Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, August 17, 2016

Saya adalah cinta, Aiswarya Rai dan bekas kekasih...

Walaupun saya sudah berusia, saya tidak malu untuk menyebut atau berfikir pasal cinta. Saya selalu mengandaikan diri saya adalah cinta. Maka tidak perlulah saya malu pada diri sendiri. Kan?

Namun cinta yang saya maksudkan, bukanlah cinta seperti budak tingkatan lima. Ya, cinta banyak katogerinya.

Dan saya percaya jika cinta perlu diwujudkan dalam bentuk manusia, sayalah orangnya. Sayalah manusia itu. Sebagaimana jika cantik mahu diwujudkan dalam bentuk manusia saya rasa Aishwarya Rai orangnya ....he he he.

Image result for beautiful aishwarya rai pictures


Orang yang paling saya cintai (guna perkataan `paling' sebab kisah cinta saya banyak siri...he he he) berkahwin dengan orang lain. Saya rasa sedih tetapi melalui masa saya percaya saya tiada jodoh dengannya. Tuhan ada perancangan yang lebih baik (saya guna unsur agama...)

Bukan saya sahaja yang sedih, dia pun patut sedih dan terseksa...he he he.

Cuma kadang-kadang saya rasa kesian kepada dia. Dia sepatutnya hidup dengan orang yang paling sayangi dia... (sayalah itu, he he he).

Aci kerat jari dia tidak dapat lupakan saya, walau sepanjang hayat, walau pun dia sudah beranak 8. Sebabnya mudah. Sebanya saya adalah cinta... Saya adalah cinta dia.

" Saya hidup dengan cinta sebab cinta itu adalah saya, dia hidup tanpa cinta sebab cinta itu adalah saya...yang dia lepaskan..."



Tuesday, August 16, 2016

Kisah cinta yang tak sampai dan setianya matahari...

" Terima kasih matahari, walaupun aku terasa bagai nak mati, kau tetap setia muncul pada tiap hari..."


kereta dipandu dengan laju pada tengahari itu... teruskan perjalanan... hidup untuk gembirakan banyak orang. dan hidup ini bukan kisah dia lagi semata... ia kisah orang di sekililing dia, yang dia sayangi...

Kisah saya?

Monday, August 15, 2016

Kisah di kedai gunting rambut, kisah selfie dan kisah bumi perlukan kita

Kasi nipis bahagian tepi telinga...

KISAH di kedai gunting rambut:

SEBENARNYA selain tengok wayang, minggu lalu (semalam), saya juga pergi ke kedai gunting. Entah kenapa semakin saya berusia, saya semakin kerap pula memotong rambut.

Sebaik sahaja saya duduk dibangku gunting rambut, saya beritahu:

"Saya nak nampak muda 10 tahun..."

Saya mahu potong fesyen lain tetapi pemotong rambut itu maklumkan (dengan penuh sopan dan berlapik) yang rambut saya dan muka saya ni bla-bla bla-bla dia terangkan... namun saya rasa maksud beliau adalah lebih kurang begini:

"Tak sesuai sebab rambut awak nipis dan muka awak bulat!"

He he he... Tapi kalau dia kata begitu tentulah saya tak jejak lagi kaki ke kedainya...pulak. Apa-apa pun saya turuti nasihatnya kerana di dinding kedai terpampang sijil kemahiran dia memotong rambut dan diiktiraf.

Kiri kanan telinga saya dia cukur rapat dan cepat. Saya teringat biri-biri di New Zealand. He he

Apabila berusia, semakin sukar untuk saya berfesyen rambut. Masa muda mudah sahaja saya mengayakan fesyen rambut...tetapi kini semakin sukar. Mungkin rambut panjang tidak sesuai apabila kita semakin tua...dan gemok...

KISAH berselfie di opis:

Dan paginya sebelum saya ke kuliah, saya selfie sorang-sorang dalam opis. Sekoyang-koyang datang pelajar menghantar kertas kerja. Terus saya buat-buat serius...dan paksa pelajar tersebut berselfie dengan saya.

He he he...

Bersama pelajar semester 5


Hasilnya nampak sangat saya bukan muda lagi berbanding dengan pelajar saya. Emmm...tak apalah...dulu pun saya pernah muda dan handsome. He he he.

Masa saya muda-muda dulu tak ada upacara selfi-selfi ini. Bila guna kamera hasil gambar sebijik macam muka kita yang sebenar. Sekarang kita boleh edit nampak lebih cerah, runcing, mata lebih bulat dan sebagainya.

Maka saya berselfie memanjang...


Senyum dalam tangis (sebab hari ni ada kuliah malam? he he)


KISAH dunia perlukan kita:

Saya tahu dunia perlukan saya. Saya mesti memberi kuliah yang boleh membuka minda. Dan yang paling penting ialah semasa berkuliah itu, saya adalah saya, bukan orang lain.

