Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, March 21, 2016

Ekonomi Najib...

Seorang kawan saya beritahu 2, 3 tahun lagi orang ramai akan memuji Datuk Sri Najib. Termasuk yang sedang mengutuk, akan memuji.

"Kenapa pula?" tanya saya yang melihat melihat ekonomi semasa negara berada di dalam keadaan yang getir. Cumanya saya tidak menyalahkan kerajaan 100% dalam situasi ekonomi negara. sebabnya? Sebabnya saya belajar ekonomi.

" Sebabnya Najib dapat mengekalkan kestabilan. Dan orang yang sedap mengutuk sekarang akan bertukar memuji..." Kata kawan saya yang tidak belajar ekonomi tersebut.

"Pihak pembangkang?' Tanya saya.

"Pihak pembangkang akan tetap membangkang..." Kata kawan saya.

Pulak...Kata saya.



Image result for ekonomi najib

Zaman agresif media sosial ada buruknya: Kesian Najib

Saya dapati dalam banyak hal juga, saya jatuh kesian kepada PM kita, Datuk Seri Najib (DSN). Mungkin bila dah jadi ahli politik, maka sepak terajang berbentuk tomahan, hinaan dan fitnah sudah menjadi suatu kebiasaan.

Apabila buka internate, kita boleh lihat segalanya...

Mungkin apabila berstatus PM, semua ini harus dihadapi. Masa saya tengah popular dulu pun, ada yang mengaku dalam internate mereka pernah `tidor' dengan saya. Tetapi demi allah semuanya fitnah...(saya guna unsur agama).

Saya hanya tidor bersendirian dengan memeluk bantakl golek...

Saya teringat zaman Tun Dr Mahathir dahulu. zaman Tun Mahathir juga banyak tomahan dan isu yang dihadapinya, cuma masa tu tidak ada media sosial macam hari ini. 

Saya bukan nak menyebut keburukan Tun kerana saya hormati Tun dan dapat lihat hasil pembangunan ekonomi yang Tun bawa. Cuma bagaimanalah kalau zaman Tun di mana isu bank negara rugi dalam perniagaan tukaran asing, skandal bank bumiputra, Ibrahim libya, isu Perwaja dan banyak lagi... 

Saya yakin pada zaman itu jika ada media massa seperti hari ini, ia akan memberi tekanan hebat kepada pentadbiran tun.. dan saya juga yakin Tun akan dapat atasi sebab Tun bijak dan pandai sesuaikan diri dengan teknologi.

Kita kembali kepada tajuk posting di mana saya kesiankan DSN. Saya rasa tidak patut mana-mana pihak pun memburuk imej SDN semasa beliau pergi menunaikan umrah.

Biarkanlah pihak lain menilai amal ibadat seseorang...

Image result for najib tunai umrah


Rupanya kebencian dalam politik tiada hadnya kan?


WLB: Kita silap

"Kadang-kadang kita membuat pembayaran yang salah..."

Saya dapati pergi bercuti bersama keluarga sudah menjadi gaya hidup bagi sekelompok rakyat kita. Mereka bertungkus lumus mengumpul duit dan bekerja sepanjang tahun. Dan bila dapat duit mereka sekeluarga pergi bercuti. Jadikan percutian sebagai jadual tahunan. Mereka panggil sebagai `Work life balance'.

Kalau tengok sekali imbas, memanglah tidak ada cacat celanya. bercuti bersama keluarga dapat megeratkan hubungan ahli keluarga...

Tetapi semasa proses mengumpul duit itu adakah kita telah mengabaikan ahli keluarga kita? Adakah suami abaikan isteri? Adakah isteri abaikan suami? Adakah suami isteri abaikan anak-anak?

Kalau tengok sekali imbas, memanglah tidak ada cacat celanya. bercuti bersama keluarga dapat mengeratkan hubungan ahli keluarga...Tetapi adakah masa percutian tersebut berbaloi dengan masa yang sepatutnya memberi perhatian kepada keluarga kita berikan kepada kerjaya kita?

"Tetapi bercuti bersama keluarga penting, nanti anak-anak kata kita tak sayang ke mereka pula Man..." kata kawan saya.

"Saya rasa kalau itu yang awak fikirkan sebagai elemen kasih sayang, saya awak didik anak awak dengan cara yang salah..." Nak jea saya cakap begitu.

Saya harap kawan saya itu baca posting ini. He he he.


Image result for wrong family vacation
Kata nak bercuti!

Thursday, March 17, 2016

Adik perempuan saya tidor pukul 10 malam...


Salina dan Aisyah



Pada suatu hari saya pergi berjalan-jalan dengan adik dan anak saudara saya.
Lepas tu saya berpisah dengan mereka sebab saya nak gi beli seluar dalam lelaki.

Bila saya jumpa adik saya, dia beritahu dia jumpa kawan saya. Dan kawan kepada kawan saya tu ada tanya adik saya  `ni adik ke?" 
Adik perempuan saya rasa bangga sebab dia nampak macam adik beradik dengan anaknya yang sudah bertingkatan itu.

Saya tahu petua adik saya. Dia tidor pukul 10 malam.
Saya tidak dapat tido seawal itu
dan tidor saya pun bukanlah lena...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home