Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, October 10, 2013

Terengganu negeri tarikan graviti terkuat di Malaysia?


Sebagai rakyat negeri Terengganu, saya memahami perasaan gusar menteri besar saya iaitu Datuk Seri Ahmad Said. Tambah pula tahun 2013 adalah tahun Melawat Terengganu, kejadian sebegini mematahkan semangat mempromosi Terengganu yang terkenal dengan `Negeri cantik, budaya menarik'. Dan orang yang menulis posting ni juga menarik, he he he. (nak jugak)

Namun apa yang menariknya jika kejadian runtuh-runtuh kerap-kali terjadi?

Stadium Sultan Mizam
Dan kita tidak boleh salahkan orang ramai jika mereka beranggapan berlakunya rasuh dalam pembinaan bangunan awam. Budak darjah tiga pun boleh berkata begitu. Tidak payah ada PHD atau jadi profesor atau menjadi pembangkang pun kita boleh buat andaian sebegitu...(saya ulangi, andaian...) 

Masjid batu putih
Siapakah yang bersalah? Mestilah ada pihak yang bersalah kan?  Jika rekabentuk sudah diluluskan oleh JKR maknanya bangunan tersebut selamat untuk berfungsi. Dan pihak JKR juga bertanggungjawab untuk mengawasi projek tersebut jadi macam mana penyelewengan boleh berlaku?.Kontroktor pula tidak mungkin boleh menggunakan bahan bermutu rendah tanpa pengetahuan syarikat perunding dan juga pihak JKR sendiri. Lainlah kalau mereka....haaa...kalau mereka berpakat memerasuahi dan memerasuahkan sesama mereka. Haaa... (Haa sekali lagi).

Universiti Malasyia terengganu
Memang saya sedap jea buat andaian. memanglah saya andai sahaja bukan tuduh (sebab tak ada bukti). Dan sehingga ke saat ini peristiwa runtuh-runtuh ini masih lagi dalam `siasatan'... Sampai bila tu? SPRM buka kes setiap kali ada runtuhan tetapi tiada siapa pulak yang dipersalahkan... Masyarakat tentulah mahu tahu. Adakah Ultraman yang bersalah? Atau perubahan tarikan graviti? (He he he).

Taman tamadun Islam (surau dewan)
Saya teringat pula kata-kata kawan saya yang nampak ala islamik, "Man para pemimpin dan orang besar yang diamanah kerja ni paling akhir masuk syurga". Saya buat-buat tanya "kenapa pulak?". Kawan saya jawap "sebab bertimbun kertas siasatan dibuka diakhirat". Itulah kata kawan saya secara berlawak tapi sinis.

Tangki air sekolah kat Paka
Kalau kita ni jenis perati, dalam setiap projek kerajaan yang terpangpang pacak di tepi jalan (tepi kawasan projek) ada dibutirkan pihak yang bertanggungjawab. Iaitu firma perunding, kontraktor dan JKR.  Haaa kesemua pihak ini perlu jujur dan telus. Bersih, cekap dan amanah. Gitu... Kalau tak yang mampusnya adalah orang awamlah. Mereka berada dalam bahaya.

Papan tanda pun runtuh? (papan tanda UMT)

Jan: Seluruh jiwa raga, kekuatan menempuh hari esok semuanya bukan sahaja telah runtuh. Hancur lebur juga! Huh!

Wednesday, October 9, 2013

Pelajar Malaysian Economy saya (Sem1 2013/2014)

















Saya mempunyai pelajar yang comel-comel dan handsum2 belaka. Pada mulanya saya hairan, namun mungkin kerana pensyarahnya handsum maka kolerasinya pelajarnya handsum jugak. Entahlah. Atau saya perasan?

Saya berbesar hati kerana hampir semua pelajar datang ke kelas saya. Alhamdulilah kedatangan cantik dan memberikan semangat untuk saya. Pelajar ini adalah di semester akhir. Saya cuba ajar mereka sebaik mungkin walaupun saya bukanlah hebat sangat.

Mereka beruntung kerana bukan sahaja rupa paras menarik tetapi penuh ilmu di dada. Semasa saya belajar di UM dulu kawan-kawan saya rupa parasnya kebanyakannya tak menarik dan biasa-biasa sahaja, he he he.

Jan: Semoga mereka menjadi orang yang berguna....

Wajah-wajah kebahagiaan...

Kenangan wajah bahagia...

Jan: Saya rasa tidak sabar-sabar untuk balik kampung berhari raya aidl adha. Kali terakhir saya balik kampung adalah untuk berhari raya puasa. Mahu sangat jumpa mak dan ayah, anak-anak saudara. Adik beradik saya yang lain tidak pulang, saya seorang sahaja yang pulang beraya... Sebenarnya saya tidak ada kawan rapat di kampung, kawan rapat saya semua kerja di luar daerah dan pabila beranak pinak dan mereka pulang ke kampung kami sudah tidak rapat lagi (terutama yang takut bini). Lumrah alam. Kalau boleh saya mahu balik kampung selalu tetapi mustahil memandangkan kerja saya berjadual dan sangat ketat. Saya mahu lihat wajah-wajah anak saudara saya. Tidak banyak wajah-wajah kebahagian dalam hidup saya selain mereka. Dan saya terus bersyukur dalam kekurangan ini...kerana ia adalah kelebihan.

Saya akan ke Bukit Keluang walaupun lima minit...

Jangan tak percaya...