Saya tahu kenapa ramai mahu kelihatan muda. Ini kerana muda melambangkan bahagia dan sihat, juga melambangkan menarik. Ia seolah melambangkan dunia masih perlukan kita

Namun perlu kita ingat kita tetap boleh jadi sihat, bahagia dan menarik walaupun sudah berusia. Kan? Yang penting semakin berusia kita semakin matang, bijaksana dan semakin berguna pada orang dan bumi.

Saya dah tak sabar untuk berumur 50 tahun, pelik kan?

Sekian...

Scary Holiday: 11.12.13




Akhir-akhir ini saya sudah menjadi kurang cerewet dalam memilih filem yang mahu saya tontoni. Hujung minggu lalu saya ke panggung lagi menonton cerita Thailand.

Melihat kepada poster, saya fikir ia tentu cerita yang berkisarkan sekumpulan remaja yang pergi bercuti dan bertemu hantu, tetapi itu hanyalah poster. Sebenarnya ada tiga cerita yang saling berkaitan dalam filem ini.

Untuk poster filem ini saya beri C- sebab gagal mewakili cerita. Kurang impaknya. Huh!.

Namun cerita ini sangat menarik kerana ia gabungan unsur seram, lucu dan sedih. Pada akhir cerita saya rasa sangat sayu dan sedih. Sehingga malamnya saya tertanya-tanya siapakah sahabat saya yang paling rapat di sekeliling saya... Jika dia menjadi hantu (kalau hantu itu wujud), adakah dia akan bertandang jumpa saya nanti (kalau dia jadi hantu). He he he.

Sudah tentulah saya tidak percaya kewujudan hantu. Rasionalnya mudah. Jika ada hantu-hantu, dunia akan huru-haralah. He he he.

Dalam filem ini ada tiga cerita yang saling berkait. Oleh kerana saya tidak baca sinopsis filem (saya tak suka baca sebelum tengok filem sebab ia musnahkan mood saya), saya terkejut apabila melihat ada tiga cerita sebenarnya yang saling berkait.

Cerita pertama tentang perhubungan cinta. Cerita cinta seorang gadis kepada lelaki playboy. Kira tersalah pilihlah ni. Tapi tulah kan kita tidak nampak rupa sebenar orang yang kita cintai kerana kita dalam `percintaan'. Dan bila kita mahu ditinggalkan barulah gelabah giler. Jadi gadis ini ugut kekasihnya mahu bunuh diri jika dia ditinggalkan. 

Sebab itulah nanti kita dapati roh gadis itu mengikuti pemuda playboy tadi ke mana-mana. Ngeri.




Saya akan bunuh diri jika awak tinggalkan saya...

"Saya dah bosan dengan ugutan awak untuk bunuh diri..." Kata pemuda playboy itu. Tulah yang menyebabkan si gadis akhirnya nekad membunuh diri.

Menyingkap dunia percintaan saya yang tidak pernah berjaya, ada juga di antaranya ugut saya untuk bunuh diri jika saya meninggalkan mereka. Namun demi allah apa yang terjadi kemudiannya sayalah yang dipermainkan. Sayalah akhirnya meraung.He hehe.

Cerita kedua mengenai empat sahabat yang menyewa sebuah rumah. Di antaranya ada yang menyintai seorang gadis. Dan selepas kemalangan, kawan-kawan nampak pemuda itu masih balik ke rumah. Mereka dalam ketakutan dan percaya roh balik sebab ada hajat yang tak sampai...

Best cerita kedua ni. kalau saya mati jadi hantu, saya tahu siapa yang saya nak cekik!.



tiga sahabat dalam ketakutan kerana `roh' kawannya selalu balik ke rumah sewa...
Cerita ketiga pula mengenai seorang gadis yang pergi melancong ditemani oleh kawannya. Gadis itu pada mulanya tidak tahu sebenarnya kawannya itu telah mati, cuma rohnya sahaja tidak sedar akan kematian dia... cerita ini berakhir dengan kesedihan...apabila gadis itu tahu kawannya itu sudah mati...gadis itu rasa sedih untuk beritahu kawannya yang bahawasanya kawannya itu sudah mati...



Cerita ini menghiburkan kerana ia memang dibuat untuk menghiburkan, bukannya untuk menangi hadiah perfileman.

Tapi perlu saya ingatkan menonton wayang tidak sama dengan menonton di TV. Impaknya lebih besar dan berbeza... Maksud saya jika lihat di Tv ia mungkin kurang menyeramkan...

Sekian...

Wednesday, August 10, 2016

Balik, dah 6.22ptg !



Asalamualaikum,

Muka di atas adalah muka penat saya. Bila lewat-lewat petang saya rasa penat. Sebab itulah kena balik dulu mandi-mandi segarkan diri kerana ada pula kuliah di waktu malam.

Zaman muda-muda dulu lainlah. Siang malam bekerja tak rasa penat. Suka sangat buat kelas bak itik dapat air atau remaja dapat pokemon.

Saya mula rasa penat bekerja pada umur 40an. Tenaga dah rasa lain. Cepat jea rasa letih. Namun apa yang membawa saya terus ke hadapan ialah minat mengajar...dan keterpaksaan membayar hutang2 dan bil2. Dan saya nak beli pinggang mangkuk. He he he.

