Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, May 28, 2008

Hobi: Ke mana menghilang?

PADA zaman kanak-kanak dulu, masa sekolah rendah, cikgu selalu tanya apa hobi kita kan. `Hobi awak apa? pada masa tu ramai antara jawapan kawan-kawan kita ialah mengumpul stem, saya pun ada mgumpul stem, adalah jugak dua tiga album stem (masih ada sampai sekarang), ada yg jawab mengumpul lencana, melukis, membaca dan tangkap gambar. Ada juga yang ada banyak hobi melastik burung dan bela ikan laga dalam botok (letak bawah katil). Ada juga yang tanpa segan silu memberitahu cikgu yg hobi dia menyanyi (yang kemudiannya cikgu panggil ke depan kelas suruh menyanyi...he hehe)

Tapi bila aku dewasa...(ikut stail lagu ella...), ke mana hobi-hobi tu ya? ke mana menghilang? pelik kan, mungkin bila dewasa masa tak berapa lapang dah, hidup bukan sesimple lagi, bila dah dewasa, ada kerja, ada banyak projek, ada keluarga dan dunia dah nampak bertambah `luas', hobi tu mati.

Tapi peting ke hobi? cuba ingat dulu kita bukan main riang dan gembira dengan hobi kita, bila kita buat hobi kita dulu kembang je lubang hidung. Sbenarnya kalau ada hobi boleh buat terapi minda, boleh relek... So molek jugak kita ada hobi biarpun dah dewasa,]sbb bila dewasa keadaan bukan macam zaman riang kanak-kanak. hidup mengejar masa dan kerja, rasa masa berlalu tanpa disedari....bila balik kerja rasa sekejap je dah malam tidor dan esok kerja lagi, betul amli kata...

Oleh kerana kesuntukan masa, saya berhobi di rumah je. Menanam pokok, kawasan rumah sempit je (rumah teres). Tapi best jugak tanam menanam pokok ni. Terbaru saya tanam pisang dalam pasu letak kat sliding door, tapi bukan pisang yg kita boleh makan, boleh tengok je... he. bila balik dari kerja, rehat-rehat bolehlah belek-belek daun pisang tu. he he (pelik ke?). Kalau perhati betul-betul gambar di atas nampak jugak pokok paku pakis....

Harap-harap hobi ni berterusan, tak hilang, dan pokok subur subur belaka....
Jan: apa hobi anda ya?

3 comments:

danny said...

duit bukan alasan untuk tidak berhobi. yang penting ada perkara berfaedah yang kita boleh lakukan.

bila ada aktiviti/hobi yang nak dilakukan dirumah, tak la rasa bosan duk umah. ini tak... tido jer memanjang. pastu ngeluh bosan. bila kita tengok orang tu rajin je memanjang (membaca, berkebun, menyiram pokok, menanam, melukis dll) kita pun guna la ayat biasa "rajin mu ni..., kalo aku takde masa la... anak lagi, nak masak lagi bla... bla... bla...)

hidup kita tak lama. penuhi masa kita ngan perkara berpaedah.

Jankaulu said...

antara alasan:

tapi nak cari masa susah, balik kerja pun lewat petang, hujung minggu nak rehat-rehat (antara alasan)

Mata Hati said...

hobi menanam ni bagus bleh la berbakti pada tanah...bleh bantu mengurangkan penipisan ozon kalu semua ada hobi macam ni....kalu dah banyak pokok nanti dah rasa bosan ngan hobi ni takpe pass je la kat kita orang kat sini.....

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home