Rasanya alam persekolahan, perkolejan dan peruniversitian dulu suasananya tidak sama dengan situasi yang ada sekarang... Pelajar dahulu sangat berbeza dengan pelajar sekarang. Kita boleh tanya kawan-kawan kita yang terlibat dalam industri ini (dunia pengajaran)... sama ada mereka berada di sekolah, kolej, atau kat U, sama ada IPTA atau IPTS.
Sebabnya senang, nilai-nilai masyarakat kita telah berubah... termasuk juga pelajar yang menjadi sebahagian daripada masyarakat tersebut.
"Dulu masa sir belajar tak ada komputer, tak ada handphone dan tak ada internate, tak banyak gangguan. So sir dapat fokus kepada study, sebab tu sir dapat result cemerlang dan jadi pensyarah" Pakai hembus je, sorang pelajar perempuan membuat pernyataan... (bila saya menasihati supaya dia bertekun belajar supaya dapat result yang cemerlang, sebab kuiz dia teruk sangat).
Rasa cuak pun ada, rasa bangga pun ada, he he he (rasa bangga part kononnya dapat result cemerlang dan jadi lecturer). Rasa cuak sebab seolah-olah result kita dapat tu bukan kerana kepintaran dan kerajinan kita... tetapi kerana zaman. Huh!.
"Awak pun kenalah guna kemudahan yang ada biar jadi lebih baik daripada saya masa saya belajar dulu. Saya yakin awak akan lebih baik jika guna teknologi yang ada ni. bayangkan dulu sir guna mesin taip je, tapi submit tepat masa, Jangan jadi musang salahkan anggur yang masam..." giliran saya pula bersuara, saya `bubuh' jugak sedikit, he he he.
Memang betul saya tak menafikan faktor zaman. Namun saya menjangkakan oleh kerana terdapatnya perkhidmatan komputer (ada internate pulak) dan handphone, dan sebagainya kecanggihan teknologi seharusnyalah pelajar yang kita lahir lebih berkualiti, lebih rajin, lebih cepat, lebih tepat dan lebih berperikemanusiaan.
Apa yang telah terjadi kepada sikap pelajar kita?. Mereka memang vokal melahirkan pendapat dan menampakkan pegangan bangang diri mereka. Kevokalan ini merupakan suatu yang positif tetapi jika tidak berlandaskan kepada asas ilmu, ia membuatkan hati saya bergelegak jugak (mendidih) sebab ia menjadi biadap.
Teringat peristiwa 18 tahun dulu di mana saya terpaksa `memanjat' bukit (masa tu kurus lagi)sebab nak jumpa group sekertas kerja. Setibanya saya di asrama (tingkat 3) dia tak ada di bilik. Rumate dia kata gi dating kat tasik (kawan saya nan satu ni pelik sikit, suka bertukar awek. Walaupun muka macam papan lapis ada jugak orang nak, he he he. Dia patut sembahyang sujud syukur).
Bila saya sampai kat tasik saya jumpa dia dok makan mee goreng dengan gaya romantik. Amboi sedap-sedap ya dia makan mee goreng dengan awek sedangkan kita ni berpeluh luar dalam. Tapi saya jadi sejuk bila dia minta maaf banyak-banyak kat saya. Dia cerita fikirannya berserabut (sebab tu dia tak ambil kuiz minggu lepas katanya...) sebab dia kena pujuk kekasihnya sebab awal minggu lepas dia lupa beli air soya dan tersalah beli mee goreng kasar (padahal awek dia oder mee goreng halus). So dia kena ambil hati awek dia sebab dah masuk 4 hari muka awek dia masam mencuka.
Dia kata bahan tu ada dalam laci bilik tidurnya, nanti dia akan antar sendiri ke bilik saya. Kesian dia, orang lain ada awek jugak (tapi ya lah kan, orang bercinta mana ada yang normal. tak percaya tengok persekitaran kita, he he he).
Kan kalau ada sms senang pada masa tu. Saya hanya perlu sms tanya dia kat mana, bahan dah ada ke tak? kat mana nak jumapa? dan sebagainya. Taklah berpeluh saya jalan kaki cari dia (tapi saya bukannya menyesal, sebab bila kenagkannya, ada indahnya). Tapi kenapa pelajar-pelajar sekarang masih tidak cekap dan tepat? Mereka masih lewat hantar kertas kerja kononnya payah nak jumpa group member la, itu ini la...huh! Dulu lecturer saya kalau submit lewat, masuk tong sampahlah jawabnya.
Sebenarnya semua itu alasan, semuanya itu adalah mengenai sikap. Sikap yang tidak tekun dan tidak bertanggungjawab terhadap diri dan ilmu. Tidak menghormati ilmu dan tidak memertabatkannya, tidak sanjunginya. Ilmu kena cari bukan dia datang menyembah kaki kita kan, dan kalau ramai generasi sebegini, generasi fail sebenarnya. Bila mereka di alam pekerjaan apa yang akan terjadi?
jan: Dalam bilik kuliah sesekali berleter jugak (kononnya mendidik), bila tak tahan, he he he.
No comments:
Post a Comment