat untuk berulang alik dari Muadzam ke Kotaraya Paris (Muadzam). Saya rasa saya dah ada kehidupan di Paris...

Jadi atas sebab itulah saya rasa saya tidak perlu tergesa-gesa untuk menyiapkan segala keperluan di rumah baru. Biarlah rumah-rumah di sekeliling dah hidapi sindrome renovek. Saya lihat sudah ada jiran yang menghuni rumah di kawasan perumahan saya. Bila renovek dah tak nampak macam rumah asal dah. Banyak duit idea boleh direalitikan.

Dulu Kamal Azie masa nak `naik rumah' ada beritahu yang bila kita nak `naik rumah' memerlukan banyak duit, katanya kalau ada antara RM15k hingga RM20k barulah `sedap'. Dan tentulah saya tak ada duit sebanyak tu.

Maka saya bercadang akan sikit-sikit menyiapkan rumah tersebut. Dan saya rasa mungkin 2, 3 tahun barulah saya puas hati.

Kata Adnan apabila kita dah mula duduk rumah kita, kita akan lebih berjimat dan tahu buat budjet keperluan rumah. Contohnya bulan ni nak beli apa, bulan depan nak beli apa...

Jan: Aku melaluinya tanpa dirimu...

Thursday, December 17, 2009

Perihal celup...

Kalau saya berkesempatan makan dan berbual dengan kawan-kawan perempuan saya, saya selalu gemar berbincang pasal hal bukan akedemik. Maksud saya bukan akademik tu merujuk perkara yang bukan berkaitan dengan bidang akademik saya. Contohnya isu poligami…

Nak dijadikan cerita pada suatu petang...

‘’ Kalu aku puang, aku beri je laki aku kawing lain, banyok faedohnya. Kalu dia mampu, senang idup... ’’ Saya mulakan perbualan sambil sambar popia dan cicahkan dengan sos. Huh best! Tapi keras dah sikit popia kalau waktu petang-petang begini.

‘’ Tapi kena la betul-betul mampu kan? ’’ Tambah saya sambil buat-buat tanya. Takut pulak kawan-kawan perempuan saya naik sensitif dengan isu poligami. Kawan-kawan lelaki saya yang lain tak ada masalah dengan isu poligami....he he he.

‘’ Kalu aku aku tok leh terima, aku mintak cerai… ’’ Sampuk Puan A. Sambil menenyehkan popia dengan penuh perasaan, beberapa titik sos lada tersebut terkeluar daripada piring…

‘’ Kalu aku, aku beri tapi ada syarat-syaratnya...’’ Sampuk Puan B, selamba memasukan keropok goring ke mulut, lepas tu cepat-cepat ambik tisu lapkan mulutnya..

‘’ Syarat gape pulok? ’’ Saya tanya (buat-buat tanya sebenarnya...he he he).

‘’ Pertama bakal bini muda aku tu kenalah jauh lebih cantik daripada aku, taraf akademik mesti tinggi daripada aku…dan…

‘’ La... kenapa pulok gitu syaratnya? ’’ Saya terus bertanya tanpa membiarkan Puan A menghabiskan syarat-syaratnya. Saya pelik dengan syarat-syaratnya. Bagi saya kalau suami ada duit dan mampu buat seks yang berkualiti (di samping kuantiti), bolehlah kahwin lain kan.

‘’ La, biarlah Puan B tu habiskan syaratnya dului Skimang! ’’ Sampuk Puan C.

‘’ Ya lah mestilah cantik daripada aku, kalu tak buat apa nak kahwin sangat? Biarlah berpadan kan?. Biar perempuan tu lebih daripada aku, kalu nak kahwin sangat… ” Kata Puan B dengan tenang tanpa emosi. Jarang perempuan begini tenang bila bincang isu poligami...kan?.

‘’ Maknyanya dia kena ada PHD lah, sebab mung ada master...? " Kali ni saya memang buat-buat tanya, he he he.

" Ok syarat ke tiga? " Tanya saya lagi sebab pertanyaan tadi tak dijawabnya…

‘’ Dia tokleh lah `celup’ sana `celup’ sini…’’ Kata Puan B.

Saya tak berani pulak buat-buat tanya apa maksud `celup sana, celup sini tu'...he he he.

Jan: ……. emmm tu maknanya penolakan secara halus la tu. Iaitu `Tak izinkan kan, kan?...

Wednesday, December 16, 2009

Retreat di Melaka...


