Tanggungjawab besar
Menjadi pengawas peperiksaan adalah suatu tugas yang berat. Berat bukannya kerana terpaksa memikul barang (barang-barang peperiksaan) tetapi berat kerana amanah yang diberikan. Menjaga exam bukan setakat mengusung kertas soalan, kertas jawapan dan alat-alat peperiksaan, bukan setakat lengang-melenggang kangkong je atau jadi pak pacak kat tepi dinding atau duduk je atas kerusi memanjang sambil buat muka serius. Ia menuntut kita menjadi lebih daripada itu.
Objektif utama kita sebagai pengawas peperiksaan adalah memastikan perjalanan peperiksaan itu lancar dan mengikut jadual, mengikut syarat yang ditetapkan. Keselamatan dan kebajikan pelajar juga mesti diutamakan. Dan jika ada apa-apa kesulitan, tindakan yang bijak dan betul haruslah diambil dengan kadar yang segera. Jangan berlambat.
Banyak songeh
Biasanya episod kesongehan bermula apabila jadual peperiksaan sudah siap. Ada pensyarah siap datang ke bahagian peperiksaan lagi (dengan muka risau seolah hilang duit kutu) untuk dapat buat adjustmeng jadual pengawas yang menyenangkan mereka. Dulu saya dan Mat Pijot layan jelah (buat-buat muka penuh memahami dan bersimpati) tapi lepas tu bila buat jadual bukan kira sangat yang banyak songeh tu, he he he (bila dah lama kita tahulah yang mana banyak songeh, yang mana ada-ada ajelah, he he he).
Namun begitu kami bukan firaun yang kijam. Kita ambil berat juga jika alasan yang diberikan adalah munasabah dan tak dapat dielakkan. Kami pun kesiankan kawan-kawan, he he he. Nasihat saya yang pernah bekerja di bahagian peperiksaan, para pensyarah kenalah mengikut jadual yang ditetapkan. Jika ada apa-apa kesulitan jumpa bahagian peperiksaan. Jangan cuba-cuba buat jadual sendiri (kalau gatal sangat nak buat jadual, join je Bahagian Exam, he)
Janganlah bila dah dapat jadual, jadual tersebut pulak nak disesuaikan dengan aktiviti peribadi kita. Contohnya minta tukar dengan kawan-kawan kerana ada hal pada masa tersebut (contoh nak buka table jual insurans kat Giant).
Malas nak mampus
Ada juga pengawas yang mengawas sambil lewa, tidak komited dengan amanah yang diberikan. Contohnya, biarkan je jika ternampak usaha pelajar yang nak meniru. Buat-buat tak nampak. Jika kita rajin sikit lalu lalang depan mereka ia juga merupakan satu kaedah pengawasan.
Namun memang ada yang malas sangat mak oi. Nampak sangat malasnya. Malas giler, orang giler pun rajin. Ada ke bawak novel, suratkhabar Harakah, dan majalah Wanita masa mengawas exam!. Masuk dewan cari tempat selesa di belakang dan terus duduk membaca! (Mak oii, kolej ni Datuk Azman yang punya la, bukan datuk awak!). Dan ada juga pengawas yang malas tutup air condition dan lampu. Kesian la ke Mat Pijot dan saya (kes kat Pekan dulu). Memanglah saya dapat elaun tapi tak kan daripada kerja menepek nama di meja dan singa menutup lampu dibuat oleh bahagian exam (bukan mengungkit ni tapi membangkit, he he he).
Lebih ramai yang rajin
Namun begitu jika dinilai secara purata lebih ramai pensyarah yang bersifat suka menolong. Waktu kat Pekan dulu kadang-kadang ada yang datang malam nak menolong bahagian peperiksaan (oh terharu nya). Siap bawak air dan jemput-jemput bawang sekali. Yang pemalas dan buat onar sorang dua je.
Masa kat Pekan, ramai yang menolong mengatur meja bila ada exam. Tak jadi masalah sangat dulu, mereka ringan tulang belakang. Sebenarnya pasal exam ni Mat Pijot yang paling boleh buat apa-apa kenyataan atau pernyataan. Dialah segalanya. segalanya dibuat dengan terperinci, saya ni pembantu je, he he he.
Beberapa panduan penting
(Penulisan ni pun ditulis berdasarkan pengalaman kerja kat bahagian exam kat Pekan dulu. Mungkin dah tak relevan kot, tapi saya rasa perangai manusia bukan semuanya sama, antara panduannya:)
1. Baik terlebih awal daripada terlebih lewat.
Kena datang awal walaupun kita bukan ketua pengawas. Kenapa? Bayangkan kalau ketua pengawas keretanya pancit selepas antar bini ke tempat kerja. He he he.
Kita kena ingat, bila hari peperiksaan. Kita bertanggungjawab atas perjalanan exam, bukan bahagian exam 100%. Mereka cuma menolong kita. Sebab itu ada beberapa orang pensyarah mengucapkan terima kasih kepada Mat Pijot dan saya dulu (lepas habis exam). Mereka ini jenis orang yang faham tanggungjawab mereka. Tak lojik bahagian exam boleh handle segalanya tanpa kerjasama para pensyarah.
Satu lagi jangan kertas soalan atau kertas jawapan dah masuk dewan exam baru kita masuk tersengih-sengih. Kita bukan Mawi atau Ikin, kita bukan seleberiti, so malu la sikit...bukan saja kat pengawas lain tapi yang lebih patut malu kepada tuhan (ada unsur agama sikit, he he he).
