Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, November 14, 2017

Bruno Mars Talking to the moon

Tanjung Lumpur, 2017



Indah sungguh kampung nelayan Tanjung Lumpur, Kuantan. Ini pertama kali saya ke sana. biasanya saya ke Tanjung Lumpur untuk ke kedai makan sahaja.

Saya pukul beberapa gambar, satu satya abadikan dalam blog ini.

Monday, November 13, 2017

Abang tidak se`hot' seperti dulu...

  1. Zaman `hot' Abang sebenarnya sudah lama berlalu. Abang tidak lagi sesegak dulu. Pertambahan umur membuatkan badan Abang kelihatan pendek dan gemuk. Abang bukan lagi sasaran cinta pandang pertama manusia. He he he.

  2. Muka abang sudah jadi bulat dan pipi sudah jatuh seperti kebanyakan lelaki gemuk yang menuju usia 50 tahun. Abang juga sudah jarang melihat cermin kecuali untuk trim misai atau bercukur... Dan apabila Abang berselfi, Abang terpaksa edit dengan ketaranya untuk menampakan Abang masih lagi menarik setidaknya kepada diri Abang sendiri.

  3. Abang selalu jatuh cinta pada diri Abang apabila melihat gambar Abang masa muda....he he he.

  4. Semuanya sudah berubah kecuali hati Abang terhadap adik. Adakalanya ketika rindu sangat dalam, Abang berdoa agar Abang dapat lupakan adik. Dalam seksa, rindu sangat menyedihkan. Dan tentulah lebih menyedihkan kepada lelaki seperti Abang yang semakin tua, gemuk dan sepi.

Kisah ayam goreng RM3.50

Related image


Minggu lalu saya ke kedai makan untuk makan tengahari. 

Sebenarnya jam masih menunjukan pukul 10 pagi, namun saya berhasrat untuk terus makan tengahari. Saya tidak ambil sarapan, maka adalah lebih baik saya terus makan tengahari. Tidak perlu lagi saya keluar semula. 

Saya makan dengan rakusnya sebab saya lapar dan sebab lauk di kedai ini sedap masakannya. Selepas itu saya pergi ke kaunter pembayarn. Apabila saya menyebut satu persatu lauk yang saya ambil, saya dapati jari juruwang itu menekan 3, 5 dan 0 untuk ayam goreng. Ayam goreng yang tidak sebesar mana itu.

Kos untuk makanan telah bertambah naik, sejajar dengan kos sara hidup secara keseluruhan. Ini adalah sesuatu yang normal kerana di mana bahagian dunia pun kos sara hidup semakin bertambah. Adalah pelik jika kos sara hidup semakin menurun. Dan sebenarnya ia bukanlah masalah kerana ia adalah hukum ekonomi seperti hukum pembangunan ekonomi yang akan dibayar dengan inflasi.

Masalahnya adalah apabila kadar peningkatan pendapatan tidak dapat mengimbangi kadar kenaikan kos sarahidup. Dan kadar peningkatan pendapatan pula tidak sama dalam beberapa pembahagian. Contohnya kadar pendapatan antara negeri semakin melebar. Kadar pendapatan bandingan luar bandar dan bandar semakin besar. Contohnya pendapatan perkapital di Kuala Lumpur sama dengan negara-negara maju, tetapi pendapatan perkapita negeri yang berpendapatan rendah pula lebih rendah dari negara Pakistan.

Namun saya selalu percaya ada perkara yang boleh kita lakukan. Seperti selalu saya percaya akan selalu ada peluang jika kita mahu berjimat. sama ada kita bersungguh sungguh dan ikhlas atau sebaliknya untuk menjayakan hasrat ini. Mungkin menukar pakage ASTRO yang kita jarang menontonnya. Dan sebenarnya banyak lagi yang boleh kita kurangkan. Kita tinggalkan kehendak kita, dan fokus kepada keperluan. 