Jangan tak percaya, sampai hari ini saya tidak pandai memasukan gambar saya dalam FB. Saya tidak reti langsung. Gambar-gambar yang sedia ada tersebut dimasukan oleh pelajar saya atau kawan-kawan saya.

Dan bila saya rasa mahu menunjuk-nunjuk gambar saya dalam FB (macam sifat manusia lain) saya tidak pandai. Saya juga sebenarnya tidak selalu membuka FB. 

Esok mungkin saya akan tanya kawan saya bagaimana nak letak gambar dalam FB. Dan saya harap dia tidak marah sebab itu pertanyaan kali ke lapan rasanya, he he he.

Ja: Saya bodoh FB.


IEMBC 2013 Zenith Hotel Kuantan (3/-4 Oct)

Latar kerja saya kekadang membawa saya ke hotel-hotel. Hotellah menjadi tempat pilihan apabila universiti mahu menjalankan seminar dan bengkel untuk membentangkan kertas kerja. Kali ini International Economic, Business & Management Conference 2010 (IEMBC) diadakan di Hotel Zenith, Kuantan, Pahang.

Oleh kerana saya tidak membentang sebarang kertas kerja, maka saya gembira sangat berada di seminar tersebut. Kalau saya menjadi pembentang, saya tidak seronok kerana berdebar-debar. Namun kegembiraan tersebut tidaklah selalu mencanak, seiring dengan usia, saya tidak seghairah dulu.

Saya hanya tersenyum sahaja bila kawan-kawan bertanya `nak pakai apa dinner nanti?'.

Saya bersama Adnan, tali leher yang saya pakai tu pun saya pinjan Adnan punya.

Saya bukanlah jenis yang suka membuat kertas kerja, balik kerja lewat  atau berseminar. Namun saya hadir kali ini sebagai AJK serbaserbi, Saya menghadirikan diri menolong kawan-kawan apa yang patut.


Duduk di hotel sedap. Saya teringat Kak Nita dan Abang Ramli MS, mereka duduk di hotel. Tidak perlulah kita basuh baju atau kemas bilik. Bilik setiap hari orang kemaskan.

Saya malas basuh baju tapi yang maha malas ialah jemur dan gosok. Saya harap kalau saya naik pangkat menjadi pensyarah kanan nanti saya akan cukup wang untuk hantar dobi baju seluar saya. Senang.

Namun saya orang susah, saya buat banyak kerja dalam sehari. Nak gaji orang tak mampu. Sayalah pengemas bilik, pengemas ruang tamu, tandas dan sebagainya. Sayalah yang tukang masak, tukang cuci dan jemur. Saya jugalah pemandu.


Kelihatan seluar saya tak sama dengan kot yang saya pakai.
Saya dapati saya tidak memakai seluar setema dengan baju kot saya. Sebenarnya seluarnya sudah tidak boleh dipakai sebab perut saya memboroi...

Tapi saya berhajat bila naik gred gaji nanti, saya akan tempah yang murah satu, he he he. Gambar-gambar di atas tersebut bukanlah imej saya yang sebenarnya. Saya di luar tidak kemas mana. Ikat tali leher pun tak reti. Maka jangan terpedaya sangat.

Saya tidaklah nampak sehandsum dalam gambar, saya tidaklah nampak secerdik dalam gambar, juga tidak segaya dalam gambar. Namun saya punya hati...ada hati yang putih...

Jan: Putih `sangat' laaa tu, he he he.

Tuesday, October 8, 2013

Sesi pengenalan pensyarah, Sem 2 sesi 2013/2014

Minggu lepas banyak sangat acara akademik yang perlu saya dihadiri. Bukan hadir sebagai orang besar atau penting, kehadiran hanya memenuhi tuntutan acara majlis yang berkaitan dengan kerja.

Semester baru sudah bermula minggu ini. Minggu lepas sesi pengenalan para pensyarah, pelajar baru dibawa ke kuliah penerangan oleh jabatan masing-masing. Sesi menerangkan sedikit sebanyak mengenai jabatan masing-masing.

Perkara sebegini tidak pernah saya alami semasa belajar dahulu. Namun saya mengekornya saja...

Pose separa maut...(selepas habis majlis/acara, he he he)

Seingat saya semasa saya belajar dahulu tiada sesei pengenalan bagi para pensyarah. Nanti pelajar akan kenallah bila ambil subjek mereka, kalau tak tak kenallah kecuali ada reputasi yang tinggi.

Sehingga kini saya rasa sesi pengenalan ini pelik. Namun sebagai pekerja saya ikut sahaja kemahuan majikan.

Bersama Kak Fazie, Amy dan Mek Zue...selepas sesi pengenalan pensyarah
Jadi pada pagi itu saya guna gel rambut dan bersikat rapi. Jarang sebenarnya saya sikat rambut saya sebab bila sikat nampak kemas. Saya tidak suka rambut kemas. Saya suka rambut tidak bersikat. Nampak semula jadi, liar dan seksi. (pulak dah)

Namun oleh kerana semua `turun' ternmasuk dekan dan timbalan-timbalan dekan, saya kenalah jaga penampilan diri. Taklah handsum sangat bila dah berusia ni. Tapi bolehlah...he he he.

Memang kita tidak dapat lari dari menjaga penampilan. Di hadapan pelajar kita mesti kemas sebab kita bukan beruang. Dan sebenarnya di hadapan bukan pelajar juga kita mesti kemas. Tulah hakikatnya. 

Hakikat yang buat saya rimas...

Jan: He hehe....

Monday, October 7, 2013

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home