Ukur baju badan sendiri daripada kefahaman saya ialah kalau kita buat sesuatu tu kenalah sesuai dengan keupayaan kita, kemampuan kita. Kalau tak sesuai maka, kitalah yang akan menanggung akibatnya. Contoh kalau perempuan body selebar pintu tak kan nak buat baju ukuran Nasha Aziz (kan koyak rabak). Ataupun jika gaji sekelumit cuma tak gamaklah pakai kereta besar (sebab apa yang terjadi selepas itu kita yang tanggung).
Sebab itulah saya sedar, kalau saya beli rumah yang agak besar mungkin saya mampu membayarnya pada setiap bulan tapi akan hidup sangat berjimat, atau terpaksa korbankan banyak kualiti hidup yang lain (mungkin cita-cita ke Paris terpaksa dikorbankan terus...ke Parit Buntar jea.).
Hampir 3 bulan lepas, saya ke Kuantan Perade. Memang masa tu saya cuma hendak membeli beli dvd (cerita koboi dan hantu Thailand), bedak cina (yang empat segitu, ada juga yang bulat), underware dan jalan-jalan je. Saya tidak berhajat langsung nak membeli rumah.
Sebaik saja masuk depan Kuantan Perade, macam biasa singgah sekejap tengok meja-meja pameran jualan rumah. Nak dijadikan cerita (kalau dah tersurat) senang je isi borang dan bayar wang `pengeras'nya.
Perempuan itu namanya Ina. Cantik manis orangnya. Mesra sangat... Dia beria-ia memujuk saya membeli rumah tersebut...
Adnan kawan saya yang datang bersama saya juga menggalakkan saya membeli rumah sebab dia ada kata "dah bertahun asyik dok usha cari, belilah...umur semakin meningkat".
"Belilah rumah semi D, kau mampu. Lebih dari tu kau mampu sekarang. Nanti kau akan menyesal bila beli rumah teres". D6 menambah lagi...sebab saya ada beritahu Adnan saya nak beli rumah teres sahaja...
Selepas bayar deposit RM50, semuanya selesai, saya asyik tertanya-tanya dalam hati, ya ke? betul ke apa yang aku buat ni?
Sekadar tempat berteduh...
Terjerulus dalam lopak akibat lolar masa melawat tapak projek, he he he
Impian memiliki rumah banglow berkecai lerai.... Namun rumah tu pun istimewa walaupun bukannya banglow. Taklah dekat sangat dengan bandar Kuantan dan taklah jauh sangat, dalam 15 minit je (skala tahun 2008, ikut kelajuan masa kini Kamal bawak kereta), lagipun bukan tiap hari nak ke Bandar Kuantan. Rumah tu biasa-biasa je, ada ruang kedua jugak sikit bertentanagan ruang tamu dan ruang dapur. Ada 4 bilik (satu bilik tu kecil je, bilik stor kot), bukan besar sangat. Dapurnya pun ok-ok je.
Rumah ni biasa je, walaupun semi D, tidaklah secantik rumah kawan saya Adnan dan Kamal. Tiangnya pun biasa je, kat porch berlantaikan simen biasa je. Tapi oklah, kalau ada duit terlebih boleh ubahsuai (ada ke? he he he).
Terlewatkah saya?
Dalam hati tertanya jugak, adakah sudah agak terlewat? Namun saya memanjat rasa syukur, biarlah lewat asal ada membelinya. Saya akan belajar mencintai rumah ini seadanya, dengan kelebihan dan kekurangan yang dia miliki kerana dia rumah saya. Tidak terlewat untuk kita belajar mencintai sesuatu kan...
Pernah masuk rumah kawan saya masa belajar kat UM dulu. Rumahnya di PJ, ada 4 tingkat (setingkat bawah tanah. Tingkat ke 3 ada kolam renang... Dia ajak saya bermalam di rumahnya. Apalagi saya tak menolak [ bila lagi nak bermalam kat rumah harga RM3 juta? (RM3 juta 18 tahun lepas!)]
Jan: Semua sudah tersurat...
No comments:
Post a Comment