Salam...
"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."
Total Pageviews
Followers
Thursday, May 11, 2017
Friday, May 5, 2017
Hati tidak mendengar langsung! (Aku untukmu...)
Semalam saya pra dengar lagu Sheila Majid, `Aku untukmu', dari album terbaru `BONEKA'.
Terus hati saya terbayang bekas kekasih saya... He he he. Soal berkasih sayang, hati saya pernah tidak lelah. Dia (hati) muda dan bergelora.
Saya memang berhajat untuk mendengar lagu baru Sheila Majid. Bukan kerana suaranya semerdu Datuk Sharifah Aini, tetapi suaranya sangat sesuai dengan jenis lagu yang dinyanyikannya. Lagu yang bertahan lama dalam jiwa.. Jiwa saya yang pelbagai.
Saya menjinakan hati saya tapi dia tidak pernah mahu jinak. Dia tetap keras. Saya mahu dia dengar nasihat saya..tapi dia tidak pernah mahu mendengar...
Dia hanya tahu bersetia...
Maka saya tidak boleh buat apa-apa...
Thursday, April 27, 2017
Pertama kali sarapan di seven11
Selesa juga bersarapan di seven11, kita tidak perlu ke kedai lama-lama atau mengotorkan rumah (dan kena kemas balik). Sekali sekala bersarapan di seven11 pun okey.
Ini kali pertama saya bersarapan di seven11. Tenang dan selesa...
Harapan saya...
![]() |
Dalam beberapa tahun lagi saya harap ada perkhidmatan pekebun yang disediakan. Saya perlukan orang lain untuk menjaga taman dan kawasan luar rumah.
Pekerja tersebut hanya perlu datang seminggu sekali untuk melihat laman saya, buat apa yang patut.
Wednesday, April 26, 2017
Isteri bukan robot...putus tak bisa disambung...
Saya tujukan posting ini khas buat para suami (yang tidak baca pun posting ini). Yang mungkin guna internate sebagai hiburan, melihat model kereta atau melihat model pakaian wanita. He he he.
Walaupun memang tugas isteri menyamankan rumahtangga tetapi si suami seharusnya menolong, bukan mengambil kesempatan. Mengurus rumahtangga bukan kerja perseorangan, ia memerlukan kedua pihak.
Si suami yang suka komplen sana sini tersebut harus sedar si isteri bukannya surirumah sepenuh masa. (Namun kalau surirumah sepenuh masa pun mereka memerlukan masa untuk berehat dan bersenang diri).
Semuanya nak letak atas kepala isteri wahima dari bayar bil air-elektrik hinggalah nak bayar cukai pintu.
Si suami yang suka komplen sana sini tersebut harus sedar si isteri bukannya surirumah sepenuh masa. (Namun kalau surirumah sepenuh masa pun mereka memerlukan masa untuk berehat dan bersenang diri).
Semuanya nak letak atas kepala isteri wahima dari bayar bil air-elektrik hinggalah nak bayar cukai pintu.
![]() |
| Ada brani? |
Si isteri yang bekerja semata-mata untuk membantu suami. namun kini seolah-olah mengambilalih tugas suami. kalau cakap pasal islam dialah paling lebai. tapi habuk pun tak ada.
Kata kawan saya perempuan mana yang tidak mahu duduk di rumah tetapi mereka rela keluar mencari kerja demi kewangan keluarga. Namun dalam banyak kes lama kelamaan si isterilah pulak yang terpaksa tanggung segalanya.
Jika keadaan inflasi meningkat, si suamilah harus berfikir bagaimana nak tambah pendapatan. Tidak masuk akal jika hal tersebut juga ditanggung pemikiran oleh si isteri. Kesian mereka...
Benarlah kata kawan saya, dewasa ini tidak ramai lelaki yang boleh sara anak isteri, tetapi berpada-padalah sebab si isteri ikhlas bekerja untuk keluarga. sekembali dari kerja nak menguruskan makan minum lagi dan juga hal-hal yang remeh temeh tapi besar tuntutannya dari segi agama.
Janganlah buat isteri macam robot, jangan ambil kesempatan bimbang nanti...putus tak dapat disambung, luka tak terubat.
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)




