Minggu lalu saya ke kedai makan untuk makan tengahari.
Sebenarnya jam masih menunjukan pukul 10 pagi, namun saya berhasrat untuk terus makan tengahari. Saya tidak ambil sarapan, maka adalah lebih baik saya terus makan tengahari. Tidak perlu lagi saya keluar semula.
Saya makan dengan rakusnya sebab saya lapar dan sebab lauk di kedai ini sedap masakannya. Selepas itu saya pergi ke kaunter pembayarn. Apabila saya menyebut satu persatu lauk yang saya ambil, saya dapati jari juruwang itu menekan 3, 5 dan 0 untuk ayam goreng. Ayam goreng yang tidak sebesar mana itu.
Kos untuk makanan telah bertambah naik, sejajar dengan kos sara hidup secara keseluruhan. Ini adalah sesuatu yang normal kerana di mana bahagian dunia pun kos sara hidup semakin bertambah. Adalah pelik jika kos sara hidup semakin menurun. Dan sebenarnya ia bukanlah masalah kerana ia adalah hukum ekonomi seperti hukum pembangunan ekonomi yang akan dibayar dengan inflasi.
Masalahnya adalah apabila kadar peningkatan pendapatan tidak dapat mengimbangi kadar kenaikan kos sarahidup. Dan kadar peningkatan pendapatan pula tidak sama dalam beberapa pembahagian. Contohnya kadar pendapatan antara negeri semakin melebar. Kadar pendapatan bandingan luar bandar dan bandar semakin besar. Contohnya pendapatan perkapital di Kuala Lumpur sama dengan negara-negara maju, tetapi pendapatan perkapita negeri yang berpendapatan rendah pula lebih rendah dari negara Pakistan.
Namun saya selalu percaya ada perkara yang boleh kita lakukan. Seperti selalu saya percaya akan selalu ada peluang jika kita mahu berjimat. sama ada kita bersungguh sungguh dan ikhlas atau sebaliknya untuk menjayakan hasrat ini. Mungkin menukar pakage ASTRO yang kita jarang menontonnya. Dan sebenarnya banyak lagi yang boleh kita kurangkan. Kita tinggalkan kehendak kita, dan fokus kepada keperluan.
Tentu ada yang menyatakan berapa banyak sangatlah yang boleh kita kurangkan. Namun bagi saya biarlah sedikit, lama-lama jadi bukit. Perbelanjaan yang lebih berhemah sajalah dapat menolong kita harungi keadaan ini. Tiadalah gunanya jika kita melaungkan isu peningkatan harga jika dalam pada masa yang sama tiada perubahan yang kita buat dalam perbelanjaan harian kita.
Mungkin banyak yang boleh saya kurangkan sedikit-sedikit, insyaallah.
Semoga kita sama-sama dapat merubah sedikit sebanyak tabiat kehendak berbelanja kita.
Ayam goren RM3.50 itu sebenarnya bersifat subjektif mahalnya. Mungkin mahal bagi saya tetapi tidak kepada orang yang berpendapatan tinggi.
Maka tidaklah boleh saya katakan dengan tegas dan benar RM3.50 itu mahal mewakili semua golongan.
Ayam goren RM3.50 itu sebenarnya bersifat subjektif mahalnya. Mungkin mahal bagi saya tetapi tidak kepada orang yang berpendapatan tinggi.
Maka tidaklah boleh saya katakan dengan tegas dan benar RM3.50 itu mahal mewakili semua golongan.
No comments:
Post a Comment