Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, May 22, 2008

Kawan bagai cermin?

Orang yang ramai kawan biasanya orang yang disenangi pergaulannya. Mengapakah disenangi? Faktor-faktor disenangi oleh kawan-kawan banyak tetapi tentulah paling penting antaranya ialah dia baik dan tidak menyusahkan orang atau mengambil kesempatan yang melampau ke atas kawan sendiri.
Tidak perlu kita kaya, rupa paras elok untuk disenangi (namun faktor itu adalah bonus yang penting). Ramai yang memuji perangai yang baik iaitu sederhana, berfikiran terbuka, boleh menerima kelemahan kawan-kawan lain, rasional dan cerdik.


Cerdik


Cerdik di sini dlm kontek perkawanan, bermaksud pandai melihat situasi kawan dari segi bahasa dan gerak badan. Kita tahu kawan kita setuju atau tidak, mahu atau tidak. Pemaksaan yang dilakukan jika berjaya pun bukannya menandakan kita berjaya tetapi bangang! Contohnya jika kawan kita tidak berminat untuk pergi ke sesuatu tempat janganlah memaksanya.Tidak wajar sama sekali.

Tidak suka berkawan ramai...
Namun begitu orang yang tidak mempunyai kawan tidaklah boleh terus kita katogerikan sebagai orang yang mempunyai sifat yang buruk. Mereka tidak mempunyai ramai kawan berkemungkinan kerana mereka memang tidak suka berkawan ramai, suka kualiti dan bukan kuantiti,lebih suka privacy, bukannya mereka tidak disukai oleh ramai orang. Walaupun tidak banyak golongan seperti ini tetapi ia tetap ada. perhatikanlah baik-baik, bukan semua manusia sama.


Kita ni jenis mana ya? Cuba lihat ke dalam diri kita adakah kita seorang yang suka privacy? Bolehkah kita duduk bersendirian dalam tempoh masa yang lama? Atau kita lebih suka orang berada berdekatan dengan kita? Adakah kita seorang yang suka menarik perhatian orang? Ataupun kita memang jenis menarik di mata orang?

Kawan-kawan lambang cermin diri kita. Setiap tindakan, kata-kata adalah tindakbalas mereka terhadap perangai kita. Jika kita buat salah tentulah kawan akan menegur, jika kita buat perkara yang baik mereka kan memuji. Bagaimana jika mereka seolah-olah memulaukan kita?

Dapatkan kita membezakan antara kawan, sahabat, teman atau sahabat? Adakah kita miliki sahabat? Apakah katogeri yang membolehkan kita mengistiharkan kita sahabat kepada seseorang, dan seseorang itu sahabat kepada kita?


Jan: Kaulah teman, sahabat dan kekasih...

3 comments:

danny said...

kawan paling lama aku ialah imad (gedik). 1988 masuk sekolah menengah sama. Walaupun masa tu tak rapat sangat tapi kenal la.Pas srp dia kuar ke kik, aku stay kat sekolah tu. 1992 bertemu semula di matrikulasi uum. kali nak sudah rapat kerana sama2 masuk palapes, sama2 naik bas balik kampung n kadang2 sama2 kelas kuliah. Dia grad awal tapi konvo bersama pada 1999. Pastu pada 2001 kami bergabung semula di shahputra hinggalah dia ke ump. Namun kami masih tetap berhubungan dan sesekali keluar minum. So, kalau dihitung, sudah 20 tahun aku mengenali imad. Jadi, imad aku masukkan dalam senarai teratas kawan aku walaupun dalam senarai imad, aku bukan yang teratas.

Mohd Amli bin Abdullah @ Baharum said...

cite pasal kawan nie...agak sukar diluahkan...masa baby kawan kite tentulah ibubapa kite...masa kanak-kanak...biasanya adik beradik kite...bila bersekolah...tentu kawan sekelas kita...dan seterusnya...bila dah kawin...kawan kite tentulah pasangan kite sampai ler akhir masa...betul atau tidak....so...kena ler kawin sebab bila semua org ade commitment...susahler nak kuar hari2 dgn ko...kuang..kuang...kuang...

Jankaulu said...

aku tak ramai kawan, tapi aku rasa kawan yang aku ada baik2 dan istimewa, tersendiri belaka. payah orang nak menerima org lain, tak sepayah org nak kenal baik buruk org. so dlm berkawan kna byk bertolak ansur kot, menghormati pandangan masing-masing.
dalam perkhawinan pun elok juga jadikan pasangan masing-masing seperti kawan, ada positifnya.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home