Tentu ada yang menyatakan berapa banyak sangatlah yang boleh kita kurangkan. Namun bagi saya biarlah sedikit, lama-lama jadi bukit. Perbelanjaan yang lebih berhemah sajalah dapat menolong kita harungi keadaan ini. Tiadalah gunanya jika kita melaungkan isu peningkatan harga jika dalam pada masa yang sama tiada perubahan yang kita buat dalam perbelanjaan harian kita.

Mungkin banyak yang boleh saya kurangkan sedikit-sedikit, insyaallah.

Semoga kita sama-sama dapat merubah sedikit sebanyak tabiat kehendak berbelanja kita.

Ayam goren RM3.50 itu sebenarnya bersifat subjektif mahalnya. Mungkin mahal bagi saya tetapi tidak kepada orang yang berpendapatan tinggi.

Maka tidaklah boleh saya katakan dengan tegas dan benar RM3.50 itu mahal mewakili semua golongan.

Friday, November 10, 2017

Membuat titik dalam hidup...

Kawan saya ini umurnya sama dengan saya, 47. Perangainya juga banyak persamaan dengan saya, dia juga nampak lebih muda dari usianya. 

Zaman persekolahan sangat rapat, sehinggalah seperti orang kebanyakan yang lain, selepas tamat alam persekolahan, kami berpisah mencari haluan hidup masing-masing.

Kini dia sudah kembali solo. Tentu ianya merupakan sesuatu yang agak sukar dihadapi kerana dia sudah lama meninggalkan alam solo tersebut. Khabarnya dia tumpukan sepenuh hidupnya dengan kerjaya dan anak-anaknya. Ada anaknya yang sudah melepasi usia remaja.Maka tidaklah dia terlampau sunyi... Kot.

Saya tidak memberi apa-apa komen, sebab saya tidak diminta memberi komen. Cuma saya tidak terperanjat dia memilih untuk kembali solo, bukannya bermadu. Tidak terperanjat sebab saya tahu perangainya. Dia tegas dengan kehidupan. Satu perkara lagi dia berbeza dengan saya.

Cuma saya tertanya-tanya kenapa dia tidak memilih untuk hidup bermadu?

Apabila sudah jadi begini memanglah semua anak-anak berpihak kepadanya. Tetapi tentu sukar anak-anaknya menghadapi keadaan tersebut, dan tentulah lebih sukar untuk kawan saya itu menghadapinya. Saya tumpang simpati.

Tiada rezeki dalam perkahwinan, mungkin ada rezeki dalam perkara lain.

Cuma saya tertarik dengan persoalan yang dia lontarkan, iaitu banyak mana kasih sayang yang perlu ada untuk menjadikannya cukup. Dan apakah yang sebenarnya lelaki hendak?

namun saya tidak mahu pening kepala dengan pertanyaannya itu. Saya tidak pasti.

Yang saya pasti ialah `ditinggalkan oleh orang yang kita cintai tidaklah seperit hidup dengan orang yang tidak mencintai kita...'

Kepada yang bercinta, bercintalah sampai mati, jangan ada perpisahan...

Titik.


Image result for losing love


Buatlah seribu titik pun, tetapi kita wajib bangkit!


Tuesday, November 7, 2017

Me time?

Image result for me time men


APABILA seorang professor bertanya mengenai `me time' yang dimiliki oleh kawan-kawan saya, saya rasa beruntung kerana mempunyai masa `me time' yang seimbang dengan pekerjaan saya, dalam kehidupan saya.

Apakah yang dimaksudkan dengan `me time'? 

Ia bukanlah masa untuk kita makan mee goreng atau berbagai jenis mee lain. Ia merujuk kepada jumlah masa yang kita peruntukan untuk diri kita sendiri. Masa yang khas untuk diri kita secara total. Bukan masa untuk kita perhambakan diri untuk kerja, suami/isteri atau anak-anak kita. Maksud saya lagi masa yang total untuk kita. Saya ulangi total.

Pentingkah masa `me time' ini? 

Ya allah penting sangat! Masa ini laa kita dapat redakan segala tekanan dan `restore' balik tenaga kita. Ia baik untuk fizikal dan emosi kita. Badan dan minda kita, kita mesti jaga.