Gambar 1: Saya dan Adnan


Gambar 1 di atas menunjukan Adnan asyik melayari internat untuk mendapatkan informasi yang sesuai bagi kajian `Barangan Seks'. Saya pula kelihatan tersengeh apabila gambar saya dipukul. Saya susah nak fokuskan diri apabila berhadapan dengan sesuatu yang berakademik...

Kami berhajat benar untuk menjalankan satu kajian mengenai usahawan kecil yang melibatkan diri dengan penjualan barangan seks (meningkatkan prestasi dan persembahan hubungan seks) tradisional seperti ubat-ubatan dan sebagainya. Perkataan seks itu sendiri adalah taboo dalam masyarakt kita, namun kami akan cuba biasakannya.

Banyak juga kenangan manis di Melaka sebab kali ini ramai kawan baik yang turut serta. Banyak pengalaman dan tip yang disampaikan oleh pemceramah yang dikagumi.

Banyak juga peristiwa lucu sampai saya tak dapat nak tulis di sini. Paling lucu...cuba bayangkan sekumpulan pensyarah (yang hampir semua berbadan gempal) berlari mengejar sebuah van dengan tangan sarat membawa barang-barang selepas membeli belah di Bandaraya Bersejarah itu.
Gambar 2: Amy dan Kak Na

Kelihatan Amy dan Kak Na serius giler mencatit sesuatu sebagai tip di hari muka. Sepanjang retreat tu, saya semakin mengenali mereka dengan lebih mesra. Mereka pun giler-giler dan lucu jugak rupanya (walaupun sekali pandang macam cikgu disiplin yang serius).

Semasa saya ke retreat tu saya tak beli banyak barang sebab saya tak ada duit. Saya hanya beli 5 helai T Shirt je, 5 keping gambar lukisan, sepasang patung kucing, beberapa magnet letak kat peti ais. Sedikit cincalok, belacan, dan sedikit pelbagai biskut kering.

Bayangkan saya hanya dapat membeli sikit saja sebab tak bawak banyak duit, terseksa juga...terpaksalah saya pinjam duit Adnan (sapa yang paksa? he he he).


Jan: Sejarah mengajar kita jadi lebih dewasa...(namun aku tetap meraung setelah kau tiada...)

Tuesday, December 15, 2009

i'm gonna be strong...

'' Saya kesian kat iman. nampak sangat dia sunyi akhir2 ni...apa yang dia suka ya? Sy mmg rapat dgn dia tapi sy krg pasti apa kesukaan dia...sy nak gembirakan hati dia...sbb dia selalu gembirakan sy n anak2...''

Saya terima SMS ini daripada salah seorang kawan baik saya dari kampung. Dia fowokkan SMS ini kepada saya dan beritahu adik perempuan saya gusar mengenai perangai saya.

Saya tidak tahu nak jelaskan macam mana keadaan saya kepada kawan saya. Cuma saya katakan adik perempuan saya barangkali lihat saya berubah sikit. Saya katakan kepada kawan saya, yang saya tidak berapa sihat sikit semasa berada di rumah adik perempuan saya tempohari, so saya nampak monyok je dan banyak hisap rokok.

Saya tipu kawan baik saya dan saya tahu dia tahu yang saya tipu dia bila dia kata '' Man, umur kita makin singkat, kita tak boleh berlama lamaan dalam duka... ''. Dalam hati saya '' Amboi bukan main nasihat orang, dia pun dah banyak kali meraung, he he he ''. Namun itulah fungsi seorang sahabat kan, tahu bila kita berduka dan cuba beri nasihat walaupun dia tu 2 x 5 je, he he he.

Adik perempuan saya memang rapat dengan saya, bagai burger dengan student IPT atau bagai tayar dengan rim. Masa dia bujang sayalah yang selalu paksa dia ubah gaya dan stai rambut dia. Sayalah yang suruh dia buat rambut maggie atau berketak-ketak. Biar nampak antarabangsa sikit kata saya. Kata saya lagi walaupun kita duduk di kampung tak semestinya kita tak vouge...

Bila dia berkahwin dan menetap di Ulu Yam Bharu, Selangor, saya sering juga bertandang ke rumahnya. Saya suka pergi bermain dengan anak-anaknya Siti Sarah dan Siti Aisyah. Bermain dengan budak-budak buat hati kita tenang (walaupun kerap kali juga saya naik darah tinggi dibuatnya, he he he).

