Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, April 26, 2017

Isteri bukan robot...putus tak bisa disambung...

Saya tujukan posting ini khas buat para suami (yang tidak baca pun posting ini). Yang mungkin guna internate sebagai hiburan, melihat model kereta atau melihat model pakaian wanita. He he he.

Walaupun memang tugas isteri menyamankan rumahtangga tetapi si suami seharusnya menolong, bukan mengambil kesempatan. Mengurus rumahtangga bukan kerja perseorangan, ia memerlukan kedua pihak.

Si suami yang suka komplen sana sini tersebut harus sedar si isteri bukannya surirumah sepenuh masa. (Namun kalau surirumah sepenuh masa pun mereka memerlukan masa untuk berehat dan bersenang diri).

Semuanya nak letak atas kepala isteri wahima dari bayar bil air-elektrik hinggalah nak bayar cukai pintu.

Image result for tanggung jawab suami
Ada brani?


Si isteri yang bekerja semata-mata untuk membantu suami. namun kini seolah-olah mengambilalih tugas suami. kalau cakap pasal islam dialah paling lebai. tapi habuk pun tak ada.

Kata kawan saya perempuan mana yang tidak mahu duduk di rumah tetapi mereka rela keluar mencari kerja demi kewangan keluarga. Namun dalam banyak kes lama kelamaan si isterilah pulak yang terpaksa tanggung segalanya.

Jika keadaan inflasi meningkat, si suamilah harus berfikir bagaimana nak tambah pendapatan. Tidak masuk akal jika hal tersebut juga ditanggung pemikiran oleh si isteri. Kesian mereka...

Benarlah kata kawan saya, dewasa ini tidak ramai lelaki yang boleh sara anak isteri, tetapi berpada-padalah sebab si isteri ikhlas bekerja untuk keluarga. sekembali dari kerja nak menguruskan makan minum lagi dan juga hal-hal yang remeh temeh tapi besar tuntutannya dari segi agama.

Janganlah buat isteri macam robot, jangan ambil kesempatan bimbang nanti...putus tak dapat disambung, luka tak terubat.

Sekian.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home