Jika kita tiada `me time', kita stress dan jangkitkan stress ini kepada orang lain. Di tempat kerja misalnya kita sering menekan kawan kita (yang boleh buat kerja) semata-mata kita tertekan. Kita jadi pentingkan diri dan membuatkan kawan-kawan kita `left group'. He he he.

Kita juga mungkin menekan pasangan dan anak-anak kita secara tidak sedar. Haaa...

Macam mana nak cari `me time'?

Ada kawan saya beritahu waktu tidor sahaja masa `me time' beliau. Maknanya seharian dia berkhidmat untuk kerja dan keluarga beliau. Ini sifat terpuji, tetapi tentulah tidak baik untuk tubuh badan dan mindanya di kemudian hari.

`Me time' waktu ini kitalah yang mewujudkannya! Sebab itulah orang dulu-dulu ada hobi mengumpul stem atau duit lama. Bila kita dengar, kita gelak sebab kononnya ketinggalan zaman. Padahal kitalah yang bodohnya sebab tidak tahu mereka itu ada `me time' untuk diri mereka. Haa...

Kita kena krieak (wujudkan) `me time' kita sendiri. Kita mungkin perlukan hobi. Hobi salah satu elemeng yang boleh menyembuhkan diri kita. Secara minda dan fizikal.

Setiap orang perlu mempunyai `me time' mereka sendiri.

Apa kaitannya `me time' dengan `work life beleng'?




Image result for work life balance quotes
Add caption

`Me time" ini ada terkandung dalam `work life balance'. Maknanya kalau kita nak dapatkan WLB pun sukar, jangan haraplah nak dapatkan `me time'. Haaa. Ibarat WLB tu chapter, `me time' tu sub-chapter'. Haa.


Image result for me time


'Me time' ini tidak ada kena mengena dengan jantina, agama, bangsa, negara, taraf pendidikan atau apa-apa yang di sekeliling. Maksud saya kalau kita berpelajaran dan jadi bos tidak menjamin kita punyai `me time' jika kita tidak wujudkannya. Dan walaupun kita buruh kasar yang tua, gemuk (tidak diet), tak berpelajaran dan sunyi, kita tetap ada `me time' kalau kita mahu wujudkannya. Haa...

Sekian.


Abang Jan: Jom wujudkan `me time' masing-masing!

Berfikiran positif

Image result for be positive
Kita tiada pilihan...

Dapatkah kita berfikiran positif pada setiap masa dan dalam semua keadaan? Jawapannya, tidak!

Saya memiliki sahabat yang sering berfikiran positif, sehingga adakalanya ia membuatkan saya tertanya-tanya. Adakah dia memang begitu? Maksud saya positif dalam semua perkara? Atau dia sedang berdrama?

Dan saya juga memiliki kawan yang sering berfikiran negatif sehingga saya lihat tiada keseronokan dalam kehidupannya. Mengapakah terjadi sebegitu?

Mungkin pada setiap manusia, ianya berbeza. Contohnya, dalam beberapa perkara kita boleh positif dan dalam beberapa perkara kita tidak boleh bersikap positif. Contohnya kita lebih berfikiran positif tentang anak-anak kita tetapi tidak pada pasangan kita. Haaa...

Mengapa kebanyakan pakar motivasi mahu kita berfikiran positif. Pada pendapat saya, sebab utama kerana ianya penting untuk kita menjadi tenang dan tidak stress dalam hidup. Orang yang berfikiran negatif akan rasa gelisah, takut dan selalu merungut. Perkara ini membawa kepada stress...

Saya menulisnya dengan senang tetapi saya sendiri dalam beberapa keadaan berperang diri untuk memiliki pemikiran positif...

Seorang manusia yang melalui pelbagai cabaran hidup mungkin akan selalu berfikiran negatif. Memang betul cabaran akan menjadikan kita kebal dan matang, tetapi cabaran juga menjadikan seseorang itu pengalah dalam hidup.

Namun saya pasti dalam beberapa keadaan kira wajib berfikiran positif kerana kita sudah tiada pilihan.

Apakah keadaan itu? Haaa...


Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home