Rupanya walaupun dia sudah berkahwin dan sibuk dengan urusan rumahtangga, dia sempat juga mencium larut duka yang hunii hati saya ini. Sejak saya terima sms tersebutlah, saya berjanji dengan diri saya sedalam mana pun luka saya, saya akan membalutnya. Seteruk mana saya jatuh terduduk, saya akan bangkit semula pandang dunia yang luas. Cuma saya perlu masa kerana saya insang biasa...

Tekad di hati, saya akan laluinya dengan tenang dan sembunyikan segalanya dengan kemas dan kejap ( i will pretend i dont care...). Saya tak mahu memperlihatkan kesedihan saya kepada keluarga, kerana itu perkara yang saya tidak akan sesekali buat.

Bak kata Datuk Khadijah Ibrahim...kupendam sebuah duka...


Jan: Bak kata Datuk Sheila Majid `...memori... akan kugemgam di hati, akan kucekal harungi perjalanan hidup ini...walau apa yang terjadi...

Monday, December 14, 2009

Perihal grill rumah: Dia over...huh!

Saya rasa geram pulak (geram jenis menyampah). Saya ni kalau orang melampau sangat terus saya tak selesa. Ceritanya begini...saya nak buat grill rumah. Saya tak jumpa pembuat grill tersebut tetapi saya kol sahaja dia. Saya ambik no handphonenya daripada kertas iklan yang diletakan di dinding rumah saya...
Mulanya dia ok saja, dia layan saya bagai menatang prepaid yang penuh, tetapi bila saya mula beritahu yang saya nak yang murah dan simple je, nada dia dah mula kendur. Dan dia siap burukan grill rumah yang murah pulak. Katanya berkarat, tak tahan lama dan hodoh (terasa saya...sebab memang saya nak beli yang murah je, he he he).
Cara dia beritahu tulah yang buat saya patah stim... Sebenarnya dengan bahasa yang indah dabn sedikit berlapik boleh kita beritahu dengan jujur kepada pelanggang kita yang kalau buat yang biasa tak tahan lama...tetapi dengan pemilihan ayat dan nada kesombongan tulah yang buat saya meeeeluat. Saya ni kalau boleh nak lah tolong sama bangsa. Tapi begini rupanya perangai dan sikap bangsaku ya?, oh...sayu, sendu...! Jangan kenang daku dalam doamu!
Ya lah nama lagi besi pastilah berkarat kan?, Kalau nasi basi dan kalau kayu reput. Dan tak payahlah beritahu yang golongan beli yang murah tu kedekut. Saya rasa memang ada orang yang beli yang biasa-biasa je sebab bugjet tak berapa ada janganlah lebelkan semuanya kedekut. Sekadar nak buat keselamatan je, biarlah dia buat yang terbaik dengan kemampuan dia kan. Kan?
Pas tu bila saya kata nantilah saya fikirkan dulu dia beria-ia pulak dah nak suruh saya buat yang murah. Tadi galak kutuk penghuni yang buat grill murah!. Saya dah naik menyampah dan saya beritahu kononnya tak apalah saya fikir dulu (sebenarnya dalam hati, jiwa raga dah buat keputusan `Tak Nak').
Dan kini dia talipon dan sms saya tiap hari (pulak dah). Nak dijadikan cerita saya katakan yang kakak saya dah uruskan hal grill rumah. Saya deletekan no handphonenya. Jadi penipu pulak saya, padam muka dia, huh!
Hajat hati saya nak buat yang simple je tapi wrought iron, tak ada bunga-bunga atau ukiran yang melampau sebab rumah saya bukannya macam istana, huh!.
Jan: Dia (orang berniaga) sepatutnya kenalah tahu jaga hati pelanggang... terutama pelanggang yang tak ada banyak duit macam saya ni...

Sunday, December 13, 2009

Siti Aisyah dan Siti Sarah...

Anak saudara saya Siti Aisyah talipon semalam. Katanya kenapa gambar dia tiada dalam blog saya. Yang ada gambar Azlan (Allan) dan Najib (Nakid) sahaja. Maka saya kenalah posting pasal mereka.


Siti Aisyah berumur 6 tahun, dan Che Mbong (Siti Sarah) berumur 4 tahun. Merekalah yang selalu buat saya gembira bila bertandang ke rumah adik perempun saya di Ulu Yam Baru, Selangor.