Sebab itulah minat adalah unsur penting pada pekerjaan kita. Bayangkan kalau kita tidak minat akan kerja kita, seumur hidup akan terikat dengan bukan sahaja rasa bosan tetapi juga rasa letih yang melampau...

Kesimpulannya, faktor usia dan minat penting dalam kehidupan kita. Ia boleh membawa rasa bosan dan letih. Dan minat itu juga ada kolerasinya, iaitu dapat `memudakan' kembali usia kita yang semakin bertambah ini.

Sekian...


Sebenarnya bukan pelajaran dan gred yang bagus penting

Pernah atau tidak jumpa orang yang cantik/handsom, terpelajar tetapi tidak ada tingkah yang sopan dan beradat? Sombong!

Saya mempunyai ramai kawan yang tidak berpelajaran (formal) tetapi berjaya dalam hidup. Maksud saya mereka mempunyai pekerjaan yang elok dan dapat pula menolong orang lain. (Saya rujuk berjaya sebagai individu mempunyai pekerjaan yang baik dan dapat menolong orang. Maksud saya, saya tak rujuk orang yang berjaya mesti kaya)

Dan saya juga memiliki beberapa orang kawan yang berpelajaran tinggi tetapi hidup tunggang langgan, sering merungut, tidak positif, tidak berdisiplin, tidak hormat orang lain, tidak sabar, selalu tidak cukup duit, jauh sekali mahu menolong orang lain.

Pada zaman ini rata-rata mengejar pelajaran dan gred yang bagus. Itulah matlamat yang dikejar. Sistem pendidikan juga diubah, dibaiki dan ditambah agar matlamat itu tercapai. Iaitu matlamat mahu mempunyai pelajaran dan gred yang bagus.

Ibubapa dan pihak sekolah (pihak kementerian) dua kali lima sahaja. Mahu gred yang bagus...sahsiah diri bukan tujuan utama. (padahal inilah yang paling utama sebab bukan semua orang boleh masuk U, tapi semua orang kena ada sahsiah diri)

Jadi tidak hairanlah lahir manusia yang mempunyai pelajaran dan gred yang bagus tapi tidak bagus sebagai manusia...

Sebenarnya proses untuk mendapatkan pelajaran dan gred yang bagus itu lebih penting dari pelajaran dan gred yang bagus. Jika kita permudahkan segala sisitem yang ada ini akan membuatkan pelajar tidak pandai berdikari, tidak berdisiplin dan tidak pandai membuat keputusan (sebab kita dan sistem asyik tolong dengan alasan memudahkan mereka).

Saya rasa inilah jawapan yang tepat mengapa mahasiswa sekarang berbeza dengan mahasiswa dahulu dan pekerja sekarang berbeza dengan pekerja dahulu...manusia baik lahir dari sistem nilai yang baik Manusia yang boleh hadapi cabaran lahir dari sitem yang penuh cabaran...

Tapi kita tidak buat sesuatu, seperti selalu kita rasa kita pandai. He he...

Sekian...

Image result for educated but no manners quotes

Tuesday, August 9, 2016

Bangkitlah, pandang dunia yang luas... Kisah pemuda di U Tern



Saya lihat satu kemalangan di satu simpang U tern. Pada masa tersebut saya berkereta bersama Adnan. Kami keluar makan dan minum.

Saya nampak dengan jelas penunggang motor tersebut jatuh semasa cuba membelok di U tern tersebut. Dia tidak bawa dengan laju tetapi jatuh dengan agak teruk.

Adnan berhentikan kereta dengan segera dan dari dalam kereta kami nampak pemuda itu cepat-cepat bangun dan angkat motornya, dan terus berlalu.

Setelah memastikan pemuda itu ok, kami teruskan perjalanan kami.

Kami hairan kenapa boleh terjadi begitu. Tentu fikirannya ke lain sebab dia tidak laju, dan tidak ada kenderaan lain. Saya syak munking dia mengelamun...

Pada suatu waktu dulu. saya pernah hampir terbabas apabila mengelamun semasa bawa motor. Malah adakalanya saya berhenti tepi jalan, dalam hujang lebat saya bukan sahaja menangis tetapi meraung. dan raungan saya itu saya selang selikan dengan sumpahan yang amat hebat... Amat hebat.

Saya sangat rindu!. Dan saya percaya sehingga ke hari ini hati dia tidak akan tenteram. Saya percaya sampai mati dia akan rasa begitu. Orang yang ada kasih sayang yang suci dan dianayai sumpahannya melekat. Dan saya percaya hanya kasih sayang yang mendalam lahirkan dendam yang hebat!

Apa-apa pun saya harap pemuda tadi bersabar. Bangkit dan pandang dunia yang luas. Percayalah tidak ada sedikit pun kelakuan yang tidak diadili oleh tuhan. Percayalah dia tidak akan tenteram...tidak akan ada puncak bahagia sebab puncak itu adalah kita!

Dan biasanya di dunia pun, tuhan sudah tunjuk...



Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home