Kalau boleh datang terlebih awal ke Bahagian Peperiksaan, dan buat-buat tanya `Ada apa-apa boleh saya tolong Along?'. Tentu Along gembira dan Zie tersenyum hairan dan terkejut (sebab ada juga insan yang nak menolong dalam dunia materialistik dan indiviualistik ini, he he he.)
Tapi janganlah datang lebih awal daripada Along atau Zie atau Mat Pijot. Contohnya pukul 6.45 pagi dah terpacak kat kaunter. Tu mengada namanya, menunjuk-nunjuk. Pas tu sibuk beritahu orang pulak Along tak ada, Zie tak ada, Mat pijot Tak ada. Tu busuk hati namanya.
2. Jangan bawak benda yang tidak sesuai ke dewan exam.
Jangan sesekali bawak novel, majalah, sajak, surat khabar (baru dan lama), poster atau bahan bacaan (sama ada lucah atau sebaliknya) kononnya nak baca bila boring. Kalau rasa hendak membaca pergi library bukan kat dewan exam. Time tulah nak membaca konon. Tugas kita adalah mengawas bukan membaca.
Jangan bawak katelog2 contohnya Tupperware ke atau Avon ke. Juga jangan sesekali bawak album gambar, apatah lagi album gambar kemeriahan majlis perkhawinan kita kerana mungkin ada di antara pengawas yang terdiri daripada yang masih tidak kawin-kawin. Bukan apa bimbang mereka akan menangis (dalam bilik...malam selepas masa jaga exam tu, manalah tau kan). Lagipun apakah jadahnya bawak album gambar ke dewan exam!
3. Jaga Mata!
Bagi kaum lelaki, jaga mata. Kalau mengantuk sangat janganlah tengok kopek pelajar perempuan pulak, he he he. Jangan ambil kesempatan. Kalu mengantuk sangat suruh ketua pengawas tampar je muka tu. Atau boleh keluar basuh muka.
Namun tak adil pulak nak salahkan lelaki 100%, mungkin itu dah tertulis rezeki dia (dalam keadaan sekali pandang, dan dosa dia, he he he (kalu menghayatinya). Ya lah kan pakaian pelajar perempuan kadang-kadang macam barut nangka (dari segi pakaian ni pengalaman saya memang ramai pelajar perempuan suka menunjuk-nunjuk apa yang mereka ada berbanding dengan pelajar lelaki).
Sebab itu kena ada seorang pengawas berdiri di pintu masuk dewan ketika pelajar masuk ke dewan. Untuk memeriksa bukan saja pelajar bawak masuk nota tapi juga sahsiah diri dan penampilan, kalau tak sesuai suruh balik tukar (pernah dulu masa kat pekan saya heret pelajar keluar dewan, menangis-nangis dia. Bukan apa, nampak pusat dan underware, bukannya gebu, huh berkarat! (jenis kulit kelaring).
Kalau nampak macam nak gi clabing je gayanya atau macam pelacur (kelas bawahan), boleh tegur dan nasihatkan mereka (kadang-kadang mereka pun tak sedar (oleh kerana dah terlalu biasa) mereka tak berpakaian sepatutnya, iaitu menghormati dewan peperiksaan. So kena slow talk dengan mereka molek-molek, suruh tukar (jangan jadi emosi macam saya, he he he).
4. Berlegar legar!
Tugas kita mengawas, maknanya kita kena bergerak. Kita kena berlegar-legar dalam dewan sekali sekala. jangan jadi patung Cendana atau jangan setompok duduk kat depan dewan sahaja (mengumpat) atau setompok duduk kat belakang sewan (mengumpat). Kena la berjalan-jalan buat-buat nampak macam peka dan perati je pelajar-pelajar tu. Ala buat-buat la periksa matrik kad ke (memang dah periksa tadi tapi periksa lagi la konon).
Kalau ada pen, roba, kad matrik atau pembaris pelajar jatuh, tolong ambik letak balik atas meja pelajar jangan buat dono je. Jangan bila lalu buat tak nampak je. Nanti pelajar tak hormat kita sapa nak jawab?
5. Jangan cepat nak balik
Bila dah selesai tu janganlah cepat-cepat nak balik. Ni biasanya berlaku pada exam belah petang atau hari sabtu. Perlu diingatkan semua orang nak balik, tak ada yang nak tidur kat kolej. Bolehlah kita ringankan kaki dan tangan tolong tutup suiz aircon ke atau lampu ke. (Bukan apa dulu ada sorang yang entah kenapa bila time dah nak tamat dia terus je blah...huh, buruk perangai tak padam perempuan. Nak kata ada laki kat rumah tak kawin...).
Tulah antara kasarnya mengenai menjaga exam, banyak lagi sebenarnya peraturan yang sangat penting, tapi sendiri mau fikirlah. Exam bukan hal main-main. Ia ada hubungannya dengan gaji yang kita terima tiap bulan (rezeki). Rezeki yang kita suap ke mulut tu kenalah berkat jugak (kepada yang percaya, he he he).
jan: Pernah ternampak `sesuatu' di dalam dewan Hajjah Intan dulu masa jadi pengawas.
4 comments:
hehehe...citer ler skit lembaga yg nampak dlm dewan Hajjah Intan tu..sampai demam 2 hari tu..
nak dgr jugok...hehehe
pernah nampak kerusi 'berpusing' kat meja lecturer. masa tu naik sorang je kat atas hari malam.
kan ada kan kat blakang ujung dewan tu biasanya kerusi biru yg kita susun btingkat-tingkat & kita sandarkn pd dinding. Kira kerusi lbih la...situlah nampak tetapi x jelas tpi meremang bulu roma, terus tunduk x tengok2.
sempena menjelang mggu final exam ni bermakna sggh post ni utk digunapakai mahupun diikuti
Post a Comment