Siti Sarah kami panggil dia Che Mbong kerana selalu bercakap tak berhenti-henti. Pernah semasa saya sedang makan bersama emak dan ayahnya hampir tersembur nasi daripada mulut saya bila dia bertanya: '' Iman ni bujang lapok ke? ''.



Siti Sarah sedang makan nasi, bertudung tapi rambut berjurai-ria...he he he.




Dua beradik yang selalu tidak boleh duduk diam

Melihat buah rambutan...

Main buaian depan rumah saya...

Waktu yang paling aman bagi ibu bapa mereka...

Tinggal kenangan...


Sarah makan apa-apa sahaja yang lembik dan nampak berwarna warni...walaupun dijumpai di lantai, he he he. Uweeek.


Makan tidur main, makan tidur main...


Memberatkan barang-barang opahnya...



Sedap bila kena tolak...



Main kat palygroung



Makan lagi...



Kegemaran `berkubang'


Dalam gambar nampak mesra...tapi kat luar selalu nak berbalah dan berebut barang.



Dua beradik yang selalu tak duduk diam.


Saya sangat sayang kepada anak saudara saya. Saya harap bila mereka besar jadi manusia yang berguna, hormati ibu bapa, rajin baca buku dan tak menipu orang.


Kasih sayang saya terhadap mereka tak dapat saya terangkan dengan ayat-ayat. Dan sememangnya saya tak pandai, hanya tuhan saja yang tahu...



Jan: Terharu bila anak saudara saya yang kat Kuantan kata saya '' uncle yang paling Fun dan menarik...''


Friday, December 11, 2009

Ke Melaka: Retreat jabatan pemasaran..

Tak sangka pulak dapat bersama-sama Adnan, Mek Zue, Amy dan Kak Na bersevan ke Melaka. Ja dengan bininya nak kereta. Teringat pulak dulu masa naik van ke UiTM urusan kolej Shahputra.
Dalam van tadi cerita-cerita dan nyanyi-nyanyi. Sepanjang jalan saya tak tidor, saya lihat pemandangan. Saya suka lihat rumah yang cantik...

Retreat ni sebenarnya jabatan pemasaran yang buat. Saya dari jabatan lain tumpang sekaki. Oh ya sebenarnya posting ni dibuat menggunakan note book baru. Jangan marah, he he he. Best la ada notebok ni. Bila sampai hotel terus buka notebok sebab dah ada broadband, jangan marah, he he he. Dan dalam bilik yang best ini (The Empereror Hotel) saya menulis sambil dengar lagu-lagu Siti Nurhaliza...

Tadi dalam van nyanyi ikut radio, ketua jabatan pemasaran best, dia pun turut menyanyi jugak, he he. Sebenarnya ketua jabatan pemasaran jemput saya ikut retreat ni. Dia kata saya `pensyarah angkat' jabatannya. Dia kata saya selalu tolong dia kalau ada apa-apa evant. saya tolong dia sebab dia baik dan tak besar diri walaupun ketua jabatan.

Tadi makan pun dia belanja, rasa terharu pulak. Kami semua sekali 10 orang dibelanjakan. lauk penuh meja, dan saya tergaman melihat kemahiran Mek zue makan ikan terubuk bakar. Bukan apa, banyak tulangkan, tapi dia cekap mengasingkan tulang dengan isi sebelum menujukan isi tersebut ke distinasi akhir (mulut).

Selepas itu masuk bilik masing-masing, saya sebilik dengan Adnan. Oh ya...notebok ini Adnan punya... he he he jangan marah...

Jan: Bila la rasa memang patut beli notebok...

Tuesday, December 8, 2009

Najib dan Azlan bercuti ke Muadzam...

Azlan bin Ismail (anak kepada kakak saya)

Bersama kerusi dan kertas pen saya...

Dalam gambar nampak mesra tapi luar gambar, ya allah...


Gaya ni saya yang arah, biar nampak santai sikit...


Gaya duduk atas meja yang saya beli kat IKEA.


Bersama pokok lidah buaya saya.


Bersama deretan pasu tepi tingkap saya...


Bersama komputer yang saya guna




Najib bin Mohamad Sany (anak kepada adik lelaki saya)


Sekarang saya sangat gembira sebab mak saya datang lagi ke Muadzam. Kali ini tambah gembira sebab Allan dan Nakid turut serta. Dua orang anak saudara saya ini product perkahwinan kakak dan adik lelaki saya.


Jan: Semoga mereka lama duduk di rumah saya....

Rambut saya...

Gambar-gambar di bawah dipukul semasa menunggu kereta diserviskan di Indera Mahkota. Boring duduk saja-saja, lantas saya pukul gambar sendiri menggunakan hanphone. Pada mulanya malu jugak sebab ada mak cik asyik tengok saya berposing mengada... tetapi lama kelamaan hilanglah kemaluan tersebut.


Nampak tak gigi arnab dua ketul? He he he

'' Apabila usia meningkat kita kenalah semakin jaga penampilan diri kita...'' Itulah kata-kata kawan saya yang juga merupakan seorang pensyarah kaunseling. Dulu dia bekerja sebagai pemugara MAS. Dia selalu menegur cara saya berpakaian. Katanya cara saya berpakaian menampakan penampilan saya yang selekeh, sedangkan pada masa tersebut hendak pergi ke pejabat kerajaan, KWSP.


Kat depan kira ada persisiran pantai...

Namun untuk ke tempat servis kereta saya hanya berpakaian simple sahaja. T'shirt tanpa kolar dan jeans sahaja. Dikenakan dengan jam tangan kasual Tagheuer (yang tiruan) nampak raged sikit, muda sikit. He he he.
Sebenarnya paling merisaukan saya ialah gaya rambut saya. Saya tak pandai bergaya dengan rambut. Sejak kecil selalu ada masalah dan macam-macam stail rambut saya gayakan tetapi tak sesuai. Pernah ada yang kata macam Temenggung Juggah, orang Penan. Dan paling haru macam `butir pauh kulum babi'...cuba bayangkan.


Menutup sebahagian besar area dahi.

Kalau time jerawat tumbuh galak kat dahi, kita bolehlah buat fesyen tutup dahi macam gambar di atas. Saya selalu ada jerawat. Dulu orang kata bila dah akhir remaja dah tak ada jerawat tapi mereka bohong, walaupun dah hampir 40 tahun melata di bumi, jerawat tetap muncul.


Nampak jelas stail gaya alunan ombak...


Saya tunduk sikit untuk ambil gambar di atas, susah jugak nak pukul sebab kadang-kadang nampak telinga je. Saya amatur. Dalam gambar nampak rambut beralun rapi dan bertingkat-tingkat sepeti alunan ombak di tepi pantai.


Kat tepi panjang sikit ala rambut kumpulan indie


Kat telinga kalu kita gunting macam budak sekolah, bertukar dengan pelajar pulak. Pernah satu kejadian masa di dewan peperiksaan seorang pensyarah perempuan menyangka saya seorang student, padahal saya juga pengawas sepertinya. Nasib baik kami tak rapat, kalau tidak tentu saya belanja goreng pisang.


Buat-buat gaya senyum sekerat...

Misai dan janggut dinipiskan, bukan nak cari makan..

Kata orang gaya rambut mesti nak kena dengan bentuk muka. Mungkin betul jugak... Kata orang lagi kata selain duit, gaya juga diutamakan masyarakat dalam menilai kemanusiaan, saya bimbang betul.... Saya tak ada kedua-duanya.

Jan
: Sekian sahaja, rambut saya berubah-rubah...hati tak.

Monday, December 7, 2009

Kali kedua ke Kuantan...

Kali kedua saya memandu ke Kuantan adalah untuk urusan servis kereta. Kalau tak, selisih malaikat 44 pun saya tak ke Kuantan. Kalau saya tak hantar servis, nak suruh sapa pula kan?.
Dulu kali pertama ke Kuantan kerana hendak jumpa kawan baik saya (yang akhirnya saya terduduk di tepi longkang tu, he he he. Ingat tak?). Sekarang segalanya sudah jelas… Saya faham kerana waktu tersebut dia sudah bertunang...(cuma saya sahaja yang tak tahu). Dan saya ambil semuanya secara positif, tentulah dia ada sebab yang betul untuk merahsiakannya…. dan saya juga ada sebab yang betul untuk tidak hadir di hari bahagianya, he he he. Kami sama-sama faham.
Namun posting ni adalah perihal saya menservis kereta di Indera Mahkota (yang berkebetulan pula hari bahagianya). Seperti biasa cerah tanah saya memandu ke Kuantan. Saya dah buat temujanji dengan Perodua jadi dah disediakan slotnya untuk saya. Pun begitu saya tersilap masuk jalan untuk cari di mana bangunanya... untuk kurangkan tension saya berenti makan dulu.
Bila sampai di bangunan yang betul saya ke kaunter dan beritahu saya dah buat temujanji. Dia ambik kunci kereta saya dan dia suruh saya duduk relek-relek.




Ni mungkin anak-anak yang nak mengikut ibubapa pergi servis kereta.


Selesa tempatnya, kalau nak buat air nescafe segala peralatan disediakan di penjuru dinding.

Ni kaunternya haa...

Seorang pelanggang berurusan dengan kaunter


Mungkin mak cik tersebut mencari anaknya tadi...



Masa saya sampai ke tempat servis kereta, dah ada beberapa kereta yang tengah servis, saya datang awal maka agak lama juga saya terpaksa tunggu giliran saya.


Saya hanya duduk dan memerhati orang di sekeliling, boring pulak. Ada majalah tetapi tidak sesuai dengan saya. Jadi saya perhatikan saja gelagat orang. Best jugak perhati gelagak orang ni.

Dalam pada tu saya juga termenung dan bermonolog. Sekarang saya dah bertambah dewasa, banyak benda saya kena buat sediri. Tanggungjawab semakin besar. Saya tak boleh percayakan sesiapa lagi. Saya dah tak boleh harapkan sesiapa lagi. Sudah semakin jelas tuhan beritahu saya manusia itu apa sebenarnya... (dan...bagaimana rupa dan bentuk mereka...)



Memang bagi orang lain pergi servis kereta tu perkara kecil, namun bagi saya ( dan juga bagi oarang yang mengenali saya) ianya perkara besar...
Jan: Kereta kena servis, manusia?

Thursday, December 3, 2009

Belati di hati Mankisue...

` i thought, ure a rite man, but ur mentality is too bad...'

SMS tersebut bertarikh 5.10.2009... Ya Mankisue masih menyimpannya hingga kini. Entah kenapa dia mesti menyimpannya dan tidak mendeletenya, Mankisue tidak pasti. Tetapi sesekali bila terasa sunyi dia membacanya semula berulangkali, dan pada setiap kali membacanya, hati Mankisu berdarah ...
Masih jelas diingatan Mankisue, SMS tersebut muncul menerpa hidupnya ketika beliau dalam perjalanan daripada kampungnya bersama ayah dan seorang anak saudara. Dan ketika itu Mankisue berhenti memandu untuk minum. Dia sangat dahaga, Mankisue perlukan seteguk air...

Sepanjang minggu berada di kampung halaman terasa bagai menjayakan sebuah pementasan. Pementasan karya agung yang duka. Mankisue berlakon dengan hebatnya di hadapan adik beradik, keluarga sanak saudara. Seolah tiada apa-apa yang berlaku kerana esoknya sinar mentari tetap ada.
Riang gembira dilebihlampaukan di hadapan orang ramai seolah-olah dialah paling bahagia, paling gembira dan mempunyai sebuah kehidupan yang mudah dan licin... Mankisue tidak mahu mereka mencium kesedihan yang terpaksa dimamahnya.
Di hadapan ayah, Mankisue tersenyum sambil meneguk teh tarik tersebut. Mankisue memandang pula ke arah anak saudara. Muka anak saudaranya bersih. Ah indahnya hidup kalau jadi anak-anak semula. Bisik hati Mankisue...

` i thought, ure a rite man, but ur mentality is too bad...'
Mankisue membaca kembali SMS yang baru diterimanya tadi. Dan kalau boleh dia hendak menangis di situ sahaja. Biar semua orang di kedai kopi tersebut melihatnya. Dia tidak malu, kerana menyembunyikan segalanya lebih menyeksekan diri. Dan kalau boleh mankisue hendak terbalikan meja-mejanya sekali…
Namun sebuah kehidupan bukanlah seperti cerita dalam novel atau jauh sekali seperti adengan dalam filem-filem. Mankisue bercekal hati, dia terpaksa bertabah hati...
Sms tersebut seakan belati menikam hati, dan Mankisue adalah hati tersebut.

Dugaan apalah pulak ini, kuatkanlah aku... Mengapa setelah lapan tahun bersama, setelah harungi segalanya barulah sms itu muncul? Mengapa perlunya sms tersebut? Dia boleh pergi tanpa menimbulkan kekurangan diriku... dia boleh pergi tanpa sms yang menikam.

Mengapa baru sekarang sms tersebut muncul? Mengapa memerlukan lebih lapan tahun untuk mengetahui diri ini bukanlah yang terbaik!

Mengapa?

Jan: kerana dia dah ada yang lain...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home